Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, May 19, 2012

Monolog exam


Awak, saya ada exam 2 hari lagi. Dah la exam Fizik. Saya tak start study pape pun lagi ni.. uhu.. saya buntu. Tensen pun hado. 


Asalnya Jumaat dengan Sabtu tu saya taknak balik umah. Tapi kebetulan mamabah dah datang Pasar Besut n beli burung puyuh nak wat nasik lemak puyuh, Beli ketam wat maggi ketam n sotong nak buat ketupat sotong, mananya saya tak tergoda. 


Dahla 2 minggu tak balik. Penasaran rasanya kalau dibiarkan rezeki yang datang bergolek dibiarkan hangus begitu sahaja. So saya balik! Dengan sehelai sepinggang. Charger fon pun tak wat balik. Tak pe, kat umah nanti pandai-pandai la nak study. Internet ade, so tak jadi masalah.


Sekali kat umah tenet problem, adeh..terasa nak hantuk kepala kat dinding. Takpa, jadi positif, maybe balik umah ni, dapat berkat tengok muka mamabah, tulun-tulun mama kan. Nanti study fizik semuanya masuk dengan laju ja.


Sabtu bajet nak balik pagi-pagi buta. Terover tido sampai pukul 8.30am. Adeh! 
Perancangan hancus.


Then, mama ajak p shopping baju raya.. Ohoi.. masa orang len dok pulun study aku still duk bershopping sakan~ Heaven camni, tak rasa stress langsung. Ha Ha. (gelak besar-besar kau..jgn exam hancus sudah..)


Lepas tu p transfer duit kat akaun BIMB Fiza..untuk book holiday akt P.Perhentian bulan 9 nanti. InsyaAllah kalau takde aral melintang bole join dengan gumbiraa..


Teet.. Laporan BIG tak siap lagi. Printer buat masalah. Haih


Macam-macam ujian la.. Teringat ayat 2:155


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar,.."


Senyum! Jom Study!!

Monday, May 7, 2012

Contengan Jalanan - Hlovate

Usai meladeni setiap bait kata susunan Hlovate, aku terdiam, terkedu. Kaku tanpa suara. Sungguh, setiap susunan katanya menjentik naluri. Bergetar hati lagi.

Novel yang menceritakan mengenai perubahan Chad, Fend dan K2( baca: K Square)

Fend yang obses dengan gitar Fendernya sampai dari nama Affendy menjadi Fend disebabkan terlalu obses. Tapi akhirnya Fender itu tergantung sahaja di penjuru.
Daripada seorang yang asyik dengan alatan muzik, memacak easel, dan menconteng kanvas dengan warna-warna, K2 dengan karakter seperti rockers rambut panjang dan dogtag di leher kepada seorang yang mampu mengalirkan mutiara jernih bila membaca ayat Al-Quran. Mana nak cari?? K2 yang hidup dengan prinsip sendiri dan tak suka jadi hipokrit. Dari hati K2.

Meladeni setiap bait kata, cukup untuk membuat saya terconteng, tertoreh dengan setiap bilah kata. Cukup menekan hati, perasaan. Mana pernah mata saya basah sebab novel? 
Novel Contengan Jalanan ni ada 2 part.

Part 1: Fend
Part 1st memang sangat menyentuh hati dan perasaan. Titik tolak perubahan Fend bermula apabila dia bertemu dengan Lia. Hanya lepas dengar quote ni

"The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

Mengenai perubahan. Tengok video The 11th Hour. Lepas tu dia makin tersedar lepas dengar lagu One-Metallica. Just know that lagu ni based on buku Johny Got His Gun. Pasal Johny yang terkena jerangkap samar. Dia hilang semua nikmat dunia. Buta. Pekak.Bisu.Hilang kaki, tangan dan kepercayaan.
Automatik Fend terefleksi diri, tergerak untuk buat sujud syukur. Padahal dia solat pun aci dan je, agama tak tahu sangat pun. Effect besar berlaku lepas Chad bawak Fend pergi buat masjid hoping dekat Masjid Punchbowl, Australia masa bulan Ramadhan. Perubahan 180 Fend start lepas Chad meninggal. Part ni memang banjir la. Sedih sebab Chad dengan Fend tu tersangatlah rapat. Sepupu sejak dari kecik, rapat since diorang dalam buaian lagi. Lepas tu Fend start gantung gitar Fender dia. Mulai menyepi dari Creepy Hues. Dan kawan-kawan dia yang lain ingat dia jadi gitu sebab Chad.

Part 2: K2
K2. Hidup dia memang guna prinsip sendiri je. Tak guna jadi hipokrit. Sangat suka seni. Seni rupa dan muzik. Hati keras macam batu. Perubahan K2 ni take time sikit. Tapi last-last, rambut panjang, dogtag n pendant Leo dia tu ditanggalkan. Perubahan yang ketara.

Tertarik dengan quote2 ni..
To live is to learn, and to learn is to live. Live. Learn
There’s difference between living life and merely being alive.
"There's no such thing as 'wrong' in arts..provided that Islam is given" -  K2
“Hati kau bukan aku yang pegang”-Fend
Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati itu lagi perit.
”Aku rasa sangat selfish kalau aku simpan benda tu untuk diri sendiri.”
Kerja memang bukan lagi dikatakan beban kalau dah tu memang benda yang kita suka lakukan.

Aha, sangat meaningful. Terjeda seketika saat menguliti part 2. Part 1 hujan sebab persahabatan, part 2 raining cat n dog sebab cetusan rasa untuk berubah dari seorang yang tak pernah terfikir dia akan berubah.

Satu soalan diaju pada diri. Aku bila lagi?uhu.. -_-"
Jom jadi baik!

”Aku rasa sangat selfish kalau aku simpan benda tu untuk diri sendiri.” - Fend

Sunday, May 6, 2012

Mencekik tercekik atau dicekik?

Hari ni bermain dengan kata imbuhan BM. Teringat waktu ketika belajar Bahasa Melayu dalam kelas Cg. Zuhailah dulu. Dalam diam, hati ini rindu..

Pernah tak rasa rasa tercekik? Tak pun rasa nak mencekik ke atau yang lagi horror, dicekik? Erk~
Dicekik apa ek? Hantu mungkin? Haha.. terpengaruh dengan cerita seram-tak-seram Melayu kot.
Akhir-akhir ni banyak pulak masalah yang menerjah. Dengan komitmen tu, tanggungjawab ni, test sana, exam sini. Haih... seriusly rasa macam ada tangan sedang mencekik. Nak bernafas pun tak lepaih gini.
Tapi........................
Kalau kita tak mencekik dulu, memang la kita akan dicekik kemudian. 

Sebab kita tak bersedia awal-awal bukan?
Persediaan awal akan membuatkan hidup kita lagi tersusun dan sistematik. Dan rasa sistematik itu sangat-sangatlah Osem.

Contohnya dalam situasi komitmen yang banyak. Kita tahu yang kita akan berdepan dengan banyak tanggungjawab dan komitmen yang pelbagai, kalau dari awal lagi kita dah set up mind kita dengan mood "bersedia untuk berkhidmat!" 


Of course, of course my dear awak tak kan rasa terbeban lagi. Ingat tu tanggungjawab kita dan kita yang kena selesaikan. Kalau tak selesai sekarang, awak ready ke nak jawab kat akhirat nanti? Kalau ready dan boleh kontrol tak pa...


Lagipun, kalau masa ni kita rasa berat, terbeban, sakit, pedih, sedih dan segala bentuk penderitaan yang kita perasan kita sorang je rasa, jangan risau... 


Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahawasanya dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,"Tidak ada satu kepedihan pun atau keletihan atau penyakit atau kesedihan sampai perasaan keluh-kesah yang menimpa seorang muslim, kecuali akan dihapuskan dengan penderitaan-penderitaan itu sebahagian dari dosa kesalahannya." (HR Muslim)


See? Setiap yang berlaku tu mesti ada hikmah yang tersembunyi. Be Positive larh. Allah sayang kat kita, sebab tu dia uji kita dengan kesusahan. Penderitaan tu semua untuk cuci kotoran-kotoran dosa kita juga. ^_^ 


Ahem.. exam. Exam. Test. Kuiz. Item-item yang selalu buat kita rasa dicekik kan? Tapi kalau kita yang start mencekik buku-buku, nota-nota kuliah, mencekik ketika pensyarah mengajar (ops..bukan mencekik makanan oke..~) 
Awal-awal, mesti lepas tu tak rasa tercekik dah kan? 


Tapi tipulah kalau tak de rasa tensen tu kan? Tapi at least jiwa dah tenang kan? Sebab kita dah start dari awal. 


Yang last minit ni... Ini memang masalah besar. Mana sempat kau nak study semua perkara yang dipelajari satu sem nak cover satu malam. Dah la dalam kelas asyik membuta je. (headshot sebijik~ Dush!!)



Masa ni memang dah rasa tercekik. Nak buat kerja semua tak kena da eh. Makan pun dah tak basah, mandi pun tak kenyang, nak tidur pun tak berselera. Awal-awal tu bukan tak nak study, tapi mood tak datang lagi. Nak study macam mana? *beralasan lagi. 


Tapi selalu terasa nak mencekik dulu sebelum dicekik, tapi setakat niat je la. Niat tu ada, tapi perbuatan takde pulak nak realisasikan. Penat gini.


Mencekik dahulu atau dicekik kemudian, atau menunggu untuk terasa tercekik. Kita sendiri yang pilih. Hidup ini penuh dengan pilihan bukan? ^_^ 
Hidup kalau kita dah susun awal-awal, ikut disiplin, mesti akan lebih sistematik. Dan biasanya kerja yang sistematik tu akan mem'produce'kan output yang terbaek. Input bagus mestilah output terbaik selagi processor tak terkena virus. Kan?

p/s: peringatan buat diri juga. Exam dah dekat ni hoih! Tak reti-reti nak studi??? 

Seriusly rasa tercekik dengan perangai sendiri yang tak reti nak belajar dari kesilapan dulu.. -_-"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~