Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, February 27, 2010

salam maulidur rasul 1431hijr

Selawat da salam ke atas junjungan besar kita, Rasulullah SAW..

menurut wikipedia Bahasa Melayu
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabiterakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

pada tarikh ini, semua umat islam menyambut kelahiran junjungan besar Nabi kita, Rasulullah SAW.
Termenung sejenak, memikirkan pengorbanan yang telah Baginda lakukan untuk umat-umatnya.
Terlalu banyak yang baginda hadapi sewaktu menyebarkan dakwah Islam kepada umat-umat baginda supaya sampai kepada kita...
 terlintas di fikiran ketika hari terakhir baginda bernafas di atas muka bumi ini..
saat menghadapi saat terpisahnya roh daripada jasad 
bibir baginda masih terkumat kamit sehingga puteri baginda, Fatimah mendekatkan telinganya di bibir baginda..
" Ummatti..Ummatti...Ummatii!(umatku, umatku, umatku)".
betapa sedihnya hati ini pabila teringat akan saat ini..
walaupun saat terakhir..baginda masih teringat akan umatnya..
iaitu kita..menunjukkan betapa cintanya Rasulullah SAW terhadap kita..
tetapi bagaimana pula dengan kita??
adakah kita dapat menandingi cinta rasulullah terhadap kita?
adakah kita mencintai Rasulullah dengan sekadar melafazkan sahaja..??
tanpa di iringi perbuatan..?
jadikanlah Rasulullah sebagai qudwah hasanah kita..
jom kita tengok ape yang perlu kita lakukan untuk menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang kita kepada Rasulullah SAW (source: iluvislam)

BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).


MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).


BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).


MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).


MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
jom kita amalkan! :-)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

tahniah untuk sahabat saya.. sarah, kerana telah menjadi johan untuk pertandingan puisi sempena maulidur rasul..puisi tu mmg fess class laa..saya pun xreti nk create puisi
kepada rumete yang chomel itu..tahniah untuk kuiz islam..next year saya join laa...hehe
n untuk semua yang berjaya sempena sambutan maulidur rasul peringkat mktb yang telah dijalankan selama seminggu n selepas maghrib tadi telah dirasmikan penutupnya dengan program last iaitu ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz helmi...
(ana xtrun sebb terlalu penat coz blatih bdmnton ntuk tournament esop..huhu..)

n tahniah ana nk ucapkan kepada semua yang sama-sama join program2 yang telah dianjurkan oleh kelab rakan masjid ini..

salam maulidur rasul buat semua..semoga kita sama-sama dapat menghayati perjuangan junjungan besar Rasulullah saw dalam usaha baginda untuk menyebarkan dakwah islam ke serata pelusuk dunia..

semoga kita mendapat syafaat di akhirat kelak...

keep smile! :-)



Tuesday, February 16, 2010

tegurlah dengan kelembutan


Ustaz Umar Tilmisani rahimahullah berkata:“Apabila melakukan teguran, Imam
syahid Al-Banna menuturkan kata-kata teguran yang lemah lembut dengan suara
yang halus dan tidak dengan nada yang tinggi. Beliau akan menegur kesalahan dan
menyatakan kesalahan tanpa menyakiti atau mengguris hati ikhwah.”
“Di saat senang, beliau memanggilku dengan namaku sahaja… Wahai Umar.”
“Namun, apabila ada sesuatu yang menyimpang dan harus diperbetul dan
diluruskan, maka beliau akan memanggilku dengan panggilan… Wahai Ustaz Umar.”
“Apabila terdengar sahaja panggilan itu, maka saya akan segera menyedari bahawa
ada hal yang tidak menyenangkan atau ada perkara yang perlu saya perbetulkan.
Maka saya akan segera berkata, Apa yang terjadi?”
Beliau membalas pertanyaan dengan simpulan dan kuntuman senyum yang indah mekar
di bibir. Sehingga apabila melihat wajahnya, maka sesiapa yang sedang marah,
maka perasaan geramnya pasti akan reda dan hilang. Lalu, beliau akan
menyampaikan isi tegurannya dengan bahasa yang lembut yang menyentuh hati dan
juga menyenangkan jiwa yang mendengar.”
Di kala ambang peperiksaan makin menggundahkan hati dan perasaan kita, emosi
dan jiwa seseorang itu sememangnya mudah terusik dan terguris. Maklum dengan
suasana getir dan tegang di kala peperiksaan menyebabkan hati menjadi sedikit
keras dan statik. Kurangnya kedinamikan yang boleh melentur hati supaya
menyemai rasa berlapang dada dan lebih terbuka kepada salah silap mahupun sikap
yang mungkin sedikit keras oleh rakan kita. Syaitan akan lebih mudah untuk
meniup rasa dengki dan nafsu amarah akan makin membuak-buak api kemarahannya
dimangkin oleh hasutan syaitan.
Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita untuk menghadapi perasaan marah ini
berdasarkan hadith dari Sulaiman Bin Shurad:
“Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling
bermaki-makian antara seorang dengan kawannya. Salah seorang dari keduanya itu
telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya saja niscayalah mengetahui suatu kalimat yang
apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya -kemarahannya, yaitu
andaikata ia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithanir rajim,” tentulah
lenyap apa yang ditemuinya itu. Orang-orang lalu berkata padanya - orang yang
merah padam mukanya tadi: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “Mohonlah
perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam.”
(Muttafaqun ‘alaih)
Selain itu, Rasulullah pernah bersabda bahawa:
“Seseorang yang kuat di kalangan sesuatu kaum bukanlah orang yang dapat
mengalahkan semua orang di kalangan kaumnya tetapi orang yang kuat itu adalah
orang yang dapat menahan dirinya daripada berasa marah.”
Allah turut berfirman dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 134:“(yaitu) orang-orang
yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan
orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah
menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”(Surah ali-’Imran
[3]:134)Sememangnya menjadi suatu signifikan buat kita para daie untuk mengikis
sifat marah dan memupuk serta menyemai subur sikap lemah lembut dalam diri.
Menjadi suatu bekalan yang sangat penting buat kita dalam jalan yang penuh
dengan liku-liku ini di mana, sifat lemah lembut mampu untuk menarik manusia
kembali kepada Allah.
Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah-lembut dan mencintai
sikap yang lemah-lembut dalam segala perkara.
(Muttafaqun ‘alaih)
Allah turut berfirman dalam Surah Furqan,
“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang
berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa
mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan (iaitu
mereka mengucapkan salam).”
(Surah al-Furqan [25]:63)
Jelas di sini bahawa kita perlu bersikap lemah lembut dalam semua perkara.
Hatta khudwah hasanah kita yang kita junjungi, Rasulullah SAW sentiasa bersikap
lemah lembut. Baginda mungkin pernah bersikap tegas, tetapi semuanya dengan
nada yang lembut dan sangat menyentuh hati.
Perlu kita ingatkan bahawa dalam kita sibuk mengejar manusia dan menulis
manusia, dalam keghairahan kita, adakah kita telah mengkorporasi sikap lemah
lembut dalam teknik dakwah kita? Mungkinkah teguran kita terlalu tegas?
Adakalanya, mungkin difikirkan bahawa kata-kata yang diucapkan adalah
bersesuaian dan menepati situasi, namun, setiap manusia mempunyai perasaan yang
berlainan.
Seseorang itu mungkin mudah terusik atau terguris walaupun kata-kata yang
diucapkan langsung tidak mempunyai unsur-unsur kasar mahupun kata-kata tajam
yang mampu menusuk jiwa. Seringkali dirasakan bahawa kata-kata yang diucapakan
seolah-olah kata-kata yang biasa atau madah nasihat yang mudah untuk diterima.
Namun, persoalannya, adakah kita pernah terfikir dengan perasaan orang
tersebut. Semangat kita yang tinggi mungkin secara tidak sengaja boleh menorah
luka perasaan di jiwa ikhwah yang lain. Maka berhati-hatilah dalam usaha kita
untuk menegur, malah di kalangan ikhwah sendiri. Jangan semangat yang menjulang
tinggi menyebabkan kita kabur terhadap perasaan ikhwah di sekeliling.
Malah Syed Qutb pernah berkata:
“Kita menyeru dan memerangi manusia dengan kasih sayang dan lemah lembut.
Nampak seperti ironi, namun itulah hakikat yang perlu kita implementasikan.”
Kata-kata beliau ditujukan buat daie-daie muda yang penuh dengan semangat
tetapi risau jika disalurkan pada saluran-saluran yang terselitnya rasa marah.
Impak yang lebih teruk ialah, orang yang diseru mungkin akan lari dan
menyebabkan usaha kita sia-sia malah dikutuk oleh Allah.
Rasulullah bersabda:
“Berikanlah kemudahan dan jangan mempersukarkan. Berilah kegembiraan dan jangan
menyebabkan orang lari.”
(Muttafaqun ‘alaih)
Semoga kita lebih peka dengan perasaan dan jiwa sahabat-sahabat kita. Namun,
jadikan ia sebati dalam diri supaya berkat izin Allah, moga kita praktikkan selalu.
source:sahabatinteraktif, by:smart gurl
semoga kita sam-sama mengambil manfaar dan improve diri.
Tak salah untuk menegur bahkan bagus lagi, tapi
kalau nak menegur, tegurlah cara yang elok,andainya tak berpuas hati, 
berdepanlah..sesetengah org lain halnya..kita ckp2 depan dia..
pasal ksalahan dye.mybe dye xprasan kslahan..kne ckp terus terang..talk heart to 
heart. pape pun..lets improve diri kita..Jom!
keeps smile! :-)

Monday, February 15, 2010

di sebalik Valentine


salam kepada semua penziarah...
syukran jazillan kerana sudi melawat blog ana yang xseberapa ini..
selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW..


14 Februari 2010. Pada tarikh ini, 2 sambutan telah disambut iaitu Hari Valentine dan Tahun Baru Cina..
Di sini, saya tidak berniat untuk mengulas mengenai sambutan Tahun Baru Cina kerana
perayaan ini hanya di sambut oleh bangsa Tionghua dan tidak mengaitkan umat Islam. Kalau yang sambut tu, tak tahulah pulak, maybe dia adalah seorang converter, sambut sekadar untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga.


apa yang ingin saya sentuh di sini adalah mengenai sambutan Hari Valentine yang di sambut pada tarikh ini. Pada hari ini, lazimnya pasangan kekasih akan memberi hadiah kepada pasangannya sebagai tanda cinta mereka.
Tetapi, tika waktu ini juga, ramai anak gadis hilang kegadisannya semata-mata untuk membuktikan rasa cinta terhadap pasangan. Sambutan ini tidak terhad kepada kaum tertentu seperti Kaum Tionghua yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Hari Valentine disambut oleh semua bangsa dan agama termasuk yang beragama ISLAM.  


Adakah mereka tahu peristiwa disebalik hari valentine itu? Saya percaya, majoriti di luar sana yang menyambut hari kekasih ini tidak tahu menahu langsung mengenai asal-usul Valentine. Apa yang mereka tahu, hari Valentine adalah hari khusus untuk semua pasangan-pasangan di seluruh dunia meluahkan kasih sayang terhadap couple masing-masing. Tidak timbulkah persoalan di minda mereka, 
kenapa 1 hari je kena kita peruntukkan untuk meluahkan mawaddah? 
kenapa bukan hari-hari kalau kita benar-benar sayang? 


ISLAM sendiri menganjurkan umatnya untuk saling kasih mengasihi..SENTIASA mengasihi antara satu sama lain, so, kenapa pulak kita nak ikot budaya Barat??
berdasarkan ape yang saya dapat dari ILuvIslam.com yyang juga turut dipetik dari Brunei darussalam Mufti Office, 
saya mahu berkongsi sesuatu mengenai Valentine's Day.
Jom! kita same2  bace..


Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.

Dalam Islam ada tiga kategori kasih:
Pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya; 
Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan 
Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk. 
Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.

Allah Subhanahu wataala menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; yang tafsirnya:

“Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka.” (Surah Al-Anfaal: 63).

Dan tafsirnya lagi:

“Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.” (Surah Ali Imran: 103).

Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah Subhanahu wataala sangat mencela dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah Subhanahu Wataala juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.

Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan. Hal in jelas sebagaimana firman Allah subhanahu wataala yang tafsirnya

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 31).

Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua pekara yang mendatangkan manfaat yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.

‘HARI Kekasih’ yang dibawa oleh orang-orang Barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan dan merosak akhlak masyarakat Islam, kerana senario menyambut ‘Hari Kekasih’ berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi kemungkinan adanya segelintir remaja yang sanggup menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kesetiaan.

Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, Al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. 



Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.’’ (Surah Al-Baqarah: 120-121)

Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang-orang Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.

Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang-orang Islam, dan kerana ramai yang tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka, semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini wajib diketahui dan disedari; mana-mana yang terlanjur, wajib kembali ke jalan yang benar.

Oleh itu, sebagai orang Islam kita hendaklah membuat sesuatu perkara itu dengan mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah asalkan tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Islam sangat menitikberatkan soal remaja di antaranya bagaimana mengarah hala tuju tentang percintaan. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ada menyebutkan bahawa tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan atau lembayung Allah antaranya: Pemuda atau remaja yang sentiasa beribadat kepada Allah tidak kira pagi, petang, siang atau malam; seorang laki-laki apabila diajak oleh perempuan yang cantik jelita dan kaya raya untuk melakukan maksiat, dia menolak kerana takutkan Allah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya:

“Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu: Imam yang adil, pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang laki-laki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah,” seorang laki-laki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga matanya mengalir air mata.” (Hadis riwayat Bukhari).

Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa pemuda dan remaja yang hebat itu ialah pemuda yang tahan ujian dan mempunyai jati diri serta tidak mudah terpengaruh semata-mata cinta dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala.

Selain itu, Allah Subhanahu Wataala memberikan ganjaran dan petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala dengan membuat perkara yang disuruh dan menjauhi segala perkara yang dilarang-Nya. Perkara ini jelas sebagaimana kisah ashhab Al-Kahfi disebutkan dalam Al-Quran, 



Allah berfirman yang tafsirnya:
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar: Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” (Surah Al-Kahfi: 13).



so, koklusinya..untuk ape kita sambut hari perayaan agama laen? adakah ianya berfaedah kepada kita? jom sama2 kita berfikir n merenung sambil bertanya kepada diri kita..


untuk apa kita sambut?
kenapa perlu sambut?
siapa pencetusnya?
apa akibatnya?
ada bagi ape2 manfaat kat diri kita ke? dapat improve diri kew?
so..ape2 persoalan yang timbul..sendiri jawab, sendiri fikir, sendiri renung..tetapi setiap jawapan yang nak dikemukakan, pastikan tidaka ada hadis atau nas2 yang sahih yang boleh meyangkal pendapat kita..

ayuh! koreksi diri, n keep smile :-)

Sunday, February 7, 2010

Kajian (nama Allah) bawa paderi kepada Islam !



Susunan SITI AINIZA KAMSARI
KALIMAH Allah bukanlah kalimah yang menjadi satu sebutan atau seruan mahupun satu panggilan bagi tuhan semata-mata. Ini kerana kita mesti sepakat bersetuju ia merupakan nama yang melambangkan akidah (iman kepercayaan) atau agama bagi orang yang menggunakannya.
Lantas apa layaknya kalimah itu menjadi satu bahan kontroversi sedangkan yang jelas jika mahukan Allah itu sebagai panggilan kepada tuhan yang disembah, maka jawabnya Islam, titik! Tidak perlu ada dakwa dakwi lagi terhadap itu.
Namun setiap yang berlaku, agenda ‘perkongsian’ nama Allah kebelakangan ini pasti ada hikmah yang tersendiri.
Ini kerana setiap kali apa juga mengenai Islam menjadi polemik kepada pelbagai pihak menyebabkan ramai yang ingin mengenali agama itu secara lebih dekat.
Akhirnya apabila mereka mendapati agama itu begitu rasional dan penuh dengan kebenaran yang tidak sekadar bersandarkan fakta-fakta dari hujah dan penyelidikan manusia tetapi sumber-sumber wahyu yang sangat sahih, iaitu al-Quran itu sendiri maka ramailah yang terbuka untuk menjadikan Islam itu sebagai agama untuk dianuti.
Sekalipun mereka yang sudah cukup alim dalam agama asal masing-masing, sama ada Nasrani, Yahudi, Buddha dan sebagainya sejak dahulu sehingga sekarang, akhirnya ramai yang tunduk kepada kebenaran Islam.
Sebagaimana yang terjadi pada Reverend David Benjamin Keldani yang lahir tahun 1867 di Urmia, Parsi (Barat Laut Iran). Setelah memeluk Islam, namanya ditukar kepada Abdul Ahad Dawud.
Beliau ialah mantan pendita (paderi) Roman Khatolik dan pernah menjadi tenaga pengajar paderi-paderi utama (Arbischop) Misi Canterbury untuk Kristian Syria (Nestorian) di Urmia.
Sebelum menemui cahaya Islam dan memeluk agama itu secara rasmi pada tahun 1903 pada usia 37 tahun, Keldani begitu membuktikan pencapaian yang tinggi sebagai paderi.
Pada tahun 1892 beliau satu-satunya paderi yang mampu menulis rangkaian makalah agama di The Tablet iaitu mengenai Pentateuch yang sahih.
Pentateuch adalah nama bagi lima buku (kitab) Pertama dalam Perjanjian Lama, iaitu Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan dan Ulangan.
Lalu beliau menikmati pelbagai anugerah, menjadi duta dan wakil gereja serta sentiasa dijadikan rujukan utama dan menulis pelbagai risalah, makalah termasuk di akhbar seperti The Levant Herald dan majalah berkala dalam bahasa Syria, Qala-la-Syara (Suara Kebenaran).
Sehinggalah beliau menyampaikan khutbah terakhirnya di Katedral Khorovabad St. George pada tahun 1900.
Ini kerana hakikat yang tidak boleh dinafikan, terlalu banyak keistimewaan Keldani terhadap perkembangan dan ajaran agama Kristian sepanjang bergelar paderi.
Pengetahuan dan kepakaran yang beliau miliki dalam mempertahankan ajaran-ajaran Kristian begitu disegani lawan dan kawan.
Namun ada kalanya meninggalkan rasa tidak senang hati kepada pihak-pihak tertentu. Ini apabila Keldani akhirnya dapat mencium banyak kepincangan dan penyelewengan ajaran-ajaran Kristian yang dilakukan oleh pihak gereja itu sendiri.
Beliau mula dihurung dengan pelbagai pertanyaan dan pertanyaan besar yang kian berkecamuk dalam benak pendeta ini semakin ke kemuncaknya apabila beliau tidak dapat menahan persoalan: “Apakah agama Kristian, dengan banyak sekali bentuk dan warnanya dan dengan naskhah-naskhah sucinya yang tidak autentik, palsu dan menyimpang, adalah agama Tuhan yang sejati?”
Ini menyebabkan selama sebulan beliau menghabiskan dengan melakukan sembahyang, meditasi, membaca berulang-ulang naskhah suci dan teks-teks aslinya.
Maka krisis dalaman beliau itu berakhir dengan surat pengunduran secara rasmi dikirimkan kepada Uskup Agung Urmia bagi melepaskan fungsi beliau sebagai paderi.
Pada tahun 1903 ketika mengunjungi Istanbul, Turki yang memberikannya peluang bertemu dan serius berbicara dengan seorang ulama Islam yang bernama Jamaluddin Effendi dan beberapa ulama yang lain, secara rasminya bekas paderi ini akhirnya memeluk Islam.
Menurut Abdul Ahad, perpindahan beliau kepada Islam tidak lain kerana hidayah Allah.
“Tanpa bimbingan-Nya, semua pengetahuan, penelitian untuk menemui kebenaran ini mungkin hanya akan membawa kepada kesesatan sahaja.” katanya.
Begitu juga beliau juga mengakui keesaan mutlak tuhan, maka Nabi Muhammad SAW pun menjadi pola dan contoh sikap dan perilakunya dalam hidup.
“Tindakan saya memeluk Islam ini sama sekali bukan bertujuan atau mempunyai niat menyakiti sahabat-sahabat kalangan beragama Kristian.
“Ini kerana saya turut mengasihi Jesus (Nabi Isa), Moses (Musa) dan Abraham (Ibrahim) sebagaimana saya mengasihi Nabi Muhammad dan kesemua nabi yang dilantik oleh Allah,” katanya.
Menurutnya, selagi umat Kristian tidak dapat mengakui keesaan Allah, Allah yang satu atau menafikan tuhan itu satu, malah sebenarnya dua dan tiga (Anak Tuhan dan Ruhul Kudus) maka selagi itulah penyatuan ummah antara Kristian dan Islam tidak akan berlaku sampai bila-bila.
Kata beliau, jika ke-Esaan Allah dapat diterima dalam hakikat yang sebenar dan diiktiraf maka segala perbezaan antara dua kepercayaan ini dapat ditemui jalan penyelesaiannya.
“Ini kerana, kita hanya akan membuang masa andai hendak menentukan atas nama Allah, tuhan siapa yang benar, milik Islam atau Kristian?
“Ini kerana jika mereka mengetahui melalui Scriptures dari Original Hebrew, mereka dengan jelas mendapati bahawa Allah di sini adalah yang sama, iaitu bahasa Semitik purba iaitu nama Tuhan Yang Maha Agung yang menyampaikan wahyu dan bercakap kepada Nabi Adam dan nabi-nabi yang lain juga.
“Ini bermakna kita menyembah tuhan yang sama, tetapi Allah hanya satu-satunya yang keberadaannya tunggal untuk disembah. Maha Mengetahui, Maha Berkuasa yang kekuasaannya meliputi segala penjuru alam. Allah adalah Maha Pencipta, Pengatur Alam dan Pemerintah seluruh alam semesta,” jelasnya.
Inilah kata Abdul Ahad yang dilakukan selama 17 abad lamanya bagi pihak Gereja Kristian untuk menubuhkan cawangan The Trinitarian (Tritunggal), memerah segala pemikiran dan tenaga bagi mendefinisikan pati dan tubuh ‘tuhan’.
“Tetapi apa yang mereka dapat?,” soal beliau.
“Saya hanya ingin mengingatkan kepada umat Kristian tiada maknanya mengakui bahawa Allah itu sebagai tuhan walaupun mereka mendakwa mempercayai sepenuhnya keesaan tuhan.
“Tetapi dalam masa yang sama mempunyai kepercayaan terhadap tiga tuhan. Mereka sebenarnya masih tidak mempunyai kepercayaan yang benar-benar suci terhadap Allah,” katanya.
Jelas Abdul Ahad, Allah tetap tuhan yang satu, Nabi Isa hanyalah nabi suruhan Allah dan pihak ketiga merupakan salah satu dari roh suci yang melaksanakan perintah dan suruhan dari Allah.
(Dalam satu dialog lain bersama paderi Kristian, Abdul Ahad menyifatkan Ruhul Kudus sebagai atribut yang suci tetapi tidak pernah sebagai seorang peribadi yang suci)
Mungkin anda perlu mendapatkan karya Abdul Ahad yang paling popular, yang diterbitkan pada tahun 1928; Menguak Misteri Muhammad (Muhammad in the Bible) bagi mendapatkan lebih banyak pengetahuan dari bekas paderi ini.
Mungkin penghijrahan seperti inilah. ada pihak tidak mahu lagi disifatkan mereka sebagai memeluk Islam (convert).
Mereka bukannya memeluk agama yang baru, mereka mahu dikenali sebagai revert (kembali) iaitu kembali kepada ajaran yang benar.
Mereka yang dahulunya Kristian dan kini menerima Islam kerana kepatuhan kepada ajaran nabi Isa a.s itu apabila di dalam kitab Injil itu sendiri disebutkan mengenali kehadiran Ahmad atau Muhammad (nabi) yang meneruskan ajaran dari tuhan yang sama, iaitu Allah!
p/s, ni sambil2 p bce blog..jmpe citer besh..
jom bace... :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~