Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Wednesday, June 6, 2012

Rooftop Rant - Hlovate

Dua kali terserempak buku ni dekat kedai buku. First dekat Kedai Buku Muda Osman KB Mall, kali kedua dekat Popular IOI Bukit Jalil. Masa pertama kali tengok tu tak terasa pun nak ambik bayar dan baca. Mungkin sebab tengok tajuk dia macam pelik dan puisi kat blakang kulit buku tu buat saya jadi tak berminat kot walaupun tika tu saya sedang giat memburu karya Hlovate tambah lagi fulus pada ketika tu berada di paras yang kritikal.


Pertemuan kali kedua membuahkan cinta,harapan dan impian. Terus ambil dan bayar tanpa fikir panjang. Ye lah, minat membaca makin membuak-buak sekarang ni. Tambahan pula karya Hlovate macam susah nak terjumpa dekat Besut. Lagipun perancangan awal memang nak baca buku banyak-banyak kan? hehe


Rooftop Rant. Saya ambil masa sehari setengah untuk menyelusuri dan memahami jalan cerita. Setengah hari saya membedah kembali isi-isi penting. Reading skills SQ3R yang dipelajari menerusi subjek ELE 3101 diaplikasi dengan sebaiknya kali ini. Belajar tapi tak guna tak berguna kan? Macam pokok yang segar-megar disiram dibaja dengan cukup tapi tak mengeluarkan hasil langsung. Hidup sia-sia je wahai pokok!


Rooftop Rant bercerita mengenai pergolakan emosi remaja, tentang harapan cita-cita, keinginan, kehendak. Perubahan, motivasi yang membawa kepada kejayaan, juga sebuah hubungan yang berkekalan hingga ke akhirnya. Isi yang disampaikan Hlovate dengan gaya santai cukup untuk membuatkan jiwa rockers sentimental terabur saya ni tertarik untuk membaca dari muka surat pertama hingga ke kulit akhir buku. 


Jade (nama asal Zaid), tertekan dengan sikap ibu bapanya yang selalu men'compare'kan dirinya dengan adik dan abangnya yang berjaya. Jaded in the Middle. Abang dekat UM, adik pulak dekat USM, tapi dia je yang stuck. Balik rumah asyik kena bebel dekat ibu dia je. Pemikiran tipikal masyarakat kita, masuk universiti kira berjaya, kos hebat-hebat macam jurutera, doktor, arkitek tu nanti akan jadi kaya, ada masa depan cerah. 


Tapi Jade tetap dengan minat dan cita-cita nak jadi kartunis. Of course mak ayah tak bagi. Dorang fikir kartunis tak boleh buat duit. Bazir masa je. Untuk puaskan hati mak ayah, Jade ambik diploma mass comm. Tapi tu setakat nak puaskan hati mak ayah, tapi hati sendiri tak puas. Selalu usung sketchbook and Pilot Shaker sambil galas beg sandang yang disembur dengan aerosol paint tertera JADED. 


Bagi Jade, tinggal kat rumah memang buat dia rasa tensen membunuh. So, Rooftop Wisma Topaz jadi tapak untuk dia melupakan sementara permasalahan yang mengganggu jiwa raga di rumah.


Dan di Wisma Topaz ni lah jadi tempat pertemuan Jade dan Trisy, dan disini jugak jadi turning point kepada hidup dorang.


Trisy. Lepak di puncak Wisma Topaz semata-mata tak nak datang tuisyen. Juga dengan jiwa memberontak dan ketandusan perhatian, atas alasan yang sama dengan Jade, nak cari ketenangan sementara. Dengan perwatakan seperti lelaki, memang orang akan salah anggap dengan personaliti sebenar Trisy. 


Ketandusan kasih sayang daripada keluarga telah mencorakkannya begitu. Pertemuan Jade dan Trisy seperti ditakdirkan supaya mereka saling tolong-menolong. Mereka yang inginkan perhatian, bukannya nasihat semata tanpa mendengar masalah mereka.


Teringat quote Trisy,' Take a little bit from my plate, chew, telan and then talk"


Di rooftop Wisma Topaz, mereka saling meluahkan rant masing-masing cuma dengan cara yang berbeza, Jade pendengar yang setia, Trisy meluahkan kerana dia tidak ada sesiapa yang sudi mendengar. Jade meluah dengan cara melukis. Setiap lukisannya ada makna yang tersirat, dan Trisy faham itu.

Quote yang buat saya berfikir, nak nasihat orang, nak tegur, at least kita kena tahu dulu sebab kenapa mereka jadi camtu. Semua perkara yang berlaku mesti ada sebab.


"Kau datang sini selalu kenapa ye?"Tangannya menyelak halaman baru yang kosong. "Aku pun macam kau." Tenang dan datar Jade menjawab."Kenapa kau datang sini?" Hujung pensel mula melukis garis lurus di tengah ruang kosong itu."Aku lari daripada kenyataan."Angguk. "Solace.""Escapisme.""Chill.""Kau kata kau macam aku....tapi cerita kita tak sama, kan?" Jade dipandangnya lagi."Same boat. Different cabin." Jade senyum tanpa perisa.


Dan akhirnya mereka berjaya mencapai tujuan hidup masing-masing. Berjaya jumpa hala tuju masing-masing. Macam tu lah ukhuwwah, as i read in a friend status,


"ukhuwwah is not about how many brothers or ikhwah we have,

but it's all about what we do for each other..
~Bro Taha"


Rooftop Rant banyak membuat saya termenung merenung sendiri dan membantu saya untuk membuat perancangan masa depan. Kenapa?
Sebab baca je buku ni buat saya realize, attitude mana yang boleh buat, yang tak boleh buat, apa yang perlu dibuat. Aha! Kebetulan pulak pilihan Trisy untuk jadi pendidik tu sama dengan saya. Alasan yang cliche. Perancangan yang saya buat seawal umur 18 tahun untuk masa depan.


Ya, di KMPP jadi saksi, walaupun insyaAllah yakin boleh carry semua subjek dan boleh skor, tapi antara cita-cita dan cinta, saya memilih cinta. Bunyi macam pelik bukan? Sebab kebiasaannya orang akan memilih cita-cita. Jangan salah faham dan jangan sempitkan pemikiran, cinta bukan sekadar antara lelaki ajnabi dan perempuan ajnabi, tetapi cinta terhadap masa depan yang terjamin, keluarga dan bakal mujahid mujahidah kelak. 


Tak mengapa cita-cita untuk menjadi doktor fizikal tak tercapai, janji cita-cita untuk jadi doktor hati, jiwa dan insan lagi bermakna. Pendidik pun doktor jugak, doktor jiwa kepada anak-anak yang sedang membesar, mendidik mereka supaya menjadi insan, bukan sekadar manusia robot saja... ^_^


Today is gonna be the day
that they're gonna throw it back to you
By now you should've somehow
Realized what you gotta do
I don't believe that anybody
Feels the way I do about you now...


I said maybe 
You're gonna be the one who saves me
And after all
You're my wonderwall...                                            
                   Trisy dedicated lagu ni dekat Jade :Wonderwall-The Calling

Allah dah berfirman dalam Surah Ar-Ra'd (13:28)" ...dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"

"There're times when strangers are like family, and family are like strangers."-Trisy

To hate others is uglyTo hate yourself is uglier

Everything has its own pros and cons then..It really depends on how we takes..Live well or live hell?You choose.

May Allah Bless...

^_^..

1 comment:

wardatulhumayra said...

yes abdullah mujib..misi kena laksanakan... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~