Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, January 27, 2011

Life is like A cup Of coffee.. :)



Ceritanya bermula begini, ada beberapa graduan yang dah dapat kerja bagus-bagus, ada yang dah jadi arkitek, jadi lawyer, jadi pengurus n etc. Selepas 10 tahun dorang graduate, dorang pun pakat-pakat nak jumpa kat umah profesor dorang, kira macam reunion laa.. Matlamat asalnya, dorang just nak sharing-sharing je life dorang after got da job n after having a happy family ever after. 

Akan tetapi, after jumpa dengan profesor dorang tu, entah camna sharing2 boleh bertukar jadi complaint.Ada yang cakap,  

"Prof, saye tension laa, kerja banyak giler kena wat. tapi pangkat xnaik-naik gak. Dah seploh tahun jadik kuli orang ja, ntah bila manager saye tu nak bagi syarikat tu kat saya ni." Pastu ada lak yang menyampuk;

" Ye la Prof, keje bagai nak mamp** tapi gaji xnaek, dahlah sekarang ni harga barang naik. Makin botak saya ni Prof"

"Itulaa, entah bila nak kaya. Miskin papa kedana macam dolu-dolu jugak. Kete pon xleh nak tuka, borim dah eih bawak Kancil tu. Kecik tuek, sempit, rimas, lemb**! Nak gak merasa bawak Ferarri"

Tapikan, prof ni xcakap pape pun. Just Senyum je... ~senyum tak perlu kata apa-apa..~ 
Pastu Professor tu p kat dapur, after 5minit, profesor keluar sambil bawak beberapa cup yang lain-lain jenis n satu jag coffee yang masih panas n hitam. Cawan tu ada macam-macam jenis, ada yang porcelain, crystal, kaca, plastik, emas, perak dan tempurung nyor. Eh eh, xde tmpurung okeh..

Kemudian, profesor tuangkan coffee yang masih panas tu ke dalam setiap cup. Graduan tu dijemput minum. Ramai yang berebut nak ambil coffee dari cawan emas, crystal n perak. Profesor tu senyum je tengok telatah bekas pelajar dye. Pastu dia ajukan soalan,

"Awak semua tahu tak kenapa saya bawa cawan yang berbeza-beza? Sape yang tahu sebab dia??"

Graduan-graduan tu saling berpandangan. Taktaw nak cakap apa. 

Pastu adalaa sorang graduan yang agak nakal ni jawab,

"Sebab nak tunjuk prof ni kaye, ade sume jenis cawan yang law....." Kelekok! Tak sempat habis cakap agy, graduan tu dah kena luku sebijik ngan kawan dia. Padan muka! Kan da kena sebijik..

Profesor tu senyum agy... Sebenarnya.............................











Cawan = Pangkat, harta, kedudukan, n semua kehendak kita..

Coffee = Hidup kita....



Nampak tak semua graduan tu dok berebut nak pilih cawan yang terbaik. Tapi sebenarnya, dorang nak apa? Nak cawan ataupun coffee?? 

Coffee kan kan?  Cawan tu tak effect pun rasa coffee tu kan? 

Kita ni kadang-kadang terlupa kan?  Terlalu asyik nak kejar pangkat, harta n kebendaan. Tapi yang sebenarnya, kita lupa tanggungjawab asal kita, matlamat kita. Perasan sumthing x? Selama ni, kita belajar..belajar..studi..just sebab kita nak lulus exam. Masuk darjah 1 -6, drjah 6 UPSR. Dapat 5A, sambung p kat SBP kalau ad rezky. Pastu PMR, lulus - SPM - Stret A's..Offer overcea. Dapat first class degree, kerja..dapat duet...boleh beli makanan, makan, umah bes0r, kete bes0r..bini bes0r..pastu Tua...matiii...

Ringkasnya...hidup untuk makan.. belajar untuk makan JIKA kita tak realize tanggungjawab kita yang sebenar..

apa ek tanggungjawab kite? fikir-fikirkan...kita di taraf hamba kn. Apa tugas hamba??






Kalau saya yang jadi graduan tu, saya pilih cawan crystal tak pun porcelain. kristal ni dye leh maintain heat coffee tu..maintain sedapplaa...n lawa.. hehe... kalau porcelain lak, heat resistance, kan coffee tu panas. Barulah cawan tak pecah. Kalau cawan tu tak kuat nak tahan panas coffee tu, camna kita nak nikmati rasa coffee tu kan?




...aritu tyme saya join usrah gabungan, ada akak senior cakap pasal menda ni. mula-mula tu terfikir gak..kenapa a cup of coffee? xleh a cup of tea ker.. a cup of neslo ker..a cup of pape ke? 

Sebab en, kalau coffee ni, rase dy unik..n taste coffee ni bergantung kpd kemahiran barista nk brew coffee tu. Kalo dy pndai brew, rasenyer mmg sodap..hehe..

Camna kalau kita nak dikaitkan dengan life?
Andaikan kita ni barista tu... Pastu coffee/espresso tu hidup kita. Kalau kita pandai n mahir nak create life tu, insyaAllah life kita ni akan jadik lebih bermakna. Lebih syiokk untuk kita hayati n alami.

Jom pilih cawan yang baik n try jadi barista yang baik... Barulaa dapat espresso yang sodap..hehe

awak nak cawan yang mana?

Monday, January 10, 2011

...

Assalamualaikum wbt..

Hari ni, bukak je dashboard n newspaper on9, banyak citer pasal AJL semalam. Meriah giler bilik TV semalam, penuuhhh macam perjumpaan blok je. Tapi saya tak turun p tengok pun, sebab tataw naper mengantuk giler-giler semalam n kurang minat mana nak tengok. Suka taw result  ja. AJL kali ni, menang kat artis yang baru ja naik, Ana Raffali ngan lagu Tolong Ingatkan Aku. Best ke lagu tu? Sebab saya tak pernah dengar kot, kalo pernah dengar pun, tak tahu tajuk.

Tadi ada gak terai-terai nak dengar kot u tube. Tapi tenet block pulak, nak donlod mmg xboleh.

Hermm, cakap sal study lak, Sem 1 degree ni memang kena jadi rajin la. Dengan tutorial, ISL, experiment, report. Tapi kelas kurang sikit sebab banyak lecturer xmasuk sebab masa ISL. So boleh balik awal! n Guling-guling atah katil sampai bosan, pastu ngadap laptop sampai mate berpinar-pinar. Then, tidoq. Sama ja rutin sehari-hari. Teruk..teruk..teruk..! -_-"

K la, cukupla merepek stakat ni. Kang makin panjang tulis, makin banyak useless things yang saya cakap. So better i stop here..

Sunday, January 9, 2011

Payahnyee!

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia.

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Thaif

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Thaif, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam sifat.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman Jabarut kemudian diletakkan didalam Alam Malakut.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan tubuh Adam adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan Barul Uluhiyah.

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air œKudral-Izzah- Nya iaitu sifat Jalan dan Jammal.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :Yarhamukallah
yang membawa erti: Semoga engkau diberi rahmat Allah. Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap Alhamdulillah dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan Yarhamukallah.

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

Saturday, January 1, 2011

Tag: My phone Story

Assalamualaikum wbt..


Ni first tyme since i started blogging, i got tag! Ahaa, bunyi macam eksaited n memang eksaited laa..hehe. Tag daripada Aini (classmate). Walaupun fon yang saya pakai murah-murah je tapi Alhamdulillah, cukup berjasa. 


Okey, cukup cakap pasal intro. First time i got my phone mase umo 15 tahun, tu pun penghujung tahun dah. Masa tu memang femes ngan fon Nokia 3310. 



  ni enset saya yang pertama, dapat dari ayah, cukup berbakti untuk saya berhubung dengan kawan-kawan masa cuti, dan cukup membantu saya untuk mengenali seseorang yang....lalalalai~ sekarang ni enset ni jadi alat mainan adik kat umah. Batery selalu kondem, asal cakap je mati, asal mati je cakap. haisyh! But, mujur jugak masa tu saya tak reti lagi gayut2 sampai 2-3 jam. So xjadi problem la, tapi penyakit dia makin terok, meseg lak xboleh, baru 2-3 mesej, mati..sampai mesej, xsempat baca agy, mati pulak? Mujur game snake tu best, hehe.
 Tapi 2tahun jugakla fon ni bertahan. Tak rosak pun, just bateri problem. 


Nokia 1100
pastu masa Form 5, ayah bagi fon ni, Nokia 1100. Ni enset warisan jugak, fes, ayah guna, bagi kat kakak, pastu baru saya dapat. Tapi suka ngan henfon ni, sebab dia kiut miut, nak mesej syok sbb button dya lembut, call pun best jugak. Game pun best, pendek kata semua best laa..untuk perkara basic. Yang ni yang paling tahan lama, tiga orang guna, but still power! Tak long-lasting ke tu? Pastu lak, bunyi kuat gilerr nak kejut orang bangun solat subuh. N kalau bunyi ringtone yang specific untuk orang tertentu, mesti laju je tangan ni p angkat.


Guna fon ni sampai akhir semester 1 PPISMP, tapi still okie n saya wariskan kat adik lelaki saya lak. Sekarang bateri kondem, jadi macam Nokia 3310. Sayang gile kat fon ni, sekarang ambik semula dari adik sebab entah camne dy wat, enset ni jadi rangka. Adoy! Sabar je (biarpun lam aty meletup-letup nak marah, tahan marah kan lebih baik? ) terus ambik and simpan lam almari. Lagipun adik dah ada enset baru yang lagi canggih dari enset ni. 


Ni yang latest,


Oh! Oh! Semartnyer yang kaler merah, tapi saya punya hitam







Vodafone 810, fon yang saya beli guna duet sendiri (ayah topap sikit). Fon ni saya beli dengan kawan ayah saya. Excited dapat beli fon ni. Ye lah, first time dapat beli fon yang skrin besar and colorfulll. Ni saya guna sampai sekarang. iLuv this fon walaupun ade laa jugak kelemahan dia tu. Tak rasa lagi nak menduakan beliau seperti enset-enset di atas. Enset ni leh simpan gambar. lagu banyak, mesej banyak-banyak and most of pic in this belog n my fb hasil jasa beliau la..Tapi tataw laa kalau beliau wat hal.. Hehe.. Setakat ni saja about my fon. 


pastu Aini pesan tag kat 3 orang, saya tag kat: Syabab, Azam, Hannazaki n sape-sape je la yang baca n3 ni... ^^,


p/s: Fon ni lame-lame guna n xjaga elok2, nanti akan rosak dan mati.
       samalaa juga dengan HATI kita...Kena selalu polish n jaga.. >wink< ^_~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~