Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, October 15, 2012

Kisah lagha

Lagha = Lalai = melakukan sesuatu yang sia-sia.

Allahuakbar! Allahuakbar!..
Assolatukhairon minna naum..

Azan Subuh menusuk pendengarannya. Matanya terbuka sedikit, mengerling ke arah jam  yang tertera di laptop. 

Ah, pukul 5.47 am dah? Jap lagilah bangun, awal lagi nih..Pukul 6.00 jap g aku pergi mandi solat and siap-siap.
Mata ditutup, selimut ditarik melepasi kepala. Mimpi kembali dilayan.
Sejam kemudian...

Whaatt??!!! Dah pukul 6.47am? Terus automatik mata terbukak luas tanpa sedar capai tuala menuju ke bilik air. 

Aduh-aduh. Tergajah lagi Subuh aku rini. Padahal tadi dah bangun awal kot. Alaa, menyesal tak bangun tadi. Hantuk kepala ke dinding! Ugh! Esok aku nak bangun AWAL!!

Tapi esoknya.....

Rutin sama jugak berulang...

Adeih!

* * * * * *
Tengah tengok drama Korea. Feeling-feeling jiwang gittew. 10.15 am.

"Rogayah! Tolong jemur kain nuh. Panas-panas ni cepat sikit kering baju tu. Baju-baju ekau jugak dalam tu. Kalau tak jemur kang, esok pakai baju basah laa p sekolah.."

"Jap mak! 5 minit jap lagi orang g jemur lah.."

"Banyak beno laaa kejap kamu tu. Alih-alih hujan dulu baru nak menyesal. Sekarang ni tengahari selalu hujan...."

"Ye mak, iyer..nanti orang buatlah.." (dalam hati: bising lah mak ni, orang nak usha Dennis Oh ni pun tak tenang.. haih)

2.30pm. Hujan lebat gilerrr.

"Haa sudah! Baju tak jemur lagi. Camna niiiiie...argh!!!"

* * * * * *
Tu kisah yang sangat sinonim dengan kita. Saya yang menulis ni pun rasa headshot berdas-das kena. Sampai tak larat nak bangun disebabkan tembakan yang bertalu-talu. Tu lagha yang selalu terjadi. 

Yang dekat part Subuh tu memang susah la kan nak bangun awal-awal. Sayang beno kat katil tu. Susah nak terus bangun and solat awal waktu. Bukan setakat Subuh je, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak jugak.

Tu tentang solat. Mamabah suruh pulak bagaimana? 
Sama jugak kondisinya. Sikap kita yang suka bertangguh tu menyebabkan banyak perkara baik yang kita terlepas. 

Know what? Bertangguh ni jugak merupakan antara penyebab awal untuk kita jadi insan yang lagha lagi melaghakan nih.

Tapi kalau bertangguh nak buat perkara tak baik tu takpe!.. ^_^

And tu antara perkara lagha yang kita boleh nampak gitu-gitu je kan. Kat sini saya nak share 10 perkara yang termasuk kategori sia-sia kalau kita buat.



Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-
  1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
  2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
  3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.
  4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
  5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
  6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
  7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
  8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
  9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
  10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya


Part no 9 tu yang saya nak highlightkan dekat sini. Seriyus rasa ditembak lagi. Aduh.aduh!
Dengan layan movie, overslept, laptop, gaming.. Macam-macam perkara yang saya buat. Dan perkara tu kebanyakkannya sia-sia. Aduhai.


Tapi kadang-kadang sering saya selitkan antara perkara sia-sia itu dengan input. Moga ada yang terkesan di hati.

Ada ketikanya saya dapat membidas lagha itu keluar dari diri. Then I noted something... 
Saya takkan lalai jika ada matlamat yang saya dah gariskan. Yes! Matlamat dan tekad yang kuat dalam diri.

Adanya dua perkara ni, automatik, insyaAllah, lagha tu dapat dinyahh keluar jauh-jauh dalam diri kita.

Aha, jangan lupa jugak iman dalam diri pun kena kuat jugak. Tanpa iman, tekad and matlamat tu jadi tak berapa nak bulat. Bujur je, senget situ, kempis sini.

Macam tu lah. Susah nak kikis kudis lagha ni. Dah beranak-pinak mulalah pening nak cari ubat.

Haih..

Moga Allah Redha.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~