Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, November 21, 2009

10 Peringatan Sesama Insan!
Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmiah, pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui dan berkasih-sayanglah sesama mukmin .
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Fikir-fikirkanlah dan muhasabahlah diri kita..
Sejauh manakah iman di dalam diri kita ini berjaya mendidik kita
untuk menjadi mukmin yang sejati..

buat renungan diri terutamanya dan untuk semua yang sudi membaca. Keep smile ;-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~