Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Sunday, September 30, 2012

Aina Qalbiy?

Muhasabah diri itu sangat penting
Tadi ketika sesi JRJ, Sis Aini ada tanya, dalam skala 1-10,
berapa kali sehari awak ingat Allah?
Hati saya tersentap..










Saya hanya mampu memberi skala 3.
3 awak..
sangat teruk
betapa teruknya saya..
Allah yang bagi nikmat hidup, nyawa, iman, islam ni saya ingat tak ingat je.
Kalau markah 3 ni, dalam exam kira FAIL lah.
Memang tak pass lah..
Teruk..

Tu antara sebab saya mencari DIA dalam hati saya.


Buku Ustaz Pahrol Mohd Juoi, DiMana DIA Di Hatiku tu sangat sesuai untuk saya baca.

Allah, bagaimana mungkin aku mendamba hati hambamu jika di hatiku tiada KAMU..

Teringat kata-kata Imam Al-Ghazali;

Carilah hatimu di 3 tempatTemui hatimu sewaktu bangun membaca AL-QURAN.Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT.Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur MENGINGATI MATI Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.

Bimbang hati itu tiada.
Ya Allah..
Bimbingi aku....

Saturday, September 29, 2012

BKPI dan Mestica



BKPI dah lepas dah..and Konsert Rhythm of The Soul dengan penampilan istimewa dari kumpulan Mestica pun dah habis. Agak kepenatan untuk Karnival yang berlangsung sepanjang dua hari  ni.


Sebenarnya BKPI ni sebulan sudah dilangsungkan. Dah pelbagai pertandingan dijalankan, nasyid Mizanis Idol pun sudah, Hafazan dan Tilawah pun sudah, OhSoMuslim (Ohsem!) oleh Imam Muda Nuri pun sudah, tak campur lagi dengan Chicken Massacre ramai-ramai..khutbah, azan, Running Mind, Diskusi Buku... 




Running Mind

Nasyid Muslimin - Grup 4 PISMP Sains..
budak laki kelas ambe nih..
2 orang solo nasyid IPG..dapat lah jugak tempat ketiga..
congratez..!

[Nasyid Muslimat].. grup Prasekolah..
merah menyala baju mak kau..menarik tertarik tertawan..aiwah..
 tapi yang konfem suara maintain sodap..
[Sinari Al-Firdaus: Iftar dan Gotong-royong]
[Chicken Massacre.. Kursus Penyembelihan]
Berani terr KU smelih ayam.. haha

[Tilawah dan Hafazan] - khusyuk nampaknya Ustaz Sopie semak bacaan
[Oh So Muslim(Ohsem) with Im Nuri].
tema purple malam ni..
Tapi saya tak join pun...huhu.. Jadi tukang sorak and tukang raikan majlis je.. 

Bukan tak nak, tapi tak berbakat. Nak sembelih ayam pun takut darah, tengok darah sikit dah mulalah nak pitam bagai. Sebab tu tak boleh nak jadi doktor walaupun tu cita-cita dari kecik.


Nasyid and tilawah lagilah, suara sikit lagi nak kalah dengan katak. Kalau masuk jugak, memang kesian lah telinga sesiapa yang mendengar. Heh.


Padahal boleh je nak join hafazan, kuiz and lain-lain. Tapi macam tu lah, alasan sepanjang 5 km. Haih..haih..


Untuk karnival BKPI yang berlangsung selama 2 hari tu..


Walaupun sekadar AJK bahagian makanan, tetapi kepenatan berlari-lari dari Dewan Bendahara ke Bilik Temenggung agak terasa.


Sudah jadi kebiasaan bagi 'waitress' retis ni untuk tengok persembahan separuh, separuh masa lagi tunggu kat dalam bilik santapan.


Sempat jugaklah tengok Mestica buat persembahan lagu Kerana Cinta ft with AsWeSee and IsOne, Rahmat Ujian, Istikharah, Layar Keinsafan, Badar 313, Salahuddin Al-Ayyubi, and ada beberapa lagi lagu lain yang turut didendangkan. 

Sebahagian ahli IsOne- grup nasyid Semester 8..
Persembahan terakhir sebelum meninggalkan IPG


[As We See] - grup nasyid IPG..
Bergabung meletops!
Tapi nak sangat Mestica bawak lagu Mimpi Yang Indah. Ye lah, best kot mimpi yang indah tu jadi kenyataan, macam Mestica datang IPG.. hehe..

Aha! Baru teringat, sepanjang Mestica ni buat persembahan, ada jugaklah dorang panggil student naik kat atas, sebab dorang da bawak album baru nak bagi free kepada mereka-mereka yang berani. 


Untuk konsert malam ni, pihak luar boleh jugak datang. Antara yang mai memeriahkan sekali dari MRSM KoPu, Imtiaz Besut, and pihak luar lah yang ramai.

Mostly yang berani naik ke pentas ni budak IMTIAZ Besut. Seriyus terasa bangga sebab ex-IMTIAZ kan. Tengok hadek-hadek ni berani kedepan. Siap nasyid lagi dengan suara yang agak mantap gitu...sapa dah nama dia, Arif kot.. 

Nazlin mesti kenal punya..

Teringat zaman sekolah dulu,..sobs sobs..rindu kot.

Pastu nampak bas IMTIAZ, teringat lagi masa naik bas nak balik rumah tetiap bulan. Tapi bas Imtiaz Dungun lah, bukan Besut punye.. Rindu jugak lepas 4tahun tinggal sekolah...


Berbalik kepada keadaan sekarang...


Memang super eksaited sampai save tempat depan sekali sebab taknak orang lain ganggu pandangan.


Padahal sebelum ni kalau ada talk ke , forum ke, mesti nak duduk tempat tengah atau belakang. Nak cover mata kan, asyik nak tutup je. Tak faham jugak dengan mata ni sebenarnya. Haih. 


Oke, memang retiss ni bukan perlu diminat sangat, tapi dah minat dengan lagunya, dengan retis sekali tertarik..


Tapi yang untungnya, kami tak perlu berebut-rebut untuk ambil tandatangan and bergambar sakan sekali.


Dah la kumpulan Mestica ni masuk dalam list feberet jugak. Tapi tak pe lah.. dah tugas.. 

Sebelum dorang balik ke hotel penginapan, sempat jugak bergambar sekeping. Happy kot dapat bergambar sebelah dia..



Haha!

Tapi agak terapat sikit...
Nasib lah.. 
Tak dapat nak elak, tengok-tengok dah rapat and takleh gerak. 
Terpaksa membatukan diri kat situ.

Tapi yang penting ada kenangan tuu..

Walaupun tak dapat signature.. heh..
Seriyus eksaited membunuh dapat jumpa Mestica face to face.. :)

Sunday, September 16, 2012

Jangan Kau Hina!


Cerpen: Bila Kamu Menghina Rasulullah Aku.
Aku terdengar kekecohan itu. Seperti dunia sedang bergegar dan gunung ganang menangis. Aku melihat dari jendela kesibukan hidupku. Rupanya kekasihku dihina lagi yang entah buat kali ke berapa. Dan ummat baginda menjadi marah, lantas timbul kekecohan di sini dan di situ.
Aku menghela nafas. Sebak itu wujud.
Menutup mata. Aku dapat rasa ada cecair sejuk mengalir pada pipi di bawah mata.
Aku terkilan dengan kedua-duanya. Kepada yang membina video itu dan kepada yang merosakkan wajah Islam dengan sikap mereka.
Aku lantas melihat semula ke belakang. Kepada susuk tubuh itu yang kini abadi di atas helaian-helaian kertas di dalam kitab-kitab mukhtabar. Berusaha untuk mencari sesuatu.
Buat mereka yang menghina Rasulullah SAW aku itu.
Dan buat mereka yang berakhlak buruk, dalam mempertahankan Rasulullah SAW aku itu.

********

Baginda kelihatan tersangat letih. Dengan darah yang menjadi warna tubuhnya ketika itu. Luka-luka menghiasi diri. Di sisinya Zaid bin Harithah berusaha memberikan yang terbaik kepada tubuh suci itu, tanpa menghiraukan dirinya yang turut luka-luka hasil jamahan batu-batu dari penduduk Ta’if.
Ketika itulah baginda berdoa kepada Allah SWT. Menyatakan akan usahanya, dan memohon ampun jika ini semua berlaku kerana kelemahannya. Menyatakan betapa lemahnya baginda, dan kepadaNya sahaja tempat baginda mampu bergantung harap.
Meruntun dunia mendengar doa itu, hingga malaikat turun memberikan tawaran. Jika mahu, gunung di Ta’if itu akan diangkat lalu dengannya Kaum di Ta’if itu dihancurkan. Namun di tengah luka dan kepedihan, di tengah kesedihan dan ketidak upayaan, Rasulullah SAW aku itu berkata:
“Jangan, moga daripada mereka, akan lahir orang-orang yang beriman kepadaNya.”
Aku yang tidak berada di sana, namun berdiri di tempat itu dengan dihubungkan helaian-helaian Sirah itu pada hujung jemariku, menangis.
Inilah Muhammad SAW yang dibenci itu.
Mengapa ini tidak diceritakan di dalam cerita mereka itu?
Mengapa ini tidak dicontohi oleh mereka yang mahu mempertahankan baginda itu?

*******

Baginda ketika itu dalam saat yang genting. Manusia-manusia rakus dari kumpulan kaafir Quraisy sedang berlumba untuk menamatkan nyawa baginda. Barisan tentera Muslimin di Medan Uhud yang hancur akibat ketidak patuhan sebahagian tentera, membuatkan tentera-tentera musuh berjaya menerobos ke benteng terakhir. Semua dahagakan darah baginda.
Yang ada di sisi baginda pada saat cemas itu hanyalah Sa’ad bin Abi Waqqas dan Talhah bin Ubaidillah. Mempertahankan Rasulullah SAW dengan segala kemampuan yang baginda ada, sebelum para sahabat yang lain tiba.
Ketika itu Ibn Qami’ah dari pasukan lawan berjaya menerobos dan melandaskan pukulan. Bahu baginda menjadi mangsa, dan kemudiannya pipi baginda. Hingga tali pengikat keledar besi yang dipakai baginda, terperusuk masuk ke pipi baginda. Beberapa batang gigi baginda patah, dan mengalirlah kemudiannya darah. Hingga baginda menakung dengan tangan suci baginda darah itu.
Saat ini, apa yang keluar daripada mulut baginda?
“Wahai Tuhanku, ampunkanlah kaumku itu, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”
Dan bersegeralah Abu Ubaidah yang telah sampai berusaha mencabut tali pengikat keledar itu, hingga giginya pula yang tercabut. Datang pula Abu Talhah, Abdurrahman bin Auf dan Abu Bakr mempertahankan baginda dan memukul musuh agar meninggalkan kawasan itu.
Suasana itu sangat mengharukan. Aku tidak berada di sana. Namun aku seakan wujud di sana. Bergetar hati ini ‘melihat’ suasana itu.
Mengapa ini tidak pula diceritakan?
Dan mengapa sikap itu tidak pula menjadi contohan?

*******

Kelihatan baginda mesra berlumba lari dengan Aisyah yang dicintainya. Kelihatan baginda menyantuni isteri-isteri baginda di rumah. Kepada Hafsah, kepada Ummu Salamah, kepada Zainab binti Jahsy dan lain-lain dari Ummahatul Mukminin, baginda mengasihi semuanya. Bahkan masih memuji dan mengingati isteri pertamanya Khadijah dengan penuh kasih dan cinta.
Seorang yang walaupun sibuk menerima tentangan, peperangan, memberikan penyampaian, keluar memerhatikan sahabat dan rakan, tetap pulang ke rumah dalam keadaan yang tidak membawa tekanan dan masih ada masa bermesra dengan isteri dan anak-anak baginda, membantu menguruskan hal ehwal rumahtangga.
Bagindalah juga yang menunjukkan contoh yang cantik kepada isteri-isteri baginda. Kala roti yang dibawa oleh Aisyah terjatuh, baginda adalah yang mengutipnya, meniupnya, dan memakannya. Tiada pembaziran di sisi baginda. Kala Aisyah cemburu kepada madunya Zainab, hingga menampar hidangan yang datang daripadanya, baginda adalah yang tenang dan sekadar lembut mengajak Aisyah mengutipnya semula, meminta Aisyah menghantarkan hidangan balas buat madunya.
Jika benarlah tubuh yang suci itu merupakan seorang yang gila seks, merupakan seorang yang sukakan seks dengan kanak-kanak, melakukan penderaan seksual, maka mengapa isteri-isterinya bahagia dan kemudian menjadi antara paksi penyebaran ajaran yang dibawa oleh baginda?
Baginda adalah yang mengangkat hak para wanita, para isteri, yang selama ini dianggap sekadar tempat melempiaskan nafsu dan melakukan kerja-kerja seperti hamba. Baginda adalah yang memuliakan para wanita dan menghormati baginda. Tiada baginda membentak isterinya kala makanan tiada, tiada pula baginda adalah yang bising kala makanan tidak kena dengan seleranya.
Maka mengapa itu semua tidak diceritakan?
Dan mengapa, dari kalangan ummat baginda, yang mengaku beriman dengan baginda, tidak mencontohi keadilan ini kepada wanita mereka?
Aku tidak berada di sana, tidak wujud kala baginda wujud, namun aku sentiasa tidak pernah gagal merasa hidup dengan kehidupan baginda. Kutekap buku sirah yang berhubung dengan tanganku ke wajah, kalaulah dari tulisan-tulisan itu dapat kuhidu haruman tubuh baginda.
Air mata ini mengalir.

*******

Apakah orang ramai mengenali Abdullah ibn Ubai ibn Salul? Kepala munafiq. Antara yang menyebarkan cerita fitnah akan kecurangan Aisyah RH. Antara yang membuatkan 300 orang dari 1,000 orang tentera Uhud berpatah semula ke Madinah. Antara yang berkata di kalangan orang ramai tanpa segan silu bahawa dia akan menghalau Muhammad keluar dari Madinah.
Hingga Umar RA yang terkenal pantas melindungi baginda ingin memenggal kepala celaka itu. Tetapi apa yang Rasulullah SAW lakukan?
Dihalangnya Umar, dan berkata:
“Apakah engkau ingin nanti manusia berkata, bahawa Muhammad membunuh saudaranya?”
Dan kala Abdullah ibn Ubai ibn Salul ini mati, baginda dengan penuh kasih, ingin melaksanakan Solat Jenazah kepadanya dan mendoakan kebaikan buatnya. Tetapi Allah SWT sendiri menghalang baginda. Hingga turun ayat:
 “Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah sama saja). Kendati pun kamu memohonkan ampun bagi mereka tujuh puluh kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi ampun kepada mereka. Yang demikian itu adalah karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.” Surah At-Tawbah ayat 80.
Tetapi kasihnya baginda, baginda berkata: “Maka aku akan memohon ampun buatnya lebih dari 70 kali.”
Dan kemudiannya Allah memberikan penegasan akan maksud ayat tadi:
“Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.” Surah At-Tawbah ayat 84.
Membuatkan Rasulullah SAW memahami bahawa memang tiada keampunan, buat yang mati tanpa bertaubat dari dosa-dosanya.
Namun kasihnya Rasulullah SAW itu terpancar pada tindakannya ketika itu. Walau Abdullah ibn Ubai Ibn Salul itu kerjanya hanyalah untuk melukakan baginda dari hari ke hari. Dari masa ke masa. Dari waktu ke waktu. Tetapi lihatlah bagaimana Rasulullah SAW melayannya. Berusaha hingga ke akhirnya agar seluruh ummatnya masuk ke dalam syurgaNya.
Mengapa ini tidak diceritakan oleh mereka?
Mengapa keindahan dan kecantikan sikap ini tidak pula dicontohi oleh mereka yang ingin mempertahankan baginda?
Aku tidak berada di sana. Tetapi kisah-kisah ini hidup bersama diri. Aku sentiasa mencari di mana semua ini dalam kehidupan hari ini, terutama di dalam diri.
Di manakah baginda yang dikatakan kita cinta itu, di dalam kehidupan kita ini?

********

Kala tentera berzirah lengkap itu bergerak dari empat penjuru Makkah, menggegarkan kota suci itu dengan derap kaki dan tunggangan, semua yang wujud di dalam kota itu bergetaran. Bermain semula segala seksaan, hinaan, usaha untuk pembunuhan, kempen untuk peperangan, yang mereka laksanakan ke atas Rasulullah SAW.
Semua masuk ke rumah masing-masing, ada yang bersembunyi di Masjidil Haram, dan Abu Sufyan bersembunyi bersama keluarganya di dalam rumah. Kerana Rasulullah SAW yang mulia itu sebelum datang bersama 10,000 tenteranya, telah mengembalikan Abu Sufyan ke Makkah dengan mesej penuh kemanusiaan:
“Barangsiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan, dia akan selamat. Barangsiapa yang masuk ke rumah masing-masing, dia akan selamat. Barangsiapa yang masuk ke dalam masjid, dia akan selamat.”
Dan kemudian pecahlah panggilan agar semua berkumpul di sekitar Rasulullah SAW. Ada mata-mata yang sempat melihat bagaimana baginda masuk dengan menungganginya untanya. Tidak pula tubuh mulia itu mendabik dada pada hari dia sepatutnya melaksanakan sedemikian. Bahkan tubuh mulia itu menunduk, hingga kepalanya hampir menyentuh belakang untanya. Mulut terkumat kamit merendahkan diri baginda kepada Yang Esa atas kejayaannya.
Kala seluruh Makkah senyap hendak menerima keputusannya, baginda yang mulia itu bertanya:
“Sangkaan kamu, apakah yang aku akan lakukan?”
Berkatalah yang hampir dengan baginda:
“Kami mengenalimu sebagai orang yang baik, maka kami yakin engkau akan melakukan kepada kami yang baik-baik sahaja.”
Tersenyum baginda ketika itu, dan kemudian baginda yang pernah diseksa, dihina, diusahakan untuk dibunuh oleh penduduk Makkah itu berkata:
“Pada hari ini, aku berkata kepada kalian sebagaimana Yusuf berkata kepada saudara maranya: Pada hari ini tiada cercaan buat kalian, moga-moga Allah mengampuni kalian dan Dia itu adalah Yang Maha Penyayang dari kalangan Penyayang(Surah Yusuf ayat 92)
Ya. Aku tidak wujud pada hari itu. Tiada di sana ketika itu. Namun aku dapat merasa getaran kasihnya baginda. Bagaimana seorang gila darah dan peperangan boleh melaksanakan tindakan sedemikian rupa? Bagaimana seorang gila seks mampu berakhlak sebegitu rupa?
Mengapa ini tidak diceritakan oleh mereka?

*******
Mereka menghina susuk tubuh suci itu, tanpa menyedari betapa baginda mengasihi akhi-akhi dari kalangan para Nabi. Sering dididik kepada ummat baginda, bahawa Musa itu saudaranya, bahawa Isa itu saudaranya.
Mereka menghina susuk tubuh suci itu, tanpa pernah ambil peduli betapa baginda sering berpesan kepada tenteranya agar tidak mencantas pokok sesuka hati, agar tidak menganggu orang yang berada di dalam rumah dan rumah-rumah ibadat. Sejarah sendiri mengakui betapa Salahuddin Al-Ayubi adalah bukti kepada indahnya ajaran baginda ini, menakhluk Baitul Maqdis dengan aman menyantuni ahli-ahlinya, sedang penakhluk Baitul Maqdis dari kalangan Tentera Salib menumpahkan darah hingga ke paras lutut kuda.
Kadangkala aku menjadi amat hairan dengan bagaimana mereka mempermainkan susuk tubuh mulia ini. Dikatakan kalau betul lelaki suci ini baik, maka mengapa ummat Islam ada yang melakukan keganasan.
Ya. Aku hairan apabila muslim melakukan kesalahan, yang disalahkannya adalah Islam.
Aku ingin bertanya, akan nuklear yang diturunkan ke Hiroshima dan Nagasaki. Apakah itu ajaran Injil? Apakah agama Kristian bersalah?
Aku ingin bertanya akan pengambilan Palestin dan penubuhan tanah haram Israel, pembunuhan demi pembunuhan di sana, kezaliman demi kezaliman di sana, apakah itu ajaran di dalam Taurat? Apakah boleh aku mahu menghina agama Yahudi akan kesilapan ini?
Islam dipersalahkan atas perlakuan Muslim, maka apakah mereka ini boleh menerima jika aku menyalahkan Kristian atas perbuatan penganutnya, dan Yahudi atas perbuatan penganutnya?
Pastinya atas dasar hak asasi manusia, kamu akan bising dan memarahi aku. Tetapi lihatlah kamu!
Saban waktu tanpa segan mereka menghina Rasulullah SAW, Islam, keEsaan dan keSucian Allah SWT, tanpa kajian dan pemerhatian yang menyeluruh. Gila seks, gila darah, itu sahaja tomahan mereka. Tomahan demi tomahan yang tidak langsung dilihat oleh mereka sisi-sisi lain kehidupan baginda.
Bagaimana baginda melayani cucu-cucunya yang bermain di atasnya kala dia sedang solat.
Bagaimana baginda bergurau bermesra dengan perempuan yang lebih tua, bertaraf nenek.
Bagaimana baginda duduk dengan orang-orang miskin sehingga yang datang melihat tidak mampu membezakan baginda dengan mereka.
Bagaimana amanahnya baginda, bagaimana belas kasihannya baginda dalam menjatuhkan hukuman, bagaimana bencinya baginda dengan kezaliman.
Mengapa ini semua tidak diungkit dan diangkat?
Dan yang buat aku lebih hairan, mengapa ini semua tidak dicontohi dengan baik oleh mereka yang mengaku mempertahankan baginda?
********
Aku membuka mata. Keluar dari lautan imbasan. Kuletakkan kitab-kitab yang menceritakan susuk indah itu, dan kuhela nafas.
Rasulullah SAW aku itu, yang mulia dan cantik peribadinya itu, tidak pernah membunuh orang yang tidak sepatutnya dibunuh. Jika ada yang bersalah, maka yang bersalah sahaja menerima hukumnya. Di dalam Islam, tidak diajar bahawa anak mewarisi dosa ibu bapanya, orang lain mewarisi dosa orang lain.
Maka tiada di dalam akhlak Islam, tiba-tiba dibom bangunan, dibunuh orang yang tidak berdosa, atas kesilapan dan kerosakan yang dilakukan oleh orang lain kepada Islam kita.
Namun di sebelah pihak sana, tidakkah intelektual yang dicanangkan wujud pada diri mereka ini tidak terfikir, siapalah yang tidak marah dan terganggu emosinya kala orang yang dikasihinya melebihi diri sendiri dihina?
Justeru, mengapa mula mencari fasal?
Apakah tidak cukup sebelum-sebelum ini segala video yang menghina tatacara kehidupan Islam, Rasulullah SAW, bahkan Allah SWT sendiri dihina dengan rakus? Tidak cukupkah?
Dan kepada saudara maraku, entah aku fikir berapa kali kita menerima provokasi sebegini. Tidak kita belajarkah? Memang mereka sengaja mahu buat kita marah dan kemudian beraksi sebagaimana aksi-aksi yang tidak sepatutnya, agar perjalanan dan perjuangan mereka untuk memburukkan nama Islam menjadi lebih mudah.
Aku sentiasa berfikir bagaimana hendak mengubah suasana ini.
Lantas akhirnya aku tengok diriku.
Hei, kenapa aku masih duduk di sini?
Lantas aku berdiri, bergerak melaksanakan kerja-kerja.
Telefon pintarku kuangkat, Umar Mita sahabat karibku, videografer dan fotografer yang pakar, kudail nombornya.
“Assalamu’alaikum Umar, jom buat video. Nabi kita dihina. Kita pulangkan sesuatu kepada mereka, dengan cara yang selayaknya.”
Kemudian aku buka komputerku, kulihat pada laman sosial yang aku sertai, ternampak Ameen Misran sahabatku, hebat berpuisi di dalam Bahasa Inggeris. Lantas aku hantarkan mesej:
“Ameen, buat satu poem, tunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Ada orang menghina Nabi kita. Mari kita pulangkan sesuatu kepada mereka, dengan cara yang selayaknya.”
Kemudian aku terlihat saudara seIslamku dari eropah telah membuat puisi yang hebat, dengan rasa gembira aku share.
Aku teringat akan sahabatku Uzair yang merupakan seorang pelajar agama yang cerdik, lantas aku hubungi dia: “Uzair, ada orang hina Nabi kita. Tulislah artikel, nota, untuk kita ulas isu ini sebaiknya.”
Aku yang ada kebolehan menulis cerita, menulis sedikit cerita.
Kemudian selesai, aku keluar dari rumah. Menyantuni masyarakatku seperti biasa. Memanggil ahli-ahli usrahku berkumpul, duduk di dalam bulatan bagi membersihkan fikrah kami, kemudian berdiskusi akan hal ini.
“Dakwah itu perlu digencarkan lagi. Sampaikan keindahan Islam, dan membentuk lagi peribadi-peribadi yang indah bagi menjadi duta kepada Islam buat masyarakat. Hingga sampai satu saat kita mampu membina sistem kita sendiri, dan merobohkan sistem yang rosak ini. Mengangkat keadilan dan membasmi kezaliman. Agar lebih ramai lagi mencintai deen ini, Tuhannya, dan Rasulnya.”
Ya. Itu respon aku.
Dan aku berharap nanti, Allah pertemukan aku dengan kekasihku yang dihina itu.
Aku mahu mampu berkata di hadapan baginda nanti:
“Sesungguhnya aku telah membelamu, dengan akhlakmu wahai kekasihku.”
Ya. Inilah yang aku akan lakukan, bila kamu menghina Rasulullah aku.
Sumber : LangitIlahi

Friday, September 14, 2012

Bila Dosa Jadi Biasa



Bila dosa jadi biasa
Hilang rasa resah gelisah
Pada yang Maha Esa

Bila dosa jadi biasa
Titik hitam sudah tidak dapat dikesan
Penuh menguasai ruang hati
Sehingga  malu semakin menghilang

Bila dosa jadi biasa
Buat jahat terasa baik
Kutukan dianggap pujian
Sehingga tak perasaan sahabat makin menjauh

Bila dosa jadi biasa
Maksiat makin menimbun tak kira masa
Mata dan hati seperti tersihir
Semua yang haram nampak indah

Bila dosa jadi biasa
Sudah lupa nak kembali kepada Pencipta
Hengat diri sendiri macam suci tanpa noda
Rugilah wahai si pendosa

Bila dosa jadi biasa
Hati dah jadi macam besi karat
Kotor dan keras dek noda
Sampai cahaya iman susah nak masuk

Bila dosa jadi biasa
Mohon sentiasa muhasabah diri
Mintak jangan kebiasaan itu membunuh diri
Supaya kelak tak tercucuk diri

p/s: mohon dijauhkan dari pendosa yang biasa.. Haih! -_-"

Wednesday, September 5, 2012

Antara dua



Ez     :Ko seriyus ke nak beli kamera besar tu?

Rein  : Seriyus la weh! Ko ingat aku main-main ke ape?

Ez     :Aku bukan apa weh.. Aku nak ko fikir betul-betul je...Mahal kot benda tu.

Rein  :  Aku memang dah lama kot berangan nak pakai kamera ’deseler’ tu. Feel dia bila capture gambar ngan kamera ni dengan kamera compact tu lain tau. Feel dia macam……(mata kelangit terbayang)

Ez     : Dia dah start dah. Hoi! Ko tu sedar la diri sikit. Ko sikit punya kecik nak angkut kamera bapak tu. Aku kesian kat ko je. Hehe

Rein  : Hadoih, ko nampak je aku ni kecik, tapi dalam ni ’taf’ tau! Haha

Ez     : Bajetted giler...Ye la2x. Tapikan, ko pernah terfikir tak?

Rein  : Fikir padea? Rajin bebeno aku nak fikir-fikir ni. Berangan je aku rajin.

Ez     : Ko memang.. Takde lah, kalau ko beli deseler tu, nanti mesti ko nak beli lens-lens dia yang harga ribu-riban tu. Tu tak campur lagi kalau kamera ko rosak ke, problem ke. Harga body saja pun cecah 2K. Mahal tu weh!

Rein  :Aku ada jugak terfikir kadang-kadang. Tapi orang kate desire tu lebih kan. Honestly, hati aku tak bulat betul-betul pun nak beli. Hukhuk

Ez     : Haa, lagipun deseler tu penting ke sekarang ni? Agak-agak kalau ko tak beli kamera tu, keje ko tak jalan ke?

Rein  : Ehm, jalan je. Takde effect pun kalau aku tak beli. Ni lebih kat desire aku lorh. Haih, pening weh!

Ez     : Pasal tu la aku nak ko fikir betul-betul dulu. Antara beli atau tak, ko kena pilih betul-betul tau. Buat pertimbangan elok-elok, fikir pro and kontra dia.

Rein  : Erm, betul jugak tu kan. Tiba-tiba terfikir, hidup kita ni banyak pilihan kan? Boleh dikatakan semua perkara kita kena pilih. Nak baik atau buruk.

Ez     : *Senyum.

Rein  :And setiap pilihan yang kita buat tu mesti ada consequences dia. So, untuk pilih kita mesti betul-betul fikir kalau taknak tanggung consequences yang teruk kan? Betul dok?

Ez     : Yeah! Tudea hujah super osem dah keluar. Mantop la bro!! haha

Rein  : Haih, tak de pape pun. Ko jugak yang percikkan idea ni. Heh. Buat aku terfikir kot. Tengs weh!

Ez     : No biggie la bro. Small alta mater gitu.  Ko perasan tak?

Rein  : Perasan padea? Aku hensem eh? Haih, aku memang dah lama kot tahu.. hewhewhew~ :3

Ez     : Ceit. Gedik giler weh! Geli aku..euwww.. haha. Takdelah. Kita ni kan, kalau nak makan, pakai baju, berkawan... pendek kata semua perkara lah kita kena buat pilihan..


Tarik nafas*
Ez     :Kalau salah pilih, bahana menanti tuu..even nak kawen pun kena pilih betul-betul.. ahemmm~

Rein  : Ahemmm! Kuat tah nikoh terr.. Dok sabor nak isi borang BM ke?

Ez     : Haih, biasala bila umur dah cecah 20-an ni, kena fikir jugak. Hadoih! Takdelah, gurau aje. Diri sendiri pun tak berapa betul lagi, dah berangan nak kearah tu. Ilmu di dada pun tak cukup lagi.

Rein  : Haha. Pandaila ko mengelak eh? Haih, kesitu pulak. Masa nak masuk jalan ni pun, kita sendiri yang buat pilihan kan?

Ez     : Aha! Ko nak tahu tak, aku tak pernah terfikir pun akan lalui jalan ni. Tapi seriyus aku rasa tenang dengan jalan ni. Rasa macam ada orang jaga. Rasa terisi. Macam manis.

Rein  : Manis sampai hyperglycemic kan?

Ez     : Ko suka guna ayat hyperglycemic tu kan?

Rein  : *Senyum..

Rein  : Tapikan Ez, aku memang nak laa.....

Ez     : Nak jugak?

Rein  : Emm2.. tapi nanti lah. Bila kaya nanti.

Ez     : Bila agak-agak nak kaya tu?

Rein  : Nanti kalo aku kawen dengan jutawan lah. Haha!

Ez     : Oke jugak tu, boleh aku tumpang sekaki.

Rein : Eh? Haha.. ngeng la ko!

Ez     : Ko pun. Weh.. tp aku sayang ko la.

Rein  : Aku pun...

Senyum.. ^_^

May Allah Bless
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~