Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, August 27, 2012

Tentang...




Teringat pulak raya yang sudah seminggu berlalu. Raya kali ni tak beraya sangat lah. Penuh dengan undangan perkahwinan. Tak campur lagi dengan sepupu bertunang, dengan risikan lagi..banyak betul. Semuanya tentang kahwin. 

Pergi beraya with kakak ke rumah kawannya pun bercakap tentang jodoh. Ye lah, mereka-mereka itu dah nak tamat pembelajarannya. Mesti kena berfikir dah kan?



Haih..haih...haih..

Macam malas nak fikir, 
Tapi kadang-kadang tu kan..
Hati ni bimbang sebenarnya.

Takut jika terlepas..
Tapi andai sudah jodoh, takkan kemana jugak kan?
Eh, tetiba tentang jodoh....

Jodoh tu kan rahsia Allah..
Bimbang jugak lah..
Haih...

Macam nak pesan je..
"Awak, boleh tak tolong tunggu sat je..
Tunggu sampai tiba masanya boleh tak?"

Sebab..
Dia taknak bagi awak terlalai..
Dia taknak bagi awak terleka..

Bimbang jugak dia kalau hati tu,
Dibuai mimpi-mimpi indah yang belum tentu jadi realiti lagi.

Please?
Boleh kan..?
Sabar kejap je.

Dia sangat suka dengan ayat ni,"Bila dua hati bersentuhan, cukuplah doa sebagai penghubungnya."

Tapi adakah hati-hati itu dah bersentuhan jika hati-hati itu tak dapat sebarang informasi?

Hailoh..hailoh..pening.

Segan.

-_-" phew~ 
"tidak mengharap..tp ada pengharapannya..tidak suka..tp ada sukanya..tp ia mmg hadir tnpa disedari..huk..huk..nk beritahu?tidak tahu pada siapakan tmpat mngadu,,hnya Allah..tmpat sebaik2 pengharapan dan pengaduan..usaha?hmmm..clueless..kena banyak perbaiki diri lagi ni..rasa segan menyelubungi diri.."
Hoho ^o^

p/s: entri based on storyline sorang sahabat. Entri jiwang saja kali ni. Hadoi! Effect kenduri kawen banyak sangat kot? Ha ha..

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri 1433H






Ramadan sudah berlalu pergi,

Moga tarbiyyah sepanjang Ramadan itu berbekas di hati,
Kalau tak banyak,
Sedikit pun bolehlah,
Okey sikit daripada takda effect langsung kan?

Teringat Ramadan yang berlalu, 
Surau dipenuhi,
Malam diterangi,
Al-Quran tidak dibiar berdebu lagi,

Ah, sungguh soothing suasana tika itu,
Moga ia berkekalan,
Dalam diri dan insan lain yang bertitle muslim...

Syawal yang mendatang,
Tanda kemenangan kita,
Mengharungi Ramadan dengan penuh kesabaran,
Memerangi hawa nafsu yang bergejolak,

Tapi betulkah kita benar-benar menang dalam memerangi hawa nafsu?
Pabila di 1 Syawal kita terlebih meraikan fitrah?
Makan sehingga perut menggunung tinggi,
Bertabarruj sehingga lupa diri,
Berpakaian tapi macam....ahem..

Aduhai,
Moga Syawal kali ini memberi seribu makna,
Yang jauh dirapatkan,
Yang dekat dieratkan,
Yang bermasam dimaniskan,
Yang tegang dikendurkan...

Moga Allah Redha...

Salam Aidilfitri from yostruli.. hee
Maaf Zahir Batin..

Sumimasen sekiranya sepanjang roman-roman saya di blog picisan ini ada yang mengguris hati sesiapa. Sama ada sengaja atau tidak sengaja.

Asiff Jiddan.. ^.~

Terakhir..

Jika ada permulaan mesti ada akhirnya. Bila ada pertemuan mesti akan ada perpisahan. Memang itu lumrah alam. Susah untuk kita menolaknya. Oleh itu kita perlu menerima dengan redha.


Ramadan 1433H



Sekarang, semua sibuk update mengenai Hari-hari raya. Ah, kalau ikutkan hati, mau saja aku korbankan raya itu. Kalau mahu saja aku jadikan Ramadan itu setahun, bukan sebulan. Terasa macam tak cukup. 

Tapi.. Ye lah kan, manusia ni bila diberi masa yang panjang, mereka akan berlengah-lengah. Ah, tak perlu cakap kepada dia, mereka atau kamu, satu jari diacu ke arah yang lain, empat jari menghala kat diri sendiri. Peringatan untuk aku, saya, kami, kita dan kitorang dan kauorang semua.

Review kembali target-target Ramadan yang tergaris tempohari,

# Khatam Al-Quran sekali dengan tadabbur (moga lebih bermakna)  [||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
# Merajinkan diri untuk qiam 
[||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||]  
# Bangun sahur continuously 
[||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||] 
# Follow Akademi Ramadhan's schedule  [||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||]  
# Berjemaah kat surau all time.  [||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||]  
# Terawih full  [||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||]  
# Mengejar lailatul qadr  [||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||]  
#  Jimat2kan belanja untuk berbuka. Didik qana'ah dalam diri 
[||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||]  
# Jaga hati, jaga iman, jaga hubungan, hiasi peribadi. ^.^ 
[||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||] 

Aduhai, ada target yang tak berapa nak tercapai. Tapi.. part lailatulqadar tu.. Alhamdulillah, taktau kenapa rasa macam dapat je.Sebab masa malam tu, entah kenapa, masa qiam, ngaji, terawih, hati rasa berdebar-debar. Ala-ala macam nak jumpa Mr. Right je.. Ahem.. Malam 27 Ramadan 1433H.

Moga Taqwa yang dikejar berbekas di hati..

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)



Kali terakhir melancong dengan gumbira di sekolah. Lokasi perlancongan sambil belajar di sekolah kali ni di SK Bukit Awang, Pasir Puteh. Haih, jauh sikit lah dari rumah, tapi takpa sebab mama hantar, hewhewhew :3 . SK Bukit Awang ni sekolah luar bandar. 

Cikgu-cikgi pun ada 22 orang je, 9 kelas, 199 orang murid. Sangat sikit kalau nak compare dengan Sk Padang Luas masa zaman aku bersekolah dulu. 199 orang tu pelajar Tahun 6 saje, tak campur lagi murid dari Tahun 1-5. Raaamaaai mak..

Alhamdulillah, cikgu-cikgi semuanya baik-baik. Nice semuanya. First time dapat guru pembimbing. Kali ni ada tugasan pengajaran makro. Pengajaran makro ni macam prektis mengajar kat sekolah la. Audience wajib dari kalangan murid-murid sekolah comel-comel. Kalau pengajaran mikro pulak, mengajar kat dalam kelas di IPG je la.

Mengajar kelas 5 Intan, fortunately they give me a good  cooperation during lesson session. Bahan ABM pun banyak membantu. Bercakap mengenai ABM, tak tidur malam dok prepare bahan-bahan ABM. Kena jadi rajinlah, demi markah dan supaya murid-murid dapat fahum dengan baik. Barulah pentransferan ilmu tu berlaku dengan smooth je. Kan?

Mengajar mengenai topik Food Chain. Revision saje, bukan topik baru. Bukan apa, bimbang silap bina konsep. But, most of the student tak faham mengenai pengkelasan haiwan herbivor, carnivor and omnivor. 


see? banyak miskonsepsi berlaku kan.





Oke fine.. budak-budak besar dari cikgu.. huk!

Ketika aktiviti individu. Bina Food Chain based on video.

Main game Poison Box.. Pasang lagu Ramadan Tiba-Opick. 
Terangguk-angguk kepala budak-budak ni follow rentak lagu.


Group activity

Sesi pembentangan kumpulan.



Hadiah ikhlas dari kami-kami.

Mengajar di bilik gerakan SKBA. Bilik ni best kot sebab whiteboardnye macam sliding door banyak lapis. Ada 3 lapisan kot, so terasa sangat osem boleh conteng-conteng whiteboard-takyah-padam-terus-slide-slide...haha

Begitulah ceritanya serba sedikit. PBS kali ni agak bermakna. Ye lah, hari-hari kena relief kelas.. Biasakan diri dengan budak-budak. Tahun depan dah nak kena mengajar dah. Praktikal dah. Nebes rasa. Tapi kena hadapi jugak dengan jiwa tenang. 


Terima kasih kepada warga SKBA untuk kerjasama dan pertolongan yang diberi kepada kami bertiga... 

Moga Allah permudahkan urusan.
Sekian..

May Allah bless... ^.^


Wednesday, August 8, 2012

Zon 'Selesa' ke?


Comfort Zone: behavioural state within which a person operates in an anxiety-neutral condition, using a limited set of behaviours to deliver a steady level of performance, usually without a sense of risk (White 2009)
Zon selesa. Keadaan apabila kita tak rasa risau, rasa tenang dan nak berjimba-jimba 24/7. Normally, kita akan berada di zon selesa bila tak dihujani dengan pelbagai tugasan dan permasalahan. Ohoiii!

Zon selesa ni nampak best secara kulitnya. Kenapa? Sebab kita tak perlu nak jana brain nak fikir masalah bagai kan? Boleh bermalas-malasan sambil kunyah kuaci depan tv kan?

Tapi, realitinya zon selesa ni ibarat jerangkap samar. Yang tak kelihatan secara lahiriah, tapi akan memudaratkan kita apabila kita tak ambil sikap berhati-hati dan berjaga-jaga dari awal.

Contohnya macam kita baru dapat assignment daripada lecturer. Mesti perkara first yang diperhatikan pada lembaran tugasan tu, due date kan? Tengok tarikh hantar lambat lagi, kertas tugasan tu kebiasaanya terbiar camtu je.

Tersadai tak berusik selama beberapa minggu. Esok nak hantar baru tersentak. Barulah nak berjaga seharian untuk siapkan tugasan. Paginya, semua ke kelas dengan mata panda. Comel-comel je. haha... -_-"

Berada dalam zon selesa ni buat kita akan banyak terleka dan terlepas pandang banyak perkara. Ye lah, dah sedap duduk dan me'relax'kan diri, bila tiba-tiba ada task, mesti susah nak panaskan enjin semangat tu kan?

Haa, satu lagi, zon selesa ni akan membuatkan kita banyak terlepas perkara penting dalam hidup. Perkara yang akan buat hidup kita ni lagi.. WOW!

Parasit M pun makin banyak membiak dalam diri sampaikan antibodi R jadi tersangat lemah. Last-last kita pun jadi futur. Hadoi. Mintak simpang lah kan.

Mohon jangan terlalu selesa dengan zon selesa perangkap itu...#notetoself


p/s: Sekarang ni assignment berlambak, tapi saya masih bersenang-lenang di comfort zone. Hadoi.. #hantukkepalakedinding!

Saturday, August 4, 2012

Blissful Pagi..

Pagi 15 Ramadhan 1433 di rumah terchenta...


Sahur

4.40 - 5.30 am


Who is The Creator.. Allah 
Who is The Sustainer...Allah 
Surely He's The One 
Lord of all mankind 
Ya Allah... 
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Allah Allah Ya Allah Allah Allah 
Anta Ya Rabbi Anta Ya Rahman Anta Ya Allah 
Allahu Rabbi
Chand or sittarre bohot cham ketey he 
Khuda ke bagar roshni ka wujud nehi he 
Roshni ke baht andera hota he 
Sab kuch khuda ke wujud nehi he....
Kuat sekali handset Motorola w388 membunyikan alarm Sahur pagi ini. Hadoih, bingit telinga rasanya. Laju je tangan tekan butang snooze.

Sebelum phone ni menjerit untuk kali kedua, baik aku bangun cepat-cepat. Hiyark!!
Dengan mata separa terbuka, tangan mengagau henset sekali lagi..Eh? Dah pukul 4.40am? Terus mata segar-bugar.

Tengok adik tidur kat sebelah. Haih, syok sangat tidur sampai meleleh air liur basi.
Hari ni semua tertidur depan tv, penangan tengok citer Harry Potter and The Order of Phoenix di TV2 semalam.

Aku bangkit setelah kaki Abe Cik dialihkan. Langkah diatur malas ke bilik air. Usai saja bersugi dan berwuduk, sejadah dibentang. Hemph, dah separuh Ramadhan dah aku lalui nih.

Fasa kedua: Keampunan. Kena banyak-banyak taubat and mintak ampun. Moga kembali suci bersih seputih salju.

ZIKIR DAN DOA 
10 RAMADHAN : PERTAMA, PERTENGAHAN DAN AKHIR RAMADHAN10 HARI PERTAMA RAMADHAN 
(FASA 1 : MERAIH RAHMAT ALLAH)
"Allahummar Hamna Ya Arhamar Rahimin" (Ya Allah, Rahmatilah Kami, Wahai Tuhan yang Memberi Rahmat) 
10 HARI PERTENGAHAN RAMADHAN (FASA 2 : MERAIH KEAMPUNAN ALLAH)
"Allahummaghfirlana Zunubana Ya Rabbal Alamin" (ya Allah, Ampunkanlah Dosa kami Wahai Tuhan Sekelian Alam) 
10 HARI AKHIR RAMADHAN (MERAIH SIMPATI AGAR DIJAUHI DARI AZAB API NERAKA)
"Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku)

Usai berdating, tengok adik-adik still syok dengan tidurnya. Adoih, best ngat tidur...kalau dapat join sekali ni...heaven! haip, Tahan nafsu, sabar..sabar. Dalam sahur ada barakah. 

"Azim, Acik, Amri, Yong..bangun sahur!" sambil tangan aku menepuk-nepuk kaki mereka satu- persatu. Menggeliat aja dorang ni. Mata masih terpejam lagi. Herm, bangun lah tu kejap lagi. 

Di dapur kedengaran mama duk asyik sembang-sembang dengan Mak Long. Aha, Mak Long sahur and berbuka kat sini, sampai sini dalam pukul 3.00 petang semalam. Langkah diatur ke dapur. Nak menolong apa yang patut. 

Jam dah menunjukkan pukul 5.15 pagi, kelibat budak-budak 'kecik' yang besor tu tak nampak lagi. Haih, susah ngat... Laju kaki diatur, hamboih sedap je duk berselimut kan? Dan dan je terlintas Surah Al-Muzammil: 1. 

Kejut baik-baik tak berkesan, kena guna cara lain nih. Start dengan Acik yang kurus tu aku tunda ke bilik air, kemudian Azim. Amri dengan Yong pulak...hemmm, budak 2 orang ni besar dari aku, kalo angkut jugak mau patah pinggang. Huk! Tarik tangan bagi bangun je la. Ha ha.

Then bersahur pagi ni mama buat roti canai and ada ayam panggang, gulai ayam, ikan percik...yum yum~ 

Sayang mamabah..

My home my heaven! Yeah!

* * * * * * *

Subuh

5.49 am..

Subuh sekali lagi dikerah untuk jemaah ke surau depan rumah. Alhamdulillah, surau selangkah dengan rumah. Dekat sangat. Rugi kalau tinggal jemaah Subuh ni memandangkan peluang dah terbentang depan mata kan?

Saf surau tika Ramadhan ni penuh je masa Subuh, kalau bukan Ramadhan, biasa mama, aku and mek je lah ada. Tapi aku kerap jugak membuta je, pastu start lah ada yang terbabas Subuh anak dinosour. Haih.

6.00am.. Perlawanan badminton Olimpik Chong Wei (MAS) vs Chen Long ( CHI) (TV2)

Macam beriadah pagi je tengok Chong Wei main. Energetik kot. Part yang paling suka tengok bila CW menang. Dia 'sujud syukur' kot, err cium gelanggang sebenarnya. Pingat Emas pertama bagi Malaysia  Layak ke pusingan final, bertemu dengan lawan sebenar, Lin Dan pulak. ^_^

p/s: tergelak bila abah cakap CW ni antara Datuk yang "tak maju kedepan" (boroi).. :D

6.30 30 minit Ustaz Don: Berdiri Tegak (AlHijrah)

Penat tengok CW main dengan penuh spirit, dah tiba masa nak take food for soul pulak. Ustaz Don yang hensem ohsem tu mencuri tumpuan. Ahem. Tentang berdiri tegak masa solat. Input baru dapat pagi ni.

Normally, kalau kita tengok orang-orang tua yang pakai tongkat nak solat, dia terus duduk kan? TAK SAH solat dia! Eh, bukan saya cakap, Uz.Don yang cakap.

Sebab apa? Sebab berdiri tegak tu adalah rukun dalam solat. Tapi kalau memang dia takboleh bangun and duduk kat atas kerusi roda 24/7 takpelah nak duduk pun. Dah memang dia tak boleh berdiri.

Tu kalo bole berdiri lah, kena berdiri walaupun sat. nak duduk lepas tu duduk lah.Tapi syaratnya kena berdiri dulu masa angkat takbir tu, and and..kaki tu make sure straight ja menghadap kiblat. Macam  nombor sebelas gitu. Straight ja.. 

And masa sujud pun, jari-jari tangan kita ni tak boleh kangkang besaq-besaq, kena rapatkan and menghadap kiblat jugak..

p/s: banyak input dapat pagi ni tentang solat. Selama ni taktahu pun. Huk huk~

7.00 Tanyalah Ustaz (TV9)

Lepas dah tamat 30 minit, beralih pulak ke TV9. Tanyalah Ustaz kali ni dengan Dr Danial Zainal Abidin. Bercakap mengenai Al-Quran. Sebab mata dah mengantuk ayam, input yang diserap pun style macam ayam mencatuk padi jugak..hee.. 

Antara yang dapat tadi, terus serap and tulis dalam status fb laju-laju:

Al-Quran itu bersifat authentic..
jangan hanya mengaji, tapi mengaji dan mengkaji
kerna Al-Quran itu banyak inputnya..
Sebarkan mesej Al-Quran
amalkan satu hari sepuluh ayat dan dibaca dengan kefahaman..

Sebarkan mesej Al-Quran
amalkan satu hari sepuluh ayat dan dibaca dengan kefahaman..

Dr Danial ada jugak bedah ayat 185 surah Al-Baqarah memandangkan 17 Ramadhan 1433H nanti Nuzul Quran dan sekarang ni pun topik mengenai Al-Quran.

Al-Quran ni sifatnya autentik iaitu dapat dipercayai atau di­jadi­kan pegangan, asli dan benar (bukan palsu, rekaan, dsb. Kalau kaji betul-betul, setiap baris, ayat dan perkataan dalam Al-Quran ni sama sebijik ketika ia mula-mula diturunkan dan kemudian ditulis oleh Uthman. Sebab tu lah Al-Quran kita ni dipanggil Al-Quran Resm Uthmani.

* * * * *


Itulah serba sedikit yang saya dapat pagi ni. Rutin di rumah macam ni lah. Setiap hari rotate perkara yang sama. Pagi-pagi sedut input daripada tv. Rancangan yang bermanfaat camni patut diperbanyakkan lagi rasanya. :)

p/s: tu yang buat diri ni selalu terasa nak balik rumah. Boleh tengok tv, solat jemaah Subuh, makan-makan... Tapi yang paling penting jemaah Subuh lah. Kalau kat IPG tu, nak turun Subuh punya lah malas. Bilik tingkat 4, pastu kena tahan ngantuk lagi. Macam-macam alasan kan.

Harapnya Ramadhan kali ni menjanjikan sesuatu yang bermakna.. InsyaAllah..

May Allah Bless..~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~