Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Tuesday, February 16, 2010

tegurlah dengan kelembutan


Ustaz Umar Tilmisani rahimahullah berkata:“Apabila melakukan teguran, Imam
syahid Al-Banna menuturkan kata-kata teguran yang lemah lembut dengan suara
yang halus dan tidak dengan nada yang tinggi. Beliau akan menegur kesalahan dan
menyatakan kesalahan tanpa menyakiti atau mengguris hati ikhwah.”
“Di saat senang, beliau memanggilku dengan namaku sahaja… Wahai Umar.”
“Namun, apabila ada sesuatu yang menyimpang dan harus diperbetul dan
diluruskan, maka beliau akan memanggilku dengan panggilan… Wahai Ustaz Umar.”
“Apabila terdengar sahaja panggilan itu, maka saya akan segera menyedari bahawa
ada hal yang tidak menyenangkan atau ada perkara yang perlu saya perbetulkan.
Maka saya akan segera berkata, Apa yang terjadi?”
Beliau membalas pertanyaan dengan simpulan dan kuntuman senyum yang indah mekar
di bibir. Sehingga apabila melihat wajahnya, maka sesiapa yang sedang marah,
maka perasaan geramnya pasti akan reda dan hilang. Lalu, beliau akan
menyampaikan isi tegurannya dengan bahasa yang lembut yang menyentuh hati dan
juga menyenangkan jiwa yang mendengar.”
Di kala ambang peperiksaan makin menggundahkan hati dan perasaan kita, emosi
dan jiwa seseorang itu sememangnya mudah terusik dan terguris. Maklum dengan
suasana getir dan tegang di kala peperiksaan menyebabkan hati menjadi sedikit
keras dan statik. Kurangnya kedinamikan yang boleh melentur hati supaya
menyemai rasa berlapang dada dan lebih terbuka kepada salah silap mahupun sikap
yang mungkin sedikit keras oleh rakan kita. Syaitan akan lebih mudah untuk
meniup rasa dengki dan nafsu amarah akan makin membuak-buak api kemarahannya
dimangkin oleh hasutan syaitan.
Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita untuk menghadapi perasaan marah ini
berdasarkan hadith dari Sulaiman Bin Shurad:
“Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling
bermaki-makian antara seorang dengan kawannya. Salah seorang dari keduanya itu
telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya saja niscayalah mengetahui suatu kalimat yang
apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya -kemarahannya, yaitu
andaikata ia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithanir rajim,” tentulah
lenyap apa yang ditemuinya itu. Orang-orang lalu berkata padanya - orang yang
merah padam mukanya tadi: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “Mohonlah
perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam.”
(Muttafaqun ‘alaih)
Selain itu, Rasulullah pernah bersabda bahawa:
“Seseorang yang kuat di kalangan sesuatu kaum bukanlah orang yang dapat
mengalahkan semua orang di kalangan kaumnya tetapi orang yang kuat itu adalah
orang yang dapat menahan dirinya daripada berasa marah.”
Allah turut berfirman dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 134:“(yaitu) orang-orang
yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan
orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah
menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”(Surah ali-’Imran
[3]:134)Sememangnya menjadi suatu signifikan buat kita para daie untuk mengikis
sifat marah dan memupuk serta menyemai subur sikap lemah lembut dalam diri.
Menjadi suatu bekalan yang sangat penting buat kita dalam jalan yang penuh
dengan liku-liku ini di mana, sifat lemah lembut mampu untuk menarik manusia
kembali kepada Allah.
Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah-lembut dan mencintai
sikap yang lemah-lembut dalam segala perkara.
(Muttafaqun ‘alaih)
Allah turut berfirman dalam Surah Furqan,
“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang
berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa
mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan (iaitu
mereka mengucapkan salam).”
(Surah al-Furqan [25]:63)
Jelas di sini bahawa kita perlu bersikap lemah lembut dalam semua perkara.
Hatta khudwah hasanah kita yang kita junjungi, Rasulullah SAW sentiasa bersikap
lemah lembut. Baginda mungkin pernah bersikap tegas, tetapi semuanya dengan
nada yang lembut dan sangat menyentuh hati.
Perlu kita ingatkan bahawa dalam kita sibuk mengejar manusia dan menulis
manusia, dalam keghairahan kita, adakah kita telah mengkorporasi sikap lemah
lembut dalam teknik dakwah kita? Mungkinkah teguran kita terlalu tegas?
Adakalanya, mungkin difikirkan bahawa kata-kata yang diucapkan adalah
bersesuaian dan menepati situasi, namun, setiap manusia mempunyai perasaan yang
berlainan.
Seseorang itu mungkin mudah terusik atau terguris walaupun kata-kata yang
diucapkan langsung tidak mempunyai unsur-unsur kasar mahupun kata-kata tajam
yang mampu menusuk jiwa. Seringkali dirasakan bahawa kata-kata yang diucapakan
seolah-olah kata-kata yang biasa atau madah nasihat yang mudah untuk diterima.
Namun, persoalannya, adakah kita pernah terfikir dengan perasaan orang
tersebut. Semangat kita yang tinggi mungkin secara tidak sengaja boleh menorah
luka perasaan di jiwa ikhwah yang lain. Maka berhati-hatilah dalam usaha kita
untuk menegur, malah di kalangan ikhwah sendiri. Jangan semangat yang menjulang
tinggi menyebabkan kita kabur terhadap perasaan ikhwah di sekeliling.
Malah Syed Qutb pernah berkata:
“Kita menyeru dan memerangi manusia dengan kasih sayang dan lemah lembut.
Nampak seperti ironi, namun itulah hakikat yang perlu kita implementasikan.”
Kata-kata beliau ditujukan buat daie-daie muda yang penuh dengan semangat
tetapi risau jika disalurkan pada saluran-saluran yang terselitnya rasa marah.
Impak yang lebih teruk ialah, orang yang diseru mungkin akan lari dan
menyebabkan usaha kita sia-sia malah dikutuk oleh Allah.
Rasulullah bersabda:
“Berikanlah kemudahan dan jangan mempersukarkan. Berilah kegembiraan dan jangan
menyebabkan orang lari.”
(Muttafaqun ‘alaih)
Semoga kita lebih peka dengan perasaan dan jiwa sahabat-sahabat kita. Namun,
jadikan ia sebati dalam diri supaya berkat izin Allah, moga kita praktikkan selalu.
source:sahabatinteraktif, by:smart gurl
semoga kita sam-sama mengambil manfaar dan improve diri.
Tak salah untuk menegur bahkan bagus lagi, tapi
kalau nak menegur, tegurlah cara yang elok,andainya tak berpuas hati, 
berdepanlah..sesetengah org lain halnya..kita ckp2 depan dia..
pasal ksalahan dye.mybe dye xprasan kslahan..kne ckp terus terang..talk heart to 
heart. pape pun..lets improve diri kita..Jom!
keeps smile! :-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~