Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Tuesday, June 28, 2011

Pesanan buat muslimah


Beritahu pada muslimah itu,
dirinya ibarat kaca, disentuh terguris.... 
dihantuk terserpah...
 dihempap berkecai... 

Beritahu pada muslimah itu,
jaga tutur kata, cakap tinggi nanti dibenci... 
terlalu rendah dipijak pula... 
cakap sombong mengundang lawan... 
berhati-hari meluah kata.. 
kerana pulut santan binasa.. 
kerana mulut badan binasa... 

Beritahu pda muslimah itu: 
jaga tingkah laku, harga diri letaknya disitu... 
jangan meluru ikut nafsu... 
sekali tersilap langkah.... 
akan dihukum selamanya... 
keturunan dicerca.. 
menyesal kemudian tidak berguna.. 

Beritahu pda muslimah itu, 
jaga pakaian, ia cermin peribadi... 
juga lambang bangsa.. 
dimana dan dalam keadaan macam manapun... 
biar orang kenal "Dia orang ISLAM"... 

Beritahu pda muslimah itu, 
simpan secebis malu, kerana malu itu... 
sebahagian daripada IMAN.....
malu muslimah menjadi penghias wanita..
makin banyak haya'..
makin manis dilihat..

p/s: pesanan buat diri juga..

Skyjuice pun mahal..

Fillico Beverly Hills itu nama air mineral termahal di dunia yang di hasilkan dari air kaki gunung Roko,Kobe Jepun. Di keluarkan oleh syarikat yang bernama Vieluce di Osaka Jepun. 


Air ini hanya boleh menghasilkan 5,000 botol bersaiz 750ml setiap bulan. Air ini di jual pada harga RM350 iaitu lebih 100 kali ganda harga air mineral biasa yang bersaiz 1.5Liter.


 Air dari mata air ini dipercaya sebagai sumber air yang terbaik untuk pembuatan sake(arak beras), dan dihasilkan dalam jumlah yang terhad.







boleh tertukar dengan perfume nieyh..



botol ada gambar tengkorak? poisonous ka?



p/s: dari beli air mahal ni, lagi bagus lau spend RM350 tu wat beli dinar mas. Untung jugak kan.. :)

Wednesday, June 22, 2011

Terus berdarah


"Sejak bila kamu merasakan ini adalah tindakan yang betul?" Aazad memandang ke dalam mata Abbas sahabatnya.
"Sejak bila?"Abbas memandang tepat ke langit.



"Kamu berdiam tidak akan menyelesaikan apa-apa," Abbas mengalih pandangan dari langit kepada Aazad. Menarik nafas dalam-dalam.
"Burung itu di dalam sangkar mereka, tapi kuncinya ada padaku. Aku percaya begitu, wahai Aazad. Dan setiap kali, burung itu minta dibebaskan, dan adakah aku ingin menjadi orang yang zalim untuk tidak berbuat serupa itu?"
"Adakah kamu sudah tetap pendirian?"
"Setelah kamu berazam, maka bertawakallah (Ali Imran 3:159)."
"Jaga, mungkin sahaja kamu memahaminya dengan salah..."
"Dan jika aku memahamnya dengan salah, maka berbahagialah aku dengan kesalahanku.."
***
Sudah dua minggu tiada perkhabaran daripada Abbas. Seusai menunaikan solat Isya', Aazad bermalas-malas di hadapan televisyen. Alat kawalan sudah berada di dalam tangan dan TV dihidupkan.
Sekarang belum lepas jam 9, jadi hanya siaran berita yang menjadi santapan untuk Aazad. Aazad menatap kosong kaca TV Berita-berita yang tersiar tidak sedikit menarik minatnya. Aazad berbaring. TV masih dihidupkan. Merenung kipas syiling yang berputar malas-malas.
"Berita tergempar, kami baru mendapat berita yang kediaman rasmi wakil kedutaan Amerika Syarikat telah diceroboh seorang pemuda yang membawa bersama-samanya sejumlah besar bahan letupan.
Menurut pegawai polis yang berada di kawasan kejadian, melaporkan penceroboh itu tidak ingin berunding tetapi hanya mahu satu siaran langsung dari kediaman wakil kedutaan itu mengenai kejadian yang berlaku sekarang disiarkan di setiap kaca televisyen. Walaubagaimanapun, pihak polis masih sedang berusaha."
Aazad terbangun dari baring. Matanya tepat memandang kaca TV.
"Allahu, Abbas apakah engkau disebalik semua ini?"
Alat kawalan dicapai dan cepat-cepat Aazad menukar ke siaran lain jika ada berita lanjut mengenai kejadian itu. Ditukarnya pantas-pantas. Dia ingin lihat jika ada siaran televisyen yang memaparkan lakaran wajah 'suspek'. Jarinya berhenti memicit punat alat kawalan bila terpandang satu lakaran wajah.
"Ya, Allah, Abbas..." Aazad dengan pantas memakai jaket dan keluar.
"Wahai orang muda! Lebih baik kamu menyerah. Apa yang kamu lakukan adalah sia-sia," seorang pegawai polis cuba berunding.
Pada masa yang sama dia mengarahkan anak buahnya mengelilingi kawasan kediaman kedutaan dan bertindak menahan 'suspek' jika ada peluang untuk berbuat demikian.
Orang ramai mula meramai sekitar kawasan. Ada pegawai polis cuba menenangkan keadaan. Aazad berhimpit diantara lautan manusia cuba melepasi sekatan pegawai polis. Lautan manusia kian bersesak, pegawai polis yang cuba berunding kian mendesak, Aazad makin hebat berasak lepas dari sekatan.
"Jika kamu ada peluang, lepaskan tembakan kepada suspek tapi jangan sampai membunuh. Suspek akan kita tahan untuk siasatan, mungkin dia ada kaitan dengan mana-mana cawangan penjenayah."
Pegawai polis mengarah anak buahnya.
"Jika kamu ada apa-apa tawaran supaya kami dapat membebaskan tebusan sila nyatakan."
Terus memujuk.
"Saya ulangi, jika kamu ada apa-apa tawaran, kami bersedia mendengarnya."
Semua yang berada di situ menanti. Menanti. Menanti.
"Jika kamu ada apa-apa..."
"Apa ketika anak-anak kecil di bumi yang diperang tentera syaitan Zionis dan Amerika merayu nyawa, rayuan mereka didengar? Apa ketika anak gadis Afgan meminta jangan sampai mereka mengusung zuirat busuk tentera-tentera Zionis dan Amerika, mahkota mereka tidak diusik?
Apa ketika orang-orang tua Iraq meminta kepada tentera-tentera yang dilaknat Allah itu, nyawa mereka tidak dihabisi?"
Satu suara kedengaran dari dalam kediaman. Aazad kenal suara itu. Itu sememangnya tanpa ragu, adalah suara Abbas. Semua terdiam.
"Tapi tindakan kamu ini tidak mewajarkan semua ini. Adakah kerana mereka-mereka itu, orang lain dijadikan sasaran?"
"Apakah anak-anak kecil, gadis-gadis sunti, ibu-ibu dan bapak-bapak, nenek-nenek dan datuk-datuk yang terkorban itu ada mengusik kepentingan atau keegoan Zionis laknatullah dan Amerika-Amerika itu semua?"
"Atas dasar apa kamu mengatakan tindakan kamu ini wajar?"
Nyata pegawai polis itu masih belum mahu mengalah. Masih mencari ruang dan peluang untuk berdamai.
"Tuan, saya tidak tahu sama ada Tuan beragama Islam atau apa kerana sungguh saya tidak melihat Tuan. Dan jika Tuan beragama Islam, saya tidak tahu sama ada Tuan ada membaca Quran atau tidak. Tuan menanyakan saya atas dasar apa saya lakukan semua ini, maka dengarlah ayat ini :
Perangilah oleh kalian mereka (orang-orang kafir) hingga tidak ada lagi fitnah (kekafiran) sehingga agama ini hanya milik Allah semata. (A-Anfal 8: 39).
Maka atas dasar ini, atas dasar untuk menghentikan fitnah yang dibuat dari tangan-tangan mereka maka perbuatan ini wajar. Jika kalian tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah akan menyeksa kalian dengan seksa yang pedih dan digantinya dengan kaum yang lain. (At-Taubah 9: 38-39).
Maka atas dasar takutkan seksa Allah maka tindakan saya ini wajar."
"Sedarlah kamu mungkin tersalah faham mengenai ayat-ayat itu."
"Jika saya yang tersalah faham, berbahagialah saya dengan kesilapan saya kerana ini jalan yang saya yakin. Dan dengan Tuan mengatakan 'mungkin' lebih-lebih meyakinkan saya kerana jelas Tuan sendiri tidak yakin sama ada tindakan menghalang saya ini tindakan yang benar atau tidak."
"Jadi adakah kamu akan puas dengan begini? Adakah kamu sukakan ini?"
"Diwajibkan atas kalian berperang, sementara berperang itu adalah sesuatu yang kalian benci. Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian; boleh jadi pula kalian menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah mengetahui, sedangkan kalian tidak mengetahui (Al-Baqarah 2:216)."
Pegawai polis itu kehilangan kata-kata. Dalam kekalutan, Aazad berjaya melepasi sekatan dan telah berada di sebelah pegawai polis yang cuba memujuk Abbas. Dia menyentuh bahu pegawai polis itu dan membuatnya terkejut.
" Siapa kamu?"
Pertanyaan itu tidak diendahkan, Aazad lantas mengambil pembesar suara dari tangan pegawai polis itu.
"Wahai Abbas, mahukah engkau mendengar perkataanku?"
Pegawai polis itu tersentak. Anak buahnya ada yang cuba menangkap Aazad yang disangka segerombolan dengan 'suspek'. Akan tetapi tindakan itu dihalang. Abbas kenal suara itu, tetapi dia lebih suka berdiam.
"Memang benar orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami (Al-Ankabut 29:69).
Tidak ada sedikit cela dalam ayat itu dan tindakan kamu yang mengikut fahaman kamu. Tahukah kamu ada yang lebih tinggi darjatnya jika kamu lakukan dari apa yang kamu lakukan ini dan nyata ia lebih praktikal dari apa yang kamu cuba lakukan sekarang. Lupakah kamu pada titah baginda.
Jihad yang paling agung adalah kata-kata yang benar yang disampaikan kepada penguasa yang jahat? Nah, jika kamu katakan dan memang semua akui Zionis, Amerika dan para pengampu mereka itu orang-orang yang jahat dan tidak harus dibiarkan hidup supaya fitnah pembunuhan dapat dihentikan.
Tapi bukankah jika kita menentang mereka dengan kata-kata iaitu melalui diplomasi itu lebih elok, dan ingatlah Abbas kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang maka kata-kata itu lebih praktikal untuk 'berperang' dengan mereka."
Semua terdiam. Aazad menunggu jawapan.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (At-Taubah 9: 111)"
Aazad tersenyum. Dia tahu sangat Abbas memang fasih jika berbicara soal tafsir dan hadis.
"Jihad itu terus berjalan sejak aku (Rasulallah SAW) diutus oleh Allah SWT hingga orang terakhir di antara umatku yang berperang melawan Dajjal. Maka jika kamu membunuh mereka-mereka ini, adakah peperangan akan terus terhenti? Kamu sudah tiada, mungkin kerana terkorban, tetapi peperangan lain akan terus-terusan berjalan."
"Akan ada yang lain yang akan mengikut jejakku insyaAllah."
"Jadi adakah kamu berkata kamu melepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain sedang mereka sendiri mungkin belum ada niat untuk melakukannya. Bukankah lebih baik kamu sendiri yang melakukannya.
Nah, di sinilah lebih praktikal kata-kata Rasullah SAW iaitu berjihad dan berperang dengan kata-kata. Apa salah kataku, Abbas?"
Sesi memujuk bertukar kepada sessi soal jawab hadis dan tafsir.
Pegawai polis yang tadinya cuba memujuk nyata kagum dengan kepetahan Aazad kerana dia sedar dia tidak mungkin mampu berdebat sefasih itu jika ia melibatkan hadis dan tafsir. Perlahan-lahan dia merasakan perundingan ini akan berjaya.
"Oh Abbas, dengarkan kataku, hentikan tindakan ini. Aku tidak mengatakan kamu salah, malah jika kamu betul,aku sendiri akan mengangkat tanganku dan bersama-sama denganmu.
Dengarkan kataku, apakah kamu lupa jihad itu bukan sekadar mengangkat senjata. Kamu masih punya ibu dan ayah dan membela mereka itu sebesar-besar jihad juga."
Ada terdengar bisik-bisik dari lautan manusia yang menonton. Ada juga yang terkesan dengan kata-kata Aazad sehingga menitiskan air mata. Suasana sunyi.
Suara siren kereta polis bertimpa-timpa dengan suara-suara orang ramai. Kata-kata itu turut membuatkan Abbas terusik hatinya.
"Apakah aku akan dilepaskan jika aku menyerah?"
Aazad menarik nafas lega kerana merasakan usahanya berhasil. Pegawai polis itu tersenyum lega kerana merasakan namanya akan tercatat di dada akhbar kerana berjaya membenteras 'kepincangan' ini.
"Ya, insyaAllah sesiapa yang berada di atas jalan Allah, maka mereka tidak akan sunyi dari pertolongan-Nya."
Disebalik urusan antara Aazad dan Abbas, secara sembunyi-sembunyi seorang pegawai polis telah berjaya menyelinap masuk ke dalam kawasan kediaman tanpa disedari. Pegawai polis yang berdiri di sebelah Aazad mengambil pembesar suara dari tangan Aazad.
"Ya, benar kata lelaki ini, kamu akan dilepaskan jika didapati tidak bersalah. Dan kami tidak akan mengapa-apakan kamu."
Pegawai polis telah lupa mengenai arahannya untuk menembak Abbas kerana terlalu seronok dengan keputusan 'pemujukan' yang menyebelahinya.
Abbas merasakan ada betul dalam kata-kata Aazad, dia berkira-kira untuk melepakan tebusan dan 'menyelesaikan' jihadnya dengan cara diplomasi. Ketika itu pegawai polis yang berada di dalam kawasan kediaman itu terlanggar pasu dan kehadirannya disedari Abbas.
Pegawai polis itu terperanjat dan secara tidak langsung melepaskan tembakan dan mengenai bahu kiri Abbas. Suasana jadi kelam kabut di luar. Aazad memandang pegawai polis di sebelahnya mengahrap jawapan.
"Allahu Akhbar! Demi Allah mereka ini tidak lebih dari penipu dan penganiaya!" Abbas membaling pasu yang berada di sebelahnya dan tepat mengenai kepala pegawai polis tadi.
"Demi Allah yang nyawaku di dalam tangan-Nya, terimalah korban hamba-Mu ini."
Aazad berlari deras ke arah kawasan kediaman. Pegawai polis tadi memberi arahan kepada anak buahnya untuk bersedia. Abbas memicit punat pengaktif bahan letupan yang berada di dalam tangannya.
Boom!!!
Satu letupan besar kedengaran. Kawasan kediaman wakil kedutaan itu hancur musnah.
Semua mata terpana. Mata Aazad bergenang. Pandangan menjadi kabur dan perlahan-lahan tampang tubuh Abbas terpapar di tubir mata.
"Burung itu di dalam sangkar mereka, tapi kuncinya ada padaku. Aku percaya begitu, wahai Aazad. Dan setiap kali, burung itu minta dibebaskan, dan adakah aku ingin menjadi orang yang zalim untuk tidak berbuat serupa itu?"
Mata Aazad bergenang.
"Dan jika aku memahamnya dengan salah, maka berbahagialah aku dengan kesalahanku."
Bergenang dengan lebih hebat...
"Berbahagialah sahabat, moga jihad-Mu diterima Allah jika itu yang engkau yakin... Berbahagialah...Allahu...Allahu...Allahu. Teruskah berdarah tangan-tangan dan tubuh-tubuh mereka yang merindui janji-Mu ya Alalh.
Tempatkanlah mereka di jannah tertinggi jika sesungguhnya mereka orang-orang yang benar. Ameen, ameen ya Rabb al-ameen."

Wordless Wednesday#2: Rawat hati :)

Tuesday, June 14, 2011

Its new!


Jadual untuk sem baru nieyh..nk tengok besaq2..sila kelik ea..n tkan ctrl +++ untuk besaqkan.. :)

Tutorial: Add music to your blog

Just a simple tutorial for a new blogger to add song to their blog. 

Yang ni tutorial cara mudah nak add song dlm blog..
maybe korang boleh guna add playlist..
contohnya:


kat mixpod ni, uolls sign up pastu create la playlist
 then follow step mcm kt bwh ni.. :-)


pastu korang search laa lagu pape yang berkenan di hati.. :)





 if uolls nak lagu tu terus je terpasang bila bukak blog..
uolss klik kat edit setting tu, pastu set kan playlist uolls as what u want


bila da siap set up, save ur playlist n masukkan title.. :)

pastu follow step mcm kt bawah ni.. 



tu tutorial untuk mixpod, kalau gne mixpod ni, benefit dy, if readers xsuka dengar lagu tu, dorang bleh pause ja..
ada 1 lagi link yang uollss leh kutip lagu n msukkan terus dalam blog..


kat sini leh get code terus n tampal je lam blog gne widget html code tu..

tapi disadvantages dy:

1: tak boleh tutup lagu tu, so akan ganggu readers blog
2: boleh pilih 1 lagu je, so mybe borim kot...

ok, stakat tu dulu.. :-)

gud luck yerr.. ^_^~

Thursday, June 9, 2011

The Reunion...


A long entry, maybe made some of readers feel bored to read it because I wrote it in details. But, any memory will fade off if we don’t take good care on it. So, if you don’t like it, just click on the ‘X’ button at the right top corner. J thank you for viewing my blog. :)



Saya suka cuti sebab saya boleh tido banyak2..eh?


haa, tu untuk cuti yang sebelum ni sebab takde perancangan yang baik.


Cuti sem kali ni saya nak manfaatkan sebaik mungkin untuk berjalan-jalan makan angin keluar duit, ziarah kawan-kawan lama..berjimba-jimba..shopping sikit2..hehe


Aha, kali ni saya habiskan cuti saya selama seminggu kat dalam negeri sendiri je..Bajet kurang, dalam negeri sudaa.


[Dungun: Grand Reunion]


Destinasi pertama, ke Dungun sebab nak join Grand Reunion kali pertama ExSim.




[Perjalanan bermula]

Awal-awal pagi Jumaat 27 Mei 2011 dalam pukul 10.30 gitu, saya n Ijah bertolak dari stesen bas Jerteh menuju ke Kuala Terengganu. Kitorang p naik bas lompat je, so KT ni sebagai stesen transit bg kami lar. 

Sampai lebih kurang dalam pukul 1pm. Disebabkan dah sampai Kuala Terengganu, rugila pulak kalau tak jejalan kan? Tapi just ziarah rumah kawan lama masa blaja kat SMID dlu, Haqiqah. Lama tak jumpa dia ni, last jumpa masa zaman duk kat KMPP dulu sebab kami kebetulan dapat matrik yang sama, dalam 2 tahun jugakla tak jumpa.

Lepas makan tengahari, solat & qailullah kat rumah Qiqah, kami bertiga (Qiqah join kitorang p skali) bertolak ke stesen bas Kuala Terengganu pada pukul 5.30 pm. 

>Cuak kot~

We guest bas last skali bertolak pukul 6pm la kot. But, unfortunately, Friday is a week days, so bas yang last skali pukul 5pm n dah bertolak pun. 

Memang saya cuak giler, memang masa tu piker nk naik teksi je p sana. So, p cari teksi, paling murah we got satu teksi RM60. Bahagi 3 orang, 20 hengget sorang. Aduii~ 20 hengget p Dungun bukan kos yang murah. So, I suggest naik je la...xpun g pagi esok. But Haqiqah say, just cool..rilex dulu.

Then, mak Qiqah suggest kat kitorang suh p Tanya kaunter tiket. Alhamdulillah, we got ticket that cost RM13 only. n I learn something here that;

| if something bad happen, you need to sit and think about it calmly, then you will find a good resolution | 
7.00pm: We arrived at Dungun’s Town. Rasa terharu teruja eksaited honestly don’t know how to express my feeling. After 3years I had finished my study, I came back with different uniform but the still in the same size of me.. -_-“

Sampai je, mula-mula kaki melangkah ke kedai baju. Nak tengok-tengok je sebenarnya, tapi last2 terbeli sehelai t-shirt labuh. Murah kot, just RM25, so that’s why i just grab it without thinking two times. Har har~

Then, we went to masjid n solat maghrib n isyak skali. Siap je solat, perut terus start mainkan irama keroncong. Aduii..lapaq haih! Terus kami teruskan perjalanan untuk memenuhi hasrat di perut. Siap makan je, saya terus bimbang pasal teksi/prebet sapu . Ye la, jam da pukul 10pm hari jumaat lak tu. Agak-agak ade lagi ke teksi? yeah! i am a clumsy person.. -_-"

Tengah duk pening-pening tu, tetiba someone call Qiqah. Kamilah kol tanye kitorang kat mana. So just cakap je la kat kedai makan Nara Tomyam. Lepas tu, Azreen lak kol, tanya kami kat mana. So cakap je la. Masa tu saya da set dah, mesti dorang nak tolong mai amek ni.. tapi dorang xcakap pulak nak ambik. Then tetiba je kereta dorang park betul-betul depan kitorang. What a Surprise! Haha, serius terkejut. Tq to them coz sudi mai amik kitorang, kalo tak memang taktaw nak p skolah ngan nape.


Tapi yang peliknya, camna dorang leh taw kitorang dah kat Dungun? Sebab saya tak cakap pun kat mereka.  Azreen told me, dia baca status FB saya n at that time I update my status via enset V810. So she guess maybe ramai kot yang mai GR, tapi tengok kat skola tgok takde orag lagi, just ada student Form 3 tak balik lagi tengah wat bbq. We are the first group that arrived at school. Yaaa~ Nampak sangat kitorang semangat nak join reunion kan? Padahal reunion start esoknye. Hehe..

[The Reunion]

Ramai yang sampai pagi Sabtu tu, n majority of them from banin (lelaki) , adela dalam 30+ orang. Banat sikit je lebih kurang 20+ orang. Tapi jumlah keseluruhan dalam ±60 orang la~  

Program start lepas Zohor.
Untuk mengisi masa lapang pagi tu, kami p jejalan pusing bandar Dungun. Ye la 3 tahun lamanya kami tak ziarah bandar ni. Lepas shopping sket2, n lepak tepi Pantai Teluk Lipat, barula kami pulang.

Majlis perasmian Grand Reunion kali pertama dirasmikan oleh Ummi. Majoriti yang datang dari batch SPM 2005, 2007 n 2008. Batch SPM 2009 xramai yang datang, banat xdop, mungkin dari golongan banin ade kot. Batch SPM 2010 lak ngah bz nak masuk U n matrik. 

Aktiviti first, sesi soal jawab ngan pengerusi Exsim, then lepas tu kami leh wat aktiviti sendiri.
Malamnya, lepas solat Maghrib, baru start Grand Dinner kitorang. Ramai jugak mudaris n mudarisah kami datang. Antaranya Ustaz Bob, Ust Ridzuan, Cg Rodzi, Cg Aqilah, Tc Hidayah, Cg Herdawati, Cg Dahlia, Kak Ma koop pn mai ugak.

Lepas ucapan dari mudaris, n pelantikan ajk, agenda yang ditunggu-tunggu bermula. Isi perut sampai pecah…hehe.

Pendek kata, walaupun agenda GR first ni short n simple, tapi still best sebab kitorang dapat jumpa balik lepas sekian lama terpisah, Tanya khabar, sembang-sembang. Nak kumpulkan semua orang sekaligus bukan satu kerja yang mudah. GR berakhir pada pukul ±11pm.

[Belut pulang ke lubuk]

Pagi Ahad, hari bertolak pulang ke lubuk masing-masing. So, dengan kepulangan ahli-ahli Exsim, maka berakhirlah Grand Reunion kali pertama ni. Harapnya ada lagi Grand Reunion yang akan datang n perancangan yang lebih baik n ramai lagi boleh datang. A big TQ for organizer..^^,

           Dan kami bertiga bertolak pulang ke Kuala Terengganu pada pukul 4pm. Wait! Before balik, kitorang p jejalan lagi...hehe

Kali ni p ziarah rumah Zulaikha Yusoff lak. Masa kat Dungun ni kami manfaatkan betul-betul untuk ziarah sahabat lama. Lepas tu baru kami bertolak pulang lepas mama Ju anto. At 6pm, we arrived KT.

Perjalanan Haqiqah berakhir disini, but not for me n Ijah, we still have a long journey to Besut. ^_^

to be continue...
enjoy the pic..





kredit tu Haqim Aziz n Atiqah Rusdi. 
Saya takde kamera hebat seperti mereka.. -_-"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~