Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Wednesday, May 26, 2010

Payahnya nak kenal sahabat ni betul2..


Payahnya mengenal sahabat
Masing-masing mahu berhibur dan terhibur
Sahabat yang bijak akan rosak inteleknya jika ditegur
Sahabat yang dungu akan rosak perasaannya jika disinggung

Jika diam dikatanya tidak tahu
Jika banyak cakap dikatanya tunjuk pandai
Apabila dipuji dia merasa senang hati
Apabila diuji dia cepat remuk hati
Bukan senang jadi kawan
Bila seirama itulah taulan
Bila tak sekata jadi lawan



Dengan siapa kita berkawan
Itu... Orang hebat setinggi awan
Ilmunya tinggi jiwanya tenteram
Tapi sayang, belumpun sempat menghulur salam
Ia merajuk sakit meragan

Payahnya mengenal sahabat
Suaranya indah ilmunya lebat
Sedikit terantuk lalu merajuk
Marilah sama kita memujuk

Itulah tanda kasih sayang
Dalam keikhlasan tak serupa keikhlasan...

Dalam kejujuran terselit kemurnian hati...
Bersahabatlah selagi termampu..

Berusahalah untuk menjadi sahabat yang baik..
Walhal realitinya bukan mudah untuk dilaksana
Tetapi tidak salah untuk mencoba
Kerana..setiap tingkah kita ada yang menilai



Ikhlaskan hati
Tabahkan jiwa
Positifkan pemikiran
Jadilah sahabat yang terbaik umtuk semua

Lain orang, lain cara
lain orang lain bahasa

Tetapi setiap orang masih mengharapkan perkara yang sama
Iaitu..
Keharmonian sebuah persahabatan..

Jom kita sama-sama cuba memahami antara satu sama lain..


Take my hand and take my heart, we can't never be apart now and forever,
i was look back  we stand together,
trust in me, we can fly together, 
don't lose hope when you are in need, 
pray to Allah and tell all to him..

Keep Smile..even ur heart was broken.. :-) 







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~