Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, April 30, 2012

Debat oh Debat 2#

Hari terakhir untuk debat kali ni. Debat Final menemukan IPGKSM N IPG Temenggung Ibrahim. 


Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada IPGKSM dengan margin 2.0, hakim 6-1. Sangat jauh tu perbezaannya. Orang cakap, cliche. Tapi memang IPGKSM hebat kottt.. (unsur riak disitu.. :P) 


IPGK Dato' Razali Ismail tempat ketiga
IPGK Rajang tempak keempat.


Tapi tak dinafikan IPGK lain pun ada lagi hebat. Cuma mungkin kali ni tuah bukan berpihak kepada mereka. 


Untuk majlis pagi ni, semalam raptai sampai pukul 1.00 am mungkin. Tapi saya pulang awal ke  hostel, kerana tugasan sudah tamat. 


Homework Fizik sedang tersenyum menunggu kepulangan di bilik.  Walau fizik kurang mendapat tempat di hati, tapi study itu sangat perlu. Sebab subjek ini yang perlu dibawa ke exam nanti.


Hari ni terasa sedikit rileks. Selepas sibuk yang tak berhenti. Dan esok Hari Pekerja. Sehari cuma cuti. Tapi cukup bermakna untuk melegakan kembali trapezoid n sternucleidomastoid yang tegang 2 3 hari ni. Spinal cord pun dah rasa terbelit dah. Adeh!


Orang cakap tidur merupakan cara rehat yang bagus. Bagi saya, dulu mungkin Ya, tapi sekarang Tidak apabila ia berlebihan. Entah mengapa badan lagi suka berehat dengan melakukan kerja yang lebih santai. Seperti menulis di blog terchenta, habiskan bahan bacaan yang beratur, mengemas


Haih. Dah panjang melalut. Mulanya mahu bercerita mengenai debat. terlagha menulis sehingga lupa tujuan asal. hee~ macam-macam.


Debat begitulah. Berakhir dengan acara yang gilang gemilang. Tarian 1 Malaysia. Penyampaian hadiah dan sijil kepada semua peserta. 


Terperasan ada kawan dah balik IPG. Awal eh balik. Cuma terserempak 2 3 kali. Masing-masing sibuk dengan tugasan. Biasalah tu. Masing-masing ada tanggungjawab. :)


Setakat ini sahaja. Makin panjang makin melalut. 
Better saya berhenti sampai disini saja. Ayat pun dah macam bersastera bagai. Kena penangan Debat kot ?.. haih haih haih..


Cukup sudah cukup.~


Kosong.. teet

Sunday, April 29, 2012

Debat oh debat..

2 3 hari ni asyik terngiang-ngiang je kat telinga,


" Mohon usul diterima", 
"Yang diPertua" , 
"Izin laluan, mohon terus membangkang", 
"Isu Perpaduan Ibarat Telur,Sesangkak Pecah sebiji pecah semuanya."
" Terhantuk, terhantuk, terhantuk lagi." (adei, sakit kot)
"Metadologi"
"konsensus"
"terkial-kial saya mahu membalasnya"
"Lelah saya dibuatnya yang berhormat"
"Fungsional"
"hindraf"
"Ketiga-tiga pembangkang ini perlu ditangkap segera kerana memberikan fakta yang salah"


Haih.. * tepuk dahi garu kepala tak gatal...fenim fenim..


Sampai muka-muka pendebat pun dah termasuk dalam mimpi *ehem2..


Kenapa asyik berbicara tentang debat? aHaa, sebenarnya begini.. 
IPGKSM jadi tuan rumah untuk debat inter IPG seluruh Malaysia





dan saya telah ditugaskan sebagai (Ajk Rakaman) cameragirl bersama dengan 2 3 orang lagi classmate n junior i.e. Nieda, SyimahHassan, Ezzah, BadrulBariqi n SyafeyqaBadruddin. 


Bermula dari Khamis, iaitu fasa ketibaan peserta dekat Demong Beach Resort (dorang tido sini) n start Jumaat baru berlangsung pertandingan debat.


So, hujung minggu ni tak bercuti mana lah saya. Dari pagi sampai petang duk 
recording je.




Haih.. nampak kan bz tu? haha

skodeng sket. Isi kemas walau penyampaian kurang lantang.
tapi masih tegas dan mantoop. Lembut tapi berapi.


Buku sahabat utama. Rehat dan membaca.

Posing semetta. Buat hilang penat~

dan berskandel? -_-" heee




 Penat terasa..tapi seronok tengok gelagat pendebat melontar hujah-hujah yang agak bernas dan mantopp. Kadang tergelak tengok gaya pendebat yang bersemangat. Terhibur. Banyak Ilmu. Semangat tinggi.




Jeles jugak bila tengok mereka mampu melontar pendapat dengan berani dan tegas. Ter'Refleksi" diri sebentar. Adakah aku mampu? *tunduk dan geleng kepala...


Walaupun agak penat berdiri sambil memegang tombol tripod untuk merakam, tapi ilmu yang dapat tidak ternilai. Penat yang berbaloi. Bersyukur jugak bila ditugaskan, sebab jika tak diberi tugas, possibility untuk saya turun menyokong mungkin rendah.





Tak rugi. Berbaloi. Dan saya suka. Jumpa ramai orang, kawan-kawan dari IPG lain. Belajar karenah manusia. Cara lontar hujah. Macam-macam karenah. hee~


Tak kurang jugak pabila kami mula membuat jangkaan sendiri sama ada usul ditolak atau diterima. Mulai rasa frust bila pasukan yang disokong tidak menang. 


Suka pula berhujah dengan pendapat sendiri dan mempertikai hakim pertandingan. Ahaa, gaya seperti dah 'masyi' dengan debat.



Tapi tak mengapa, masing-masing ada mata dan hati sendiri untuk menilai. Berdebat dengan aman. Dan Alhamdulillah IPGKSM ke peringkat akhir. 


Namun still kecewa bila IPG Rajang tak dapat ke akhir. Pendebatnya bagus, isi mantop, hujah berapi tapi mungkin bukan rezeki. Dan juga IPG lain yang tak berjaya ke akhir, anda ada peluang lagi.. Takpe, nanti cuba lagi yer. :)


Setiap apa yang berlaku mesti ada sebab. Dan saya percaya itu. Allah takkan timpakan sesuatu kecuali dengan hikmah jika kita renungkan. Sama ada ia sesuatu yang baik ataupun buruk.
esok hari terakhir. Semoga semuanya baik-baik belaka. InsyaAllah ^_^~


p/s: any update about Debat bole tengok kat sini yer..

Wednesday, April 25, 2012

Wait till the time come...

Masa tu berlalu sangat pantas bukan? Lebih-lebih lagi bila kita dikelilingi dengan lambakan kerja yang banyak sampai tak cukup tangan n kaki nak buat. 

Tapi... Kalau kita sedang menunggu kedatangan 'sesuatu' mesti akan rasa masa tu berlalu macam siput sedut. Punya lah lambat !! Sampai kadang-kadang tu rasa macam nak kontrol je masa tu. 

Tapi kita sama-sama tahu kita takde kuasa meng'kontrol'. Dia je yang mampu cepatkan dan lambatkan masa kita. Aha! Cakap pasal tunggu 'sesuatu'.... banyak perkara kan yang kita dok tunggu-tunggu. 

Bagi remaja sekarang ni, lebih-lebih lagi yang dah masuk angka 2 kat depan tu, masing-masing dok sebok nak mencari. Status kat fB pun dah pandai jiwang-jiwang karat daaa~  (DUSH..headshot!) . Kat twitter lagi parah.. haih..

Menunggu Mr/ Mrs Right ni macam tunggu buah durian putik jatuh je. Lambat nak tunggu masak ranum. Lama. Tapi hasil dia sweet...hee


Lagi sweet kalau kita dalam usaha men'soleh' n men'solehah'kan diri. Perjalanan tu makin diberkati. Mungkin berjumpa yang terbaik juga nanti. Siapa tahu kan? Selalu terbaca quote ni kat fB,

" Apabila 2 hati sudah bersentuhan, cukuplah doa sebagai penyambungnya". 

Owho! Sangat sweet...! Tapi masa masih panjang untuk berangan-angan ke arah itu. Banyak tanggungjawab lain lagi.

Tipulah kalau saya cakap saya taknak kan... :p
Tak normal lah kalau saya cakap hati ni kering kontang.
Sebab cinta tu fitrah..
Mencintai dan dicintai itu normal.

Sedang memerhati dari sudut sahaja.
Menilai diri yang masih tak sempurna.

Yang banyak lompang di sana sini.

Waktu sekarang masih tak sesuai.
Sabar je la dulu.
Tunggu masa tu.. :)

Duhai pendampingku, 
akhlakmu permata bagiku 
Buat aku makin cinta 
Tetapkan selalu janji awal kita bersatu 
Bahagia sampai ke surga


Maafkan aku jika tak bisa sempurna 
Karena ku bukan lelaki yang turun dari surga 
Ketulusan hatimu anugerah hidupku 
Doakan langkah kita tak berpisah 
Untuk selamanya                                Duhai Pendampingku- Edcoustic

Takkan lari gunung yang dikejar. Sabar. Senyum. Doa. Bahagia. Ha ha..

Melalut sahaja...

Saturday, April 14, 2012

Siapakah Di hatimu?






Wajahnya bermain main di mindaku
kau yang kutuju 
kau matlamatku
caraku paksinya cintamu


kau yang ku tuju

sedingin salju tenang jiwaku
luas terbentang langit biru
yang dihatiku tiada setaramu
padanya asyikku buluh perindu


chorus:


Siapa dihatimu
siapa yg kau rindu
siapa yg ada di dalam hatimu
Si Dia di hatiku



si dia yg kurindu
si dia yg ada di dalam hatiku
Lepaskan aku daripada penjara rindu

bila mungkinku menatap wajahmu

tiada yg lain hanya kau kurindu
siang dan malam ku mencari bayangmu




* * * *

Sedang asyik melayan karenah assignment yang tak berkesudahan, irama nasyid dari speaker laptop menjentik hati seketika. Yang didengar cuma pertanyaan Siapa di hatimu? Membuatkan diri berfikir, siapa sebenarnya yang terletak di hati ini?

Nasyid yang kedengarannya agak jiwang disitu, tapi cukup bermakna jika diladeni setiap bait kata.

Adakah Dia betul-betul sudah berada di hati ini secara mutlak atupun cuma sekadar berada di pinggiran. Terfikir...kenapa selama ini terlalu leka dengan dunia, sehingga alpa untuk menjaga hati yang fitrahnya suci dan murni. 

Ya Allah, tetapkanlah hati ini di jalan-Mu. Sangat bimbang jika tersasar jauh.

Mari menjadi hamba! (pinjam moto LangitIlahi jap.. hee.. ^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~