Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Tuesday, November 27, 2012

3 Tahun sudahh..

Hari ni dah 3 tahun blog ni hidup segan mati tak mahu. Kalau baby tu mesti dah boleh cakap sikit-sikit and boleh berlari-jatuh-rebah gituw... 

Tapi blog ni pun kadang bercakap jugak dengan aku, bila rasa down ke, rasa macam nak marah ke, entri yang aku tulis kadang tu boleh jadi peringatan kat diri sendiri ni balik. Kena atas hidung sebijik-sebijik.

Tak sangka rupanya dah 3 tahun haku berblog, tapi langsung tak nampak rupa blogger. haha.. sebab memang aim asal buat blog ni untuk sharing-sharing and tulis sesuka hati je. Kadang tu tulis peringatan untuk diri sendiri dan jugak orang lain. Kalau ada readers lah. heh~ Tapi terfikir gak, camna eh hidup sebagai seorang blogger? Tak faham aku. Yang aku tahu just tulis-luah-baca-serap-tulis lagi. Hoho!

Ada masanya penulisan tu nampak macam berisi, kadang tu macam tin kosong. Tajuk je gempak, tapi pengisian hampeh. Dah la update pun main balun je. Ikut mood. Dan biasanya mood nak hupdate tu datang bila kepala tengah pusing dengan macam-macam masalah, otak tengah berselirat dengan tugasan yang menimbun. Memang pelik betul lah. Bila waktu free macam semester break kali ni, takde pulak idea yang mencurah-curah ke ladang gandum tu macam dalam iklan Cocokrunch.

Tapi bila dimbau kembali entri yang lepas-lepas, yang  ditulis sendiri masa hingus-baru-pandai nak-lap, muka-tampal-dengan-bedak-SilkyGirl-warne pink-tak-kenal-lagi-BB-Cream-bagai- , macam dapat identify cara penulisan tu makin berbeza. Kalau tengok entri dulu, memang dah macam karangan budak sekolah rendah. Macam tak sangka aku yang tulis tu semua. 

Dolu-dolu tak pernah terfikir langsung nak buat blog bagai. Tengok MysarahManas and AiniUlfa buat, rasa macam teringin. Tapi biaq la dulu, pendam sajo.. Tapi last-last tu buat jugak sebab terasa macam best je dapat berkongsi apa yang kita dapat tu dengan orang lain. 

Entri first bukan tulisan tangan sendiri lagi, just main kopi dan pasta je. Tapi macam tak best bila tak masukkan idea sendiri dalam blog. So, kerah jugaklah idea nak menulis walaupun takde bakat.

Tapi lama-kelamaan, bila dah banyak kali menulis dan mencurah idea ni, nampak jugaklah kematangan dalam menulis. (cewah, matang gituuw.. perahsantan banyak nih) Bakat pun makin meningkat sedikit demi sedikit. Hihi.. :)

Dan tak suka jugak bila baca belog yang guna bahasa skema petak 4 segi. Punyalah boring. Dan mungkin sebab tu lah kot gaya penulisan blog ni sesedap rasa je. Kadang bermanfaat, kadang nonsensical jugak. Ikut moodlah kan, biasalah. 

Bila mood sedih bersarang, memang entri semuanya pasal camna nak recover dari sedih, camna nak overcome. Masa tu memang banyak la lirik lagu tampal dalam belog. Entah, lagu banyak yang inspire me. Pasal tu rasa banyak terluah thru lagu. Sebab banyak jugaklah lagu ni yang kena dengan diri. Sampai nak luah perasaan dekat orang pun best guna lagu. Macam sweet gituh... haha XD!

Dah macam-macam pengalaman aku dengan blog ni. Nak start buat blog ni, aku pening dengan nama ape nak letak.

Adalah several name yang aku rasa macam lame gituh bila ingat balik...

  1. Know Everything Here
  2. Hidup Itu Indah
  3. Life's is Simple
  4. Life's NOT Simple
  5. Verse of Life
Haha.. See? Banyak kan nama tu. Semuanya bagi aku agak lame lah. Tak catchy langsung kot. Haha, tapi aku buat je. Kisah ape, ni blog aku, kena ada personaliti tersendiri. And nama blog ni bertukar ikut cara aku fikir pada masa tu. Macam nama yang no. 3 dan 4 tu. Berbeda bukan? Mula-mula tu aku fikir macam hidup ni mudah je, then bila fikir balik, hidup tak mudah kalau kita tak pandai merencana. Kacau bilau habis-habisan lah.

Sekarang dah maintain dengan VerseOfLife. Tapi tak tahulah akan bertahan sampai bila. Link blog ni pun aku dah tukar. Pertengahan tahun ni jugak aku tukar atas sebab-sebab tertentu. Selepas blog aku tukar link tu, follower aku macam susah nak trace entri terbaru sampai aku rasa aku kena buat page Fb. Tapi rasa macam lame jugak sebab perasan kunun blog ni ramai readers

Padahal rumet sendiri pun tak perasan blog ni wujud. Sangat lah macam.. hermm..
Tapi aku tak kisah pun semua tu, yang penting mesej yang aku nak sampaikan tu dapat di reach kepada orang yang terbaca blog ni. Sebab aku menulis mengikut apa hati aku cakap. Tapi ikut hati mati, ikut rasa binasa. Then, hati +fikiran yang ada fikrah tu yang jadi teras penulisan aku.

Roman picisan. Nilai sastera memang fail lah kalau nak label ni blog sastera. Blog islamik pun fail sebab dengan lagu Linkin Park bagai, bughok beno perangai. Tapi blog ni adalah blog yang aku create dan tulis berdasarkan apa yang bersarang dalam fikiran aku. Apa yang aku rasa, dan apa yang hati aku cakap.

Kadang tu bila aku rasa macam nak bermanis-manis dengan sahabat, aku dedikasikan jugak sebijik dua entri untuk mereka. Dan aku suka menulis untuk mereka. Walaupun mungkin entri tu tak dihargai or ditong sampahkan. Aku tak kesah, yang penting aku dah bagi dengan ikhlas dan sepenuh hati. Hati pun terasa bahagia tanpa sebab. Nikmat memberi mungkin?

 Dan untuk anniversary kali ni, aku banyak merepek dan meluah je. Dah lama nak meluah tentang bog ni. Tapi masa dan kesempatan tu takde. Takkan tetiba je kan nak cakap pasal aku buat belog ni sebab blaa blaa.. Masa tu tak sesuai. The real thing is, aku memang dah lama tunggu anniversary blog nih untuk aku bercerita. That's why panjang berjela tulis. 

Mungkin ada yang baca. Mungkin ada yang tengok terus muntah sebab banyak sangat tulisan. Haha.. Aku tak kisah pun. Yang penting aku dapat luahkan dan coretkan dalam belog ni.

Sebab esok mungkin aku lupa apa yang aku tulis hari ni. That's why blog ni sangat membantu sebenarnya. Bantu aku untuk dengar apa yang aku tak dapat storykan dekat orang lain. Untuk aku ingat kembali event-event penting yang berlaku dalam hidup aku. 

Dan secara jujurnya, blog aku bukan satu. Adalah dalam 5 blog gituh. Haha.. Kegilaan apakah ini?

Dengan blog SciEdGenIX, Blog Biro Keusahawanan, fnatashafizi, Qalbiy dan blog ni. Setiap blog tu ada fungsinya yang tersendiri. Haha. Aku suka meluah through tulisan. Kalau dengan verbal tu mungkin boleh. Tapi ada limit. Sebab bukan semua perkara yang kita nak luah tu, orang suka dengar. 

Tapi aku tak sangka sebenarnya bila ada sorang kawan aku ni cakap blog aku jadi sumber inspirasi dia untuk berblog. Dan blog dia lagi UP dari aku kot! Pengisian dia memang perghh! la orang kata. Terharu kot bila dia cakap camtu. Siap promote blog aku dekat kawan dia lagi tu. 

Aduh! Malu rasanya. Bukan ape, blog ni entah pape. Pengisian pun ade takde je. Macam tak layak nak dijadikan contoh. 
But still, rasa macam dihargai. Sob sob.. ^.^ Tenkiu veri much!
Honestly, suka bila dapat tahu ada orang yang selalu follow perkembangan blog. 
Macam jadi sumber inspirasi gitu nak tulis dan update banyak-banyak. :)

Ada jugak simpan cita-cita dan impian nak jadi macam blog AngelPakaiGucci ke, blog saifulislam ke, takpun macam blog SolihinZubir ke.. tapi masih lagi tak mampu.. sebab tak bagi komitmen penuh dekat blog. Setakat obligation tu boleh lah. Memang tabik spring jettak lah dekat blogger tegar yang mencurah-curah idea update tetiap hari tu. 

Nak menulis tetiap hari tu macam susah bebenor. Idea tu tak datang macam tu je. Kadang tu sambil berguling-guling depan TV tetiba idea datang, tapi idea tu jarang datang bila diseru. 

Tapi macam tu lah. Aku banyak menulis dari hati barulah boleh menyentuh hati-hati. Dari hati ke hati gituh! Tapi kena berhati-hati jugak sebab bimbang mungkin tulisan dari hati ni boleh mencederakan hati-hati yang membaca. 

(rangkap ni macam bole guna untuk game telefon berkarat je.. :p)

Macam tu lah,  3 tahun bersama belog. Cewah.. Blog yang banyak mematangkan dan membuat aku merefleksi diri sendiri. Macam cerminan hidup gitu. Semoga hati-hati ini terus tsabat. Dalam jalan yang dipilih. 
Semoga blog ni terus hidup walaupun dah nampak macam nyawa-nyawa ikan dah. 
Sekian

Yostruly,
XOXOwardatulhumayra  .. ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~