Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, July 9, 2012

Ujian.



berkerak, bersawang, penuh dengan spider, cengkerik..


Rasanya itu yang saya boleh gambarkan mengenai kondisi blog ini sekarang. Buka saja sekolah, kerja-kerja yang menghambat tak berkesudahan. Sibuklah kononnya.. padahal M besar sedang beraja dengan jayanya dalam diri. 


Tapi memang apabila mencecah kaki di semester 4 ni, buat diri berpusing-pusing sampai pening. Tiap-tiap minggu ada program. Rumah yang letaknya sejengkal daripada IPG terchenta pun tak dapat dijejak untuk 3 minggu. Penasaran rasanya apabila tidak mempunyai masa untuk pulang.


Minggu ni curi-curi peluang untuk balik. Mamabah dah bising komplen kenapa lama tak balik. Sekali balik, 3 hari cuti, ponteng sehari kuliah. Har har har.. *gelak jahat. Hari Ahad ada satu kelas je, so rasanya tak mengapalah kot? hee..


Pulang ke IPG, tetiba badan rasa tak sihat, mulai start demam. Adakah ini petanda badan sudah rindukan rumah? Tapi otak kata it's okay dok IPG lama-lama. Pelik, badan yang rindu, tapi otak membangkang. Macam mana tu? Itu dipanggil egokah? Ubat pun mama suruh makan tapi saya asyik menolak. Kalau boleh, biarlah imunisi badan melawan. Kan nak bagi sistem pertahanan badan taf kan? Kena lah ada cabaran sikit. Sakit sikit-sikit tu normal lah. 


Macam hidup jugak, kalau takde cabaran, macam mana kita nak jadi kuat tough mantop? Lagipun hidup tanpa cabaran akan jadi pudar dan tak berwarna-warni. Kan?


Ujian tu sebenarnya satu nikmat kalau kita lihat, tenung, dan muhasabah. ^_^


p/s: update random... pheww~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~