Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Tuesday, September 19, 2017

Re- cap : Two years ago and now

Rayyan with his Aunty & Usyu

It's been a very-very long silence since my last entry. 2 years without any update. Tetiba rasa macam nak menulis semula lepas go through entry2 lama. Macam, eh seronok jugak ek bila baca catatan sendiri. 

Bila kita mulai mencatat and menulis something that we feel valuable moment in our life, when we came back and reread the story again..rasa macam this lofe is really meaningful.

After two years, so many things happen in my life. Two years ago, I updated about my first son, my first posting, I got my first car, first rented house and first moment being a mom. Semua nak first kauu.. haa..

Dua tahun lepas, masih ingat lagi, masa ni baru ditukarkan ke sekolah lain selepas posting yg pertama. Kemain nervous redah jammed KL. Dah la bawak kereta still mengatur langkah lagi, tergagap-gagap, tapi who knows, I am able to do that. Allah tahu hamba-Nya mampu, that's why He put me in that situation.

Eventhough jauh dengan husband and just me and a little son, Allah bukakan hati sister-in-law utk temankan n tolong jaga Rayyan si budak kecik. Alhamdulillah. Memang sangat2 terhutang budi dengan SIL. Without her, maybe asyik layan perasaan je sambil2 peluk Rayyan. Hee.. sampai Abi Rayyan habis belajar, barulah aunty Rayyan duk kt kampung balik.
Dua tahun tu sacrifice utk jaga Rayyan. Bukan sekejap tuu...

And tak lama after Abi Rayyan balik Malaysia, June 2017, dapat result eg-tukar. Alhamdulillah, permohonan nak balik Terengganu berjaya!

So, sekarang Rayyan dah jadi budak Setiu, Sk Bukit Putera, Setiu. And InsyaAllah this incoming October, he will be a big brother. Memang rezeki baby betula, sebab masa isi egtukar haritu, xde berharap pun. And maybe sebab Abe Rayyan selalu dok nyanyi nak balik tapung efek dari selalu tengok ccerita Mat Dan, Allah perkenankan doa si kecik ni..

And, the latest one, Abi Rayyan just done his IV for guru interim tahfiz under kpm at IPG Ilmu Khas, Cheras. Alhamdulillah semua berjalan lancar. At the moment when his Abi got an email about the iv, Abi told Rayyan that he will go to KL for IV. Spontan je Abe Rayyan jawab, abe nak temam. Haha. Suka sangatlah dia kalau bab nak jejalan. Sama je macam uminye..tetibe segarr je kalau jejalan.. Tapi kalo ni Rayyan tak dapat nak teman abi sebab iv sangatlah lama.

Ada 4 sesi. Start from 8 am till 5 pm baru habis. Jenuh la kalau Rayyan n tok ayah nak tunggu. Lagipun Cheras tu memang terkenal dengan jammed. So, Abi and his friend accompanied him to travel to KL. 
Rayyan faham je lepas dah explain dekat dia so, masa Abi nak gerak tu, langsung tak nangis, siap boleh bye2 lagi. Alhamdulillah, good boy sungguh.

Tomorrow, Abi nak gerak dari KL balik Setiu. Semoga selamat and dipermudahkan dalam perjalanan. And semoga result IV positive semuanyaa... 

Friday, April 3, 2015

Welcome to the world my son!

Alhamdulillah, i've delivered my son successfully through vacuum delivery n episiotomy at Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. At that crucial moment, I don't have enough energy and did not know the right method to push.

Tapi alhamdulillah, he save and welcome to this unpredictable world dear son!!!
Tatap mata dia, emm, mata mama..
Hidung, macam aku..
Mulut, jap macam abi, jap macam umi dy..

Bila tenung muka dia lama-lama, tetibaa je aura tenangg menyusup dalam jiwa. Baby, a soul and body without sin. Pure. Bila tatap wajah tenang tanpa noda dosa, tanpa sedar kita pun akan rasa tenang jugak. Sebab tu bila Allah anugerahkan baby tu dipanggil rezeki. Rezeki yang datang with a billion blessing from Him.

Dan datangnye ke dunia dengan pengorbanan yang pure dari seorang insan bergelar ibu. Bila dah naik pangkat jadi ibu ni, baru benar-benar rasa macam mana pengorbanan seorang ibu tu. Betapa penghargaan untuk sorang ibu tu tak boleh nak balas dengan apa2. Priceless.

Sebab tu Rasulullah ulang 3x siapa yang utama selepas Allah n Rasulnya iaitu ibu kemudian baru bapa.

Dari mengandung, kena bawa 24h kemana-mana saja, and kena take a good care to foetus, makan kena jaga jangan sampai tersilap, then deliver, pakai banyak tenaga, urat banyak putus, antara hidup and mati.. lepas tu, membesarkan.. berjaga malam-malam untuk susu, then kena take a good care, even nyamuk sekor pun taknak bagi dekat.

Tapi eventhough banyak yang kena lalui, tapi sikit pun tak rasa beban. Siap rasa bahagia lagi adalah. Rasa tenang buat semua tu.

Kalau dulu, nak bangun malam kemain susah, tapi bila baby bunyi sikit je, terus mata terbukak and capai dia untuk susu.

Alhamdulillah Rayyan tak buat hal sangat, takde nak nangis tak berhenti, nak berjaga and kacau umi. Dia faham sebab abi jauh. Malam-malam dia bangun bunyi geliat-geliat sikit and tangan cuit-cuit muka umi sampai umi sedar. 

Lepas susu sambung tidoo dengan umi sekali. Tu yang tak rasa penat eventhough dia kejut tiap 2jam sekali. Abi dia pun bangun sama walau dok jauh. Bagi semangat kat umi Rayyan katanya. Alhamdulillah, abi Rayyan caring sangat-sangat. Untungg Rayyan n umi.

Bila Rayyan tido, perkara yang paling best bila dapat tenung muka comel dia and kiss2 dahi, geget pipi bambam, main hidung. Haha..geramm wehh tengokk baby kiutt camni. Pastu kiss ubun-ubun sambil bisik slow-slow bagi pesanan dekat dia. Pesan dekat soul dia, supaya nanti dia akan ingat sampai besar.

Love you Rayyan!!!

Harini dah 41hari dahhh. And umi dah start belajar-belajar drive kereta sendiri sambil bawak Rayyan kat sebelah. Rasa macam lain je bila baby ada kat sebelah. Macam tak cayaaaa je. Haha. Sekejap je rasa mengandung, melahirkan and bagi dia besarr..

Dari 2.6kg jadi 3.6kg,
Dari 42cm jadi 43cm
Makin membesar ni anak lelaki soleh tough umi neh!

Dear Muhammad Fateh Rayyan,

Umi abi love you so much..
Bukti pengikat cinta antara umi and abi..
And penyambung generasi umi and abi..
Be a good son,
Jadi soleh, wise, thoughtful and know why you're born to this world. Know your own existence in this world is not meaningless. There's a reason why you're born. Also to umi and abi..

We love you much and I knew that your abi can't wait to come home and hug you tightly.

A baby born to be loved, give education and make he know and love his Creator and Prophet...
And as reminder to us, how perfect we are when we born as a baby, and how we became now..

#mayALLAHbless

Thursday, January 8, 2015

He is a BOY!!

Assalamualaikummm....!

ohoii..daahh 2015 ?!

that's mean dah tak lamaaa dah nak tunggu baby keluar. Tak sampai 100days punnn.. Debar + excitedd denn!!

Hari ni dah masuk 31 minggu 3 hari = 7 bulan 3 minggu 3 hari..

Next week will be 8 month! Whoaaa.. sekejap je perut dah membesar, bentuk badan dah berubah anddd dah boleh rasa baby makin membesar and memberat! 
Alhamdulillah, sihat anak umi abi ea..

Hari tu pegi scan, nak tengok jantina and tumbesaran dia dah sampai kat mana. Alhamdulillah doc estimate his weight in about 1.2 kg. Not too big not too small.. at average laa.. lagipun my body iz smalll..
so better baby membesar kat luar perut compared to in my own uterus. So that, tak perlu susah nak keluar nanti. InsyaAllah..


And as I and family expected, he is a boyy!!! 
I can see his bebird, and testes too... ^_^!!

Patut laa duk kuat sangat menendangg . Kuat main bola ea baby? 
Sampai bergegar-gegar perut den. Hahahaahaa..

Kadang tu kalau mengiring mesti rasa siku dia kuat menyiku, geli-geli gak sikit. Kadang tu sampai sakit sikit..

Tapi yang paling best bila mengaji dekat dia. Dia duk diam-diam je. Baik je taknak kacau umi ngaji. Bila stop je, start la dia menggeliat. Rasa gerak sikit-sikit. Suka dengar umi ngaji eh? 

Nanti abi balik lagi best abi ngaji..umi tak boleh challenge..

Sama jugak ngan waktu solat, waktu nak bangun subuh tu, kuatla dia kicking. Tau dah suruh umi bangun solat tu. Bagus betul la anak umi sorang ni, kecik-kecik dah pandai remind umi dy. Ni sayang bangatt kat awak...
Nanti jadi anak soleh tau... jangan nakal-nakal sangat macam umi and abi masa kecik.

Sekarang ni experience macam sakit tekak sikit. Maybe thyroid gland need to work more to make sure sufficient hormone supplied to my body. 

Bila preggy ni, sangat penting pemakanan sihat and berkhasiat. Vitamin jangan lupa tau. Especially folic acid. Important for your baby growth. Also other supplement like honey, dates, kismis.. 
I just take Jus Tok Guru because it have all the pemakanan sunnah as I said above.

Tapi Jus Kaseh Gold tu pun bagus untuk supplement. Sebab bila preggy ni badan cepat letih sikit and rasa macam senakk kat dada.

Sebab perut makin besar and tolak naik ke atas. That's why jap tu nak duk lama-lama pun tak selesa. Nak letak bantal kat belakang badan la. Nak baring la..

And sekarang ni sindrom yang kuat menyerang ialah sindrom tidur. Kejap-kejap rasa ngantuk. Tapi malamnya mata cerah kalah burung hantu!

Bila dah masuk third trimester ni, lots of thingy I need to do and prepare like buy baby thingy and emotion and physically prepared.

Bila baby keluar. there's new phase that I need to face i.e being a real mommy.
Do the breastfeed, change baby poo, bathing n bby grooming. Make sure he is healthier and a lots more to do.

About prepare baby thingy, I'll do it when Faris come home in about 17 days more.

Can't wait to see him and let he feel his son kicking inside me. Nak sama-sama rasa eksaited and rasa bahagiaa yang tak boleh nak cerita la. 
You'll experience it by yourselves when you'll become a parents soon..

Well, that's all that I can tell. Much more need to share, but some times, it cannot be said and written. 

That feeling kept deep deep inside heart. Cannot be shared, but can be feel together... :)

Having a baby such a bless from Allah, so make sure to always being thankful and patience with all the test and the sicknesses during pregnancy. Every single mother face it lah! So, be thankful to your mother and wife that have been sacrifice a lot to have you and your baby..

Till then...

Monday, December 15, 2014

of 7 month pregnancy

In the previous post I said that I wanna do a new post about my pregnancy right? Haa, so do I.
Lagi pun there's someone yang rinduu sangat nak baca post-post dalam blog ni. 

Ye lah, lately ni tak tahu lah kenapa mood nak menulis tu ada tidak je. Tapi bila start menulis, stop talking about mood. 
You didn't realize your finger start running uncontinuously on your keyboard and you start talking about everything.

Tengok-tengok siap satu post, and tak tahu apo ko bondo eh duk cerito panjang-panjang. Haha!

As I always said, menulis ni adalah satu terapi. Nak gerakkan minda daripada terus membeku. Bila menulis you'll realize there's a lot of thing you wanna say but you just keep in your mind. Sel sel otak mula berhubung apabila tangan mula menari.. Mungkin kot?

Eh, terpanjang pulak bahagian introduction.. Dah nak kelaut dah.. kembali ke cerita asal.. emm, about baby. Yes, a cute little baby in my womb. Dah masuk 7 bulan dah dia hari ni. 

Ohmaii!! Omey sangat awakkk!!!

Kejap je dah masuk 7 bulan. That's was 7 month ago since your father come back to Malaysia for this year and return to further his study in about 3 month ago. Well, umi miss your abi so much.. #eh
Nampak babybum tuu... Baby dah makin besar. Ni gambar masa scan 5 bulan hari tu. Esok ada gambar baruu!
Can't wait!!




On 7 month pregnancy, badan dah mula lenguh-lenguh dah sebab perut makin besar. Bila berdiri depan cermin, tengok badan dah berubah bentuk dah. Perut bonceett!! 

Lepas tu rasa bahagiaa je, sebab baby sihat and membesar dengan jayanya!!
Pagi-pagi bangun kaki mula rasa sakit, urat tegang. Sebab perut membesar, vena kava yang supply oksigen to baby terkepit sikit. 
So, kena tidur mengiring sebelah kiri. Tapiii selalu mata susah nak lelap malam-malam.

Sekarang ni kalau tidur dalam range 11pm ke atas. Kadang tu sampai pukul 3 pagi duk guling-guling lagi. 

Mata cerah macam burung hantu oii!!
Sampai Faris penat layan suruh tidur. Fortunately Jordan beza 6 jam sekarangg.. Kalau tak kesian jugak.. -..-

Satu lagi, bila banyak-banyak jalan sikit, kaki mula rasa lenguh-lenguh. Tak boleh jalan banyak sangat. Kena banyak rehat. 
Tapi still need to do exercise.
Tak boleh duduk-duduk sangat...
kena jalan-jalan jugak bagi urat tu kendur-kendur sikit.

Ni pun tengah rasa kaki kecik dia dok kicking..
Kadang tu sampai bergegar perut den. Haha..
Aktif betul..
Tapi kalau malam-malam dia kick, umi dia tak perasan pun. Tido matii!
Tetiba terfikir, camne nanti nak berjaga malam kalau tak sedar eh?
Ritu tidor ngan Elisha pun tak sedar bila dia nanges nak susu.
Ye lah, sebab Elisha kick kakak, not me. So umi dia tidor je dengan bahagioo..

Bila experience rasa sakit lenguh badan and terik urat whatsoever ni, terus jadi reflect how mama carry me in her womb. Dulu lagi laaa berat 'coz I am twins. Lagi besar perot hoi, and mama just about my size. So, can you realize that?
So, bila sakit sikit-sikit ni tak rasa pun berat or terbeban.
Rasaa bahagiaaa adaa.. Sebab pahala untuk ibu mengandung ni banyakk sangat.
So, tu adalah sebab untuk rasa bahagiaa..

Eventhough abi not there, at least you are here to accompany your umi. Keep kicking baby, so, I know you there. Healthy and active.

I bet he is a boy. Tomorow baru nak scan. Nak tengok perkembangan and gender too! 
Ramai cakap boy.. 
But I don't care if he/she is a boy or girl. 
The most important thing is, my baby is healthy and comel!!

Cant wait to see you soon baby...
...and your abi too..
a month to go....
I wanna him to feel his baby kicking in my womb..
 ^_^

Last but not least : Interview

Hujan renyai-renyai di luar menambahkan aura sejuk di akhir tahun 2014 ini.Hari ni dah 15 Disember 2014. Sekejap je masa berlalu. Terasa masih baru lagi menjenguk aura 2014. 

Tapi tu la, masa berlalu dengan sangat pantas sekarang. Lepas sejam ke sejam, sehari ke sehari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan. Sangat pantas sehingga memerlukan kita untuk melakukan semua perkara dengan spontan namun masih tersusun. Cepat dan cekap. Kalau lambat tinggallah kamu di belakang.

Alhamdulillah, cuti sekolah kali ni terasa berbeza. Dengan rasa habis tanggungjawab sebagai pelajar di IPG Sultan Mizan. Temuduga tempohari dilalui dengan hati yang gumbiraa.. 

Muke semuaa ceriaa je.. Nampak badan agak berisi di situu... ^^

Gaya habes interviewww.. Muke semua senyum tak hengatt... ^^

Alhamdulillah, panel semua okie jahh. Cuma masa awal-awal tu agak psiko sket.. Kami group yang pertama untuk diinterview. Pagi-pagi lagi, bateri baru nak charge & tak tahu camne peribadi panel interview. So, waktu perkenalkan diri tu, of course lah semua skema straight je. 

Semua cakap ikut skema robot je, Ye lah, mana tak skema, debar giler kot. Dalam hati dup dap dup dap macam nak terkeluar je jantungg aiii.. that's why kami kena komen kat puan interviewer tu. 

Say, kitorang tak pandai nak ambik hatidy. Tak pandai nak tarik perhatian untuk dia dengar apa yang kami nak story. Terus semua macam gelak-gelak cover gituh... Tapi harapnye dia faham lah sebab kami first kan. 

Haa, panel 2 orang. Fortunately sorang dari SPP, and sorang lagi dari JPNT. So xde guru pakar or cemerlang yang tanya kami. Alhamdulillah... So soalan yang berkaitan dengan content sains takde sangat lah.. fortunatelyy 'coz I tak study langsungg content youu!! 

Kalau tetibe keluar soalan content memang bole kelu lidah muke blur and jawab tah pape. But, maybe there's still the answer, but not too sure its correct or not..

Study mostly about education system and the dasar-dasar yang banyakk tuh.

Kalau yang fakta sekadar PPPM lah. Pagi tu memang study PPPM. Alhamdulillah rezeki masuk yang tu. Tapi takde lah fakta sangat. Sebab soalan yang ditanya berkaitan pendapat sendiri mengenai PPPM. So lebih kepada apa yang kita faham.

Sepanjang sejam setengah dok kat dalam bilik interview tu, mostly soalan tentang teknologi. How to apply technology in your lesson without influence ur student lifestyle? Means that, camne nak bagi dorang guna teknologi tu dengan betul.. takde lah terikat sangat dengan teknologi.

 Macam mana nak bagi kids nowadays dok kat meja makan sembang-sembang and ignoring their smart phones or any gadgets? How to change it as a teacher?

Semua respon spontan. Takde bagi masa dah. Masa soalan tu keluar dari mulut interviewer, terus kami kena brain. Tak boleh nak fikir-fkir sangat. So, dalam masa sejam setengah tu, rasa macam otak kena perah-perah je. Idea keluar tak berhentii..

And know what, group kitorang palinggg lamaa dok kat dalam interview room..

Bila panel dah sebut, ok, this is the last question.. semua tarik muka lega.. haha...

Langkah je kaki keluar dari iv room, semua senyumm manisss.. Alhamdulillah..!!
Dah selesai semuaaa urusan berkaitan IPG..

Sekarang tunggu result SPP and postingg...

Harapnye semuaa lulus dengan jayanyaaa..
And happy postingg..

Mintak-mintak dapat tempat posting yang dipermudahkan semua urusan...

With a baby in my uterus, so I hope ada rezeki baby nak duk dekat. Sebab abinya dah duk jauh..

Btw, baby dah umur 7 bulan hari ni. And I want to make a post about the pregnancy.. soon.. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~