Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, February 27, 2010

salam maulidur rasul 1431hijr

Selawat da salam ke atas junjungan besar kita, Rasulullah SAW..

menurut wikipedia Bahasa Melayu
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabiterakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

pada tarikh ini, semua umat islam menyambut kelahiran junjungan besar Nabi kita, Rasulullah SAW.
Termenung sejenak, memikirkan pengorbanan yang telah Baginda lakukan untuk umat-umatnya.
Terlalu banyak yang baginda hadapi sewaktu menyebarkan dakwah Islam kepada umat-umat baginda supaya sampai kepada kita...
 terlintas di fikiran ketika hari terakhir baginda bernafas di atas muka bumi ini..
saat menghadapi saat terpisahnya roh daripada jasad 
bibir baginda masih terkumat kamit sehingga puteri baginda, Fatimah mendekatkan telinganya di bibir baginda..
" Ummatti..Ummatti...Ummatii!(umatku, umatku, umatku)".
betapa sedihnya hati ini pabila teringat akan saat ini..
walaupun saat terakhir..baginda masih teringat akan umatnya..
iaitu kita..menunjukkan betapa cintanya Rasulullah SAW terhadap kita..
tetapi bagaimana pula dengan kita??
adakah kita dapat menandingi cinta rasulullah terhadap kita?
adakah kita mencintai Rasulullah dengan sekadar melafazkan sahaja..??
tanpa di iringi perbuatan..?
jadikanlah Rasulullah sebagai qudwah hasanah kita..
jom kita tengok ape yang perlu kita lakukan untuk menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang kita kepada Rasulullah SAW (source: iluvislam)

BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).


MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).


BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).


MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).


MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
jom kita amalkan! :-)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

tahniah untuk sahabat saya.. sarah, kerana telah menjadi johan untuk pertandingan puisi sempena maulidur rasul..puisi tu mmg fess class laa..saya pun xreti nk create puisi
kepada rumete yang chomel itu..tahniah untuk kuiz islam..next year saya join laa...hehe
n untuk semua yang berjaya sempena sambutan maulidur rasul peringkat mktb yang telah dijalankan selama seminggu n selepas maghrib tadi telah dirasmikan penutupnya dengan program last iaitu ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz helmi...
(ana xtrun sebb terlalu penat coz blatih bdmnton ntuk tournament esop..huhu..)

n tahniah ana nk ucapkan kepada semua yang sama-sama join program2 yang telah dianjurkan oleh kelab rakan masjid ini..

salam maulidur rasul buat semua..semoga kita sama-sama dapat menghayati perjuangan junjungan besar Rasulullah saw dalam usaha baginda untuk menyebarkan dakwah islam ke serata pelusuk dunia..

semoga kita mendapat syafaat di akhirat kelak...

keep smile! :-)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~