Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, December 30, 2010

Tutorial: Tukar templates

Assalamualaikum wbt..

hari ni tetiba mai semangat nak wat tutorial..just simple tutorial..

First skali, uols kena download template yang dah mencuri hati 


boleh donload kat 


http://www.bloggertemplatesfree.com/


xpun kat sini,


http://www.bloggertemplatesblog.com/


atau kat sini..


http://blogspottemplates.blogspot.com/


pilih sendiri yang mana berkenan di hati..


, pastu extract here that Winzip file tu..

then, tengok kat dashboard ..


pastu, kelik dekat 
1. design
2. edit HTML
3. Choose file

 
pastu nanti dia akan keluar file, pilih file yang ada extension XML. Kalau xperasan yang .xml tu, gambar file tu macam ni


pastu, tekan upload taw..



pastu nanti akan keluar macam ni



kelik KEEP WIDGET tu taw.. Untuk pastikan gadgets yang kita dah masukkan dalam belog tu xhilang. Kalau xtekan KEEP WIDGET tu, nanti template kte nak uat tu xjadi taw..

Pastu tekan view blog, bukak kat new tab taw sebab nak tengok susunan gadget yg kite dah install tu. Kalau korang rase,'' Heisyh! sepah-sepah gadgets ni semua''. So, uols kena kemas kan laaa... 

Bukak PAGE ELEMENT kat dashboard, pastu rearrange and klik preview untuk pastikan hati uols cakap," Waahhh!! Sudah lawa belog ambe!"(perasan yer?). Lepas dah edit bagai tuu..jangan lupa SAVE yerrr..


Dan akhirnya, tadaaaa!!!

belog baru dengan new template yang macam seswai laa,,hehe..


dah xde dah template yang lama n bowim tu..hehe



Semoga berjaya yer ! hehe

p/s: kalau malas nak cari template lawa-lawa, gunakan template designer jer, lagi mudah..hehe ^^,V

Sunday, December 26, 2010

New Parents?

Assalamualaikum wbt..


ahaaa~ mood menulis dah datang. So gunakan sebaiknya...Oyeah2~ Uools pekabar? Lama betul rasanya saya tak menulis dengan serius. Asyik nak main-main je. Heisyh..sikap mazmumah nih. Kena buang2..hehe


Kali ni saya nak kongsi sedikit mengenai aktiviti yang saya join during this holiday. 


December 2-4, 2010: Bakti Siswa anjuran IPGKSM singkatan dia, BAKSIS aka pogam anak angkat. Program ni diadakan kat Kg. Alor Limbat, Marang Tganu. Dekat-dekat ngan area Serada la. Kampung ni selalu jugakla saya lalu time ondaway nak pegi rumah paksdara kat Rusila lepas ambik kakak yang belajar kat KOSPINT (sekarang dah convert jadik IMTIAZ KT). Time lalu kampung ni, sallu terpesona ngan keindahan kampung ni. Lawa uihh. Banyak pokok bunga rosa-sinensis. Kampung yang indah n lawa coz i really loike bunge..hehe (gambar xde sebab xbeli DSLR lagi..hehe)


Peserta yang join program ni total up sumer 60+ orang. Kami bertolak kul 3.00ptg n sampai kul 6.30 ptg. Sampai ja, terus masuk dewan (canggih ouh kg ni ad dewan, kg sy xde kot..jakun2.. -_-"). Pastu kan, dalam dewan tu, tengok kat dinding, macam-macam anugerah adaa. Hadiah yang dapat lak bukan sikit, satus ribu, 20ribu..Pendek kata ribu riban semuanya. No wonderlaa kg ni bleh decorate lawa-lawa gilak.


Sebelum main lempar tin(apa nama betul game ni ek?)
Memang best la program ni, selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, kami semua dapat jugak pengalaman bersembang, bertukar idea dan pandangan bersama keluarga angkat dan hidup dalam suasana kampung. Parent angkat saya sporting taw, bagi motor satu sorang kat kitorang (satu fmly 2 student). Tapikan, rugi pulak, saya ni, lesen motor ada, tapi jarang-jarang bawak motor, so ble nak bawak moto tu tak larat. Ye la, saya ni kan besaq, kuat lagi nak bawak motor, mane larat uih. Last-last, saya membonceng je la.


Aktiviti? Banyak jugaklaa tapi agak terbatas sebab pergi masa musim tengkujuh. Faham-faham je la. Unfortunately, I got fever! uhuu~ don't like2! huhuk..Agak tidak selesa disitu.


Pendek kata, program ni kalau ada yang nak saya vote, dari 10 markah tu, saya bagi 9 laa.. Kenapa bukan sepuluh? Mana mungkin setiap program dan perkara yang diaturkan oleh manusia sempurna sepenuhnya? 




And cuti saya kali ni agak terisi la sikit, ada add on sikit kalau nak compare dengan cuti sebelum ni.


 ni ada sikit gambar yg saya sempat snap guna kamera enset v810 buruk saya..huhu



Jambatan gantung


Taman mainan
sempat lagi..heisyh -_-"

Thursday, December 23, 2010

Cuti Akhir Tahun

da nak abes dah cuti..

da lame blog nie terbiar..

berlumut dah kot..

berhabuk..

ada story ja nak citer..

tapi xdak mood nak menulis..

tunggu mood datang yea..hehe

....xsabar nak tengok result exam...

xsabar nak cedok ilmu banyak2 kat ipg...

xsabar nak cuti lagi...hehe

Monday, November 29, 2010

Wuduk yang sempurna

Assalamualaikum wbt..
sedikit perkongsian hari ini mengenai wuduk yang kita lakukan sehari hari..



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Sebabnya?: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
  
2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Sebabnya? :Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'.
Sebabnya? :Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Sebabnya?:Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Sebabnya? :Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Sebabnya? :Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.
Sebabnya? :Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat'
Sebabnya?: Qada' dan Qadar kita ditangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Ikhlas kerana Allah.Wassallam. 







p/s: renung-renungkan dan selamat beramal ^^

mood: in great fever rite now..huhu

Sunday, November 21, 2010

Solat diterima?

assalamualaikum..

  Dalam hayat kita,,solat kita kerjakan xpernah khusyuk...tp paling kurang kita menghadirkan hati dan segala anggota rukun untuk mencapai kekusyukan..
tp yg paling kita takuti adalah ada juga dalam solat Allah xkan terima mentah2...
jadi dimanakah sy dan kita semua.....

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji 
dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

p/s: sama-samalah kita menjaga solat..

Thursday, November 11, 2010

Keputusan UPSR

Assalamualaikum, wbt..


Result UPSR dah di umum.


Alhamdulillah adik dapat straight 'A'..congrats!


Teringat kenangan lampau, 


result ku tak seperti dijangka,


menangis kalah kucing mati anak,


siap buat drama lagi tu,


bila ingat balik, malu weyhh!


takperlah, kenangan itu manis untuk disimpan.. -_-"


..:: adek dah claim hadiah, sempat je dia pesan siap-siap, bagi hadiah yang mahal-mahal.


xnak murah-murah ni::.. (nasibler dapat adek demand...tapi xpa, akak  dia sporting! )


p/s: raikan setiap kejayaan untuk upgrade motivasi..

Wednesday, November 10, 2010

Tak dapat diganti

Di luar waktu sembahyang, kelihatan ada orang masuk ke dalam masjid.  Lalu seorang lelaki melihat anak berumur sepuluh tahun sedang mengerjakan solat dengan khusyuk. Lelaki itu menunggu sehingga anak itu selesai dari solatnya.
Dia menghampiri anak itu dan bertanya,“Nak siapakah anda?”
Anak kecil itu mengeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan airmata di pipinya.
Kemudian dia mengangkat kepalanya dan berkata, “ Saya anak yatim piatu, tuan.”
Hati lelaki itu tersentuh mendengarnya dan berkata,” Apakah anda mahu menjadi anakku?”
Anak kecil itu menjawab, “ Apakah jika aku lapar, anda mahu memberiku makan?”
Lelaki itu terdiam sebentar, kemudian menjawab, “ Ya”
Anak itu bertanya lagi, “Apakah jika aku tidak memiliki pakaian,anda akan memberi aku pakaian?”
Lelaki itu mengangguk sambil mengatakan, “Ya”.
Anak itu bertanya lagi, “Apakah anda akan menyembuhkan aku jika aku sakit?”
Lelaki tua menjawab , “ Itu aku tidak sanggup,nak.”
Anak kecil bertanya lagi, “Apakah anda sanggup menghidupkanku bila aku mati.”
Lelaki tua berkata,” Ini pun aku tak sanggup.”
Anak kecil menjawab, “ Kalau begitu biarkan aku, pakcik, bergantung kepada Zat yang menciptakanku. Dialah yang memberikan aku petunjuk, yang mmeberi makan dan minum. Jika aku sakit, Dialah yang menyembuhkan. Yang mengampuni segala kesalahanku di hari berhisab kelak,”kata anak kecil itu.
Setelah mendengar kata-kata anak kecil itu, sesuatu yang tidak terjangkanya berkata sedemikian, lelaki tua itu pun terdiam dan tidak tahu berkata apa. Dari bibirnya terdengar suara lirih, “ Aku beriman kepada Allah. Sesiapa yang bertawakal kepada-Nya, maka Dia akan memberi kecukupan padanya.”
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). (2)
At-Talaq,65:2

Dipetik dari Be Happiest Women, DR Aidh Al-Qarni

Tuesday, November 9, 2010

Patah hati :(

Kau tidak seperti dulu 
Yang ku kenali dulu 
Rupa hilang seri
Manakah manisnya


Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati
Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri


Bukankah tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang
Frust, tension, kuciwa sampai xlalu nak makan, feel like to vomit macam pompuan pregnant alahan kes tengok dan jawab dan analisis soalan Sains 1 tadi.( Astaghfirullah..sabar2....pujuk hati..) Taktaw lah soalan susah ataupun saya kurang preparation, dalam hal ni, memang kena tuding jari kat diri sendiri walaupun dah usaha dah studi betul-betul. Soklan spot pun kena sebijik-sebijik, tapi Allah dah aturkan..hati ni xtergerak pun untuk ulangkaji segala macam spot tu betul-betul (sebab pikir,,eisyhk,,mesti xmasuk nih..huhu)..tapi terjentik jugak, mana tahu kalau betul-betul masuk. Tapi hati xtergerak, tindakan takde, tak jadi ugak kan?


Lepas jawab exam tadi, memang majoriti classmates monyok jaa muka, tapi tak seteruk saya la. Sebab boleh dikatakan, sikit je yang boleh jawab betul-betul. Yang lain tu, taktaw nak kata apa. Kawan-kawan yang boleh jawab tu, memang tersenyum lebar...Usaha saya tidak sekuat mereka yang tersenyum (terdetik di hati ni)..


Nak tenangkan hati, layan lagu ni sat, pastu ngaji sat..tadabbur sikit..refleksi diri... Alhamdulillah..Tenang hati..Ingat! Allah selalu bersama kita..

Mungkin dugaan yang ini Allah berikan kepada kita supaya kita berfikir dan berusaha dengan lebih kuat lagi. Tidak ada perkara yang berlaku tanpa sebab. Setiap perkara mesti ada hikmahnya. Kena positifkan pemikiran nieyh! 




Kegagalan mengajar kita erti untuk menghargai nikmat setiap kejayaan yang datang..


Tawakkallah setelah berusaha...


Doa..Usaha dulu, ikhtiar n tawakkal..baru dapat DUIT!
Mood:: down..down..down


I need to be positive!

Arise!!

10 Tabiat yg Merosakkan otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimaginasi
  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Wednesday, November 3, 2010

Mood Study:: Camna nak kekalkan?

Assalamualaikum w.b.t,

Yeay! Paper untuk subjek bahasa da abess dah. Alhamdulillah otak berfungsi dengan baek dan berkesan. Now I need to prepare for Science 1 & 2 paper, major subject for my course. Arghh! tetiba tensen..manyak lagik takstadii nieyh..too much subtopic I need to recover. Taktaw sempat ke tak..tapi gap between 2 paper nie jaoo laa jugek. 

Kalo ikut fikiran logik, xsempat kot, tapi kite kna pikir positif (oyyeah2!!), sempat sajaa kalo xlogin FB, tak merayau-rayau lam belog -_-"..spent betoi2 masa ngadap buku n notes jaa. BUT! ohoo~ I'm not like that..study xsampai sploh menet, tetiba mai feel nak bukak FB laa, tengok-tengok latest news. Mana taw kot-kot ada yang nak bagi skema jawapan exam kaa, nak bagi soklan kaa. Best ugak kan...

Teringat lak cerita sem lepas, entah idea appear dari mana, sy pegi masukkan nota-nota lam fesbuk, nanti leh laa wat  alasan bila ad yg tego camni," U ni, exam pun berfesbuk lagi..bukan nak study betul2", I ade dah jwpn dye, "I buka fesbuk ntuk study laa"(sambil bg link nota yang I wat, bagus kan? )... Sambil-sambil tu, leh ajak kwn2 yang lain study jugak.


Humph! Mood study disappear lak. Camna ea kte nak suh mood nieyh mai balik? Kalau sy la kan, sy akan  take this way:

  1. wat segala macam perkara yang sy sukaa sampai borink (bease susa nk benti)
  2.  Tidow..zzZZZzz~
  3. Pegi mandi, bg wangi2, pastikan diri cukup segar untuk study, n lawa2 :p
  4. Then mood tu mai ngan sendri..xyah panggil pom..
Xcaya? try la wat, mana taw berkesan. hehe.


Tapi ada cara yang lagi relevan laa, my style cannot be used, (mengarut kot..hehe.), Meh kita pakat-pakat amalkan bila mood study ilang:


  1. Tengok gambar our parents, fikir sat padea harapan dorang untuk kita, mesti nak tengok kita sukses kan?
  2. Baca cerita tentang kejayaan orang lain, renung sat apa yang mereka telah buat untuk berjaya. (self motivation)
  3. Fikir tentang matlamat kita, apa yang kita mahukan untuk hari esok? 
  4. Tampal kata-kata motivasi BESAR-BESAR kat dinding, untuk raise up spirit.
  5. Renungkan apa tanggungjawab kita kat atas bumi ALLAH ni, sebagai khalifah kan? Kalau nak jadi khalifah ang baik, mesti taw tanggungjawab kan? Paling mudah, kita fikir tanggungjawab untuk diri sendiri, kat parents kita, n also for our future family (hubby, wife..baby..)
  6. Kalau sumer tips-tips nie tak berjaya jugak nak naikkan semangat studi korang sumer...apa kata kita amek step paling mudah...Fikir mood kita tyme tengok result terpampang kat board. Kalau dapat 4.0, agak-agak korang happy x? Xpun, bayangkan bila tengok words FAIL, parallel ngan nama kita, agak-agak korang still leh makan kepsi ngan tenang x? Agak-agak parents korang leh melompat kegembiraan ker bile uolls gtaw ngan muke xbersalah yg u kna repeat?
Fikir-fikirkan dan selamat beramal :-) hehe..

GUdLucK Yea For NexT PapeR! I can Do It!!! OyYeAH2~

sambung studi pizip.. =_="~

Sunday, October 31, 2010

oh exam!

Assalamualaikum wbt..

Ouh final!
ahaa! Exam datang lagi..kali ni ngan ujan lobat, bak kate omputih, "its raining cat n dog". So cool. Ye laa..mmg cool sesangat..tp x secool Antartika la kompemnyer. 
Mood nak study tu memang betul-betul tergugat, tengok katil..bantal..selimut..heisyh! So penyelesaian dye, tegang cadar elok2..kemas katil elok2..baru ilang mood nk tidoo....Kot~ Kalo korang sumer pun kan, mesti dapat rase feel nk tido guling-guling atah katil sambil peluk teddy bear tu mendesak-desak jiwa dan raga sampai terpaksa buat-buat taknampak je katil tu. kalau ikut mood tu, nak tido haje, but when i reflect to myself, if i sleep, do i got the answer from my dream? wahh..bestnyer kalo tidok dapat mimpi soklan exam sebijik2 ngan jawapan dye skali. What da heaven ~ ^_^~ hehe

Esok dah start exam, but it still raining outside. Afraid if its this heavy rain still continued till tomorrow.. Basah laa nanti. Pastu, otak mesti jem, sebab sejuk cause flow of oxygen tersekat (fakta dr mne nie? ). So, brain cannot function normally..ahaa~ betullaa sangat.

reading-but-not-studying 
brain stuck!

jangan kacow!!
First paper is English. So u can understand lah why I asik speaking jer ni (walaupun obviously nampak i speak broken englsh..uhuk2). Okeh, laa ni I nak sambung study lak. Mood study dah datang balik, tadi dissapear entah ke mane, replace with blogging mood. okeh all, wanna go rite now.
 Poem memanggil-manggil mintak di analyze, tenses melambai-lambai mintak di review, report melonjak-lonjak keriangan xsabar-sabar untuk di tengok latest format... tapi that person still ralit menconteng blog sendiri..

Last but not least, Gudluck for everyone that have exam tomorrow or the day after.. Do the best for sake of ur parent, Allah, for urself n for ur future family. The things that u have done today to make u have better day for tomorrow. Smile yeah! (even u feel depressed..)

Cheer Up Buddies!! ^_^~

Tuesday, October 19, 2010

How To Be a Confident Person?


Salam readers, motivation session for today. Confident to urself is da best way to get attention from people and also dapat membuka peluang baru kepada anda semua. Tetapi, macam mana untuk kita meningkatkan confidence level dalam diri kita?? Here, I wanna share some tips with uolls how to be a confident person. 
1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif
5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ucapkan pada diri sendiri," Yeah! I da best!!!". effect: motivation increase.
8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku. Tunjukkan kita seorang yang konfiden.
9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Don't be a procrastinator!!
p/s: I need to raise up my confidence level!! Tcer kena confident dpan student untuk mendapat keyakinan drpd pelajar n memudahkan proses pertukaran ilmu berlaku. kan? ^_^~

" Yeshh!! I'm da best person!! " (perasan ker? xpe kot..kdg2..just jgn mengundang riak di hati.. :) )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~