Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Wednesday, November 28, 2012

Semester Break!

Ohhhh! It's holiday now!!

Okeh, eksaited disitu. Ye la, selepas berperang selama 2 minggu dengan exam, bercuti adalah sesuatu yang amat melegakan. AMAT!!

Awal cuti kali ni dihabiskan di KL atau lagi spesifiknya di Ampang. Habis je paper ELE3102 petang Rabu 7hb tu, terus je roger mama nak balik rumah. Sebab masa untuk duk kat rumah kejap je sebelum berangkat ke Hentian Putra. 

Ni kira kali kedua kot naik bas express ke KL. First masa buat SBE dekat Klang dulu, stay dekat rumah Zora. Saja cari pengalaman mengajar dekat sekolah luar daripada Terengganu. Mana tahu kang kekgi kena posting ngajor dnu ke? Possibility tu ada..

Kalau 1st time dulu alone, travel kali ni ditemani Zora and Aida. Bas Ekspress Sani, siap ada TV lagi dekat setiap seat. Masyukkk! Yang lagi buat saya terasa overexcited tu bila tengok folder movie, HP 1- 6 semua adaaaa. 


Gambar tak keliyer. Kes pakai Low  shutter speed dalam bas gegor2.
Mana sempat nak pasang tripod bagai..


Oke! Terus automatic set up mind malam ni aku takmo tidur even though dah 10x repeat citer HP tu. Haha!! Susah la kalau jadi kipas-susah-mati nih. 

Dan effectnye, pagi esok langsung tak tersedar bila dah sampai dekat Hentian Putra. Bukak mata, tengok seat sekeliling semua dah kosong. 

"OhMaiGODD!! I all ALONE!! Seriyus cuak membunuh!"

Fortunately bas tu baru keluar and berhenti dekat-dekat dengan Hentian Putra tu, kalau tak memang tak tahu mana bas nih bawak. Dalam cuak + nervous tu, laju je say Alhamdulillah. 

Mujur Allah bangunkan aku, kalau tak sedar jugak, memang tak tahulah nak kata apa..Haih.. -_-"
Aha, saya terpisah dengan Zora and Aida dekat Hentian Merapoh tukar bas lain, sebab bas yang kitorang naiki ni tak berhenti dekat Klang. So, sebab tu takde orang yang kejut. Forever alone gituh. T_T

Then, after a few minutes, parents Ana(roomate terchenta) pun datang menemani sementara tunggu Ana sampai. Masa tu memang dah lega lah. Cuak dan nervous tu mulai menghilang.

Bila difikirkan balik, ada hikmah saya terlewat bangun and rasa cuak gini. Macam satu teguran daripada Allah dekat diri ni supaya lepas ni jangan lagha, ambil tindakan terburu-buru dan belajar untuk berfikir di saat genting

Pilihan saya taknak tidur semalam tu dah menampakkan kesannya. 

Every choice that we made has its own consequences.

Then, cuti saya bermula di Ampang dari 8 Nov 2012 -12 Nov 2012 (EDay), Bukit Jalil 12 Nov 2012 -  22 Nov 2012. 

Banyak yang saya nak kongsikan bersama, coret-coretkan dekat sini. Macam-macam perkara yang berlaku, ada dengan air mata gembira, sedih, cuak, awkward, weirdo, overexcited, frust, rase kecikk.. 

Nanti saya akan kongsikan di entri seterusnya..InsyaAllah kalau tiada masyaqqah yang menghalang laluan curahan minda. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~