Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Sunday, May 6, 2012

Mencekik tercekik atau dicekik?

Hari ni bermain dengan kata imbuhan BM. Teringat waktu ketika belajar Bahasa Melayu dalam kelas Cg. Zuhailah dulu. Dalam diam, hati ini rindu..

Pernah tak rasa rasa tercekik? Tak pun rasa nak mencekik ke atau yang lagi horror, dicekik? Erk~
Dicekik apa ek? Hantu mungkin? Haha.. terpengaruh dengan cerita seram-tak-seram Melayu kot.
Akhir-akhir ni banyak pulak masalah yang menerjah. Dengan komitmen tu, tanggungjawab ni, test sana, exam sini. Haih... seriusly rasa macam ada tangan sedang mencekik. Nak bernafas pun tak lepaih gini.
Tapi........................
Kalau kita tak mencekik dulu, memang la kita akan dicekik kemudian. 

Sebab kita tak bersedia awal-awal bukan?
Persediaan awal akan membuatkan hidup kita lagi tersusun dan sistematik. Dan rasa sistematik itu sangat-sangatlah Osem.

Contohnya dalam situasi komitmen yang banyak. Kita tahu yang kita akan berdepan dengan banyak tanggungjawab dan komitmen yang pelbagai, kalau dari awal lagi kita dah set up mind kita dengan mood "bersedia untuk berkhidmat!" 


Of course, of course my dear awak tak kan rasa terbeban lagi. Ingat tu tanggungjawab kita dan kita yang kena selesaikan. Kalau tak selesai sekarang, awak ready ke nak jawab kat akhirat nanti? Kalau ready dan boleh kontrol tak pa...


Lagipun, kalau masa ni kita rasa berat, terbeban, sakit, pedih, sedih dan segala bentuk penderitaan yang kita perasan kita sorang je rasa, jangan risau... 


Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahawasanya dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,"Tidak ada satu kepedihan pun atau keletihan atau penyakit atau kesedihan sampai perasaan keluh-kesah yang menimpa seorang muslim, kecuali akan dihapuskan dengan penderitaan-penderitaan itu sebahagian dari dosa kesalahannya." (HR Muslim)


See? Setiap yang berlaku tu mesti ada hikmah yang tersembunyi. Be Positive larh. Allah sayang kat kita, sebab tu dia uji kita dengan kesusahan. Penderitaan tu semua untuk cuci kotoran-kotoran dosa kita juga. ^_^ 


Ahem.. exam. Exam. Test. Kuiz. Item-item yang selalu buat kita rasa dicekik kan? Tapi kalau kita yang start mencekik buku-buku, nota-nota kuliah, mencekik ketika pensyarah mengajar (ops..bukan mencekik makanan oke..~) 
Awal-awal, mesti lepas tu tak rasa tercekik dah kan? 


Tapi tipulah kalau tak de rasa tensen tu kan? Tapi at least jiwa dah tenang kan? Sebab kita dah start dari awal. 


Yang last minit ni... Ini memang masalah besar. Mana sempat kau nak study semua perkara yang dipelajari satu sem nak cover satu malam. Dah la dalam kelas asyik membuta je. (headshot sebijik~ Dush!!)



Masa ni memang dah rasa tercekik. Nak buat kerja semua tak kena da eh. Makan pun dah tak basah, mandi pun tak kenyang, nak tidur pun tak berselera. Awal-awal tu bukan tak nak study, tapi mood tak datang lagi. Nak study macam mana? *beralasan lagi. 


Tapi selalu terasa nak mencekik dulu sebelum dicekik, tapi setakat niat je la. Niat tu ada, tapi perbuatan takde pulak nak realisasikan. Penat gini.


Mencekik dahulu atau dicekik kemudian, atau menunggu untuk terasa tercekik. Kita sendiri yang pilih. Hidup ini penuh dengan pilihan bukan? ^_^ 
Hidup kalau kita dah susun awal-awal, ikut disiplin, mesti akan lebih sistematik. Dan biasanya kerja yang sistematik tu akan mem'produce'kan output yang terbaek. Input bagus mestilah output terbaik selagi processor tak terkena virus. Kan?

p/s: peringatan buat diri juga. Exam dah dekat ni hoih! Tak reti-reti nak studi??? 

Seriusly rasa tercekik dengan perangai sendiri yang tak reti nak belajar dari kesilapan dulu.. -_-"

1 comment:

fnatasha.hafizi said...

hahaha.doh idea mencekik ni dtg mse duk tgh mncekik makanan.. haha.
waras lagi sih dr nk cekik2 orang ni.. haha :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~