Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Sunday, June 10, 2012

Leaving Microsoft To Change The World - John Wood


Bagaikan cinta pandang pertama apabila terlihat buku ni ketika saya singgah sebentar di KB Mall Popular Book Fair. Kat tangan pada ketika itu sudah terlekat dengan buku 5 Tahun 5 Bulan-Hlovate. Disebabkan bajet sudah melebihi perancangan, saya telah menegaskan pada diri untuk membeli sebuah buku sahaja. 

Ye lah, tujuan utama ke KB Mall adalah untuk membeli kamera digital memandangkan ia merupakan gajet penting untuk saya mendokumentasikan bahan akademik, buku cuma bahan sampingan sahaja. Hampir sahaja membayar 5 Tahun 5 Bulan, saya terserempak buku ni tergelatak berhampiran dengan kaunter pembayaran.

Hati menjadi serba salah untuk memilih. Antara 5 Tahun 5 Bulan ataupun Leaving Microsoft To Change The World (LMTCTW ). Akhirnya 5T5B diletakkan dengan perasaan yang berat. Haih, mungkin 5T5B lagi saya bole jumpa awak kut..-_-"

Saya tak menyesal dengan pilihan saya kerana nyata buku LMTCTW ni banyak input-input menarik yang mampu membuat say ter'inspire'. Inspire dari segi yang mana tu? Pendidikan. Yes, dunia pendidikan yang sangat related dengan saya. 

Buku ni menceritakan mengenai pengalaman sebenar John Wood yang membuat pengorbanan yang bukan calang-calang orang boleh melakukannya. Tertulis di belakang buku ini,

Sekiranya kita pernah terfikir hendak meninggalkan kerjaya sekarang bagi menempuh suatu pengembaraan hidup yang hebat, dan dalam masa yang sama meraih peluang berbakti kepada orang lain, kisah pengalaman hidup John Wood bisa memberi inspirasi. Kisah beliau ini menawarkan gambaran jelas, penuh dengan emosi dan cerita yang mengasyikkan tentang bagaimana beliau mengambil setiap pelajaran yang dikutip ketika bertugas di sebuah syarikat yang berkembang seperti Microsoft, dan menggunakannya bagi mengatasi masalah sosial yang paling meruncing di dunia.

"Bayangkan apakah yang akan berlaku sekiranya beratus-ratus orang mengikut jejak langkahnya." -Mantan Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton

"Kisah yang menawan hati...menyedarkan..John Wood adalah penulis yang luar biasa." - Library Journal

Buku 1 inci tebal yang mempunyai 503 muka surat ini membuat saya seperti terjaga dari lena yang diuliti mimpi-mimpi indah yang panjang. John Wood telah membuatkan saya kagum terhadap kecemerlangan dirinya. Bukan semua orang mampu tinggalkan katil yang empuk untuk sama-sama merasai keperitan orang yang tidur di atas jerami kuda. 

kredit

Cerita bermula ketika John Wood bercuti ni Pergunungan Himalaya,Nepal untuk menghabiskan cutinya selama 3 minggu iaitu cuti yang paling panjang yang diambil oleh beliau selama 9 tahun bekerja. Jawatannya sebagai pengarah pemasaran Microsoft menyebabkan dia tak dapat nak berehat sepenuhnya. 

Kerja macam takde life. Duit yang diperolehi banyak, tapi dia tak dapat nak bersosial sangat, hubungan dengan keluarga renggang, majlis perkahwinan sahabat rapat pun tak dapat nak hadir. Hari-harinya asyik sibuk dengan kerja yang tak berkesudahan. Saya yang membacanya pun dah cukup penat, inikan pulak dia yang merasainya kan? 

Pengembaraan selama 21 hari ni Nepal telah membawanya ke sebuah sekolah yang sangat daif. Kelas darjah satu sesak dengan murid-murid. Anggarannya sebuah kelas hingga 70 orang murid. Murid sampai melimpah keluar kelas. Dengan berlantaikan tanah beratapkan atap zink dan duduk di atas bangku panjang dan berhimpit-himpit, tengok saja pun dah tahu tak selesa. 

Gambaran kelas yang sebegitu mengingatkan saya tentang keadaan sekolah di estet-estet Tanah Melayu sebelum merdeka. Terlintas seketika, kita sibuk nak wujudkan kelas yang kondusif tetapi mentaliti murid-murid kita yang berada dalam zon selesa tak sedar kepentingan pelajaran. Tapi di Nepal, murid-muridnya begitu semangat belajar. Betapa kita tak bersyukur kerana diletakkan dalam zon selesa...kan?

Tapi yang lagi membuatkan saya terjentik adalah ketika John Wood melawat library. Oke, bila sebut library mesti kita semua membayangkan sebuah bilik yang penuh dengan buku kan? Tapi library kat sini kosong, empty, yilek~ Yang ada cuma peta usang yang sudah lusuh. Bila ditanya mengenai buku, guru besar sekolah itu memanggil guru perpustakaan untuk membuka mangga sebuah kabinet. 

Yes! Buku disimpan rapi dalam kabinet dan dikunci kerana bimbang buku-buku yang ada dirosakkan. Buku yang disimpan itu juga hasil daripada buku yang didermakan oleh pengembara. Daripada sini tercetusnya idea John Wood untuk memulakan sebuah badan amal yang diberi nama 'Room to Read'. Hatinya terjentik bila melihat anak-anak di Nepal ini tidak mendapat peluang untuk membaca. Dan saya turut sama dijentik. 

Ye lah, bayangkan masa kita kecik-kecik dulu dah disajikan dengan buku cerita kanak-kanak macam Cinderella, Snow White dan sebagainya, tapi mereka tak dapat tengok langsung buku-buku yang sebegitu. Tengok pun tak pernah, usahkan pegang dan baca.

Tak dapat nak bayang kot hidup tanpa buku. Pulang sahaja daripada pengembaraan 3 minggu itu, John Wood terus emailkan kepada semua contact list dengan subject: Buku Untuk Nepal - Bantulah!. 

And fortunately dia buat tindakan segera kerana lepas dia kembali ke Australia dan mula sibuk dengan kerja, dia terlupa tentang email dan harapan yang ditaburkan di Nepal. Mujur juga email itu telah mengingatkan dia kembali apabila ayahnya mengirim email menyatakan bahawa buku yang dikirim ke rumahnya mencecah 2000 buah. 

Ohoi! Banyak tu.. Ketika ini saya terfikir, kalaulah JW ni tak buat tindakan segera dan menangguhkan tindakan dia tu, mungkin dia masih bergelut dengan kerja di Microsoft yang tak berkesudahan tu. 

Setelah membuat pertimbangan yang sebaiknya dan berfikir semasak-masaknya, akhirnya dia memilih untuk meninggalkan Microsoft. Saya tertarik dengan kata-katanya ketika dia memujuk diri untuk meninggalkan Microsoft,
"Terimalah hakikat yang Microsoft mengingati kamu dalam masa dua bulan sahaja. Selepas itu, mereka akan melupakan kamu. Ada orang lain yang akan menggantikan tempat kamu dengan segera. Seolah-olah kamu tidak pernah bekerja disitu. Tanya pada diri kamu, apakah ada ramai orang lain yang membantu komuniti miskin membina sekolah dan perpustakaan? Tugas itu tiada siapa yang mahu melakukannya. Kamulah orang yang terbaik bagi menyahut cabaran ini."
Nampak tak kat situ yang dia mendahulukan diri dia bukan mengharapkan orang lain? Terfikir sejenak, selama ni kita asyik harapkan orang lain je kalau nak  sesuatu perkara yang baik tu berlaku. Apa salahnya kalau kita mulakan dulu? Tapi nak buat tu bukan mudah dan bukan semua orang berani nak buat. Kan?


Saya juga tertarik mengenai kisah seorang remaja Vietnam berumur 17 tahun yang sangat mencintai ilmu. Namanya Vu. JW bertemu dengan Vu ketika dia menginap di sebuah hotel ni Vietnam.


 Vu bekerja di hotel itu untuk menampung hidupnya. Dengan gaji 23 dolar, dia membahagikan wang yang diperolehinya dengan baik. Yuran kelas komputer yang dihadirinya setiap bulan sebanyak 15 dolar, 5 dolar diberikan kepada parents dia kat kampung, untuk diri sendiri cuma tinggal 3 dolar je. 3 dolar untuk sebulan. Boleh bayang tak? 


Kalau kita 3 dolar tu memang tak cukup la kan. Tapi fortunately Vu ni duk kat hotel, so makan free, dan dia tinggal kat sebuah bilik kecik belakang hotel dan cuma tidur untuk 4-5 jam je sehari, masa yang selebihnya spend untuk belajar. Jatuh rahang bawah bila baca kisah dia. Semangat belajar dia tu memang tak boleh nak challenge la.


Bila dengar kisah Vu, John bersimpati dan nak bagi buku tentang Microsoft Excel untuk Vu. Tapi prinsip Vu yang tidak meminta-minta dan semangat berdikari yang tinggi membuatkan Vu menolak untuk terima buku tu. Serius! Saya kagum sangat dengan Vu ni. Semangat belajar dia tinggi dan akhirnya dia berjaya hingga ke peringkat sarjana.


Serius saya kagum! Buku ni memang banyak buat mandible saya jatuh, bulu roma meremang, adrenalin meningkat. Terimbau kembali saat nak pilih antara dua buah buku. Nyata pilihan saya tepat.  Banyak yang saya belajar daripada pengalaman John Wood ni. Kalau nak dinukilkan sepenuhnya di blog picisan ni, tak mampu rasanya. 


Kisah Vu hanya sebahagian kisah yang dikongsikan oleh John Wood, ada juga kisah tentang Brent Erensel dan juga beberapa insan penting yang membantu usaha John Wood. Banyak kisah yang memberi inspirasi kepada pembacanya...


Saya tertarik dengan cara John Wood mengumpul dana bagi membina sekolah dan perpustakaan. Dia akan memastikan masyarakat setempat turut menyumbangkan sedikit sumbangan dan tenaga kerja supaya mereka menghargainya. Seperti  kata-kata Michael Porter dari Harvard Bussiness School,
" Sekiranya mereka tidak mempunyai perasaan hak milik  ke atas sesuatu, mereka tidak akan bertanggungjawab menjaganya bagi jangka waktu yang panjang"


Saya setuju 100% dengan quotes ni. Ye lah, kita memang akan hargai pemberian orang lain kepada kita, tapi kita lebih hargai apa yang kita dapat sendiri. Seperti kita nak tahu sesuatu dan kita cari sendiri, yang kita cari tu lebih diingati berbanding yang diberitahu oleh orang. Macam pengalaman jugak, pengalaman sendiri lebih bermakna daripada mendengar pengalaman orang lain sebab kita rasai sendiri. Susah, senang, perit, sedih, gembira. We feel it so we know it!


Terpanjang pulak review pada kali ni..hee. Terinspirasi terlebih daripada penulisan John Wood. Tapi itulah, setakat yang boleh saya kongsikan mengenai buku ni. Mengenai laras bahasa yang digunakan, saya tak pandai nak komen sebab tu bukan bidang saya dan saya kurang mahir. 


Tapi buku ni di terjemah daripada buku Bahasa Inggeris, so faham-faham je lah. Tak pening sangat pun bila baca. Enjoy je... ^_^


kredit

"Daripada bercakap berkenaan apa yang kami mahu lakukan, saya (JW) sebaliknya bercakap berkenaan apa yang kami telah capai (pg:262)


"..Saya bukanlah mahu terus berangan-angan. Saya lebih cenderung pada melaksanakan" (pg: 288)


"..memberi peluang kepada mereka(murid) mewariskan ilmu pengetahuan kepada generasi mereka" (pg: 308) 


"Tiada apa yang menghairankan apabila kita benar-benar sukakan kerja kita dan kita sanggup menghabiskan masa berjam-jam melakukannya" (pg: 325)


"John, tujuan hidup kamu dalam kehidupan ini bukanlah tinggal di rumah besar dan tasik yang menghadap tasik. Meninggalkan usaha itu bagi mengejar dan mendapatkan sebuah rumah adalah satu kesilapan yang besar dalam hidup" - Laura (pg: 334)Kata-kata ini mengingatkan saya tentang tujuan hidup sebagai seorang khalifah (2:30) dan untuk beribadah (51:56).




~May Allah Bless~


^_^..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~