Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, December 13, 2012

Kolumpo..

Akhirnya hupdate jugak. Sori keterlambatan. Kali ni lambat bukan kes busy, tapi kes idea tu macam nak taknak je mengalir. Paksa diri untuk menulis bukan kebiasaan saya. Sebab tu jadi lambat sedikit. Atau lambat sebanyak sebetulnya.

***

Seminggu pertama telah saya luangkan di Ampang. Habis je paper ELE3102, terus laju panjat hostel tingkat 4 kemas barang bagai. Agak tercungap jugak lah, sebab paper habis pukul 5.30pm, bas pukul 10pm and I need to rushing nak balik rumah dulu sebab nak packing several thing yang ade lagi tertinggal dekat rumah. 

8 November 2012

Ampang. Specifically my roomate's home. Too much thing I did here. Bermula dengan jalan-jalan ke MBO Ampang. Ana's siblings dah lama tak tengok cinema sama-sama. Nak tengok cinema je, their parent didn't allow them till their eldest sister be at home. So, saya pun tumpang sekaki lah. 

Ye lah, dekat  Besut mana wujud skrin besar  dalam bilik gelap tertutup tuh. Kalau macam feeling nak tengok movie dengan kawan-kawan tu, biasa buat wayang pacak dekat bilik Aide and Sarah je sambil kunyah kuaci and jajan.

And then, we decide to watch Istanbul Aku Datang. Movie baru keluar hari ni. Aha, 8 Nov 2012 lepas. Mula-mula tu macam bimbang jugak kalau-kalau citer ni tak best kan. 

Tapi tengok cover macam best and Ana's siblings memang eksaited gilerr nak tengok citer nih. Sooo, lepas seludup masuk junkfood and soft drink, and we enjoyed the movie (tetiba rasa macam taip karangan budak skolah rendah.. -..-).

Seriyusly lepas tengok tu semua tunjuk muka BAHAGIAAAAA! Excited kooott! Sampai kitorang teruja nak balik rumah semata-mata nak hupdate kat Fb sampai tak sedar kaki lari laju-laju. Eh..? LIKE x1000000 (baca: kali sejuta) 

Yang bestnya citer ni sebab jalan cerita dia tu macam best. Tapi quite nonsensical lah bila Dian tu sanggup pergi Istanbul semata-mata nak jumpa her boyfie, macam tak patut lah. Boyfie je pun, bukan hubby lagi. 

Tapi mungkin the other side macam sweet lah sanggup berkorban gituh. Tapi still inappropriate lah, especially when Dian said she wanted to stay with her boyfie for 3 month with the other 2 man. Huh, apekah itu? 

I think, elemen macam tu perlu dikurangkan atau remove terus dalam movie. Bimbang jadi ikutan anak muda yang still pening lalat dalam nak beza yang mana betul, yang mana salah. 

Memang nampak remeh, tapi perlu dititikberatkan jugak lah kan. Tapi story and the script memang naise lah. Comel gituh! Haha. Anddd sweett.. Lagi sweet kalau dorang tu husband and wife. Haha, kemain komen. Tapi suka sangat dengan ayat Beto a.k.a Haris ni,

''Saya tak mintak pun peluang kedua, saya cuma mintak satu peluang je"

Hehe, mau 2 3 hari jugak tersenyum sorang-sorang bila ingat scene dalam citer ni. Beto suweeett kooott..!

Then, balik dari MBO, terus sambung buat invitation card, print, cari masquerade... and yada yada..

Invitation card, masquerade, candy buffet thingy..
9 Nov 2012: Jumaat

Pagi- pagi lagi saya dikejutkan dengan suara kanak-kanak riang bermain gumbira. Ah, sebelum terlupa, Mak Ana bukak nursery dekat rumah. So adelah dalam 11 orang anak jagaan yang comel-comel kiut miut. Memang riuh lah rumah ni dengan budak kecik. 

Dah la manja je semua tu. Ada sorang tu, nampak saya je terus datang peluk. Alololo..suweett..

Dekat rumah dah lama takde budak kecik. Anak sedara lambat lagi nak dapat. Haih~

Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Pergi dengan Ana's siblings. Macam biasa. Girls outing!! haha.

Tak bershopping sangat pun. Akhir semester, biasa lah. Sama jugak dengan akhir bulan bagi yang bekerja. Kopak!

Banyak bergambar je. Ye lah, Kak Tasha nih bukan selalu datang KL. Jalan je wajib berkepit dengan Olympus VH-210 tu. Kamera berjasa nih. Lagi pun, mestilah nak potretkan momen momen indah berjalan dengan sibling rumet and Ana herself. 

Dah nama holiday kan. Actually we did a little shopping. Baju-baju je. And I'm searching for dress. Nak pakai masa EDay nanti. Orang lain yang tunang, orang lain yang cari dress. Nak buat macam mana. Festaim orang yang paling rapat nak tunang.

Bak kata rumet," Ni sapa yang nak tunang nih? Konfius dah"
Bila saya semangat pelik duk tolong buat persiapan eday during exam gap.


Sepanjang berjalan-jalan. Momen momen itu banyak tertampal di sini.
InsyaAllah, ada rezeki lebih ziarah lagi. :)
Perasan tak? Dalam keempat empat orang yang besar tu, saya yang paling kecik.. -_-" 
Ada peluang je, terus bergambar. Tapi agak blur.
Kes excited bergambar nih!
Hampir malam jugak baru kitorang jejak kaki dekat rumah. Yang paling bestnya, balik saje terus ada orang belanja. Acik Ijam Ana belanja anak anak saudara yang comel-comel ni makan. Dan saya, seperti biasa menumpang dua kaki dan satu mulut. Terima Kasih banyak-banyak! Jasamu dikenang. =)

10 Nov 2012: Sabtu

Tinggal sehari lagi. Kaum kerabat Ana dah memenuhi ruang. Dan persiapan makin giat dilakukan.

Petangnya, saya keluar lagi. Join rumet and her fiancee-to-be. Pergi cari barang sikit untuk majlis esok. Kali ni saya dibawa ke Pavilion, Lot 10 dan Sungei Wang Plaza. Semuanya syurga membeli dan membelah. Indah dipandang dan poket pun kena indah jugoklah.

Kolum Deepavali banyak kat sini. Chantek kut dorang buat.
Teringat pertandingan kolum dan pesta tanglung dekat IPG tempohari
A few picture captured there and there. Teringin nak isi perut dekat Suki-ya tapi Non-Halal lah pulok.
Restoran ni pork-free tapi serve sake and beer. So, they can't get Halal certificate.
Tapi saya macam biasa, cuci mata je. Tengok and survey harga. Nanti lah kau. Teruja kot tengok clothes, handbag, stilettos, wedges, flat shoes. Oh! Oh! Sumpah lawa. Dah la branded. Oke, now dah tahu taste saya macam mana kan. Normal lah bagi perempuan teruja dengan women-thingy macam tu kan.

Aha, Pavilion, semua kedai masuk. Tapi still susah nak jumpa barang yang dicari tu. Habis kedai masuk. Sampai nyaris saja saya termasuk ke restoran makanan Jepun. Non-Halal. Tapi saya tak berapa nak perasan dengan tanda Non-Halal tu. Siap nak bergambar dekat situ.

Sampailah Ana's fiancee-to-be tegur. Patut pun orang tengok pelik je. Dah la saya sorang je pakai muslimah attire kat situ. Memang rasa macam terasing sikit. Tapi rasa sangat selamat.

Ana pulak memang dah keletihan lah. Kes pusing berjalan tanpa henti. Tapi berbeda dengan saya. Me, bila eksaited terutamanya jejalan, ajak la berjalan satu hari tanpa henti pun boleh. Walaupun rasa penat, tapi still pretend tak penat. ^..^

Perjalanan kali ni saya langsung tidak terserempak dengan mana-mana kedai buku. Mujur jugak, kalau tak, memang laju je duit mengalir. Saya mudah tergoda dengan usikan buku-buku yang tajuknya bagus serta isinya memikat. 

Sempat jugak saya membelek buku Beduk Diketuk sementara menunggu mereka memilih baju. Duduk sebentar untuk mengurangkan lenguh kaki berjalan. Mungkin sudah menjadi tabiat saya untuk menyelitkan sebuah buku sebagai teman perjalanan.

Usai sahaja barangan dibeli, kami pulang dan berehat. Bersedia untuk hari esok. Hari yang cukup mendebarkan bagi rumet saya yang terchenta. 

to be continued...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~