Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Sunday, August 19, 2012

Terakhir..

Jika ada permulaan mesti ada akhirnya. Bila ada pertemuan mesti akan ada perpisahan. Memang itu lumrah alam. Susah untuk kita menolaknya. Oleh itu kita perlu menerima dengan redha.


Ramadan 1433H



Sekarang, semua sibuk update mengenai Hari-hari raya. Ah, kalau ikutkan hati, mau saja aku korbankan raya itu. Kalau mahu saja aku jadikan Ramadan itu setahun, bukan sebulan. Terasa macam tak cukup. 

Tapi.. Ye lah kan, manusia ni bila diberi masa yang panjang, mereka akan berlengah-lengah. Ah, tak perlu cakap kepada dia, mereka atau kamu, satu jari diacu ke arah yang lain, empat jari menghala kat diri sendiri. Peringatan untuk aku, saya, kami, kita dan kitorang dan kauorang semua.

Review kembali target-target Ramadan yang tergaris tempohari,

# Khatam Al-Quran sekali dengan tadabbur (moga lebih bermakna)  [||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
# Merajinkan diri untuk qiam 
[||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||]  
# Bangun sahur continuously 
[||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||] 
# Follow Akademi Ramadhan's schedule  [||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||]  
# Berjemaah kat surau all time.  [||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||]  
# Terawih full  [||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||]  
# Mengejar lailatul qadr  [||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||]  
#  Jimat2kan belanja untuk berbuka. Didik qana'ah dalam diri 
[||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||]  
# Jaga hati, jaga iman, jaga hubungan, hiasi peribadi. ^.^ 
[||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||] 

Aduhai, ada target yang tak berapa nak tercapai. Tapi.. part lailatulqadar tu.. Alhamdulillah, taktau kenapa rasa macam dapat je.Sebab masa malam tu, entah kenapa, masa qiam, ngaji, terawih, hati rasa berdebar-debar. Ala-ala macam nak jumpa Mr. Right je.. Ahem.. Malam 27 Ramadan 1433H.

Moga Taqwa yang dikejar berbekas di hati..

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)



Kali terakhir melancong dengan gumbira di sekolah. Lokasi perlancongan sambil belajar di sekolah kali ni di SK Bukit Awang, Pasir Puteh. Haih, jauh sikit lah dari rumah, tapi takpa sebab mama hantar, hewhewhew :3 . SK Bukit Awang ni sekolah luar bandar. 

Cikgu-cikgi pun ada 22 orang je, 9 kelas, 199 orang murid. Sangat sikit kalau nak compare dengan Sk Padang Luas masa zaman aku bersekolah dulu. 199 orang tu pelajar Tahun 6 saje, tak campur lagi murid dari Tahun 1-5. Raaamaaai mak..

Alhamdulillah, cikgu-cikgi semuanya baik-baik. Nice semuanya. First time dapat guru pembimbing. Kali ni ada tugasan pengajaran makro. Pengajaran makro ni macam prektis mengajar kat sekolah la. Audience wajib dari kalangan murid-murid sekolah comel-comel. Kalau pengajaran mikro pulak, mengajar kat dalam kelas di IPG je la.

Mengajar kelas 5 Intan, fortunately they give me a good  cooperation during lesson session. Bahan ABM pun banyak membantu. Bercakap mengenai ABM, tak tidur malam dok prepare bahan-bahan ABM. Kena jadi rajinlah, demi markah dan supaya murid-murid dapat fahum dengan baik. Barulah pentransferan ilmu tu berlaku dengan smooth je. Kan?

Mengajar mengenai topik Food Chain. Revision saje, bukan topik baru. Bukan apa, bimbang silap bina konsep. But, most of the student tak faham mengenai pengkelasan haiwan herbivor, carnivor and omnivor. 


see? banyak miskonsepsi berlaku kan.





Oke fine.. budak-budak besar dari cikgu.. huk!

Ketika aktiviti individu. Bina Food Chain based on video.

Main game Poison Box.. Pasang lagu Ramadan Tiba-Opick. 
Terangguk-angguk kepala budak-budak ni follow rentak lagu.


Group activity

Sesi pembentangan kumpulan.



Hadiah ikhlas dari kami-kami.

Mengajar di bilik gerakan SKBA. Bilik ni best kot sebab whiteboardnye macam sliding door banyak lapis. Ada 3 lapisan kot, so terasa sangat osem boleh conteng-conteng whiteboard-takyah-padam-terus-slide-slide...haha

Begitulah ceritanya serba sedikit. PBS kali ni agak bermakna. Ye lah, hari-hari kena relief kelas.. Biasakan diri dengan budak-budak. Tahun depan dah nak kena mengajar dah. Praktikal dah. Nebes rasa. Tapi kena hadapi jugak dengan jiwa tenang. 


Terima kasih kepada warga SKBA untuk kerjasama dan pertolongan yang diberi kepada kami bertiga... 

Moga Allah permudahkan urusan.
Sekian..

May Allah bless... ^.^


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~