Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, December 27, 2012

Shah Alam -KL- Putrajaya


KLCC. Plan asal nak masuk Petrosains. Tapi ticket sold out. Cuti sekolah. 
Ramai kot. Penuh.

Padat. Full. Kena book dulu tiket awal-awal kalau nak masuk time school holiday cenggini.

Lesson: buat perancangan awal. Book for ticket first, then you'll able to come.
Kalau tak rugi je jalan jauh-jauh.

p/s: Lollypop besar tu dekat Candylicious. Penuh cekelat. Teringin nak borong semua.
Tapi tengok purse, terus T____T

Keperluan lagi penting kot.

Utama yang mana lagi penting.


Dataran Putrajaya. Night market here.

Beli ayam goreng Abang Bob, tokoyaki, kebab, ABC..

Saya yang paling banyak beli makanan.

Kawan saya cakap, "Tasha ni perut macam stoking, nampak kecik. Tapi boleh sumbat macam-macam !".

Terasa macam nak deny, but its true instead. So, memang macam tu. Nasib lah.

Then, ala-ala picnic dekat field.

Ramai kot orang lepak sini. Loads of family. Ada yang bawak bicycle, roller blade, skateboard, racquet.

Macam best. Teringin nak main skateboard. 

Teringat Ed.Versus. Hlovate. Buku yang buat aku start jatuh cinta dekat tulisan dia.

Dan buat jiwa ni makin tertarik dengan apa itu usrah.

Usrah tu jaga kita. Sebab dalam usrah, kita sama memperingat dan diingati.

* * *
Hilangkan stress dekat sini syok kot.

Udara malam nan dingin. Sambil eratkan silaturrahim with family.
Just noice! :)


Taman Tasik Shah Alam.

Sitting alone on the bench facing the lake. Kadang dengar bunyi gagak-gagak bandar. Bising. Tapi angin tasik yang sepoi-sepoi bahasa buat jiwa tenang.

Layan 'Beduk Diketuk' sambil telinga sumbat Beats Earphone by Dr.Dre.
The Best of Mozart mengalun perlahan. 

Kadang perhatian teralih dengan bunyi kocakan air dari pedal  kayak.
Bestnye kalau dapat main.

Tapi alone, bosan jugak.
Kakak attend her class, pukul 2.30pm baru habis.

And I spend 3 hours waiting here. All alone.
Wait, not alone. With my book. And fon. Beats, and nature.

p/s: next time, nak naik bot itik and kayak tu. 

Tuesday, December 25, 2012

Monsoon season!

Normally, negara belah Europe, Timur Tengah and sewaktu dengannya ada 4 musim i.e winter, autumn, summer and spring, tapi dekat Malaysia ni ada 2 musim je, musim hujan dan kemarau/kering.

Kalau belah sana hujung tahun duk main dengan salji, belah sini sibuk duk harung air bah sampai takat pinggang, tu yang minimum lah. Tapi ada jugak air naik sampai ke bumbung, atap rumah pun hilang.

Banjir tahun ni nampaknya agak besar la jugak. Boleh dikatakan meliputi seluruh negara kot..
2 3 hari hujan tak berhenti-henti..

Kuantan

kredit
Jalan ke Rantau Panjang, Kelantan
kredit
Kemaman, Terengganu
kredit

And, tak dilupekan jugak, Jerteh terchenta.. pun naik air jugak..








Walaupun begitu, rumah saya still berada dalam zon selamat. Bebas dari banjir. Tapi honestly, jeles jugak tengok orang duk berkubang dalam air.
Dah macam pesta air akhir tahun dah.

Dengan pelampungnya, dengan bot bagai.  Kalau kanak kanak riang of course lah gumbira bila tengok air banyak boleh berenang jadi itik, tapi yang bahagian ibu bapa ni pening kepala duk fikir tentang kerosakan harta benda.

Tambah pulak cuti sekolah dah nak habis, dalam seminggu lagi sekolah dah nak bukak dah. Kalau air tak surut lagi, ada kemungkinan ada sekolah yang dipostpone pendaftaran. 

Dan, cuti saya pun dah nak habis, berbaki dalam 6 hari lagi. Aura belajar tu dah bertiup sepoi-sepoi bahasa dah. Macam mana lah next sem nanti. Ada prektikum lagi tu. Haih, rasa macam tak berapa nak sedia lagi. Tapi macam mana pun, still I need to face it lah!

Bila tengok air yang melimpah ruah ni, rasa macam termuhasabah sendiri. Kun fayakun.
Sekejap je Allah nak tunjuk kuasa dia. Kalau 2 3 hari lepas takde lah banjir sana, tenggelam sini. Hujan sekejap je, dah tenggelam dah. Kun fayakun.

Sunday, December 23, 2012

Engagement Day!!


11 November 2012 : Ahad

Cantik je tarikh hari ni. Dan hari ni adalah hari yang dah lama dinantikan. Of course lah tak sabar nak tunggu kan rumate? Post ni dah lama terperap dalam draft blog. Susah betul lah sekarang nih nak berajin-rajin hupdate. Kemalasan menghantui. Susah betul.

Btw, just to make this post short and simple but meaningful, I just upload a few picture as a review during the engagement ceremony ..

To my beloved roomates, semoga bahagia hingga ke jinjang pelamin dan semoga ke sOrga hendaknya. Amiinn..

My prayers always be with you, and I hope there'll be my turn. >_<!

When the times comes, when I really very well prepared and kalau de calon.. -_-"

Muka bahagiaaa. Tangan tu konfem sejuk kan rumet?! Hehe..

Baju-baju yang nak dipakai during engagement ceremony.
Boleh konfius sape yang nak bertunang nih!
Tapi memang takleh kalah la baju tunang tu, penuh kerawang you!
Buat kawen pon boley.

Hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan.
Terlupe nak masukkan gambar sireh junjung sekali. hee!

Haa, yang ni pulak daripada pihak perempuan kepada lelaki. 

Cincin pertunangan. Chantek kan?!
 Ayat (24:32) tu kena sangaaatt !! ^_^


Candy buffet yang kitorang sama-sama siapkan. With Nadia, Iera and Diyana also. Tak tido malam nak siapkan menda nih.
Nampak simple je kan?
Tapi yang penting comel!
with her big family.. :)




Kami-kami yang sebok nak bergambar sekali.
Ambik berkat orang kate. Hehe..
Except for Cik Laila, yang tu dah berpunye. Ehem.

Kami-kami yang berposing sakan.
Semua kawan-kawan rapat Ana dari SAM10 and IPG.
Aha, nak kenalkan yang kata atas tu, Nik, bestie Ana since sekolah lagi.
Kecik-kecik comel orangnye. Baik giler kut!
EDay Card yang kami buat during exam gap. Bosan study.
So, buat la kejap menda alah ni.
Designer: me..
Nak tempah boleh la. haha. Mesti pelik kan ada kad tunang? Orang biasa buat kad kawen je,
Kad ni just untuk kawan-kawan and teman rapat je. Sekadar kenangan. :)


Rombongan dari pihak lelaki
antara juadah yang disediakan.
Ni semua self-prepared. Sodap-sodap bak hang!
Tambah 2 3 kali kot makan,
Ni kad yang sempat saya siapkan masa duk tengah tensen study untuk exam.
Gabung terus tunang dengan birthday! 2in 1 orang kata. hee

Haa, ni lah photographer yang ambik gambar-gambar nih sume.
Kawan Ana, Arif since sekolah rendah lagi.
Photographer pun nak bergambar jugak! hee

Sebenarnya banyaaaaakkk lagi gambar-gambar yang dicapture during EDay. 


Tapi saya upload sikit je, bagi peluang dekat tuan punye gambar pulak hupload. 

Hee, tapi sikit yang banyak. Sorry rumet kalau terbanyak sangat. 

Seriyus aura bahagia tu terrrasa!!
Orang lain bahagia, kite turut merrrasssa.

Macam tak caya kut, rumet sendiri dah jadi tunangan orang. Woha!

Btw, congrats, tumpang bahagia untuk kamu...

Be a part in your engagement preparation made me glad. 

Macam prepare untuk majlis sendiri lak rasenye! Hik3! (gelak gedik!)

so, lepas berakhirnya majlis nih, saya still stay for a few days, sebelum bertolak ke Bukit Jalil pulok.

Perjalanan masih belum berhenti lagi. ^_^

p/s: dear rumet and family, a really really super duper gigantic thank you for everything. InsyaAllah kalau de peluang terbang lagi ke KL...best kut keluar ramai-ramai. And sumer gurl lak tuh! >_<!

p/s/s: Dear Nadia, tenkiu untuk dress. Hee, segan lagi nih! :)
*p/s/s/s: Sori tau Nadia, selalu tertukar ngan Iera.hadoih~.. heee

Thursday, December 13, 2012

Kolumpo..

Akhirnya hupdate jugak. Sori keterlambatan. Kali ni lambat bukan kes busy, tapi kes idea tu macam nak taknak je mengalir. Paksa diri untuk menulis bukan kebiasaan saya. Sebab tu jadi lambat sedikit. Atau lambat sebanyak sebetulnya.

***

Seminggu pertama telah saya luangkan di Ampang. Habis je paper ELE3102, terus laju panjat hostel tingkat 4 kemas barang bagai. Agak tercungap jugak lah, sebab paper habis pukul 5.30pm, bas pukul 10pm and I need to rushing nak balik rumah dulu sebab nak packing several thing yang ade lagi tertinggal dekat rumah. 

8 November 2012

Ampang. Specifically my roomate's home. Too much thing I did here. Bermula dengan jalan-jalan ke MBO Ampang. Ana's siblings dah lama tak tengok cinema sama-sama. Nak tengok cinema je, their parent didn't allow them till their eldest sister be at home. So, saya pun tumpang sekaki lah. 

Ye lah, dekat  Besut mana wujud skrin besar  dalam bilik gelap tertutup tuh. Kalau macam feeling nak tengok movie dengan kawan-kawan tu, biasa buat wayang pacak dekat bilik Aide and Sarah je sambil kunyah kuaci and jajan.

And then, we decide to watch Istanbul Aku Datang. Movie baru keluar hari ni. Aha, 8 Nov 2012 lepas. Mula-mula tu macam bimbang jugak kalau-kalau citer ni tak best kan. 

Tapi tengok cover macam best and Ana's siblings memang eksaited gilerr nak tengok citer nih. Sooo, lepas seludup masuk junkfood and soft drink, and we enjoyed the movie (tetiba rasa macam taip karangan budak skolah rendah.. -..-).

Seriyusly lepas tengok tu semua tunjuk muka BAHAGIAAAAA! Excited kooott! Sampai kitorang teruja nak balik rumah semata-mata nak hupdate kat Fb sampai tak sedar kaki lari laju-laju. Eh..? LIKE x1000000 (baca: kali sejuta) 

Yang bestnya citer ni sebab jalan cerita dia tu macam best. Tapi quite nonsensical lah bila Dian tu sanggup pergi Istanbul semata-mata nak jumpa her boyfie, macam tak patut lah. Boyfie je pun, bukan hubby lagi. 

Tapi mungkin the other side macam sweet lah sanggup berkorban gituh. Tapi still inappropriate lah, especially when Dian said she wanted to stay with her boyfie for 3 month with the other 2 man. Huh, apekah itu? 

I think, elemen macam tu perlu dikurangkan atau remove terus dalam movie. Bimbang jadi ikutan anak muda yang still pening lalat dalam nak beza yang mana betul, yang mana salah. 

Memang nampak remeh, tapi perlu dititikberatkan jugak lah kan. Tapi story and the script memang naise lah. Comel gituh! Haha. Anddd sweett.. Lagi sweet kalau dorang tu husband and wife. Haha, kemain komen. Tapi suka sangat dengan ayat Beto a.k.a Haris ni,

''Saya tak mintak pun peluang kedua, saya cuma mintak satu peluang je"

Hehe, mau 2 3 hari jugak tersenyum sorang-sorang bila ingat scene dalam citer ni. Beto suweeett kooott..!

Then, balik dari MBO, terus sambung buat invitation card, print, cari masquerade... and yada yada..

Invitation card, masquerade, candy buffet thingy..
9 Nov 2012: Jumaat

Pagi- pagi lagi saya dikejutkan dengan suara kanak-kanak riang bermain gumbira. Ah, sebelum terlupa, Mak Ana bukak nursery dekat rumah. So adelah dalam 11 orang anak jagaan yang comel-comel kiut miut. Memang riuh lah rumah ni dengan budak kecik. 

Dah la manja je semua tu. Ada sorang tu, nampak saya je terus datang peluk. Alololo..suweett..

Dekat rumah dah lama takde budak kecik. Anak sedara lambat lagi nak dapat. Haih~

Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Pergi dengan Ana's siblings. Macam biasa. Girls outing!! haha.

Tak bershopping sangat pun. Akhir semester, biasa lah. Sama jugak dengan akhir bulan bagi yang bekerja. Kopak!

Banyak bergambar je. Ye lah, Kak Tasha nih bukan selalu datang KL. Jalan je wajib berkepit dengan Olympus VH-210 tu. Kamera berjasa nih. Lagi pun, mestilah nak potretkan momen momen indah berjalan dengan sibling rumet and Ana herself. 

Dah nama holiday kan. Actually we did a little shopping. Baju-baju je. And I'm searching for dress. Nak pakai masa EDay nanti. Orang lain yang tunang, orang lain yang cari dress. Nak buat macam mana. Festaim orang yang paling rapat nak tunang.

Bak kata rumet," Ni sapa yang nak tunang nih? Konfius dah"
Bila saya semangat pelik duk tolong buat persiapan eday during exam gap.


Sepanjang berjalan-jalan. Momen momen itu banyak tertampal di sini.
InsyaAllah, ada rezeki lebih ziarah lagi. :)
Perasan tak? Dalam keempat empat orang yang besar tu, saya yang paling kecik.. -_-" 
Ada peluang je, terus bergambar. Tapi agak blur.
Kes excited bergambar nih!
Hampir malam jugak baru kitorang jejak kaki dekat rumah. Yang paling bestnya, balik saje terus ada orang belanja. Acik Ijam Ana belanja anak anak saudara yang comel-comel ni makan. Dan saya, seperti biasa menumpang dua kaki dan satu mulut. Terima Kasih banyak-banyak! Jasamu dikenang. =)

10 Nov 2012: Sabtu

Tinggal sehari lagi. Kaum kerabat Ana dah memenuhi ruang. Dan persiapan makin giat dilakukan.

Petangnya, saya keluar lagi. Join rumet and her fiancee-to-be. Pergi cari barang sikit untuk majlis esok. Kali ni saya dibawa ke Pavilion, Lot 10 dan Sungei Wang Plaza. Semuanya syurga membeli dan membelah. Indah dipandang dan poket pun kena indah jugoklah.

Kolum Deepavali banyak kat sini. Chantek kut dorang buat.
Teringat pertandingan kolum dan pesta tanglung dekat IPG tempohari
A few picture captured there and there. Teringin nak isi perut dekat Suki-ya tapi Non-Halal lah pulok.
Restoran ni pork-free tapi serve sake and beer. So, they can't get Halal certificate.
Tapi saya macam biasa, cuci mata je. Tengok and survey harga. Nanti lah kau. Teruja kot tengok clothes, handbag, stilettos, wedges, flat shoes. Oh! Oh! Sumpah lawa. Dah la branded. Oke, now dah tahu taste saya macam mana kan. Normal lah bagi perempuan teruja dengan women-thingy macam tu kan.

Aha, Pavilion, semua kedai masuk. Tapi still susah nak jumpa barang yang dicari tu. Habis kedai masuk. Sampai nyaris saja saya termasuk ke restoran makanan Jepun. Non-Halal. Tapi saya tak berapa nak perasan dengan tanda Non-Halal tu. Siap nak bergambar dekat situ.

Sampailah Ana's fiancee-to-be tegur. Patut pun orang tengok pelik je. Dah la saya sorang je pakai muslimah attire kat situ. Memang rasa macam terasing sikit. Tapi rasa sangat selamat.

Ana pulak memang dah keletihan lah. Kes pusing berjalan tanpa henti. Tapi berbeda dengan saya. Me, bila eksaited terutamanya jejalan, ajak la berjalan satu hari tanpa henti pun boleh. Walaupun rasa penat, tapi still pretend tak penat. ^..^

Perjalanan kali ni saya langsung tidak terserempak dengan mana-mana kedai buku. Mujur jugak, kalau tak, memang laju je duit mengalir. Saya mudah tergoda dengan usikan buku-buku yang tajuknya bagus serta isinya memikat. 

Sempat jugak saya membelek buku Beduk Diketuk sementara menunggu mereka memilih baju. Duduk sebentar untuk mengurangkan lenguh kaki berjalan. Mungkin sudah menjadi tabiat saya untuk menyelitkan sebuah buku sebagai teman perjalanan.

Usai sahaja barangan dibeli, kami pulang dan berehat. Bersedia untuk hari esok. Hari yang cukup mendebarkan bagi rumet saya yang terchenta. 

to be continued...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~