Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Wednesday, August 8, 2012

Zon 'Selesa' ke?


Comfort Zone: behavioural state within which a person operates in an anxiety-neutral condition, using a limited set of behaviours to deliver a steady level of performance, usually without a sense of risk (White 2009)
Zon selesa. Keadaan apabila kita tak rasa risau, rasa tenang dan nak berjimba-jimba 24/7. Normally, kita akan berada di zon selesa bila tak dihujani dengan pelbagai tugasan dan permasalahan. Ohoiii!

Zon selesa ni nampak best secara kulitnya. Kenapa? Sebab kita tak perlu nak jana brain nak fikir masalah bagai kan? Boleh bermalas-malasan sambil kunyah kuaci depan tv kan?

Tapi, realitinya zon selesa ni ibarat jerangkap samar. Yang tak kelihatan secara lahiriah, tapi akan memudaratkan kita apabila kita tak ambil sikap berhati-hati dan berjaga-jaga dari awal.

Contohnya macam kita baru dapat assignment daripada lecturer. Mesti perkara first yang diperhatikan pada lembaran tugasan tu, due date kan? Tengok tarikh hantar lambat lagi, kertas tugasan tu kebiasaanya terbiar camtu je.

Tersadai tak berusik selama beberapa minggu. Esok nak hantar baru tersentak. Barulah nak berjaga seharian untuk siapkan tugasan. Paginya, semua ke kelas dengan mata panda. Comel-comel je. haha... -_-"

Berada dalam zon selesa ni buat kita akan banyak terleka dan terlepas pandang banyak perkara. Ye lah, dah sedap duduk dan me'relax'kan diri, bila tiba-tiba ada task, mesti susah nak panaskan enjin semangat tu kan?

Haa, satu lagi, zon selesa ni akan membuatkan kita banyak terlepas perkara penting dalam hidup. Perkara yang akan buat hidup kita ni lagi.. WOW!

Parasit M pun makin banyak membiak dalam diri sampaikan antibodi R jadi tersangat lemah. Last-last kita pun jadi futur. Hadoi. Mintak simpang lah kan.

Mohon jangan terlalu selesa dengan zon selesa perangkap itu...#notetoself


p/s: Sekarang ni assignment berlambak, tapi saya masih bersenang-lenang di comfort zone. Hadoi.. #hantukkepalakedinding!

2 comments:

Kepakaran said...

zon selesa, bg cput zon selesa ni snagt melemahkan kita sebagai manusia. kalu asyik zon selesa je, bila la nk berjaya and nak memartabatkan agama dan bangsa???;)

wardatulhumayra said...

Kepakaran..
yeah agree wif you.
sebab tu sy ckp zon selesa ni zon perangkap.
perangkap yang macam tempurung kelapa tu.
Katak bawah tempurung.. Kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~