Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Sunday, April 29, 2012

Debat oh debat..

2 3 hari ni asyik terngiang-ngiang je kat telinga,


" Mohon usul diterima", 
"Yang diPertua" , 
"Izin laluan, mohon terus membangkang", 
"Isu Perpaduan Ibarat Telur,Sesangkak Pecah sebiji pecah semuanya."
" Terhantuk, terhantuk, terhantuk lagi." (adei, sakit kot)
"Metadologi"
"konsensus"
"terkial-kial saya mahu membalasnya"
"Lelah saya dibuatnya yang berhormat"
"Fungsional"
"hindraf"
"Ketiga-tiga pembangkang ini perlu ditangkap segera kerana memberikan fakta yang salah"


Haih.. * tepuk dahi garu kepala tak gatal...fenim fenim..


Sampai muka-muka pendebat pun dah termasuk dalam mimpi *ehem2..


Kenapa asyik berbicara tentang debat? aHaa, sebenarnya begini.. 
IPGKSM jadi tuan rumah untuk debat inter IPG seluruh Malaysia





dan saya telah ditugaskan sebagai (Ajk Rakaman) cameragirl bersama dengan 2 3 orang lagi classmate n junior i.e. Nieda, SyimahHassan, Ezzah, BadrulBariqi n SyafeyqaBadruddin. 


Bermula dari Khamis, iaitu fasa ketibaan peserta dekat Demong Beach Resort (dorang tido sini) n start Jumaat baru berlangsung pertandingan debat.


So, hujung minggu ni tak bercuti mana lah saya. Dari pagi sampai petang duk 
recording je.




Haih.. nampak kan bz tu? haha

skodeng sket. Isi kemas walau penyampaian kurang lantang.
tapi masih tegas dan mantoop. Lembut tapi berapi.


Buku sahabat utama. Rehat dan membaca.

Posing semetta. Buat hilang penat~

dan berskandel? -_-" heee




 Penat terasa..tapi seronok tengok gelagat pendebat melontar hujah-hujah yang agak bernas dan mantopp. Kadang tergelak tengok gaya pendebat yang bersemangat. Terhibur. Banyak Ilmu. Semangat tinggi.




Jeles jugak bila tengok mereka mampu melontar pendapat dengan berani dan tegas. Ter'Refleksi" diri sebentar. Adakah aku mampu? *tunduk dan geleng kepala...


Walaupun agak penat berdiri sambil memegang tombol tripod untuk merakam, tapi ilmu yang dapat tidak ternilai. Penat yang berbaloi. Bersyukur jugak bila ditugaskan, sebab jika tak diberi tugas, possibility untuk saya turun menyokong mungkin rendah.





Tak rugi. Berbaloi. Dan saya suka. Jumpa ramai orang, kawan-kawan dari IPG lain. Belajar karenah manusia. Cara lontar hujah. Macam-macam karenah. hee~


Tak kurang jugak pabila kami mula membuat jangkaan sendiri sama ada usul ditolak atau diterima. Mulai rasa frust bila pasukan yang disokong tidak menang. 


Suka pula berhujah dengan pendapat sendiri dan mempertikai hakim pertandingan. Ahaa, gaya seperti dah 'masyi' dengan debat.



Tapi tak mengapa, masing-masing ada mata dan hati sendiri untuk menilai. Berdebat dengan aman. Dan Alhamdulillah IPGKSM ke peringkat akhir. 


Namun still kecewa bila IPG Rajang tak dapat ke akhir. Pendebatnya bagus, isi mantop, hujah berapi tapi mungkin bukan rezeki. Dan juga IPG lain yang tak berjaya ke akhir, anda ada peluang lagi.. Takpe, nanti cuba lagi yer. :)


Setiap apa yang berlaku mesti ada sebab. Dan saya percaya itu. Allah takkan timpakan sesuatu kecuali dengan hikmah jika kita renungkan. Sama ada ia sesuatu yang baik ataupun buruk.
esok hari terakhir. Semoga semuanya baik-baik belaka. InsyaAllah ^_^~


p/s: any update about Debat bole tengok kat sini yer..

2 comments:

Cikgu Fikri said...

ala2, IPG RAJANG ada di situ.. ipis xder pun.. huhhuhuh..
btw, thanks kerana menjalankan tugasan merakam anda dgn sebaiknya.. :)

fnatasha.hafizi said...

hehe.. IPG Rajang ada sebab sy byk merakam IPG dy. Sufri terbaik. Kalo sy tgok IPIS, mesti IPIS masuk list terbaik. Rugi lak tak dpt tgok kamu berdebat. Antara pendebat terbaik jugak kan? Tahniah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~