Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, May 9, 2011

Fall in Love..

Haa..kali ni saya nak share la sikit tentang camna nak uat orang tertarik hati @ fall ngan kite.. sentiasa suka bila tengok kite..

golongan mak bapak pun bila tengok kita terus rasa berkenan nak ambik jadi menantu, lecturer tengok pn terus lembut hati nak bagi markah tinggi-tinggi kat kitaa.. haa..kat sini ada sikit petua diaaa...

insyaAllah berkesan kalau kita amalkan betul-betul..yang penting istiqamah.. 

(pesanan ntuk diri sendiri ugak nieyh..)
  • Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
  •  Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang walaupun kita perlu berwaspada setiap masa.
  • Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
  • Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
  • Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi Muhammad s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
  • Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
  • Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
  • Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
  • Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
  • Pamerkan simpati kepada setiap individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
  • Jadilah pendengar dan kawan yang setia lagi ikhlas.
  • Sampaikan berita yang baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain. Sentiasa jaga aib n rahsia orang taw...
oke..itu saja yang dapat saya coretkan.. renung-renungkan dan selamat beramal.. ^^,

sedikit masa yang terluang untuk hapdet..

sedang bz nak study ntuk final.. (adaa 9 hari lagik..!! huhu)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~