Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, February 9, 2012

Cuti-Cuti 2P (Perak Pahang) : Pertama

Assalamualaikum wbt..


hai- hai semua. Lama tak jumpa di blog terchenta ni. Dah lama nak hapdet belog, tapi asyik tertangguh je dek kesibukan yang melanda diri.

Btw, bukan tu yang I nak cerita sebenarnya. Actually, I baru balik dari vacation, tapi tak berapa nak baru sangat lah kan, dalam seminggu yang lepas jugak la kan. Start 3 - 5 Februari, I join konvoi UiTM Machang ke Bukit Merah Laketown Resort, ataupun nama singkatnya, Konvoi BMLTR. Ada 15 buah kereta and sebuah bas yang ikut konvoi ni. Me n family just naik bas je, malas la nak drive. Nak pergi bercuti so kena relax-relax je la kan? 


Rektor HEA sedang memberi ucapan



 Actually dah lama tak ikut konvoi-konvoi sebegini sejak usia makin maningkat ni. Ye lah, kalau masa mude-mude remaja dulu selalu jugak ikut lawatan uitm ni memandangkan abah kerja kat sana kan. Tapi since anak-anak dah besar ni, dan semuanya belajar jauh-jauh, tak dapat la kami berkumpul untuk vacation bersama-sama. Kali ni pun tak cukup sorang family member, tapi tetap tegar nak pergi. Ha Ha Ha.. (motip gelak? )


wE all in RED! ye lah, kan nak pergi Bukit Merah, Semua kna merah laa



ambik gambar ramai-ramai sebelum bertolak ke Bukit Merah



Pelepasan 15 buah kereta oleh rektor HEA





Cuti Maulidur Rasul ni di manfaatkan untuk merapatkan ukhuwah antara family members n between UiTM HEA Department family dengan bersantai-santai bersama. Chewwah, ayat buku you! 


Bertolak pukul 10.30am, kemudian berhenti di 2 3 Hentian Rehat. Masa berhenti kat RR tu, I ketiduran mati. So tak tahu berapa kali berhenti.. Hee.. Yang I ingat, berhenti masa kat Puncak Titiwangsa. Kesejukan disini.... brrr..(gigil2..) Tetiba feeling macam kat UK.. ha ha, macam pernah pergi sana je an?


Sssejuuk. Nampak tak saya pakai glove tu..
I dah banyak lemak, so tak perlu sweater dah... ^_^



Masa kat Puncak Titiwangsa ni, terserempak pulak dengan Ayah Ngah, beliau otw balik dari USM ke Terengganu. Jauh benor kami terserempak yer.


Lepas photoshoot bagai, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar. Yeah! Lokasi pertama kami adalah Kuala Kangsar. Persisiran Sayong. Seriusly I dah lama tak datang Perak, so of course laa I excited !! hee..




Sebelum sampai kat KK, we all stop solat dekat Masjid Ubudiah,Bukit Chandan,  Perak. Seriusly lawa sangat masjid ni.. I adore its beauty! Masjid Ubudiah ni adalah masjid yang terindah pada zamannya hingga sekarang. And no doubt 'bout that~ Masjid ni mengikut sejarahnya merupakan sebuah masjid nazar Sultan Idris kerana telah pulih dari penyakitnya. Batu marmar yang digunakan untuk bina masjid ni diimport khas dari Italy you! Of course la order dari negara lain, sebab Masjid Ubudiah ni merupakan Masjid Diraja.


Image Detail
Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Lawa kan kan?
Red Warrior!!
jangan tanya kenapa saiz berbeza!

lawa kan masjid kat belakang tu?



Image Detail
Tapi unfortunately, masjid ni ruang solat dia sempit je (bahagian perempuan). Tapi untuk solat sangat selesa, ye la, camana tak selesa kalau permaidani masjid tu, kita pijak tenggelam kaki. Ada aircond lagi, kalau tido dalam masjid ni konfem seharian tido tak bangun-bangun. ha ha..Over you tido 24 jam tak bangun-bangun.


Kebetulan masa kitorang sampai tu, ada majlis pernikahan sedang berlangsung. So sempat la usha pengantin lelaki.. Ops! Kite tak tengok taw, orang lain yang usha, kite jeling je.. ha ha


Kemudian perjalanan diteruskan ke Kuala Kangsar. Kami berhenti makan je kat sini, tengok-tengok labu sayong sikit-sikit. By the way, kat sini I makan Mee rebus yang I tak pernah jumpa kat Terengganu. Mee rebus kuah keledek.. Whoaa..! Sangat sedapp! Korang semua patut rasa tau. Rasa nak makan lagi je, tapi tak taw bila pulak nak pergi Perak. nanti nak google resepi camna nak buat..


senyum!



ambik angin









Perjalanan diteruskan ke destinasi utama. I dah tak sabar nak main air you! Dalam pukul 7.00 pm, we check in at Suria Apartmen/ Hotel Service. Bilik dia luas giler.. cukup la untuk kami satu family ni tidor. Aha, Suria Apartment/ Hotel ni located dalam Bukit Merah jugak, so tak jauh la dari tempat nak berjimba-jimba dengan air. Satu malam RM 110/= . Cukup bajet untuk sesiapa yang planning percutian bajet.. hee


Pukul 9.00pm makan malam kat kedai makan kat luar Bukit Merah Laketown ni. Makanan kat dalam ni agak mahal la, tapi kalau nak makan jugak, you all kena prepare dompet tebal-tebal la deh. Kita bersederhana je.. ecececehh..


sebelum p makan pun nak ambik gambar jugak!



So lepas makan malam tu, kitorang lepak-lepak je kat bilik tengok tv and baca buku. Baca buku?? Yes! we love book soo much, mama dengan novel Noorah, I dengan buku Rich Dad Poor Dad, and kakak dengan buku Shophalic & Baby. Yang lain-lain duk asyik tengok tv je. Lagipun agak penat la seharian duk dalam bas. So masing-masing tidur awal semuanya. 


The Next day is at Bukit Merah Laketown Resort pulak yer. Next entri.. 
To be continued...

2 comments:

azammudin bin taib said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaa...seronoknya!!!!

fnatasha.hafizi said...

mestilaaa sonokk~ lagi sonok bila dpt jumpak hg...! ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~