Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, June 21, 2012

Ajar dan diajar



"Haih, kenapa teruk sangat markah Matematik Kertas 2 ni?" ujarnya sambil membelek-belek kertas peperiksaan Matematik adik bongsu lelakinya itu.


Kenapa soalan ni berderet tak jawab ni, tak boleh buat k?


Aik, soalan bahagi pun tak boleh buat lagi ni, tak ingat sifir ek?


"Banyak ni budak kecik ni tak faham. Macam mana nak jawab soalan UPSR tahun depan ni?"getus hati kecilnya


Dia menganalisis soalan-soalan yang salah pada kertas soalan itu. Tajuk-tajuk yang tak difahami oleh adiknya disenaraikan satu-persatu. Bukan apa, nak mengajar nanti mudah sikit. At least nampak tajuk yang perlu di'cover', bukan mengajar membuta tuli je.


Malam itu, tuisyen tak rasmi untuk adiknya bermula. Satu persatu teknik dan strategi yang disusun dijalankan. Tersenyum dia seketika apabila melihat adiknya begitu bersemangat untuk belajar dan memperbetulkan kesalahan yang telah dibuat. 


Bermula dengan soalan 12/4 hingga 4532/16. Satu persatu dicerna ilmu yang dikutip. Alhamdulillah dia faham. Tetiba rasa bahagia menerpa apabila melihat adik makin faham dan boleh menguasai kemahiran yang beberapa minit yang lepas langsung tidak dapat dibuatnya. Rupa-rupanya macam ni cikgu rasa bila melihat anak murid memahami apa yang diajar. Alhamdulillah, nikmat memberi.


* * * * *


By the way, saya terpegun seketika apabila melihat ada sebuah buku 555 selalu dibawa oleh adik ke mana-mana. Dalam buku 555 tu, ada semua nota tentang topik yang dia faham dan tak faham. Step by step ditulisnya menggunakan ayat yang hanya dia fahami. 


Haih, saya pun tak macam tu. Semuda tu dah ada nota. Haih, diam-diam hati ni kagum dengan adik. Nampak macam malas, tapi rupanya dalam malas ada rajinnya. Sejuk hati rasa.


Mengajar sambil diiringi irama nasyid, ikut gaya saya belajar untuk mengelakkan kebosanan ketika mengajar sampai adik terikut sekali menyanyi. Ha ha. Senyum lagi. bahagia betul bila memberi ni, hati rasa tenang je. :) Nikmat memberi dengan ikhlas. Serius rasa best giler.. Rasa tenang. Soothing. Macam nak senyum je manjang... ^_^


Tambahan pulak tengok adik yang semangat semacam studi, jika anak murid semangat, mana mungkin gurunya hilang semangat. Memang lepas ni kena buat jadual tuisyen tambahan untuk topik-topik yang dia masih blur. Usaha kena keras sikit lah. Bukan selalu dapat mengajar adik ni walaupun rumah dekat je dengan IPG.


* * * *
Terimbau kenangan lama, saya dulu macam tu jugak. Matematik memang berada di antara tangga last dalam list mata pelajaran yang diminati. Latihan selalu je tak buat. Pemalas. haih, teruk betul! 


Perangai dari sekolah rendah yang pemalas tu terbawa-bawa hingga ke sekolah menengah. Dan hasil dari kemalasan yang tak berpenghujung itu telah membuatkan keputusan Add Math saya jatuh merudum. Teruk betul kesan malas ni. 


Tapi berbeza pula dengan tahap kerajinan dengan subjek yang diminati. Kalau dulu, malam-malam tu memang tidur ditemani buku Sains, Biology, Chemistry je.. Physics minta maaf lah, susah betul nak kena dengan jiwa. Mungkin sebab tak dapat nak kuasai betul-betul kot (?).. 


Perasan tak? Bila kita suka/minat sesuatu perkara tu, kita akan berusaha untuk mendapat, menjadi, melakukan dan menunjukkan yang terbaik untuk perkara tu. 


Contohnya apabila kita sayangkan bantal busuk kita, tiap-tiap malam sebelum tidur kita akan pastikan bantal tu dalam keadaan baik dan berada di depan mata kita setiap masa. Tu analogi bantal busuk, bagaimana pula dengan hati a.k.a liver? Kalau sayang hati kita, so apa yang perlu buat? Tepuk dada tanya iman.. ^_^


May Allah Bless... ^.^


p/s: sem 4 yang dah bermula seminggu buat diri ni sangat kacau bilau dan penuh dengan tugas sampai tak sempat nak marathon update...haih -_-" Ada 4 sem lagi sebelum jadi cikgu. Woha! Moga dipermudahkan. Cuak, result next week keluar. Fuh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~