Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t..


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Hepinyer, Ramadhan da nak tiba. Pesta ibadah bakal bermula. Tyme ni la, kat surau mulai penuh, tiap-tiap malam meriah ngan solat terawih, tadarus, bukak posa ramai-ramai, ukhuwwah kian terjalin, yang rapat semakin dekat, yang xpernah kenal, jadi kenal..N the most best things is, dapat buka posa ngan femly, redy2 nak bukak posa, sediakan campur-campur (ni menu rekaan mama, cam abc la..nnti lau de mase upload gambaq neyh.. :D ). Wat air coconut shake, laicikang, martabak, roti john..(ouhh..makanan sajerr -_-")
Ramadhan, bulan yang terlampau banyak nikmat n fadhilat nya. Jom kita sama-sama kejar untuk rebut keberkatan masa bulan nie.. ^_^! n sama-sama kita cari malam Lailatul qadar..
Kat sini ada sedikit perkongsian mengenai :-

Puasa merupakan diet yg terbaikk!
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan , maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (Al_Baqarah : 183 & 184)
Apakah kebaikan yang ada pada amalan berpuasa itu? Jawapannya ada pada ujikaji yang telah dijalankan oleh saintis barat. Satu uji kaji yang dijalankan terhadap manusia dan anjing di makmal biologi Universiti Chicago yang mana banyak dari hasil kajiannya dimuatkan di dalam Journal of Metabolic Research, telah menunjukkan bahawa berpuasa bagi jangka masa 30-40 hari akan menyebabkan kadar metabolisme bertambah sebanyak 5-6%.

Dr. Mac Fedan; beliau adalah dari kalangan ahli perubatan antarabangsa yang mengambil berat dalam kajian puasa dan kesan-kesannya berkata: “Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekalipun dia tidak sakit; kerana toksin-toksin makanan dan ubat berkumpul di dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang yang sakit dan memberatkannya, maka kecergasannya akan berkurangan. Apabila seseorang berpuasa, dia akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin berkenaan dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu”

Menurut buku Puasa, Hukum dan Hikmah menurut Islam dan Perspektif Sains Moden karangan Syeikh Abdul Majid al-Zindani, terbitan Teguh Iman Resources, puasa boleh menyebabkan berlakunya pembaharuan sel. Sel-sel yang ada dalam tubuh manusia sentiasa bertukar ganti. Apabila berlaku kematian sel, sel baru akan terbentuk dan proses ini sentiasa berlaku selagi manusia tadi bernyawa. Bilangan sel yang mati dalam satu saat mencecah sehingga 125,000,000 sel dan jumlah sel pengganti melebihi dari sel yang mati itu. Asid amino yang merupakan elemen penting dalam pembentukan sel dalam tubuh manusia menjadi semakin aktif disebabkan amalan berpuasa. Oleh demikian pembaharuan sel menjadi semakin cepat dan sempurna.

Selain itu puasa juga boleh mencegah seseorang itu daripada penuaan. Menurut sebuah majalah Britain yang berjudul Nature telah mendedahkan tentang kajian saintifik yang menunjukkan bahawa berlapar yang terancang atau separa (puasa); akan membawa kepada kecergasan gen-gen yang bertanggungjawab merembes hormon-hormon yang akan membantu sel-sel menentang proses penuaan terhadap manusia serta akan menambah keaktifan dan kecergasan tubuh.

Kajian tersebut juga telah menjelaskan bahawa puasa separa daripada makanan dan berlapar yang terancang boleh membawa kepada tindak balas yang menjadikan sel-sel menentang kematian dan hidup untuk jangka masa yang lebih panjang. Dalam erti kata lain, puasa boleh dijadikan sebagai ejen kepada awet muda.



Sabda Rasulullah saw : "Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci." (Diriwayatkan oleh Abu Daud, kitab Puasa, nombor 2355 dan At-Tirmizi, kitab Sedekah, nombor 658)

Timbul persoalan di sini, mengapa perlu tamar sebagai santapan pertama ketika berbuka puasa? Jawapannya ada pada buku "Puasa, Hikmah dan Hukum menurut Islam dan Perspektif Sains Moden" karangan Syeikh Abdul Majid al-Zindani. Mari kita sama-sama telusurinya.

Dalam muka surat 32 ada dinyatakan rahsia berbuka puasa dengan tamar. Ianya berbunyi: "Tamar dikira makanan yang paling kaya dengan gula glukosa. Oleh itu, ia dikira sebagai makanan terbaik yang dibekalkan kepada tubuh pada ketika itu. Ia mengandungi kadar nisbah gula yang tinggi yang berkitar di antara 75-87% iaitu 55% glukosa dan fruktosa sebanyak 45%. Fruktosa akan bertukar kepada glukosa dengan kecepatan yang tinggi dan ia akan diserap secara langsung melalui sistem penghadaman bagi melegakan kehausan tubuh.Begitu juga vitamin-vitamin yang terkandung dalam tamar. Kesemuanya mempunyai peranan yang aktif terhadap proses pembentukan makanan dan ia juga mempunyai kesan penenang terhadap saraf-saraf."

Jelas sekali sabda Rasul utusan Tuhan. Kebenarannya terbukti oleh eksperimen sains yang dilakukan di zaman ini. Sedangkan ketika sabda itu berlangsung, tiada langsung peralatan yang bertujuan untuk mengkaji khasiat tamar. 

Benar sekali sabda Rasul adalah wahyu Tuhan, Pencipta buah tamar dan sekalian alam.

Disalin dan diubahsuai sedikit dari : http://mukjizatsaintifik.blogspot.com/2007/09/bongkar-1.html

p/s: Target:: khatamkan Quran paling kurang 2 kali pd Ramadhan kali ni. Caiyok2! ngee~ :">
Selamat Berpuasa yeee ^_^!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~