Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, June 21, 2012

Tolong beritahu jodohku

Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya..

Tolong beritahu jodohku, 

cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya..
cinta pada manusia boleh buatnya lupa..

Tolong nasihatkan jodohku, 

jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa..
jangan merinduiku lebih dari Maha Pencipta..
jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya..

Tolong katakan pada jodohku, 

dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga..

Tolong ingatkan pada jodohku, 

aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa..
aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya..
aku menyayanginya kerana budi bahasanya..

Tolong tegurkan jodohku, 

bila beliau mula mengagungkan cinta manusia..
bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya..
andai nafsu mula mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan jodohku,

aku milik yang Maha Pencipta..
aku masih milik keluarga..
tanggungjawabnya besar pada keluarga..

Tolong sabarkan jodohku, 

usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai..
usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai..

usah bimbang tentang jarak antara kita..

Tolong pesan pada jodohku, 

aku tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya..
aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada jodohku, 

aku tidak mahu membuat dia terleka..
aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya..
aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku..

Tolong sampaikan pada jodohku, 

aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya..mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya..
hubungan ini akan terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..


 


Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua..

Salam sayang..



sumber: Facebook


-----------------------------------------------------------------------------------
p/s: sekarang sedang asyik menguliti Cinta High Class/Cintaku Kerana Agamamu. Tersenyum sendiri. Terasa ingin sampaikan kepada 'si dia' supaya turut membacanya. Tapi siapakah 'si dia' itu? .. ^.~


Menunggu dengan Redha


May Allah Bless.. ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~