Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, December 31, 2011

Set up Azam


Pejam celik, pejam celik, dah setahun rupanya. Rasa macam kelmarin baru masuk tahun 2011. Cepat je masa berlalu kan. Umur kita pun makin tua. Eh, tapi takpa, umur tu angka je ..hati tu still perasan muda. Eceh.. pemikiran masih lagi di tahap yang sama..haih~ budak-budak lagi saya ni, biarpun umur da masuk 21 tahun. Wait, 21?? Bole dah nak kawen tu.. Yahooo!! eh?!! Terover pulak...case closed..teet.. -_-“

Tiap kali nak tahun baru, mesti awak-awak semua nak hapdet azam tahun baru kan kan? Tapi..Yang tahun lepas dah tercapai ke?

Saya sendiri pun dah lupa azam tahun lepas padea.. haha.. Normally, setiap orang mesti nak ada azam tahun baru dia sendiri kan? Kalau golongan student mesti azam tahun baru diorang macam ni lah kan:

1. Nak belajar rajin-rajin
2. DEAN LIST!!!
3. Tak tido dalam kelas
4. Rajin study
5. Study sebelum masuk kelas
6. Study sebelum makan
7. Buat nota tampal kat dinding, sebelum tidur boleh bace.
8. Study sampai tensen.
9. Iphone 4s

Kalau yang dah bekerjaya, setting azam dorang lain sikit.. :
1.   Datang kerja awal
2.   Siapkan kerja sebelum tarikh submit
3.   Naik pangkat!
4.   Kereta baru
5.   Rumah besar
6.   Isteri besar (bagi yang single)
7.   Naik gaji
8.   Iphone 4s

Pendek kata, macam-macam la azam yang diorang create. Kadang-kadang tu sampai impossible nak capai. Contohnya azam bagi orang yang tak bekerja, tapi azam nak beli kereta Ferrari sebijik. Agak-agak nanti beliau dapat kereta ke gambar kereta je?

So that’s why, nak tetapkan azam tu kan, biarlah yang mudah dan senang untuk kita capai. Bior munasaboh seket!!

Kalau nak mudah lagi kan, azam yang kita nak buat tu, bahagi dua. Satu untuk jangka masa panjang, satu untuk jangka masa pendek. Untuk jangka masa pendek tu, just set up azam yang mudah untuk kita capai, yang kita boleh dapat dalam masa terdekat. Jangka masa panjang pulak untuk azam yang kita perlukan masa untuk direalisasikan.

Anyway, apa-apa pun azam yang kita nak set up tu, usahakan lah untuk dilaksanakan. Azam tahun baru ni sebenarnya salah satu booster Spiritual Quotient(SQ) kita taw. Buat kita bersemangat lebih di awal tahun.

Normal la awal tahun kita bersemangat, bila dah pertengahan tahun jadi makin lembs, akhir tahun takde perkembangan langsung.. Eh? Terasa ke? Jangan terasa tau.. Saya tak kata kat awak, saya cakap kat diri sendiri.. hehe.

Tapi apa kata tahun ni kita jadi abnormal sikit? He he.. 

Wednesday, December 28, 2011

Sweet girl don’t cry



Awak, nak tahu sesuatu tak? Seorang gadis yang shweet dan strong, dia tak nangis tau bila ditimpa musibah. Tapi tipula kan kalau tak nangis sebab air mata dan wanita memang tak boleh nak lari kan. Tapi kalau nangis sebab lelaki, sangat tak sweet la awak. Awak mesti nak lelaki macho yang jadi Mr.Right awak nanti kan?
Awak nak tahu tak apa ciri-ciri lelaki macho tu?
Lelaki macho tu adalah lelaki yang:

*      Dapat berfikir dengan optimis
*      Tak terburu-buru dalam membuat keputusan.
*      Menangis kerana menyesal dengan dosa-dosa lalu.
*      Sentiasa melaksanakan tanggungjawab dengan komited.
*      Mempunyai azam dan semangat yang kuat
*      Sentiasa bersemangat dalam menempuhi liku-liku hidup
*      Senyum sokmo...smile is charity aite?
*      Cantik tutur katanya
*      Mampu membimbing
*      Sentiasa nampak kuat walaupun dalaman tercedera.
*      Sentiasa dahagakan ilmu
*      Pandai masak..nanti boleh tolong2 masa kat dapur.. :p
*      Hormat ibu bapa

Tengok, lelaki macho tak nangis tau sebab cinta sementara tu. Awak nak lelaki macho kan? So saya tak nak dah tengok awak lemah dengan cinta yang tak tahu hala tuju tu. Sebab saya tahu dalaman awak sangat strong. Awak sangat sabar dalam menghadapi karenah manusia yang pelbagai. 


Sebab tu saya yakin dengan awak. Tapi kalau menangis tu dapat mengurangkan rasa di hati. Saya sedia untuk pinjamkan bahu saya untuk awak. Saya tak sanggup tengok sahabat saya menangis sorang-sorang, sebab saya pernah rasa perasaan tu.


Remember sayang, you are not alone in this world.
Awak akan jadi lebih shweet kalau awak menangis sebab cinta yang abadi


Siap air mata tu boleh tolong awak padamkan api neraka lagi tau. Lagipun, saya tahu, awak dari dulu lagi impikan lelaki macho tu kan kan? Alaa, blushing pulak dy, cubit kank! ^^.

Kalau nak dapat lelaki macho, awak pun kena jadi shweet gurl tau. Baru la comel, macho dan shweet bergabung menghasilkan baitulmuslim yang harmony… whoaa~ o.O

Mesti awak tertanya-tanya kenapa kena jadi shweet dulu kalau nak dapat yang macho kan kan? Meh kite belek tafsir jap, Allah telah berfirman:

Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)…..An-Nuur 24:26

See~ Allah dah janji kan tu? So, jangan risau lah.
Chill larh, everything that happen always have good reason behind.
Don’t take it negative yeah. Be a positive ones..
Senyum cikit! ^__^  ~ haaa, kan chumil tu..

Nangis sebab Allah, itu shweet,
Nangis sebab lelaki, itu sakeet…
^__^

Tuesday, December 27, 2011

Bidadari syurga



Andai perempuan itu sekuntum bunga
Seri layu dalam jambangan
Kering jika waktu tiada air juga mentari
Justeru ganas jari menyunting
Kelopak indah terlerai satu persatu
Angkara rakus nafsu yang meruncing
Maruah hangus dibakar api noda

Andai perempuan itu setitis hujan
Berguguran jatuh menyirami bumi
Menyuburi lantai bumi yang kegersangan
Kerana setiap titisannya
Kehidupan menjadi lebih indah berseri

Namun limpahan yang teramat
Gerun menggetarkan naluri manusia yang bernama rijal
Kerana dalam kelembutan titis jernih itu mampu melenyapkan sinar mentari
Menjadikan suasana kelam, sepi kedinginan namun mendamaikan...

Perempuan,
dalam kelembutan tersembunyi ketegasan
tegaslah dalam menjaga maruahmu..
kerana engkau bakal menjadi ketua bidadari di syurga...

wardatulhumayra~

Thursday, December 22, 2011

Apam polkadot + ladybird + doodle

Assalamualaikum wbt..


sejak duk kat umah ni, mood makan asyik datang je. Aritu tengah syok jejalan santai-santai sambil hirup udara segar facebook, terserempak dengan resepi nak buat apam polkadot ni. Nampak bulat-bulat n comel-comel.


 Rase geram je nak gigit-gigit. WOndering camna agaknya rasa apam warna warni ni. Nak merasa kena la masak-memasak dulu.


So, pagi-pagi dah bangun nak buat kek coklat sebab adik nak wat bekal makan dalam bas. Dia nak p kerja kat Nilai, disebabkan birthday dia tak sampai lagi, 29 December kot..so bagi bekal kek je la ye..nak bagi hadiah, kakaknye pun kekeringan pitih.


Lepas zohor terus rushing buat apam ni. Agak penat la menconteng apam ni. Dahlah tangan kayu, conteng je sesedap rasa.


btw, ni la apam saya buat tu. Nak? Buat sendiri la... :P Nanti google resepi yer.. ^_^







Tuesday, December 20, 2011

Dean List LillahiTaala


Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka.
Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap.
Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.
Matlamat yang disalahertikan
Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, dan saya percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurang-kurangnya, Dean list". Saya juga pernah meletakkan targetsedemikian.
Timbulnya pendapat seperti di atas membuat aku sedikit lega. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, aku belajar kerana Allah. Namun aku tertanya-tanya, salahkah belajar kerana Dean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapat Dean list?
Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah?
Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.
Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?
Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?
Matlamat dan usaha
Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, "Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas".  Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.
Dimana silapnya?
Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?
Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.
Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Kesimpulan
Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam.

Monday, December 19, 2011

Kek Coklat



Dah lama tak share resepi kat sini kan. Kali ni saya nak share resepi kek coklat pulak. Selalu jugak buat bila mood rajin datang, mood ngidam kek. Tambah-tambah lagi, kek cokelat ni feveret pulok... bahan-bahan nak wat kek ni simple mimple je. Sangat mudah nak buat.


Bahan-bahan:


Bahan A:


1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung koko
1 tbsp baking powder
1 tbsp soda bikarbonat


Bahan B:


2 biji telur
2 cawan gula
1 cawan boiling water
1/2 cawan minyak masak
1 tbsp garam halus


Method:


1. Ayak bahan A. Ketepikan dahulu
2. Pukul telur sampai kembang. 
3. Masukkan gula dan garam. Pukul lagi.
4. Masukkan minyak masak. Pukul sampai sebati
5. Masukkan bahan A. Masukkan sikit-sikit taw, sebab nak bagi sebati betul-betul.
6. Kalau nampak dah likat sangat tu, masukkan air sikit demi sikit sampai habis secawan air tu.
7. Pukul sampai sebati n adunan kek dah siap. Tinggal nak bakar or kukus je.


Kek ni leh kukus atau bake, kalau nak bake, gunakan api atas bawah.. 175degree... Timing lebih kurang 30minit kot. Saya agak-agak je masa buat tu.. Suka kukus lagi sebab lagi moist..


Selamat Mencuba ye..

Sunday, December 18, 2011

Cerita Hati






  Laju tangannya mencorat coret sesuatu di atas kertas kosong itu. Dia sendiri tidak memahami apakah yang sedang dicontengnya. Lukisan hati yang ditampal-tampal dengan plaster dengan contengan yang tidak seragam. Mungkin itulah rupa hatinya sekarang. Bercampur baur dengan kesakitan dan kekeliruan. Dia sudah penat dengan permainan ini. Permainan yang tidak ada kesudahan yang pasti. Penat dengan pelbagai karenah manusia yang pelbagai, yang mengungkapkan kata sayang tanpa makna.


     Sudah penat dia menangis, tercedera perasaan dek kehalusan hati yang dikasari. Banyak air mata yang gugur dengan sia-sia. Hatinya sakit. Alunan lantunan suara Irfan Makki dengan lagunya I Believe terasa memujuk sedikit hati yang sedang berduka lara ini.

He’s the one who knows you best

He knows what’s in your heart

you’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

Yes! He always knew what’s in our heart. Dia bagaikan tersedar dari lena yang panjang. Selama ini dia banyak berharap terhadap insan itu. Rugi pula apabila difikirkan semula. Sesungguhnya dia menyesali masa lepas. Sudah tiba masanya untuk lakukan U-Turn. Tak perlu pandang ke belakang lagi. Masa hadapan lagi penting untuk difikirkan.

Dia bingkas bangkit dari kerusi, mencapai cardigan dan pashmina kelabu yang tersangkut di belakang kerusi. Pantas tangannya mencapai Versus yang tergelatak di tepi laptop Acer nya. Berkurung di bilik yang sempit ini menambahkan lagi kekusutan. Laju kaki melangkah menuruni 66 anak tangga. Bilik yang terletak di aras 4 ini cukup untuk dia bersenam setiap hari.

    Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut di pipi mulusnya. Burung-burung berkicauan menambahkan aura ketenangan sore itu. Dia mengatur langkah perlahan menuju ke pinggiran padang ragbi yang menghijau itu. Aura ketenangan menyusup lembut ke dalam hatinya. Sore begini kebiasaannya padang ragbi dipenuhi dengan pelatih lelaki tapi tidak pada hari ini. Memberi ruang untuk dia mencari ketenangan bersama alam semulajadi.

credit : http://www.hbp.usm.my/malayarchi/agrotourism.htm

Dia memandang sekeliling. Padang yang kehijauan, langit Ilahi yang membiru dihiasi dengan tompokan altokumulus, altostratus. Di kejauhan sayup-sayup kelihatan Bukit Keluang dan Gunung Tebu yang menambah keindahan alam ciptaan Ilahi ini. Hatinya bertasbih memuji kebesaran Allah yang menciptakan alam semulajadi yang sangat indah dan sempurna ini. Tanpa kehadiran tumbuhan hijau ini, mana mungkin dia dapat menghirup oksigen yang terhasil daripada proses photosynthesis yang berlaku dalam chloroplast tumbuhan.

Mengagumi keindahan alam dapat mengubat hatinya yang lara sedikit demi sedikit. Dia perlu kuat. Dia pernah terbaca dalam status seorang rakan Facebook...

Perempuan yang gagah,adalah:-

Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan.
Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan.

       Dia perlu gagah!! Gagah untuk membuat perubahan. Cukuplah sekali, dia sudah serik. Dulu dia lah yang menjadi doktor hati, cuba untuk membantu hati sahabat-sahabat yang terluka. Sekarang sudah tiba masanya untuk hati sendiri disembuhkan. Sudah berkurun hati ini kontang, dahaga dengan siraman rohani. 

      Dia membelek rambang buku Versus yang dibawanya. Terpandang satu quote yang menarik perhatiannya, "If you forget of what you were, you'd never be grateful of what you are” Dush! Headshot atas dahi. Selama ni banyak lupa diri, lupa tanggungjawab yang sebenar, lalai dengan buaian angan-angan.

     Sedang asyik termenung dan merenung, tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan. Dia berpaling dan tersenyum. Oh! Kak Syazlia rupanya.

“Humaira buat apa kat sini sorang-sorang? Dari tadi lagi orang tengok duk termenung melayan perasaan,” tegur Kak Syazlia.

” Takde buat pape pun kak, ambil angin petang sikit-sikit, lepaskan tekanan studi.. he he. Akak dari mana ni?” sedikit berhelah disitu.

”Baru je siap jogging dengan Irah tadi. Orang dalam proses nak slimkan badan en..hehe,” Kak Syazlia sedikit berseloroh.

“Owh, patutla dengan kasut sukan and muka penat lagi. Nak slim ek? Akak dah cukup slim kalah model dah ni,” usiknya untuk menceriakan petang.

 “Ada-ada je Maira ni. Okeyla, orang nak pergi kafe ni. Irah dah tunggu kat sana. Nak ikut?”

” Tak apela kak, saya kenyang lagi,” balas Humaira dalam senyuman.


     Kak Syazlia perlahan mengatur langkah menuju ke kafe. Dia menghantar dengan pandangan mata. Kak Syazlia banyak membantunya dari terus rebah dalam kelalaian di institute ini. Terasa seperti kakak sendiri sahaja. Sikapnya yang bersahaja dan sporting menghilangkan tembok ketidakserasian. Mudah untuk berborak dan berbincang apa jua isu yang terlintas di fikiran. Usrah banyak membawa kebaikan kepada dirinya. Dia  bersyukur kerana Allah bukakan hatinya untuk menyertai usrah.

    Teringat saat dia perlu membuat keputusan antara dua usrah yang harus dipilihnya. Fikirnya, join dua usrah tak mengapa, tetapi rupa-rupanya tidak boleh. Niatnya simple, just want to get some input, apa salahnya join dua usrah? Tapi dia perlu juga untuk memilih salah satu yang dirasakan yakin. Saat yang sangat sukar baginya kerana dia selesa dengan dua usrah tersebut. Setelah solat sunat istikharah, dia yakin usrah Kak Syazlia adalah yang terbaik untuknya, dia sendiri tidak tahu kenapa, tetapi hati kecilnya berkata demikian.

   Jarinya memetik perlahan butang ditepi jam LED hitamnya itu. Hmm, sudah pukul 6.00pm. Agak lama dia termenung di pinggiran itu. Dia bangkit meninggalkan pinggiran padang menuju ke blok penginapannya. Dia perlu bersiap untuk ke surau. Selepas maghrib ada kuliah daripada Ustaz Zamri, dia tidak mahu terlepas majlis ilmu kali ini. Sudah banyak kali dia terlepas kerana kelalaiannya. Tapi bukan kali ini...

Friday, December 16, 2011

Melodi Hati

Layan nasyid sikit. Masa duk tengah syok layan, adik tetiba mai tanya,


adik : kaksha, lagu jiwang ke ni?
me    : huih..manada.. nasyid nie.. cuma jiwang sket la..hi hi


dedicated to all my friends.. ^_^







Sinar bulan yang terang
Menyinari daku sendrian
Mengimbau kisah silam
Penuh kenangan dalam kerinduan.


Walau sejauh mana
Namun kau tetap dalam hatiku
Segala memori yang indah
Akan terus kekal selamanya


Akan kusetia padamu
Kan ku genggam erat ikatan abadi
Meniti hidup bersama
Lalui suka dan duka
Tangis tawa bersama
Menghibur di kala duka


Duhai temanku di sana
Kenanglah daku disini
Akan ku teruskan perjuangan ini


Teguhkan iman di hati
Sematkanlah dalam diri
Ikatan suci



Monday, December 5, 2011

Puasa hari 'Asyura


Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)


A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).


Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)


Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. 


Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).



Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).


Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. 


Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: 
“Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)


Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:


Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. 


Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. 


Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". 


Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).


Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). 


Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).


Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): 


"Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).



taken from: http://www.haluan.org.my/v3/index.php/kelebihan-puasa-9-a-10-muharram.html


p/s: jom puasa.. ^_^~

Thursday, December 1, 2011

Hope and despair



Harapan yang kian pudar. Seringkali kita menyimpan harapan kepada sesuatu yang tidak pasti akan menjadi milik kita. 


Contohnya kita harapkan result exam kita boombastik tapi usaha lipstik, kejap ada, kejap takda. Agak-agak result kita camna ea?


Mengharap kepada manusia, pada benda, haiwan..haisyh! 


Apa tu? Kenapa perlu berharap kepada makhluk yang seringkali berubah keadaan hatinya? 
Why not kita letakkan harapan yang bersinar-sinar itu pada Pencipta kita i.e Allah SWT?


Dia yang mencipta hati, so of course Dia lebih tahu camne hati kita. Bila kita berharap pada sesuatu yang tidak pasti lagi n apabila harapan tu tak dapat dilaksanakan, haa, start la rasa frust menonggeng sampai tertonggeng. Eh?! 


So, that's why ramai yang putus asa sampai nak bunuh diri, sampai hilang kewarasan. Kemon sister n bro! 


Kenapa sampai perlu frust sampai camtu sekali? Allah ade..mengadulah kepada Pencipta kita ni, He know how our heart is. Jangan cepat mengalah.


Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, maka hendaklah kamu berazam serta benar-benar memohon kepada Allah s.w.t dan janganlah berkata: Ya Allah, jika Engkau kehendaki maka perkenankanlah kepada aku, kerana sesungguhnya Allah itu bukanlah kedekut. 


See? Allah tu Maha Penyayang..
Everything that happen always has it own reason. Sebab Allah tak cipta hambaNya untuk gagal. Kita yang menggagalkan diri sebenarnya. 


Saya ada terbaca status seorang sahabat fb, " Expect nothing, so you lost nothing." So that kamu akan redha je dengan keputusan yang diperoleh.


Tapi agak mustahil untuk kita tak berharap kan. Sandarkan harapanmu kepada Allah, sebab Dia yang menentukan harapan kita tu akan tercapai atau tak. 


So keep pray to Allah and teruskan usaha untuk mencapai impian dan harapan yang diharapkan (ayt keling sket)... ^_^


Friday, November 25, 2011

Cuti dan cuti lagi



Assalamualaikum w.b.t..


Agak lama jugak rasanya biarkan blog ni tanpa hapdet yang berkualiti. Asyik duk share je manjang, tukang blog tak tulis sket pong! 


By the way, sekarang ni dah start cuti sekolaahh! ahaha..feeling still macam budak-budak kecik darjah satu lagi biorpun dah nak jadi Cikgu next 3 years more. Ye lah, cikgu takleh lari jugak dari dunia sekolah. :)






Cuti ni tak banyak planning nye. Awal-awal cuti kemain dah susun schedule dalam cerebrum, nak buat tu, nak buat ni.. tapi last-last, masa banyak terbuang begitu je.


 Teringat masa awal-awal cuti dulu, dah plan dengan Kak Lia nak tulis diari cuti. Hi hi..tapi lupa lagi.


Capacity Long Term Memory (LTM) saya makin kurang la akhir-akhir ni. huwaaaa.. T__T Berbeza dengan keadaan masa sekolah dulu, otak laju je interprete data, nk masukkan input..process..kua output yang best and bravo... sedih~




Planning awal, nak kerja cari duit banyak-banyak untuk support sem depan. Elaun lambat kot masuk. Tapi nampaknya macam planning lari je. Huu~ 


Next, kutip nota semester 3 dengan Angah, nak study awal-awal. Nanti takdelah kelam-kabut sangat sem depan. Masa semangat study ada ni kena guna betul-betul. Sebab zuuk study ni jarang sangat datang bila duk kat maktab. Banyak buat perkara lagho je. ish2...


Pastu nak belajar masak. Haaa~ ritu dah buat puding karamel ngan mama. Sedap kot.. (xmalu puji diri sendiri). Nanti bolehla buat ngan rumete kat bilik.. ^_^




Duk kat umah takde buat pape sebenarnya sangat boring. Keje duk membaca buku, habiskan stok buku-buku terkumpul ahaaa! dan buku anatomy n physiology..pinjam dengan maksdara. Best jugak bace buku medik.. Ni kes nak jadi doktor, tapi hajat tak kesampaian. -_-"


Takpelah, jadi cg pun doktor jugak, doktor pakar otak n behavior.. hi hi..


Masa cuti ni rugi kalau dibazirkan gitu je.. So moh kite manfaatkan masa yang ada dengan baik! 


Bak kate pepatah Arab, " الوقت ك السيف "masa seperti pedang. yang akan memotong kita bila kita terleka.


p/s: waiting for the call n i believe - irfan makki. Best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~