Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, June 9, 2012

Jadi matured.

kredit
Detik demi detik yang berlalu membuatkan dia makin berfikir. Masa makin meningkat berserenjang dengan peningkatan umur. Tapi ilmu di dada adakah ia makin meningkat? Bagaimana pula dengan nilai kematangan yang sepatutnya berkadar langsung dengan umur? 

Persoalan demi persoalan muncul di benak fikirannya. Ye lah, nak nilai kematangan diri sendiri bukan mudah. Kadang-kadang terperasan sendiri yang diri ni dah matang. Walaupun kadang-kadang perangai tu kalah budak-budak.

Tak dapat nak dinafikan la kalau perangai budak-budak tu tak hilang lagi. Mungkin dah hampir sebati dengan diri la kot? 

Sebenarnya, dia sendiri masih bercelaru dengan apa yang didefinisikan sebagai matang? Adakah matang tu macam biskut Marie yang kalau dimakan terus masih rangup dan dibiar lama makin lemau? Ataupun matang ni macam peach cobler yang jadi feberet Along tu?

Normally, matang ni orang sering kaitkan dengan umur. Hipotesisnya begini: Semakin meningkat umur seseorang itu, maka semakin meningkat kematangannya. Tapi betulkah macam tu? 

Pernah je kan kita tengok orang-orang lama (tua bunyi macam harsh sikit.. ^_^) buat keputusan macam budak-budak. Macam mana tu? Keputusan macam budak-budak ni selalunya tak fikir consequences lepas keputusan tu dibuat. Pendek kata, buat keputusan melulu, tak pun tuduhan melulu. Haa...macam tu lah! Dah faham? 

Tetapi menurut psikologi, 

kematangan menunjukkan bagaimana seseorang itu bertindak balas kepada keadaan atau persekitaran dengan cara yang sesuai. Kebiasaannya tindak balas ini tidak ada kena mengena dengan umur. sumber: en.wikipedia

See? Kematangan tu tak boleh nak dikaitkan dengan umur. 

So orang lama-lama tak boleh nak mendabik dada said aku lagi matang dari kau! Dah makan garam banyak dah.. Tapi kat sini kita still boleh nak pertikai sama ada garam tu betul-betul berkualiti ke tak? Nanti bolehlah tanya kat dorang macam ni," Garam yang pakcik/makcik makan tu garam bukit ke garam laut?" keh keh..pening pakcik tu nak jawab kekgi..

Aha, nak tambah sikit lagi, maturity juga boleh dilihat dengan bagaimana seseorang tu bertindak mengikut masa dan tempat yang sesuai dan tahu bagaimana nak act appropriately, according to the situation and the budaya sesebuah masyarakat tu. Contohnya bila kita pergi dekat theme park and tengok kat situ ramai kanak-kanak ribena tengah dok asyik main. 

Remaja baya-baya kita (ehem remaja lagi) ni takda yang join main sekali. Jangan pulak kita p buat jakun p join kanak-kanak ribena tu main  sama-sama. Nampak sangat kematangan tu tak sampai lagi. Ho ho. Melainkan badan and muka awet muda dan takde sesape yang kenal awak masa tu, so itu dibolehkan... :p

Tapi kadang-kadang tak boleh jugak nak kata semua orang matang. Kalau semua overload matang tak best jugak. Perlu jugak perangai kanak-kanak ribena tu disuntik sikit. Tak salah nak ikut perangai budak-budak, tapi appropriate lah. Contohnya macam hal gaduh-gaduh. 

Kalau gaduh  orang dewasa ni, (ahem..dewasa) selalu berlanjutan sampai 2 3 hari, kadang-kadang tu cecah minggu, bulan dan tahun. Mula-mula gaduh, lepas tu jadi tak selesa-marah-benci-dendam dan sewaktu dengannya. Nak berbaik semula tu punya lah payah. 

Gaduh style kanak-kanak riang baru lah coolio. Pagi ni gaduh, petangnya dah baik semula. Rasa marah tu ada lagi, tapi buat apa dipanjangkan kalau akhirnya buat diri merana ja. Ye dak? Last-last rasa tak suka tu lama-lama hilanglah. hati pun riang gumbira. 

Setakat ni saya guna skill ni lagi. Alhamdulillah jiwa tenang.. Tapi bukan mudah nak praktik. Kadang-kadang terlepas jugak rasa marah tu. Biasalah, manusia...

Matang, saya tak rasa saya dah capai peringkat tu. Tapi slow slow dok kayuh ke arah tu ade la kut. Menuju matang. Cewaah.. kemain..

Usia bukan pengukur kematangan, tapi cara kita yang menunjukkan kematangan kita yang sebenar... 

~May Allah Bless..^_^~

1 comment:

wardatulhumayra said...

agree doc. Mereka banyak pengalaman, lagi masyi dengan pkr yg berlaku di sekeliling kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~