Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Sunday, December 18, 2011

Cerita Hati






  Laju tangannya mencorat coret sesuatu di atas kertas kosong itu. Dia sendiri tidak memahami apakah yang sedang dicontengnya. Lukisan hati yang ditampal-tampal dengan plaster dengan contengan yang tidak seragam. Mungkin itulah rupa hatinya sekarang. Bercampur baur dengan kesakitan dan kekeliruan. Dia sudah penat dengan permainan ini. Permainan yang tidak ada kesudahan yang pasti. Penat dengan pelbagai karenah manusia yang pelbagai, yang mengungkapkan kata sayang tanpa makna.


     Sudah penat dia menangis, tercedera perasaan dek kehalusan hati yang dikasari. Banyak air mata yang gugur dengan sia-sia. Hatinya sakit. Alunan lantunan suara Irfan Makki dengan lagunya I Believe terasa memujuk sedikit hati yang sedang berduka lara ini.

He’s the one who knows you best

He knows what’s in your heart

you’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

Yes! He always knew what’s in our heart. Dia bagaikan tersedar dari lena yang panjang. Selama ini dia banyak berharap terhadap insan itu. Rugi pula apabila difikirkan semula. Sesungguhnya dia menyesali masa lepas. Sudah tiba masanya untuk lakukan U-Turn. Tak perlu pandang ke belakang lagi. Masa hadapan lagi penting untuk difikirkan.

Dia bingkas bangkit dari kerusi, mencapai cardigan dan pashmina kelabu yang tersangkut di belakang kerusi. Pantas tangannya mencapai Versus yang tergelatak di tepi laptop Acer nya. Berkurung di bilik yang sempit ini menambahkan lagi kekusutan. Laju kaki melangkah menuruni 66 anak tangga. Bilik yang terletak di aras 4 ini cukup untuk dia bersenam setiap hari.

    Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut di pipi mulusnya. Burung-burung berkicauan menambahkan aura ketenangan sore itu. Dia mengatur langkah perlahan menuju ke pinggiran padang ragbi yang menghijau itu. Aura ketenangan menyusup lembut ke dalam hatinya. Sore begini kebiasaannya padang ragbi dipenuhi dengan pelatih lelaki tapi tidak pada hari ini. Memberi ruang untuk dia mencari ketenangan bersama alam semulajadi.

credit : http://www.hbp.usm.my/malayarchi/agrotourism.htm

Dia memandang sekeliling. Padang yang kehijauan, langit Ilahi yang membiru dihiasi dengan tompokan altokumulus, altostratus. Di kejauhan sayup-sayup kelihatan Bukit Keluang dan Gunung Tebu yang menambah keindahan alam ciptaan Ilahi ini. Hatinya bertasbih memuji kebesaran Allah yang menciptakan alam semulajadi yang sangat indah dan sempurna ini. Tanpa kehadiran tumbuhan hijau ini, mana mungkin dia dapat menghirup oksigen yang terhasil daripada proses photosynthesis yang berlaku dalam chloroplast tumbuhan.

Mengagumi keindahan alam dapat mengubat hatinya yang lara sedikit demi sedikit. Dia perlu kuat. Dia pernah terbaca dalam status seorang rakan Facebook...

Perempuan yang gagah,adalah:-

Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan.
Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan.

       Dia perlu gagah!! Gagah untuk membuat perubahan. Cukuplah sekali, dia sudah serik. Dulu dia lah yang menjadi doktor hati, cuba untuk membantu hati sahabat-sahabat yang terluka. Sekarang sudah tiba masanya untuk hati sendiri disembuhkan. Sudah berkurun hati ini kontang, dahaga dengan siraman rohani. 

      Dia membelek rambang buku Versus yang dibawanya. Terpandang satu quote yang menarik perhatiannya, "If you forget of what you were, you'd never be grateful of what you are” Dush! Headshot atas dahi. Selama ni banyak lupa diri, lupa tanggungjawab yang sebenar, lalai dengan buaian angan-angan.

     Sedang asyik termenung dan merenung, tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan. Dia berpaling dan tersenyum. Oh! Kak Syazlia rupanya.

“Humaira buat apa kat sini sorang-sorang? Dari tadi lagi orang tengok duk termenung melayan perasaan,” tegur Kak Syazlia.

” Takde buat pape pun kak, ambil angin petang sikit-sikit, lepaskan tekanan studi.. he he. Akak dari mana ni?” sedikit berhelah disitu.

”Baru je siap jogging dengan Irah tadi. Orang dalam proses nak slimkan badan en..hehe,” Kak Syazlia sedikit berseloroh.

“Owh, patutla dengan kasut sukan and muka penat lagi. Nak slim ek? Akak dah cukup slim kalah model dah ni,” usiknya untuk menceriakan petang.

 “Ada-ada je Maira ni. Okeyla, orang nak pergi kafe ni. Irah dah tunggu kat sana. Nak ikut?”

” Tak apela kak, saya kenyang lagi,” balas Humaira dalam senyuman.


     Kak Syazlia perlahan mengatur langkah menuju ke kafe. Dia menghantar dengan pandangan mata. Kak Syazlia banyak membantunya dari terus rebah dalam kelalaian di institute ini. Terasa seperti kakak sendiri sahaja. Sikapnya yang bersahaja dan sporting menghilangkan tembok ketidakserasian. Mudah untuk berborak dan berbincang apa jua isu yang terlintas di fikiran. Usrah banyak membawa kebaikan kepada dirinya. Dia  bersyukur kerana Allah bukakan hatinya untuk menyertai usrah.

    Teringat saat dia perlu membuat keputusan antara dua usrah yang harus dipilihnya. Fikirnya, join dua usrah tak mengapa, tetapi rupa-rupanya tidak boleh. Niatnya simple, just want to get some input, apa salahnya join dua usrah? Tapi dia perlu juga untuk memilih salah satu yang dirasakan yakin. Saat yang sangat sukar baginya kerana dia selesa dengan dua usrah tersebut. Setelah solat sunat istikharah, dia yakin usrah Kak Syazlia adalah yang terbaik untuknya, dia sendiri tidak tahu kenapa, tetapi hati kecilnya berkata demikian.

   Jarinya memetik perlahan butang ditepi jam LED hitamnya itu. Hmm, sudah pukul 6.00pm. Agak lama dia termenung di pinggiran itu. Dia bangkit meninggalkan pinggiran padang menuju ke blok penginapannya. Dia perlu bersiap untuk ke surau. Selepas maghrib ada kuliah daripada Ustaz Zamri, dia tidak mahu terlepas majlis ilmu kali ini. Sudah banyak kali dia terlepas kerana kelalaiannya. Tapi bukan kali ini...

2 comments:

azammudin bin taib said...

aku suka lagu ni!!huhu..ringtone aku pon lagu ni..suka3!(gedik)

fnatasha.hafizi said...

haha...ak terasa aura kegedikan tu sampai sini... suka sgt tu smpai siap jd ringtone..lagu dy msti kna ngan jiwa ang kn? aite? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~