Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, June 23, 2012

Hati itu perlu dijaga

Entri ni dedicated to a friend yg penasaran tunggu kisah dia diselitkan..he he..^.^

Satu persatu helaian novel Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu tulisan Dr. Farhan Hadi dan Fatimah Syarha itu dibelek. Dari tadi mulutnya tidak lepas dari tersenyum. Nampak macam orang angau bercinta dah. Mungkin inilah gaya orang yang bercinta dengan buku. Bait-bait kata curahan idea Dr. Farhan dan Kak Ha ni memang betul-betul kena dengan diri dia sendiri. Itulah yang difikirkan, tapi tak mampu untuk diluahkan.

Novel yang sangat kena dengan dirinya sekarang. Terpaut dengan ayat di muka surat dua belas roman novel itu,
  • Menyediakan panduan  di saat cinta belum tiba pada masanya.
  • Menyediakan tip-tip memulakan ikatan cinta tanpa noda

Aha, kena sangat. Macam headshot pun ada. Tapi inilah guidelines yang dicarinya sekian lama. Dia sangat bimbang jika hati yang dulunya pernah tercalit noda dan dosa kembali kepada keadaannya yang lama. Dia sudah berikrar kepada dirinya sendiri, cukuplah sekali. Kenapa masih lagi nak ulang kesilapan yang sama? Dia sedaya upaya cuba untuk menjaga hatinya. Susah untuk dia cloroxkan kembali hati ini.


Dia bimbang sekiranya hatinya tertarik lagi. Kan bila kita sayangkan seseorang tu, kita jangan tarik dia ke lembah lagha kan? Jadi, itu yang dia mahukan. Masanya masih panjang (insyaAllah) dan dia percaya jodoh itu adalah rahsia yang hanya Allah yang tahu.

Dia yakin dengan jodoh yang Allah pilihkan untuknya. Jika bukan si dia itu jodohnya, maka usaha sekarang pun sudah tak berguna sekiranya usaha itu dengan bercintan-cintun bagai~. Oleh itu dia memilih untuk menunggu masa yang sesuai. 

Dia yakin dengan apa yang ditetapkan oleh Allah, Dia lagi tahu bagaimana hatinya kerana DIA yang menciptakan hati ini.
Haih, panjang bercerita tentang hati.

Saat cinta datang bukan pada masanya, kekuatan untuk bermujahadah melawan rasa rindu, rasa sayang, ingin berhubung itu perlu dikuatkan. Bukan mudah untuk melawan arus perasaan, tapi bukan susah juga jika matlamat kita jelas. 

Lagipun, hati itu, perlu dijaga.

Ya, hati itu perlu dijaga. Kan hati tu akan represent siapa diri kita kelak, yang akan membentuk peribadi kita. Ibarat cerminan diri kita. Dia bimbang sekiranya hatinya lalai dari mengingati Allah yang satu, tidak boleh menumpukan perhatian ketika belajar dan bimbang juga ada fitnah yang mungkin timbul. 

Dia hanya boleh berusaha untuk mensolehkan dirinya. Itu adalah usaha yang terbaik setakat ini. Untuk mendapat cinta yang high class bukan semudah ABC, ia perlu diiringi dengan pengorbanan yang tidak dapat dibayar dengan segunung timbunan emas.

Tapi kadang-kadang dia sendiri pun tewas dalam lautan perasaan. Sukar sekali ingin menjaga hati. Haih, semoga terus tsabat. Sejenak terlintas di fikirannya mengenai hajat sahabatnya tempohari. Menyimpan hati terhadap seseorang namun bimbang sekiranya hajat yang diluahkan akan menggugah persahabatan yang terjalin. 

Entah kenapa tergerak hati ingin menolong, bukan apa, bimbang sekiranya ada harapan palsu tumbuh di hati. Dia tidak mahu hati sahabatnya itu tercedera seperti yang pernah dirasainya dahulu. Harapan palsu yang tak terlaksana sangat sakit... Amat rugi bagi mereka yang membina harapan dan impian yang tidak pasti. Teringat teks risikan zama Kesultanan Melayu Melaka yang dikarangnya....

Assalamualaikum w.b.t 
maaf mengganggu tuan hamba, 
tujuan hamba menulis surat grammar berterabur ini 
adalah untuk menyatakan hasrat di hearty, ehem 
but not me oke.. 
someone ask me to do this... 
just nak tanya dalam hati ada bunga di taman?
or just kumbang yg masih mengutip cebisan-cebisan ilmu di tepian larangan? 
atau masih lagi saudagar yang berlayar dilautan luas, 
yang mencari hikmah kejadian alam?cuma mahu bertanya khabar. 
bimbang si penunggu jawapan menyimpan harapan palsu di hati, 
mahu menjaga hati katanya, 
takut terlagha entah ke mana. 
gusar hati tercedera jika menyimpan harapan yang sia-sia,
bimbang juga jika jodoh makin jauh
 
terlempar ke Laut China Selatan, 
dosa berlari-lari mengejar empunya diri. 
sorilah kiranya mesej hamba mengundang gundah di hati..
mohon dijawab dengan segera.
 
bimbang si penanya jadi seperti 
cacing kerawit kepanasan dibakar dek hydrocloric acid.. 
**sori guna ayat sastera zaman Kesultanan Melayu Melaka, terpengaruh dengan epic 5Tahun 5Bulan
Tindakan yang drastik dilakukan, message fb jadi medium pertanyaan, alhamdulillah mission accomplished dan tiada sembang lagha yang terjadi. Straight to the point. Kan bagus macam ni. Sahabatnya juga tersenyum gembira. Redha dan tenang setelah mendapat jawapan yang diidam. Semoga berbahagia wahai sahabat.


Ah, umur sudah mencecah 20-an, hal hati, jodoh dan ketentuan tidak pernah henti dari diperdebatkan. Semoga hati-hati itu sentiasa diingati. Untuk mengejar cinta high class yang limited edition itu bukan mudah. Perlu mujahadah yang kuat.


May Allah Bless..


Segala kekurangan mohon dimaafin.. ^_^

Thursday, June 21, 2012

Ajar dan diajar



"Haih, kenapa teruk sangat markah Matematik Kertas 2 ni?" ujarnya sambil membelek-belek kertas peperiksaan Matematik adik bongsu lelakinya itu.


Kenapa soalan ni berderet tak jawab ni, tak boleh buat k?


Aik, soalan bahagi pun tak boleh buat lagi ni, tak ingat sifir ek?


"Banyak ni budak kecik ni tak faham. Macam mana nak jawab soalan UPSR tahun depan ni?"getus hati kecilnya


Dia menganalisis soalan-soalan yang salah pada kertas soalan itu. Tajuk-tajuk yang tak difahami oleh adiknya disenaraikan satu-persatu. Bukan apa, nak mengajar nanti mudah sikit. At least nampak tajuk yang perlu di'cover', bukan mengajar membuta tuli je.


Malam itu, tuisyen tak rasmi untuk adiknya bermula. Satu persatu teknik dan strategi yang disusun dijalankan. Tersenyum dia seketika apabila melihat adiknya begitu bersemangat untuk belajar dan memperbetulkan kesalahan yang telah dibuat. 


Bermula dengan soalan 12/4 hingga 4532/16. Satu persatu dicerna ilmu yang dikutip. Alhamdulillah dia faham. Tetiba rasa bahagia menerpa apabila melihat adik makin faham dan boleh menguasai kemahiran yang beberapa minit yang lepas langsung tidak dapat dibuatnya. Rupa-rupanya macam ni cikgu rasa bila melihat anak murid memahami apa yang diajar. Alhamdulillah, nikmat memberi.


* * * * *


By the way, saya terpegun seketika apabila melihat ada sebuah buku 555 selalu dibawa oleh adik ke mana-mana. Dalam buku 555 tu, ada semua nota tentang topik yang dia faham dan tak faham. Step by step ditulisnya menggunakan ayat yang hanya dia fahami. 


Haih, saya pun tak macam tu. Semuda tu dah ada nota. Haih, diam-diam hati ni kagum dengan adik. Nampak macam malas, tapi rupanya dalam malas ada rajinnya. Sejuk hati rasa.


Mengajar sambil diiringi irama nasyid, ikut gaya saya belajar untuk mengelakkan kebosanan ketika mengajar sampai adik terikut sekali menyanyi. Ha ha. Senyum lagi. bahagia betul bila memberi ni, hati rasa tenang je. :) Nikmat memberi dengan ikhlas. Serius rasa best giler.. Rasa tenang. Soothing. Macam nak senyum je manjang... ^_^


Tambahan pulak tengok adik yang semangat semacam studi, jika anak murid semangat, mana mungkin gurunya hilang semangat. Memang lepas ni kena buat jadual tuisyen tambahan untuk topik-topik yang dia masih blur. Usaha kena keras sikit lah. Bukan selalu dapat mengajar adik ni walaupun rumah dekat je dengan IPG.


* * * *
Terimbau kenangan lama, saya dulu macam tu jugak. Matematik memang berada di antara tangga last dalam list mata pelajaran yang diminati. Latihan selalu je tak buat. Pemalas. haih, teruk betul! 


Perangai dari sekolah rendah yang pemalas tu terbawa-bawa hingga ke sekolah menengah. Dan hasil dari kemalasan yang tak berpenghujung itu telah membuatkan keputusan Add Math saya jatuh merudum. Teruk betul kesan malas ni. 


Tapi berbeza pula dengan tahap kerajinan dengan subjek yang diminati. Kalau dulu, malam-malam tu memang tidur ditemani buku Sains, Biology, Chemistry je.. Physics minta maaf lah, susah betul nak kena dengan jiwa. Mungkin sebab tak dapat nak kuasai betul-betul kot (?).. 


Perasan tak? Bila kita suka/minat sesuatu perkara tu, kita akan berusaha untuk mendapat, menjadi, melakukan dan menunjukkan yang terbaik untuk perkara tu. 


Contohnya apabila kita sayangkan bantal busuk kita, tiap-tiap malam sebelum tidur kita akan pastikan bantal tu dalam keadaan baik dan berada di depan mata kita setiap masa. Tu analogi bantal busuk, bagaimana pula dengan hati a.k.a liver? Kalau sayang hati kita, so apa yang perlu buat? Tepuk dada tanya iman.. ^_^


May Allah Bless... ^.^


p/s: sem 4 yang dah bermula seminggu buat diri ni sangat kacau bilau dan penuh dengan tugas sampai tak sempat nak marathon update...haih -_-" Ada 4 sem lagi sebelum jadi cikgu. Woha! Moga dipermudahkan. Cuak, result next week keluar. Fuh!

Tolong beritahu jodohku

Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya..

Tolong beritahu jodohku, 

cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya..
cinta pada manusia boleh buatnya lupa..

Tolong nasihatkan jodohku, 

jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa..
jangan merinduiku lebih dari Maha Pencipta..
jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya..

Tolong katakan pada jodohku, 

dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga..

Tolong ingatkan pada jodohku, 

aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa..
aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya..
aku menyayanginya kerana budi bahasanya..

Tolong tegurkan jodohku, 

bila beliau mula mengagungkan cinta manusia..
bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya..
andai nafsu mula mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan jodohku,

aku milik yang Maha Pencipta..
aku masih milik keluarga..
tanggungjawabnya besar pada keluarga..

Tolong sabarkan jodohku, 

usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai..
usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai..

usah bimbang tentang jarak antara kita..

Tolong pesan pada jodohku, 

aku tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya..
aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada jodohku, 

aku tidak mahu membuat dia terleka..
aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya..
aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku..

Tolong sampaikan pada jodohku, 

aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya..mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya..
hubungan ini akan terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..


 


Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua..

Salam sayang..



sumber: Facebook


-----------------------------------------------------------------------------------
p/s: sekarang sedang asyik menguliti Cinta High Class/Cintaku Kerana Agamamu. Tersenyum sendiri. Terasa ingin sampaikan kepada 'si dia' supaya turut membacanya. Tapi siapakah 'si dia' itu? .. ^.~


Menunggu dengan Redha


May Allah Bless.. ^_^

Friday, June 15, 2012

Mencium hujan

Rs 1
I often close my eyes
And I can see you smile
You reach out for my hand
And I'm woken from my dream
Although your heart is mine
It's hollow inside
I never had your love
And never will


CHORUS
And every night
I lie awake
Thinking maybe you love me
Like I love you when
You can't even look me straight in my eyes


VRS 2/3
I've never felt this way
To be so in love
To have someone there
Yet feel so alone
Aren't you supposed to be
The one to wipe my tears
The one to say that you would never leave


The waters calm and still
My reflection is there
I see you holding me
But then you disappear
All that is left of you
Is a memory
On that only, exists in my dreams


CHORUS
I don't know what hurts you
But I can feel it too
And it just hurts so much
To know that I can't do a thing
And deep down in my heart
Somehow I just know
That no matter what
I'll always love you


VRS 1


So why am I still here in the rain

Kiss the rain -Yiruma


****
Sebelum ni tak tahu pun music Yiruma ni ada lirik. Patut pn dengar music Kiss The Rain ni buat diri ni rasa sayu je. Tengok lirik sedih semacam. Tentang kasih tak berbalas. Ehem, kali ni takde cliche dengan hidup. Sekadar lirik untuk favourite music. Tapi chorus yang kedua tu...macam sweet. Chemistry between two person..




I don't know what hurts you
But I can feel it too
And it just hurts so much
To know that I can't do a thing
And deep down in my heart
Somehow I just know
That no matter what
I'll always love you
Ehem, love Allah, Rasulullah, sahabat, family and friends...and....*teet* xmuncul lg


p/s: cuti masih berbaki 2 hari lagi..taknak balik IPG boleh tak? huK!

Tuesday, June 12, 2012

Muzik hidup


The cycle repeated,

As explosions broke in the sky,
All that I needed,
Was the one thing I couldn't find,
And you were there at the turn,
Waiting to let me know,

Kepalanya menari-nari mengikut rentak loud,thumping music yang mengegar menerusi Beats (Solo HD) Red. Burn It Down- Linkin Park baru sahaja di muat turun menerusi laman 4shared dipasangnya dengan volume penuh. Memang cukup untuk membuat eardrum meletup. 


Kebosanan yang melanda menyebabkan dia mulai melayan lagu-lagu dengan high thumping macam tu. Bukan selalu pun, kadang-kadang bila jiwa rasa nak memberontak. Lepas seround dua melayan, baru oke sikit. 


Matanya tertacap pada liquid crystal display (LCD) laptop Acer Aspire 4376G sambil tangannya laju scroll up and down di laman sosial Facebook. Tertarik dengan sebuah video yang dikongsi oleh rakannya. Video Cik Beah Osem. Eh? Macam best, tengok jap. Lagu LP yang berdengung di telinga dipausekan sekejap. Usai sahaja menonton, laju tangannya membawa cursor ke video di sidebar kanan Youtube yang lain. Layan video best jugak. Dah la comel-comel.


Terhenti cursor pada sebuah video, di klik 2kali. Pertandingan Video Ummah '12: What Did I Do Today. Baca tajuk macam kena headshot sebijik! Dush dush! Simple je video ni, tapi impak yang kena tu besar. Aha! Macam best je background music video ni. Rupanya tajuk music sama dengan tajuk video. 


Oh the moon has comeThe day is doneThe night has covered up the sun.I have stood so often before you to prayBut I wonder Allah, tell me, what did I do today?Did I remember the words of Al-Fatiha?Did I take time to thank you for all that I have?Did I call on you to guide my way?Tell me, what did I do today?


Wah! Suka! Lagu Dawud Wharnsby Ali ni unik. Macam acapella pun ada, acoustic pun ada. Dia sendiri pun pening untuk mengklasifikasi memandangkan dia pun kurang mahir dalam bidang ni. Terus laju je bukak 4shared.com. 


Habis semua lagu Dawud Wharnsby Ali memenuhi internal hard disc laptopnya. Lirik lagu yang menjentik sampai buat mata masuk habuk diiringi dengan soothing music dan suara yang damai. Memang lagu ni masuk list favourite song la.


Diam-diam dia tersenyum sendiri. Tadi kemain duk layan lagu genre synth rock, pastu tetiba masuk mood religious song. Ha ha. Random betul. Main aci redah je lagu mana-mana. Janji lirik menyentuh, music best. Kadang tu tak menyentuh pun, tapi cliche dengan kisah hidup dia.


List feveret


Macam lagu Waiting For The End-LP, Seize the Day-A7X, Iridescent-LP, Istikharah Cinta-Sigma, Cerita Hati-Hafiz Hamidun, Number One For Me-Maher Zain, Ku MilikMu-Maher Zain dan banyak lagi yang jadi list lagu best. Tapi itula. Jauh kot beza antara lagu Linkin Park, Avenged Sevenfold compare dengan lagu Maher Zain, Hafiz Hamidun dan lagu-lagu yang bergenre religious. 



Waiting for the end to comeWishing I had strength to stand                                                    Waiting for the end -LP
I see my vision burn, I feel my memories fade with times,but I'm too young to worry (a melody, a memory or just one Picture)  Seize the Day-A7X
Do you feel cold and lost in desperationYou built up hopeBut failure is all you knownRemember all the sadness and frustrationAnd Let It Go..                                                                                            Iridescent-LP
Istikharah cinta memanggilkuMemohon petunjukmu                                                             Istikharah Cinta-Sigma
Ayuh bangkitlah wahai insan Bersama membina satu barisan                                           Ilham-Bangkit bersatu
Mum I’m all grown up nowIt’s a brand new dayI’d like to put a smile on your face every day                  Number One For Me - Maher Zain
Kini kutahu rasanyaHidup dalam cahaya kasih-MuKini kutahu rasanyaMenemukan damai di hati                                                                Ku MilikMu- Maher Zain
   
Dalam hard disc laptop pun penuh dengan lagu English dan religious song je. Kalau lagu Melayu dan Korea tu bukan takde, ada je tergelatak kat situ. Cuma folder-folder tu sangat berhabuk. Kurang minat dan kurang kena dengan jiwa tapi boleh je dengar. 


Setakat dengar sekali imbas je. Tapi macam tu la. Kena kurangkan dah dengar lagu yang lagha-lagha ni. Bukan apa, tapi sebab bila dengar lagu lagha ni, kepala jadi pening. Betulah orang cakap, dua perkara yang jauh beza tak boleh bercampur. 


Eksperimen


Pernah sekali tu dia terbuat eksperimen kat diri sendiri, tertidur dengan headphone dekat kepala yang terpasang lagu Afterlife-A7X. Bangun pagi esok tu kepala pusing. Serius pening macam tak boleh nak jalan je. Teruk betul effect dy kan? Sound wave yang tak soothing tu buat brain neuron jadi simpang siur. 


Beza pulak effect bila dipasang Al-Baqarah bacaan Syed Al-Mishary Alafasy. Bangun tu tenang je, badan pun segar rasa macam baru dapat supplement. Al-Quran memang supplement jiwa yang terbaik pun. Tapi kenapa bila dia rasa macam nak memberontak je terus play lagu rock. Linkin Park, Metallica, Avenged Sevenfold. Buat makin pening kepala hado. Haih, jiwa rock sentimental berterabur tu ada lagi. Jiwa tak sihat mana la tu. Susah jugak nak kikis.


Sekarang ni dia dalam misi nak replace lagu-lagu omputih tu dengan lagu Dawud Wharnsby Ali, Maher Zain, Zain Bikha, Sami Yusuff, Irfan Makki... Kalau nasyid tu memang dah melekat dalam jiwa dah.


Music timeline


Dia memang tak boleh hidup tanpa muzik. Muzik tu macam dah jadi sebahagian daripada kehidupan dia dah. Dari kecik mamabah dodoikan dengan zikir (zikir pun ada irama dia), besar sikit masuk PASTI belajar lagu Iman Mutiara-Raihan, 25 Rasul-Raihan. 


Masuk darjah 1 pulak, dia disajikan lagu Papaku pulang dari kota, Air pasang pagi, besar sikit terlekat dengan lagu dangdut Mas Idayu. Kemain masa kecik-kecik dulu ambik batang penyapu buat mikrofon sebab nak nyanyi lagu Cubit-cubitan sambil bergelek-gelek lagi. Ewah! Kemain kau Jah! 


Biasa lah tu, budak-budak baru belajar. Makin besar dengar lagu Jesnita, Sejarah mungkin berulang dan banyak lagi lagu boyband masa tu. Kenangan tu. Lagu Jesnita tu siap hafal lagi lirik. Sampai sekarang still ingat-ingat lupa lagi lirik dia. Ha Ha.


Habis sekolah rendah, masuk pulak Kostaq-YT. Form 1, masa ni famous dengan lagu Selamat Berjuang-Brothers, Kasih-kekasih-InTeam dan banyak lagi (lupa -_-"). Masa dekat Kostaq-YT a.k.a SMSA-YT a.k.a IMTIAZ Dungun ni la dia banyak berkenalan dengan nasyid. 


Banyak kumpulan nasyid yang dia kenal. Mujur masuk religious school, kalau masuk sekolah biasa mungkin dia tak kenal kut kumpulan nasyid ni. 
Tapi aura rock Linkin Park masuk jugak masa umur 16 tahun. 


Mula-mula dengar Numb-LP. Memang numb habislah lepas dengar lagu ni. Lepas tu jiwa yang asalnya nasyid sentimental hip-hop bertukar jadi jiwa nasyid sentimental rock hip hop. Tapi tak berterabur lagi. Keluar je dari sekolah terus berterabur. 


Jumpa dengan BigBang, Shinee, U-Kiss, SuJu, BEAST, DBSK. Hancuss haih! Tapi mungkin sebab selalu sakit mata tengok music video KPop Girl, tambah pulak tak berapa nak paham lirik, minat tu tak boleh nak wujud sangat. Tapi suka jugak tengok dance KPop boy. Macam mantap je, sampai teringin nak ikut dance sesama. Hew Hew :3


Lagipun dia minat sesebuah lagu tu sebab music and lirik. Tapi kalau music best ataupun lirik best gileww, so mungkin dia boleh dipertimbangkan lah kot. adeh!


Instrumental


Lepas tu effect tengok Merlin, jatuh cinta dengan instrumental music. Habis download dan sedut dari Ezze background music  dalam citer Merlin tu, (kalau nak cakap, t sy emailkan.. ^_^). Lepas tu dia dengar music soothing dari blog. Tertanya-tanya lagu ape tuh? Tapi tak tertanya pulak dekat tuan blog, lepas seabad kemudian baru tanya. Haih, lambat betul dia bertindak. Lama dah dia duk dengar instrumental music ni. Dulu dengar Kitaro dan Maksim je. Sebab yang tu je yang dia tahu.


Tapi stok sentimental dah makin tambah dah. Sekarang ni mulai berchenta dengan music Yiruma. Kiss the Rain n River dan River Flows in You tu memang soothing habes lah!


Bukan mudah tu, sebab sekali dia minat, memang minat betul. Macam dah terpatri dalam hati. Nak kena kikis slow-slow tu, payah sikit lah. Tapi at least ada usaha dari tiada langsung. Kan? Lagu, music memang dah sebati dah. Dari kecik lagi dah terdidik macam ni.


Dengar lagu lagha ni memang boleh buat kita ikut terlagha. Pasal tu dia kena replace semua stok lagu lagha ni. Nak kena replace dengan supplement otak dan jiwa supaya jadi 'tough'. 


Kata nak jiwa 'tough'.. Nak 'tough'kan jiwa, kenalah 'tough'kan iman dulu..kan? Nak 'tough'kan iman banyak step-step dia. Ubah cara hidup ni termasuk dalam step nak bagi iman kita tu meningkat. Ye lah, cakap pasal iman. Memang iman tu kejap naik, kejap turun, tapi takkan nak biar turun sokmo kang? Kalau maintain naik je sokmo baru best. ^_^


Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah,Tapi pabila salah memilihnyamembuat kita jadi bersalah...                                     Mari berhibur- Raihan
 ~May Allah Bless~ 

Sunday, June 10, 2012

Leaving Microsoft To Change The World - John Wood


Bagaikan cinta pandang pertama apabila terlihat buku ni ketika saya singgah sebentar di KB Mall Popular Book Fair. Kat tangan pada ketika itu sudah terlekat dengan buku 5 Tahun 5 Bulan-Hlovate. Disebabkan bajet sudah melebihi perancangan, saya telah menegaskan pada diri untuk membeli sebuah buku sahaja. 

Ye lah, tujuan utama ke KB Mall adalah untuk membeli kamera digital memandangkan ia merupakan gajet penting untuk saya mendokumentasikan bahan akademik, buku cuma bahan sampingan sahaja. Hampir sahaja membayar 5 Tahun 5 Bulan, saya terserempak buku ni tergelatak berhampiran dengan kaunter pembayaran.

Hati menjadi serba salah untuk memilih. Antara 5 Tahun 5 Bulan ataupun Leaving Microsoft To Change The World (LMTCTW ). Akhirnya 5T5B diletakkan dengan perasaan yang berat. Haih, mungkin 5T5B lagi saya bole jumpa awak kut..-_-"

Saya tak menyesal dengan pilihan saya kerana nyata buku LMTCTW ni banyak input-input menarik yang mampu membuat say ter'inspire'. Inspire dari segi yang mana tu? Pendidikan. Yes, dunia pendidikan yang sangat related dengan saya. 

Buku ni menceritakan mengenai pengalaman sebenar John Wood yang membuat pengorbanan yang bukan calang-calang orang boleh melakukannya. Tertulis di belakang buku ini,

Sekiranya kita pernah terfikir hendak meninggalkan kerjaya sekarang bagi menempuh suatu pengembaraan hidup yang hebat, dan dalam masa yang sama meraih peluang berbakti kepada orang lain, kisah pengalaman hidup John Wood bisa memberi inspirasi. Kisah beliau ini menawarkan gambaran jelas, penuh dengan emosi dan cerita yang mengasyikkan tentang bagaimana beliau mengambil setiap pelajaran yang dikutip ketika bertugas di sebuah syarikat yang berkembang seperti Microsoft, dan menggunakannya bagi mengatasi masalah sosial yang paling meruncing di dunia.

"Bayangkan apakah yang akan berlaku sekiranya beratus-ratus orang mengikut jejak langkahnya." -Mantan Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton

"Kisah yang menawan hati...menyedarkan..John Wood adalah penulis yang luar biasa." - Library Journal

Buku 1 inci tebal yang mempunyai 503 muka surat ini membuat saya seperti terjaga dari lena yang diuliti mimpi-mimpi indah yang panjang. John Wood telah membuatkan saya kagum terhadap kecemerlangan dirinya. Bukan semua orang mampu tinggalkan katil yang empuk untuk sama-sama merasai keperitan orang yang tidur di atas jerami kuda. 

kredit

Cerita bermula ketika John Wood bercuti ni Pergunungan Himalaya,Nepal untuk menghabiskan cutinya selama 3 minggu iaitu cuti yang paling panjang yang diambil oleh beliau selama 9 tahun bekerja. Jawatannya sebagai pengarah pemasaran Microsoft menyebabkan dia tak dapat nak berehat sepenuhnya. 

Kerja macam takde life. Duit yang diperolehi banyak, tapi dia tak dapat nak bersosial sangat, hubungan dengan keluarga renggang, majlis perkahwinan sahabat rapat pun tak dapat nak hadir. Hari-harinya asyik sibuk dengan kerja yang tak berkesudahan. Saya yang membacanya pun dah cukup penat, inikan pulak dia yang merasainya kan? 

Pengembaraan selama 21 hari ni Nepal telah membawanya ke sebuah sekolah yang sangat daif. Kelas darjah satu sesak dengan murid-murid. Anggarannya sebuah kelas hingga 70 orang murid. Murid sampai melimpah keluar kelas. Dengan berlantaikan tanah beratapkan atap zink dan duduk di atas bangku panjang dan berhimpit-himpit, tengok saja pun dah tahu tak selesa. 

Gambaran kelas yang sebegitu mengingatkan saya tentang keadaan sekolah di estet-estet Tanah Melayu sebelum merdeka. Terlintas seketika, kita sibuk nak wujudkan kelas yang kondusif tetapi mentaliti murid-murid kita yang berada dalam zon selesa tak sedar kepentingan pelajaran. Tapi di Nepal, murid-muridnya begitu semangat belajar. Betapa kita tak bersyukur kerana diletakkan dalam zon selesa...kan?

Tapi yang lagi membuatkan saya terjentik adalah ketika John Wood melawat library. Oke, bila sebut library mesti kita semua membayangkan sebuah bilik yang penuh dengan buku kan? Tapi library kat sini kosong, empty, yilek~ Yang ada cuma peta usang yang sudah lusuh. Bila ditanya mengenai buku, guru besar sekolah itu memanggil guru perpustakaan untuk membuka mangga sebuah kabinet. 

Yes! Buku disimpan rapi dalam kabinet dan dikunci kerana bimbang buku-buku yang ada dirosakkan. Buku yang disimpan itu juga hasil daripada buku yang didermakan oleh pengembara. Daripada sini tercetusnya idea John Wood untuk memulakan sebuah badan amal yang diberi nama 'Room to Read'. Hatinya terjentik bila melihat anak-anak di Nepal ini tidak mendapat peluang untuk membaca. Dan saya turut sama dijentik. 

Ye lah, bayangkan masa kita kecik-kecik dulu dah disajikan dengan buku cerita kanak-kanak macam Cinderella, Snow White dan sebagainya, tapi mereka tak dapat tengok langsung buku-buku yang sebegitu. Tengok pun tak pernah, usahkan pegang dan baca.

Tak dapat nak bayang kot hidup tanpa buku. Pulang sahaja daripada pengembaraan 3 minggu itu, John Wood terus emailkan kepada semua contact list dengan subject: Buku Untuk Nepal - Bantulah!. 

And fortunately dia buat tindakan segera kerana lepas dia kembali ke Australia dan mula sibuk dengan kerja, dia terlupa tentang email dan harapan yang ditaburkan di Nepal. Mujur juga email itu telah mengingatkan dia kembali apabila ayahnya mengirim email menyatakan bahawa buku yang dikirim ke rumahnya mencecah 2000 buah. 

Ohoi! Banyak tu.. Ketika ini saya terfikir, kalaulah JW ni tak buat tindakan segera dan menangguhkan tindakan dia tu, mungkin dia masih bergelut dengan kerja di Microsoft yang tak berkesudahan tu. 

Setelah membuat pertimbangan yang sebaiknya dan berfikir semasak-masaknya, akhirnya dia memilih untuk meninggalkan Microsoft. Saya tertarik dengan kata-katanya ketika dia memujuk diri untuk meninggalkan Microsoft,
"Terimalah hakikat yang Microsoft mengingati kamu dalam masa dua bulan sahaja. Selepas itu, mereka akan melupakan kamu. Ada orang lain yang akan menggantikan tempat kamu dengan segera. Seolah-olah kamu tidak pernah bekerja disitu. Tanya pada diri kamu, apakah ada ramai orang lain yang membantu komuniti miskin membina sekolah dan perpustakaan? Tugas itu tiada siapa yang mahu melakukannya. Kamulah orang yang terbaik bagi menyahut cabaran ini."
Nampak tak kat situ yang dia mendahulukan diri dia bukan mengharapkan orang lain? Terfikir sejenak, selama ni kita asyik harapkan orang lain je kalau nak  sesuatu perkara yang baik tu berlaku. Apa salahnya kalau kita mulakan dulu? Tapi nak buat tu bukan mudah dan bukan semua orang berani nak buat. Kan?


Saya juga tertarik mengenai kisah seorang remaja Vietnam berumur 17 tahun yang sangat mencintai ilmu. Namanya Vu. JW bertemu dengan Vu ketika dia menginap di sebuah hotel ni Vietnam.


 Vu bekerja di hotel itu untuk menampung hidupnya. Dengan gaji 23 dolar, dia membahagikan wang yang diperolehinya dengan baik. Yuran kelas komputer yang dihadirinya setiap bulan sebanyak 15 dolar, 5 dolar diberikan kepada parents dia kat kampung, untuk diri sendiri cuma tinggal 3 dolar je. 3 dolar untuk sebulan. Boleh bayang tak? 


Kalau kita 3 dolar tu memang tak cukup la kan. Tapi fortunately Vu ni duk kat hotel, so makan free, dan dia tinggal kat sebuah bilik kecik belakang hotel dan cuma tidur untuk 4-5 jam je sehari, masa yang selebihnya spend untuk belajar. Jatuh rahang bawah bila baca kisah dia. Semangat belajar dia tu memang tak boleh nak challenge la.


Bila dengar kisah Vu, John bersimpati dan nak bagi buku tentang Microsoft Excel untuk Vu. Tapi prinsip Vu yang tidak meminta-minta dan semangat berdikari yang tinggi membuatkan Vu menolak untuk terima buku tu. Serius! Saya kagum sangat dengan Vu ni. Semangat belajar dia tinggi dan akhirnya dia berjaya hingga ke peringkat sarjana.


Serius saya kagum! Buku ni memang banyak buat mandible saya jatuh, bulu roma meremang, adrenalin meningkat. Terimbau kembali saat nak pilih antara dua buah buku. Nyata pilihan saya tepat.  Banyak yang saya belajar daripada pengalaman John Wood ni. Kalau nak dinukilkan sepenuhnya di blog picisan ni, tak mampu rasanya. 


Kisah Vu hanya sebahagian kisah yang dikongsikan oleh John Wood, ada juga kisah tentang Brent Erensel dan juga beberapa insan penting yang membantu usaha John Wood. Banyak kisah yang memberi inspirasi kepada pembacanya...


Saya tertarik dengan cara John Wood mengumpul dana bagi membina sekolah dan perpustakaan. Dia akan memastikan masyarakat setempat turut menyumbangkan sedikit sumbangan dan tenaga kerja supaya mereka menghargainya. Seperti  kata-kata Michael Porter dari Harvard Bussiness School,
" Sekiranya mereka tidak mempunyai perasaan hak milik  ke atas sesuatu, mereka tidak akan bertanggungjawab menjaganya bagi jangka waktu yang panjang"


Saya setuju 100% dengan quotes ni. Ye lah, kita memang akan hargai pemberian orang lain kepada kita, tapi kita lebih hargai apa yang kita dapat sendiri. Seperti kita nak tahu sesuatu dan kita cari sendiri, yang kita cari tu lebih diingati berbanding yang diberitahu oleh orang. Macam pengalaman jugak, pengalaman sendiri lebih bermakna daripada mendengar pengalaman orang lain sebab kita rasai sendiri. Susah, senang, perit, sedih, gembira. We feel it so we know it!


Terpanjang pulak review pada kali ni..hee. Terinspirasi terlebih daripada penulisan John Wood. Tapi itulah, setakat yang boleh saya kongsikan mengenai buku ni. Mengenai laras bahasa yang digunakan, saya tak pandai nak komen sebab tu bukan bidang saya dan saya kurang mahir. 


Tapi buku ni di terjemah daripada buku Bahasa Inggeris, so faham-faham je lah. Tak pening sangat pun bila baca. Enjoy je... ^_^


kredit

"Daripada bercakap berkenaan apa yang kami mahu lakukan, saya (JW) sebaliknya bercakap berkenaan apa yang kami telah capai (pg:262)


"..Saya bukanlah mahu terus berangan-angan. Saya lebih cenderung pada melaksanakan" (pg: 288)


"..memberi peluang kepada mereka(murid) mewariskan ilmu pengetahuan kepada generasi mereka" (pg: 308) 


"Tiada apa yang menghairankan apabila kita benar-benar sukakan kerja kita dan kita sanggup menghabiskan masa berjam-jam melakukannya" (pg: 325)


"John, tujuan hidup kamu dalam kehidupan ini bukanlah tinggal di rumah besar dan tasik yang menghadap tasik. Meninggalkan usaha itu bagi mengejar dan mendapatkan sebuah rumah adalah satu kesilapan yang besar dalam hidup" - Laura (pg: 334)Kata-kata ini mengingatkan saya tentang tujuan hidup sebagai seorang khalifah (2:30) dan untuk beribadah (51:56).




~May Allah Bless~


^_^..

Saturday, June 9, 2012

Jadi matured.

kredit
Detik demi detik yang berlalu membuatkan dia makin berfikir. Masa makin meningkat berserenjang dengan peningkatan umur. Tapi ilmu di dada adakah ia makin meningkat? Bagaimana pula dengan nilai kematangan yang sepatutnya berkadar langsung dengan umur? 

Persoalan demi persoalan muncul di benak fikirannya. Ye lah, nak nilai kematangan diri sendiri bukan mudah. Kadang-kadang terperasan sendiri yang diri ni dah matang. Walaupun kadang-kadang perangai tu kalah budak-budak.

Tak dapat nak dinafikan la kalau perangai budak-budak tu tak hilang lagi. Mungkin dah hampir sebati dengan diri la kot? 

Sebenarnya, dia sendiri masih bercelaru dengan apa yang didefinisikan sebagai matang? Adakah matang tu macam biskut Marie yang kalau dimakan terus masih rangup dan dibiar lama makin lemau? Ataupun matang ni macam peach cobler yang jadi feberet Along tu?

Normally, matang ni orang sering kaitkan dengan umur. Hipotesisnya begini: Semakin meningkat umur seseorang itu, maka semakin meningkat kematangannya. Tapi betulkah macam tu? 

Pernah je kan kita tengok orang-orang lama (tua bunyi macam harsh sikit.. ^_^) buat keputusan macam budak-budak. Macam mana tu? Keputusan macam budak-budak ni selalunya tak fikir consequences lepas keputusan tu dibuat. Pendek kata, buat keputusan melulu, tak pun tuduhan melulu. Haa...macam tu lah! Dah faham? 

Tetapi menurut psikologi, 

kematangan menunjukkan bagaimana seseorang itu bertindak balas kepada keadaan atau persekitaran dengan cara yang sesuai. Kebiasaannya tindak balas ini tidak ada kena mengena dengan umur. sumber: en.wikipedia

See? Kematangan tu tak boleh nak dikaitkan dengan umur. 

So orang lama-lama tak boleh nak mendabik dada said aku lagi matang dari kau! Dah makan garam banyak dah.. Tapi kat sini kita still boleh nak pertikai sama ada garam tu betul-betul berkualiti ke tak? Nanti bolehlah tanya kat dorang macam ni," Garam yang pakcik/makcik makan tu garam bukit ke garam laut?" keh keh..pening pakcik tu nak jawab kekgi..

Aha, nak tambah sikit lagi, maturity juga boleh dilihat dengan bagaimana seseorang tu bertindak mengikut masa dan tempat yang sesuai dan tahu bagaimana nak act appropriately, according to the situation and the budaya sesebuah masyarakat tu. Contohnya bila kita pergi dekat theme park and tengok kat situ ramai kanak-kanak ribena tengah dok asyik main. 

Remaja baya-baya kita (ehem remaja lagi) ni takda yang join main sekali. Jangan pulak kita p buat jakun p join kanak-kanak ribena tu main  sama-sama. Nampak sangat kematangan tu tak sampai lagi. Ho ho. Melainkan badan and muka awet muda dan takde sesape yang kenal awak masa tu, so itu dibolehkan... :p

Tapi kadang-kadang tak boleh jugak nak kata semua orang matang. Kalau semua overload matang tak best jugak. Perlu jugak perangai kanak-kanak ribena tu disuntik sikit. Tak salah nak ikut perangai budak-budak, tapi appropriate lah. Contohnya macam hal gaduh-gaduh. 

Kalau gaduh  orang dewasa ni, (ahem..dewasa) selalu berlanjutan sampai 2 3 hari, kadang-kadang tu cecah minggu, bulan dan tahun. Mula-mula gaduh, lepas tu jadi tak selesa-marah-benci-dendam dan sewaktu dengannya. Nak berbaik semula tu punya lah payah. 

Gaduh style kanak-kanak riang baru lah coolio. Pagi ni gaduh, petangnya dah baik semula. Rasa marah tu ada lagi, tapi buat apa dipanjangkan kalau akhirnya buat diri merana ja. Ye dak? Last-last rasa tak suka tu lama-lama hilanglah. hati pun riang gumbira. 

Setakat ni saya guna skill ni lagi. Alhamdulillah jiwa tenang.. Tapi bukan mudah nak praktik. Kadang-kadang terlepas jugak rasa marah tu. Biasalah, manusia...

Matang, saya tak rasa saya dah capai peringkat tu. Tapi slow slow dok kayuh ke arah tu ade la kut. Menuju matang. Cewaah.. kemain..

Usia bukan pengukur kematangan, tapi cara kita yang menunjukkan kematangan kita yang sebenar... 

~May Allah Bless..^_^~

Jalan itu penuh duri



"Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!"

Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada murabbinya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, cuba untuk terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.


"Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu?"
Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.

"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja."
Ikhwah itu berkata.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

"Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.

Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.

"Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.

"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"

Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.

"Akhi, apakah anta masih berasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?"

Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.

"Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?" Tanya sang murabbi lagi.

Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.

"Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."

Sang mad'u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.
"Akhi, jama'ah ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka." 

"Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidaksepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungnya panjang lebar.

"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."

Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.

"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"

Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.


"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahut sang murabbi.

"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri."

Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.

Kemenangan atau Mati Syahid

Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang dek panas dan tidak luntur dek hujan, tidak ghurur kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.

*Moga dengan bingkisan ini dapat menyelamatkan kembali niat dihati pejuang2 sekalian yang ingin absent dalam perjuangan ini...

"'Apa Erti Perjuangan Tanpa Redha Allah.."


shared~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~