Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, April 30, 2012

Debat oh Debat 2#

Hari terakhir untuk debat kali ni. Debat Final menemukan IPGKSM N IPG Temenggung Ibrahim. 


Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada IPGKSM dengan margin 2.0, hakim 6-1. Sangat jauh tu perbezaannya. Orang cakap, cliche. Tapi memang IPGKSM hebat kottt.. (unsur riak disitu.. :P) 


IPGK Dato' Razali Ismail tempat ketiga
IPGK Rajang tempak keempat.


Tapi tak dinafikan IPGK lain pun ada lagi hebat. Cuma mungkin kali ni tuah bukan berpihak kepada mereka. 


Untuk majlis pagi ni, semalam raptai sampai pukul 1.00 am mungkin. Tapi saya pulang awal ke  hostel, kerana tugasan sudah tamat. 


Homework Fizik sedang tersenyum menunggu kepulangan di bilik.  Walau fizik kurang mendapat tempat di hati, tapi study itu sangat perlu. Sebab subjek ini yang perlu dibawa ke exam nanti.


Hari ni terasa sedikit rileks. Selepas sibuk yang tak berhenti. Dan esok Hari Pekerja. Sehari cuma cuti. Tapi cukup bermakna untuk melegakan kembali trapezoid n sternucleidomastoid yang tegang 2 3 hari ni. Spinal cord pun dah rasa terbelit dah. Adeh!


Orang cakap tidur merupakan cara rehat yang bagus. Bagi saya, dulu mungkin Ya, tapi sekarang Tidak apabila ia berlebihan. Entah mengapa badan lagi suka berehat dengan melakukan kerja yang lebih santai. Seperti menulis di blog terchenta, habiskan bahan bacaan yang beratur, mengemas


Haih. Dah panjang melalut. Mulanya mahu bercerita mengenai debat. terlagha menulis sehingga lupa tujuan asal. hee~ macam-macam.


Debat begitulah. Berakhir dengan acara yang gilang gemilang. Tarian 1 Malaysia. Penyampaian hadiah dan sijil kepada semua peserta. 


Terperasan ada kawan dah balik IPG. Awal eh balik. Cuma terserempak 2 3 kali. Masing-masing sibuk dengan tugasan. Biasalah tu. Masing-masing ada tanggungjawab. :)


Setakat ini sahaja. Makin panjang makin melalut. 
Better saya berhenti sampai disini saja. Ayat pun dah macam bersastera bagai. Kena penangan Debat kot ?.. haih haih haih..


Cukup sudah cukup.~


Kosong.. teet

2 comments:

Iman Lurv Islam said...

congrats ye...at least empunya badan terkena tempias kemenangan kan...tak sia-sia la jadi camerawomen...hukhuk

fnatasha.hafizi said...

welcome2.. sy cuma perakam, bukan pendebat.. hehe.. itula.. tak sia-sia.. dpt jugak banyak ilmu.. n tak sia-sia sokong ipg sendiri.. berbaloi baloi.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~