Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Friday, June 1, 2012

Random rant

Bismillah..


hailoh hailoh... cuti dah start dah. Tapi cuti kali ni berbeza sikit. First week holidays I spend dekat belah Pantai Barat. Tukar angin sikit lah kali ni. Tu pun sebab join Himpunan Guru Muda DI JUTAAN BELIA. Kenapa perlu highlightkan bahagian jutaan belia tu? Sebab himpunan guru muda tu sekadar nama je kot. Tension bila sampai-sampai tu LO cakap kitorang datang just sebagai crowd je sebenarnya.. jeerr?? CROWD?? baik takyah datang gini, ingatkan nak raikan n buat program kat cikgu-cikgu muda. Mana la tau kot-kot terserempak dengan cikgu hensem, jumpak jodoh kat sini apa salahnya kan? HAHA. merapu je la.


>> Sesat 
Dah la sesat semedang. Boleh pulak orang duk tengah solat jemaah aku, Ezzah dengan Piqa main redah je masuk masjid besi tu. dah la pergi kat bahagian lelaki. Naik lif, bukak lif je terbentang depan mata muslimin tengah duk tadah doa. Mujur jugak masa tu kami duk kat hujung lif, depan lif penuh dengan budak-budak pengakap yang join jambori. At least terlindunglah sikit muka. 
Malu seyh. Turun balik, keluar dari lif, tengok lautan muslimin yang baru siap solat jumaat bergegas nak keluar, kitorang lak sebok nak menyelit masuk. Adeh! Then terus tuju ladies, nyorok kat situ setengah jam baru keluar.


Lepas tu baru terserempak dengan signboard tempat wuduk wanita. Alhamdulillah, jumpa jugak akhirnya.Rasa macam nak buat sujud syukur je. Da la sebelum tu mulut ni asyik nak melatah je.Astagfirullah. My bad... Sumpah! Lepas ni, kalau orang tengah dok sembahyang Jumaat, memang tak kan melangkah masuk masjid selagi dorang tak siap. Menyesal kot. Tapi takpa, pengalaman tu bukan semua orang dapat. Bila imbau balik, tersenyum sendiri macam kerang busuk. ha ha.


Petangnya ada taklimat dengan GPMS, haih. Kakak roger cakap dia nak sampai Putrajaya dah. Terus buat alasan nak buat panggilan penting, bangun  dari tempa duduk dengan muka serius + cuak, konon-konon ada hal kecemasan, lepas tu terus angkat kaki keluar kut pintu belakang. Ha ha. Buruk benor perangai. Tapi rasa menyesal pun ada sebab cabut awal-awal.. Ezzah citer yang dorang p Times Square la, makan sate Kajang la.. Aha, lepas Ezzah story mory tu, dan-dan je mimpi makan sate kajang. Macam-macam la.


>> Bukit Jalil
Rumah kakak located at Taman LTAT Bukit Jalil, dekat dengan Technology Park Malaysia and Kompleks Sukan Negara. On the way balik dari Putrajaya tu, mau jugak sesat 2 3 kali. Haih, jalan simpang siur kot, kalau saya drive sendiri kat sini memang tak lepas lah. Takde keyakinan diri. Kat Besut pun still tergagap-gagap lagi pegang stereng. Kalau kat KL ni, memang wassalam je lah.


>>Advance Organizer = Perancangan Awal 
      (translate based on kertas exam tahun lepas..punya lah pening.)
First, sebelum datang sini, dah siap fikir awal-awal nanti mesti bosan sebab kakak kerja kan. Mana sempat nak bawak pusing-pusing satu KL. Malam mungkin boleh, tapi penat bekerja tu. Tak pe, saya dah ready dengan buku-buku yang tak sempat nak dibaca. Bersusun lagi buku tu, setakat ni baru khatam 4 biji dari 6 buku yag dibawa, tak campur buku kat rumah lagi. Yang dah khatam: 5 Tahun 5 Bulan, Rooftop Rant, Tuesday with Morrie, Leaving Microsoft to Change the World... 


InsyaAllah, kalau aura rajin datang, maybe diskusi sikit pasal input yang dibaca..Kalau tak tulis, kemungkinan besar akan lupa. Ye lah, tua-tua ni kan.. uhuk uhuk. penyakit lupa tu mudah datang. huk huk.


Tapi bukan sepanjang masa jugaklah duk pulun buku. Pergi jalan-jalan jugak dekat IOI, first time masuk cinema lepas 21 tahun dah hidup atas dunia ni. Tengok The Avengers 3D. Best kot..lagi best sebab kakak belanja. Ye la, akhir-akhir sem ni. Wallet pun kopak je. Miskin reta..Nasib baik ada kakak yang pemurah, lenkali boleh pow lagi.. muahaha. Eh?


Lepas tu keluar jalan-jalan kat The Mines lak. Hajat di hati nak naik cruise, tapi kena balik awal pulok,tetiba ada hal meniti laluan. takpe lah. Lain kali mungkin? Nak cerita details pasal seminggu bertapa kat sini, memang esok pun tak habis lagi menulis. So kita skip-skip ambik point penting je lah yer..


Duk sini berbeza environment berbanding suasana kat kampung. Kat sini asik rasa "krik", "krik", "krik" je walaupun ramai orang. Dekat parking park banyak je kereta, tapi macam takde orang wujud pun. Kalau kat rumah, sentiasa rasa macam orang sekeliling ramai. Ataupun sebab kereta dok bersimpang siur dekat depan rumah? Ye lah, rumah tepi jalan besar KB-Jerteh. Memanglah busy.


Seminggu berada di Bukit Jalil ni terasa macam sekejap je berlalu. menyibukkan diri dengan buku-buku, upgrade diri. Yes, cuti kalau tak di plan dengan baik nanti tak akan beri apa-apa makna pun. 
Kalau cuti setakat bangun tengahaari-bukak tudung saji-makan-tengok tv sampai petang-sambung tidur-bangun makan malam-on9 sampai pukul 2-3 am (headshot!), memang terbuang gitu je la masa berharga. Cuti ni la kita perlu manfaatkan masa buat perkara berfaedah yang kita takleh buat masa busy kan?


Macam hapdet blog ke, at least idea tu dialirkan keluar, takde la brain tu off je sepanjang 3 minggu cuti ni. Haih, jadi cikgu memang seronok lah, dahla boleh share idea and ilmu dengan murid-murid, lepas tu boleh join cuti sekolah lagi. Boleh spend dengan family lagi. Betul lah pilihan yang dibuat masa kat KMPP dulu, antara teacher atau doctor


Cita-cita memang dari kecik lagi nak jadi doktor, tapi bila fikir balik..teacher is better. Cliche dengan Trisy dalam Rooftop Rant page 534-535: alasan kenapa nak jadi cikgu. It is okay, at least pesanan terakhir sebelum saya tinggalkan KMPP terlaksana. Kan?kalau ingat la ^_^


>>Pencerahan



Takpe lah..kadang-kadang apa yang kita suka tu bukan yang terbaik untuk kita kan? Macam Allah dah cakap dalam Al-Baqarah: 216. He knows the best. Untuk pape pun yang berlaku, banyak perkara yang kita nak tak dapat. 


Sedih. Sakit. Perit. Terluka. 


Itu normal. Tanpa kita sedar, semua perasaan negatif tu buat jiwa dan hati kita lebih kuat dan berhati-hati.
Itu yang saya belajar.
Based on true story
Based on true experience.
Live hell or live well? You choose...
May Allah bless...^_^


**kalau ada salah silap mohon ditegur. Diri masih bertatih lagi... :) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~