Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, July 23, 2012

Ramadhan tiba!



Ramadhan tiba 3x
Marhaban ya Ramadhan 4X.......


Ramadhan Tiba-Opick yang berkumandang daripada speaker Acer Aspire 3147G mencuri pendengarannya. Tersenyum dia seketika. Akademi Ramadhan sudah bermula! Hoyyeah! 


Umat Islam seluruh dunia semuanya sibuk dengan acara kejar-mengejar dalam beribadah. 


Suasana tika Ramadhan ini bukan selalu dilihat. Fenomena masjid-masjid dan surau penuh hingga jemaah melimpah ke luar pada waktu Maghrib dan Isyak, masing-masing mahu mengejar pahala jemaah Maghrib, Isyak dan terawih.

Tapi berbeza pula keadaannya pada waktu Subuh, barisan saf boleh dikira dengan jari. Sedikit dan tak ramai. Rugi bukan? Yang sunat dikejar berjemaah, yang wajib dipandang enteng sahaja. Tapi itulah persepsi masyarakat. Terawih dilihat BESAR daripada solat fardu yang wajib dibuat. 


Terserempak dengan status seorang kawan,


" alangkah ruginya...sahur dah awal,tapi subuh tetap subuh gajah...seeloknya,tunggulah sekejap untuk waktu subuh...lepas tu nak tido sampai tengahari pon boleh..."


Rugi tak jemaah Subuh sebab masa bulan Ramadhan ni la mudah nak berjemaah sebab kita bangun awal untuk sahur kan? So rembat terus waktu lepas sahur tu dengan berjemaah. Kalau tak konfem kita akan terlebih tidur dan ter'dinosour'kan solat Subuh kita. Rugi bukan?


Btw, tido sampai tengahari pun rugi jugak kawan. Rezeki berlari-lari menghindar diri tu.


Kisah Ramadhan 


Ramadhan ni banyak menggamit memori. Tika bersama-sama dengan keluarga untuk bangun bersahur, kemudian saling kejut-mengejut untuk solat Subuh berjemaah dekat surau depan rumah. 


Alhamdulillah surau sejengkal je, selangkah dari rumah. Memang dekat benor lah. Mudah nak jemaah. Tapi kalau ade penyakit M tu campur dengan tertarik dengan godaan nafsu, memang rugi jugaklah kan. 


Teringat waktu kecik-kecik dulu, mama siap mandikan dengan air sebaldi lagi nak suruh bangun Subuh. Kemain liat. Tu pun still buat degil taknak bangun. Macam selesa pulak tidur dengan tilam basah. Macam best je tidur sejuk-sejuk. He he. Degil piang haih..tu kecik-kecik dulu..ahem


Sekarang ni, giliran dia pulak jadi tukang kejut adik-adik. Kakak yang cruel. Mentang-mentang adik kecik, terus angkat masuk bilik air. So, takde alasan nak sambung tido. Pengalaman sendiri yang ajar untuk buat macam tu. keh keh..*gelak jahat


Lepas solat tu, bukak Al-Quran. Target awal Ramadhan, sekali khatam. Tapi kebiasaannya separuh Ramadhan kemain bersemangat, separuh lagi bukak ikut mood. Hadoih!


Tapi moment yang paling tak boleh lupa masa prepare nak bukak puasa. Seawal jam 5.00 petang dah bertapa kat dapur dah. Tolong mama buat kuih. Macam-macam jenis, dengan 'onde-onde' a.k.a gula melaka, puteri mandi, butey nako a.k.a taktaunamaspesifik? ,sagu, murtabak, karipap dll.. 


Adeih,kecur liur gini. Tu yang buat diri ni terasa nak balik rumah sokmo. he he. 


Tak campur lagi dengan air 2-3 jenis. Puasa, tertukar antara pesta ibadah or pesta makan. Errr...pesta makan?? DUSH!! Sebijik tertembak diri.


Tapi memang tak boleh nafi lah part pesta makan tu. Bila nak terawih, mata mulai terasa berat. Kes 'mentekedaghah' ikut sedap perut je. Makan-makan jugak, ibadah jangan down sudah.


Tu cerita puasa yang sudah lepas dan lepas. Memori semua tu. Indah bila dikenang, manis bila diungkap.


Ramadhan 1433H


Ramadhan kali ni macam mana pula yer? Ahem, perubahan sikit berbanding tahun lepas. Jika tahun lepas awal Ramadhan di Besut, kali ni di Perlis pulak.  Sambil-sambil melawat rumah Umi yang terbakar dek litar pintas, awal Ramadhan kali ni meriah disambut di sana. 


Target pun sudah tergaris. Kali ni ada pemantau target. Moga tercapai hendaknya. Mengintai kembali target yang ditampal di tepi cermin besar, 


# Khatam Al-Quran sekali dengan tadabbur (moga lebih bermakna)
# Merajinkan diri untuk qiam
# Bangun sahur continuously
# Follow Akademi Ramadhan's schedule
# Berjemaah kat surau all time.
# Terawih full
# Mengejar lailatul qadr
#  Jimat2kan belanja untuk berbuka. Didik qana'ah dalam diri
# Jaga hati, jaga iman, jaga hubungan, hiasi peribadi. ^.^







Harap Ramadhan kali ni akan jadi batu loncatan perubahan buat diri. Banyak lagi skru-skru longgar yang perlu diketatkan ni. 


Masih banyak lompang-lompang yang perlu diisi dengan ilmu dan tarbiyyah. Semoga bermanfaat. 


Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433H


Rindu diri yang dulu. Suci, bersih, putih tanpa noda. Ahem, diri yang masih baby lagi masa tu. ^.~


p/s: seriyusly takut dengan karat-karat jahiliyyah. Tolong jangan melekat lagi! Dush! Dush! *start bukak pattern taekwondo.. -_-"


May Allah Bless~

2 comments:

Iman Lurv Islam said...

Salam Ramadhan 1433H jugak...wah, bagus la ada target....moga kita sama2 dpt merealisasikannya & istiqamah bukan sekadar pd bulan ini malah 11 bulan yang seterusnya....hurm, bulan ni la sesuai kalo kita nak buang karat2 jahiliah tuh....ayuh sucikan diri kita utk menjadi daie yang awesome...

wardatulhumayra said...

tengs somac!
target tu perlu digariskan..kalo tak memang Ramadhan 1433H ni mungkin mcm Ramadhan yang lepas jugak.

Bila ada gol yang nak disumbat, baru rasa semangat tu lebih..
macam 'spirit booster' jugak la kan.

insyaAllah, harap-harap lepas graduate je dr Uni of Ramadhan 1533 kali ni, amalan tu terus lekat dan istiqamah dalam diri. iA.

JOM jadi OSEM!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~