Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Sunday, November 4, 2012

Tak mudah dan tak mustahil



Sekarang ni guru-guru pelatih sedang berada dalam fatrah imtihan. Saya pasti bukan hanya kami-kami sahaja dilanda taufan exam yang buat tidur tak kenyang mandi tak lena dan makan tak basah ini, hadek-hadek yang bakal ambil SPM dan STPM juga sudah pastinya berada dalam keadaan yang sama kan? 

Aha, tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat yang turut berada dalam fatrah yang sama.

Semoga Allah permudahkan urusan kalian semua.

Imtihan ini banyak membuatkan jiwa-jiwa yang tenang itu mulai bergelora. Dengan mood study yang datang tak nak datang je, ulangkaji tapi entah apa-apa yang betul-betul meyerap masuk ke dalam cerebrum membuatkan jiwa tu makin hilang sabar.

Tak campur lagi dengan stress disebabkan soalan spot yang kunun-kunun masuk tu tak berapa nak kena. Stress tak boleh jawab, stress blur, stress tak habis study, stress kesejukan dalam exam hall disebabkan air conditioner yang low degree..eh? Banyak betul stressnya.. haih

Musim exam ni memang kena banyak tanamkan benih-benih sabar tu. Dan nafsu untuk bermain-main dan berjimba-jimba dengan gumbira itu terpaksa ditahan buat sementara waktu. Kalau nak hasil yang terbaik, pengorbanan yang sedikit tu akan terasa sangat berbaloi..

Al-Ilm kannur..
Ilmu itu cahaya.
Ia takkan menembusi ke dalam hati-hati yang gelita.
Setakat melapisi mungkin boleh,
tapi untuk diserapi, faham dan amal?

Sabar je, nak grab ilmu tu tak semudah mengunyah kuaci sambil tengok Vanilla Coklat. Macam kisah Nabi Musa nak belajar dari Nabi Khidir dulu.. 

Kisah yang Allah selitkan dalam Al-Kahfi: 60-82..


Bersabar untuk belajar bersabar.. -Us Hasrizal

Tak rugi pun bersabar.. Cuba tengok tafsir surah Al-Asr: 2-3

empat point yang perlu fokus kat dalam surah Al-Asr yang selalu kita baca bila nak tangguh majlis tu i.e:

orang tu takkan rugi kalau..

  • beriman (Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota)
  • mengerjakan kebajikan
  • saling menasihati untuk kebenaran
  • dan saling menasihati untuk kesabaran
* * * *

Selamat ber'exam'!
Semoga berjaya dengan warna-warna berterbangan.. ^_^

Dan sekiranya keputusan yang di'grab' tidak seindah yang diimpi..
Believe in Allah..He plans the best for us..
Sebab segala yang berlaku mesti ada hikmahnya..

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Segalanya MilikMu- Mestica

Semoga Bermanfaat..

May Allah Bless .. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~