Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, August 4, 2012

Blissful Pagi..

Pagi 15 Ramadhan 1433 di rumah terchenta...


Sahur

4.40 - 5.30 am


Who is The Creator.. Allah 
Who is The Sustainer...Allah 
Surely He's The One 
Lord of all mankind 
Ya Allah... 
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Allah Allah Ya Allah Allah Allah 
Anta Ya Rabbi Anta Ya Rahman Anta Ya Allah 
Allahu Rabbi
Chand or sittarre bohot cham ketey he 
Khuda ke bagar roshni ka wujud nehi he 
Roshni ke baht andera hota he 
Sab kuch khuda ke wujud nehi he....
Kuat sekali handset Motorola w388 membunyikan alarm Sahur pagi ini. Hadoih, bingit telinga rasanya. Laju je tangan tekan butang snooze.

Sebelum phone ni menjerit untuk kali kedua, baik aku bangun cepat-cepat. Hiyark!!
Dengan mata separa terbuka, tangan mengagau henset sekali lagi..Eh? Dah pukul 4.40am? Terus mata segar-bugar.

Tengok adik tidur kat sebelah. Haih, syok sangat tidur sampai meleleh air liur basi.
Hari ni semua tertidur depan tv, penangan tengok citer Harry Potter and The Order of Phoenix di TV2 semalam.

Aku bangkit setelah kaki Abe Cik dialihkan. Langkah diatur malas ke bilik air. Usai saja bersugi dan berwuduk, sejadah dibentang. Hemph, dah separuh Ramadhan dah aku lalui nih.

Fasa kedua: Keampunan. Kena banyak-banyak taubat and mintak ampun. Moga kembali suci bersih seputih salju.

ZIKIR DAN DOA 
10 RAMADHAN : PERTAMA, PERTENGAHAN DAN AKHIR RAMADHAN10 HARI PERTAMA RAMADHAN 
(FASA 1 : MERAIH RAHMAT ALLAH)
"Allahummar Hamna Ya Arhamar Rahimin" (Ya Allah, Rahmatilah Kami, Wahai Tuhan yang Memberi Rahmat) 
10 HARI PERTENGAHAN RAMADHAN (FASA 2 : MERAIH KEAMPUNAN ALLAH)
"Allahummaghfirlana Zunubana Ya Rabbal Alamin" (ya Allah, Ampunkanlah Dosa kami Wahai Tuhan Sekelian Alam) 
10 HARI AKHIR RAMADHAN (MERAIH SIMPATI AGAR DIJAUHI DARI AZAB API NERAKA)
"Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku)

Usai berdating, tengok adik-adik still syok dengan tidurnya. Adoih, best ngat tidur...kalau dapat join sekali ni...heaven! haip, Tahan nafsu, sabar..sabar. Dalam sahur ada barakah. 

"Azim, Acik, Amri, Yong..bangun sahur!" sambil tangan aku menepuk-nepuk kaki mereka satu- persatu. Menggeliat aja dorang ni. Mata masih terpejam lagi. Herm, bangun lah tu kejap lagi. 

Di dapur kedengaran mama duk asyik sembang-sembang dengan Mak Long. Aha, Mak Long sahur and berbuka kat sini, sampai sini dalam pukul 3.00 petang semalam. Langkah diatur ke dapur. Nak menolong apa yang patut. 

Jam dah menunjukkan pukul 5.15 pagi, kelibat budak-budak 'kecik' yang besor tu tak nampak lagi. Haih, susah ngat... Laju kaki diatur, hamboih sedap je duk berselimut kan? Dan dan je terlintas Surah Al-Muzammil: 1. 

Kejut baik-baik tak berkesan, kena guna cara lain nih. Start dengan Acik yang kurus tu aku tunda ke bilik air, kemudian Azim. Amri dengan Yong pulak...hemmm, budak 2 orang ni besar dari aku, kalo angkut jugak mau patah pinggang. Huk! Tarik tangan bagi bangun je la. Ha ha.

Then bersahur pagi ni mama buat roti canai and ada ayam panggang, gulai ayam, ikan percik...yum yum~ 

Sayang mamabah..

My home my heaven! Yeah!

* * * * * * *

Subuh

5.49 am..

Subuh sekali lagi dikerah untuk jemaah ke surau depan rumah. Alhamdulillah, surau selangkah dengan rumah. Dekat sangat. Rugi kalau tinggal jemaah Subuh ni memandangkan peluang dah terbentang depan mata kan?

Saf surau tika Ramadhan ni penuh je masa Subuh, kalau bukan Ramadhan, biasa mama, aku and mek je lah ada. Tapi aku kerap jugak membuta je, pastu start lah ada yang terbabas Subuh anak dinosour. Haih.

6.00am.. Perlawanan badminton Olimpik Chong Wei (MAS) vs Chen Long ( CHI) (TV2)

Macam beriadah pagi je tengok Chong Wei main. Energetik kot. Part yang paling suka tengok bila CW menang. Dia 'sujud syukur' kot, err cium gelanggang sebenarnya. Pingat Emas pertama bagi Malaysia  Layak ke pusingan final, bertemu dengan lawan sebenar, Lin Dan pulak. ^_^

p/s: tergelak bila abah cakap CW ni antara Datuk yang "tak maju kedepan" (boroi).. :D

6.30 30 minit Ustaz Don: Berdiri Tegak (AlHijrah)

Penat tengok CW main dengan penuh spirit, dah tiba masa nak take food for soul pulak. Ustaz Don yang hensem ohsem tu mencuri tumpuan. Ahem. Tentang berdiri tegak masa solat. Input baru dapat pagi ni.

Normally, kalau kita tengok orang-orang tua yang pakai tongkat nak solat, dia terus duduk kan? TAK SAH solat dia! Eh, bukan saya cakap, Uz.Don yang cakap.

Sebab apa? Sebab berdiri tegak tu adalah rukun dalam solat. Tapi kalau memang dia takboleh bangun and duduk kat atas kerusi roda 24/7 takpelah nak duduk pun. Dah memang dia tak boleh berdiri.

Tu kalo bole berdiri lah, kena berdiri walaupun sat. nak duduk lepas tu duduk lah.Tapi syaratnya kena berdiri dulu masa angkat takbir tu, and and..kaki tu make sure straight ja menghadap kiblat. Macam  nombor sebelas gitu. Straight ja.. 

And masa sujud pun, jari-jari tangan kita ni tak boleh kangkang besaq-besaq, kena rapatkan and menghadap kiblat jugak..

p/s: banyak input dapat pagi ni tentang solat. Selama ni taktahu pun. Huk huk~

7.00 Tanyalah Ustaz (TV9)

Lepas dah tamat 30 minit, beralih pulak ke TV9. Tanyalah Ustaz kali ni dengan Dr Danial Zainal Abidin. Bercakap mengenai Al-Quran. Sebab mata dah mengantuk ayam, input yang diserap pun style macam ayam mencatuk padi jugak..hee.. 

Antara yang dapat tadi, terus serap and tulis dalam status fb laju-laju:

Al-Quran itu bersifat authentic..
jangan hanya mengaji, tapi mengaji dan mengkaji
kerna Al-Quran itu banyak inputnya..
Sebarkan mesej Al-Quran
amalkan satu hari sepuluh ayat dan dibaca dengan kefahaman..

Sebarkan mesej Al-Quran
amalkan satu hari sepuluh ayat dan dibaca dengan kefahaman..

Dr Danial ada jugak bedah ayat 185 surah Al-Baqarah memandangkan 17 Ramadhan 1433H nanti Nuzul Quran dan sekarang ni pun topik mengenai Al-Quran.

Al-Quran ni sifatnya autentik iaitu dapat dipercayai atau di­jadi­kan pegangan, asli dan benar (bukan palsu, rekaan, dsb. Kalau kaji betul-betul, setiap baris, ayat dan perkataan dalam Al-Quran ni sama sebijik ketika ia mula-mula diturunkan dan kemudian ditulis oleh Uthman. Sebab tu lah Al-Quran kita ni dipanggil Al-Quran Resm Uthmani.

* * * * *


Itulah serba sedikit yang saya dapat pagi ni. Rutin di rumah macam ni lah. Setiap hari rotate perkara yang sama. Pagi-pagi sedut input daripada tv. Rancangan yang bermanfaat camni patut diperbanyakkan lagi rasanya. :)

p/s: tu yang buat diri ni selalu terasa nak balik rumah. Boleh tengok tv, solat jemaah Subuh, makan-makan... Tapi yang paling penting jemaah Subuh lah. Kalau kat IPG tu, nak turun Subuh punya lah malas. Bilik tingkat 4, pastu kena tahan ngantuk lagi. Macam-macam alasan kan.

Harapnya Ramadhan kali ni menjanjikan sesuatu yang bermakna.. InsyaAllah..

May Allah Bless..~

2 comments:

Jenn Syafiqa said...

salam ramadhan =)

thanx sis sbb share something useful like this. moga bertemu malam lailatul qadar.

singgah and follow sini

wardatulhumayra said...

wasalam ramadhan too.. ^^

welkaming..insyaAllah.. moga kita sama-sama dapat grab lailatul qadar yang super OSEM tu..

tengs somac sudi singgah.. sori la deh..takde kopi and biskut na hidang.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~