Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, February 18, 2012

Cuti-cuti 2P : Bukit Merah Laketown [Part 1]

Peringatan: Entri ini mungkin sangat panjang untuk anda yang tak suka tulisan banyak. Sila tekan [X] kat sebelah kanan atas.. ^__^

Hari kedua di Perak bermula dengan misi utama kami, that is berjimba-jimba kat Bukit Merah Laketown. Serius sangat bestt! 

Pagi-pagi lagi lepas mengisi perut keroncong, kami terus bergerak ke Bukit Merah. Around pukul 9am kot? not soo sure..~ 


Sesampainya kami kat sini, terus semua buat muka teruja-tak-sabar-nak-main-air. Macam kat rumah tak pernah jumpa air je kan? Ingatkan bila da sampai terus boleh buat kuak lentang, tapi rupanya tu cuma imaginasi semata. 

Disebabkan abah beli 6 tiket sebagai langkah berjaga-jaga takut saya tak dapat nak mengikut, jadi kena tambah satu lagi tiket kali ni. For me. 

tak cukup sorang lagi family member~

Kalo tak I bole tengok-tengok je laa dari jauh~.. Mana bole I tengok saje~~ Jeles tahu tak?

So untuk beli tiket satu lagi tu memakan masa agak lama la sebab bukan satu tiket je, ada ahli rombongan lain yang tak beli lagi. So agak lambat la sebelum kitorang bermula.

Tiket untuk me, abah, mama n kakak combo n budak kecik 3 orang tu ambik yang waterpark je. Takut nanti dorang komplen tak puas main air pulak kaannn~

So, bagi korang yang tak suka main sangat dengan air ni, better ambik combo la,boleh jalan-jalan dulu. tapi kalau boleh eliminate Orang Utan Island, better u do that if u are on budget vacation. 

RM23 untuk p Orang Utan Island saje. Tapi boleh jumpa dengan 2 3 ekor je orang utan yang tengah bermalas-malasan sambil makan durian. So agak membazir oke. 

Disebabkan kejakunan kami yang baru first time sampai sini, so kitorang ambik la semua sekali. Takut nanti menyesal pulak kan? 

Kami satu family berpisah dekat pintu masuk ke Waterpark. Budak-budak pergi main air senyap-senyap oke.! Lokasi pertama untuk kitorang berempat ialah ke Orang Utan Island.


Naik bot dalam 15 minit, pastu kami diberi penerangan oleh pegawai yang bertugas. Style beliau cakap memang macam dah dirakam. ye la, berapa kali sehari dia dok ulang perkara yang sama. Lalu kat lorong yang dah disediakan untuk pelawat la. 

Atas bot, meladeni keindahan alam..
disebabkan sem ni ada belajar anatomi n fisiologi,
gambar tulang orang utan





Masa kat atas bot tu, dah start berimaginasi nak bermanja-manja dengan baby Orang Utan. Tengok dalam tv macam manja je.. nak try jugak sekali kan?

Tapi malangnya, imaginasi tinggi mengalahkan Mat Jenin, boleh tengok-tengok dari jauh je orang-orang itu. Jalan kat lorong tu pun dah rasa macam kitorang ni dok dalam sangkar. Ada 2 3 ekor je orang utan yang mesra, tu pun lepas bagi buah durian. -_-"

Aha, dorang ni sangat suka makan buah durian n epal. Demand kau nak makan durian hari-hari. I pun tak dapat U~

Pulau ni agak luasla, ada dalam 34 hektar kot, based on pegawai tu cakap. Baby orang utan tu duk kat dalam sangkar je, ade 4 ekor semuanya. Tapi I tak leh nak pegang n peluk-peluk la. Haisyh.. so tak puas hati disitu. 

Kesemua orang utan ni dibiakkan dalam jagaan, dan lepas jalani beberapa latihan untuk mandiri hidup kat habitat asal, baru mereka-mereka ini dilepaskan ke Sepilok.



sementara tunggu bot datang

Lepas lawatan yang agak boring kat Pulau Orang Utan, we all headed to Ecopark pulak. Haa, kat sini best. Boleh tengok macam-macam jenis binatang. Well, I suke binatang taw. 



posing gaya dok kat obersea~
Masuk je kat dalam Ecopark ni, terus berlari-lari teruja tengok Squirell Monkey yang sangat comel! Serius I felt like im kindergarten kids.. Huu~ Squirell Monkey ni nampak sangat jinak. tapi sebenarnya mereka ketagihan makanan daripada pelawat. 


squirell monkey.. comel giler.. rase macam nak picit je
But Unfortunately i didn't bring anything, just sisa-sisa coklat NIPS je. Bila wat keluar je plastik NIPS, terus dorang serbu, mujur dalam cage, kalo kat luar abes laa.. tapi coklat NIPS ada sebijik je, kesian betul.

Lepas tu banyak lagi binatang-binatang yang comel, scary, kiut.. Tapi bila I jumpak beruang pun rasa nak belai-belai. Ha ha. Geram kot tengok bulu dia macam gebu je. 


beruang malas. asyik tido je, penat kejut ta bangun2
Dalam Ecopark ni ada jugak bahagian Pet, siap jual lagi. I jumpak ngan Hamster, rabbit, and whatelse, not remember. Depa semua sangat comelll! serius geram gilerr! (overexagerrating)


comel gileeeww~

sugar glider.
honeymoon couple.. hee


jom masuk!

tupai terbang


Also kat sini ada Animal Show, pukul 12.30 pm. Tapi malas lah nak tunggu sampai pukul 12.30. Kitorang nak main air pulak nanti.
Lepas dah habis tengok buaya, ular, helang, gibbon, beruang, arnab, ikan, musang, merak n etc, kitorang headed to chairlift pulok. Kalau ambik combo, kita kena pilih between chairlift or skycycle. 


memerang





merak-merak kepanasan. macam da mati je

teruja main dengan rusa jantan.




Skycycle tu pusing-pusing kat dalam Ecopark je, kalau chairlift pulak, p pusing kat Waterpark n terus ke sana la. 



So kami pilih chairlift memandangkan dah pusing-pusing dalam Ecopark tadi.  Sambil-sambil tengok and pilih game apa yang kitorang nak main jap lagi.


pasangan honeymoon.. hehe



to be continued...



5 comments:

Lensa Daie said...

Salam..first tyme ziarah sini..
tahniah kerana dah berjaya jejakkan kaki ke bukit merah LTR..
ana yg dekat ngan situ pun tak pergi lagi melawat orang utan tu..

moga pengalaman diri disana dapat dikaitkan dengan kebesaranNya..

fnatasha.hafizi said...

wslm.. syukran kerana sudi melawat.. :)
nanti kalau de masa free bole la mlawat org utan tu. msti dorang uska ngan kdtgn enta. he2..

insyaAllah.. :)

Lensa Daie said...

Aik..ayat belakang tu macam perli jer..huhu..insyaAllah..

fnatasha.hafizi said...

haha..takde niat pn nak perli.. hee~.. sori2..just joke..

Lensa Daie said...

xda papa aih..small matter gitu..selamat bercuti..pagi ni nak start kelas selepas "penat' bercuti..doakan kami semua berjaya..ada masa ana singgah mula.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~