Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Wednesday, December 18, 2013

Snow Love?


Terkezut den. Sepraise gituh. Tetiba nampak muka hubby dekat page "Aku doakan moga dirimu bahagia hingga ke akhir hayatmu :')" . 

Dahla tengah pegang snowball bentuk love. Sweet angatt haihhh! Hee..

Terharuuu! Tau dah zaujah dye tak dapat maen snow, dibuatnye snow love tu. Ghasa macam mata masuk habuk kes terharu lelebih. Hee~ 

Saja buat jeles kan? Teringin nak main snow yang gebu-gebu putih tuuu. Takpe, ada rezeki tahun depan Jordan Aku Datang!! hoho

p/s: 226 days to go before August 2014. Estimate time left before he return to Malaysia. 

Lamaaaanyaaaa......... 
Masa sila berlalu cepat-cepat! >_<!

Meladeni Al-Fateh

Cuti yang masih berbaki beberapa hari lagi agak rugi kalau dibiarkan berlalu begitu sahaja. So, disebabkan stok-stok buku yang dibeli tapi tak dibaca lagi agak berlambak, masa yang lapang ni dimanfaatkan dengan membaca. 

Tetiba ghasa macam agak kiasu di situ, Bosan, bace buku. Agak nampak nerd. But, who cares? Yang penting dapat kutip and belajar something.

On top list to read, buku Muhammad Al-Fateh tulisan Abdul Latip Talib. Nampak buku ni dekat . Mydin Mall masa dalam misi nak habiskan baucer buku.


Nampak je buku best, terus grab tanpa sempat nak fikir dua kali. Well, saya memang agak gila buku. 

So, jangan pelik bila g kedai buku sengih sorang-sorang. Tu tanda dah jatuh cinta la tu. Jatuh cinta ngan buku. Hee~

Berbalik kepada buku Muhammad Al-Fateh ni, tergerak nak beli sebab nak tau macam mana Sultan Murad II didik Sultan Muhammad jadi pemimpin yang baik. Inspirasi nak didik diri and bakal FarisNatasha Jr. 

Tentang sejarah Kerajaan Uthamaniah, siri-siri serangan ke atas Kota Konstantinople and banyak lagi info tentang sejarah bagaimana boleh runtuhnya Kota Konstantinople yang berada di bawah pemerintahan Maharaja Kostantine pada masa tu. 

Saya baru berada di separuh pembacaan. Banyak lagi nak kena gali. Dan insyaAllah mungkin akan letakkan sedikit coretan nota-nota yang sempat dikutip dari buku ni.

Tak bosan meladeni kisah Al-Fateh ni. Pak Talib coretkan sejarah dalam bentuk penceritaan. So rasa macam kita ditarik masuk ke zaman tu. Rasa macam tengah berada dalam zaman tu jugak.

InsyaAllah, nak sambung lagi pembacaan. Banyak ibrah yang perlu dikutip..

May Allah Ease...
InsyaAllah.. ^_^ ~

Tuesday, December 17, 2013

Lepaking?

When I scroll at Fb wall, I found this,


A post by Sir Azhan Hadi, my previous English teacher during secondary school. So, lepas ni kalau nak buat ayat, I really like to lepaks at home like sloth, it's acceptable.

Woha!! Can't believe lepaks is now English word even thought its origin from Malays word, lepa? 

Pulut lepa ade lah. Lepak is lepak laa..
Maybe language professor in Oxford didn't do meticulous research about 'lepak' word. hik!


Random thought

17 Disember 2013

Akhir tahun. Tengah bulan. Separuh cuti sem.
Ada 13 hari lagi sebelum tahun 2013 berakhir.
That's mean I still have 13 days before my school start.
13 days at home I feel nothing. Cuti kali ni tak berapa nak produktif mana. Sekadar tidur, bangun, kemas rumah, makan, tengok tv, and do some housekeeping. Practicing to be a better wife while her husband was away. Hiks!

But, actually I've task to be done. I need to read sirah and do some shortnotes. Well, I'll do it later. Sebab sirah tu agak panjang (ofcourse!) dan bahasa dia boleh buat mata tutup 2 3 kali, and also I need to read it on-the-screen. Ngadap skrin laptop ni lama-lama, rasanya nanti power spectacles ni pun naik t.

Maybe I didn't plan well for this holiday, so it think each day that pass away is too long. When seeing my husband post his picture while playing with snow, I feel I little bit jealous. If I had some money...

If and only if.. 

Kalaulah ade pintu doremon, kan best cenggitu.

So, disebabkan separuh cuti dah burn gitu aje, so I think that the rest of this holiday, I'll do something better. 

Like, doing some reading and do a short notes and also find a topic for my action research next year, and ouh! nak kemaskan buku rph sikit. Tambah warna-warni. Because that book might be useful during my interview next year. 

Harap sangat kena interview awal-awal, so I can further my plan for holidays. Tudeaa, kemain rancang nak bercuti je.. Padahal tahun depan banyak lagi perkara yang nak kena face.

- praktikum fasa 3
- reception day (maybe end of July or early August)
- internship
- thesis (action research)
- viva

Aku rasa macam takde masa, walhal masa tu banyak je terluang. Rasa takda masa sebab masa tu tak digunakan dengan sebaiknya. 

Mungkin when I started to write and remind about this thing, I 'll keep tract on what I'm doing.

I wanna be the best, but if there's no action to be the best, so ''I wanna be the best" will just burn out like that, like ashes.
So, walk your words.

I don't want to talk or write more, 'coz I afraid if I cannot fulfill everything that I promised myself to do this and that.

I am the person like that. Afraid of my own words and my own wrongdoings.'

So, that's all.
Random thought..



Monday, December 16, 2013

On second decision..



Satu. Dua.

Ramai yang nak jadi satu. Tak ramai yang pilih nak jadi yang kedua. Tak kiralah, kedudukan dalam kelas, ranking pelajar terbaik, kecemerlangan dalam hidup. Ramai nak jadi yang pertama. Ramai yang pilih nombor satu instead of nombor dua kan?

But yes, tak dinafikan. Banyak perkara jugak yang kita nak dua. Contohnya, berdua. #eh

Tapi kat sini, antara pilihan pertama dan kedua, just my opinion. 

Bila kita nak buat baik. 
Mula-mula fikir dulu," Okay! Rini aku nak buat baik. Yosh!"
Tapi bila kita tangguh jap perkara baik yang kita nak buat tu, terus dengan tak sengaja kta ter'cancel' niat kita yang suci murni tu. 

Contoh paling dekat, pengalaman saya sendiri. Hari Ahad dekat Kg. Raja biasanya ada pasar malam. Besar jugaklah pasarnya sampai boleh la nak buat kaki ni lenguh. 

Takde pape pun yang special sangat dengan pasar malam ni. Tapi kat situ, ada sepasang suami isteri. Both of them OKU. Cacat penglihatan. Tapi ada bakat. Pakcik tu pandai main alat muzik macam  piano kecik gitu. 
Lagunya macam-macam. Terhibur jugak orang yang datang dekat pasar malam ni. 

Masa tu saya tengok dorang, terasa nak hulur sikit sumbangan. Tapi silapnya saya berfikir untuk buat baik. First thought nak sedekah, tapi second thought saya block. Macam ada suara dalam minda, haisyh, kekgi orang fikir aku ni baik pulak. Tak payahlah bagi.

Dan pengakhirannya? Anda agak saya bagi tak?

Yes, tak bagi pun. Rugi bukan?

Kalaulah saya tak fikir masa nak buat kebaikan. Sebab, bila kita teragak-agak nak buat baik, mesti yang bertanduk dua tu terus alert. "Okey, aku tak boleh biarkan anak Adam ni buat baik." Sebab makhluk yang ego yang dicipta dari api tu dah janji dia akan sesatkan anak Adam.


“(Iblis berkata:) “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus. "(Al-Araf: 16)
Nampak tak permainan dia?

So, bila kita terasa je nak buat baik. Terus buat. Jangan fikir dua kali. Jangan tangguh. Sebab, bila je kita tangguh or kita berfikir-fikir. Syaitan ni dengan takde tangguh dah. Terus cucuk-cucuk kita supaya jangan buat. Nak fight tu mungkin kita menang, or mungkin kita terikut. 

So, jangan tangguh ea?

Btw, kalau rasa nak buat perkara yang tak elok. Keadaan dia vice versa pulak ea.

^_^

May Allah Bless.. 

Monday, December 9, 2013

Enam Bulan Tiga Hari

Bismillah..

Alhamdulillah..

Dah genap setengah tahun saya jadi isteri dia. Sepanjang enam bulan dua hari ni, macam-macam cerita yang dapat kami kongsi bersama.

Suka-duka. Pahit manis masam masin lemau semuaa adaa. Cakap je. Hee

Tapi part yang paling best ialah bab taaruf. Yes, kawan dah lama, tapi sekadar berkawan biasa tanpa kenal betul-betul peribadi. Lepas akad baru kami betul-betul berchenta.

First time keluar dating lepas nikah, jejalan dekat Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu. Kami keluar jalan sama-sama dan pegang tangan sambil buat muka tak bersalah.

Waktu tu, rasa semua yang ada kat pantai pandang kami. Pelik kot. Budak kecik, sorang pakai kopiah, sorang tudung labuh. Dating berdua lak tu, pegang tangan siapp. Mesti dorang tak jangka weolls da kawen. Tu yang terus angkat tangan atas sikit, tunjuk inai ngan cincin. hiks..

Segan lak rasanya dating gini. Hee.. Tapi takpa. Dah halal, semua boleh.

Tapi walaupun dah setengah tahun, 3 bulan je masa dating kitorang. 3 bulan lagi dating kot Skype, LINE, WhatsApp, Google+, Facebook, Twitter, Blog.

Tudea! Semua media sosial nak conquer. Mujur ade teknologi. Mendekatkan walau jauh berbenua-benuaaaa.

Bila jauh-jauh ni memang sangat-sangat menguji. Tapi ujian tu manis sebenarnya. Boleh rindu-rindu. Boleh buat pahala sambil sweet2 kot jauh. hee.. Jangan jadikan ujian tu beban, tapi positif jadi nikmat. :)

Dan alhamdulillah jugak, dah siap video Solemnization. Akad nikah kami. 6 Jun haritu. 
Dah setengah tahun ropenye saya bergelar isteri orang. Dah naik pangkat dari cik kepada Puan. Ehem, Puan Natasha. ihik.

Kepada yang menunggu lamaaa sangat-sangat gambar kami tu, mintak maaf atas keterlewatan. 
Enjoice video yang biasa-biasa je ni.. ;)


Wednesday, November 20, 2013

Masalah itu nikmat

8:16 am (waktu Malaysia), Jerteh, Terengganu


2- 3 hari dah macam ni.
Sama je keadaan. Tak berubah pun.
Memang dah resmi hujung tahun.
Lagipun memang musim dia.
Monsun timur laut.

Hujan lebat tak henti-henti. Jarang-jarang nampak sang mentari. Dah la suhu sekarang ni agak sejuk.

Check dekat skrin henset, 24 darjah Celcius. Sejuk lah tu kalau nak compare dengan suhu biasa-biasa. Bungkus dalam selimut pun sedap masa ni. Tapi bungkus-bungkus ni buat badan n otak jadi lemau. Rasa macam malfunction je gitu.

Tapi bila keadaan hujan macam ni, ada perkara yang menghiburkan kita. Dan kita hanya dapat bila musim monsun ni je. 

Bila kita nampak matahari selepas sekian lama. 

Betul tak masa tu kita akan rasa macam relief giler. Rasa macam, Yes! arini dapat jemur baju, dapat gi pantai, dapat jalan-jalan tanpa pakai payung. Dan kurang basah.

Eh?

Bila kita relate dengan life kan, hujan ni macam suatu masalah la contohnya, dan matahari serta pelangi tu adalah rasa relief bila masalah dapat diselesaikan dengan bijaksana. Tu analoginya.

Dan rasa sepanjang kita melalui fasa kehujanan tu adalah rasa bagaimana kita ditenggelami masalah.

Jika kita tak pandai nak manage diri, tak pandai nak UP- kan intrinsic motivation dalam diri. Mungkin kita boleh lemas. Boleh rebah.

Sama analogi macam ubat jugak. Ubat tu resminya pahit. Nak telan pun seksa. Tapi kena telan jugak, sebab nak bagi beban penyakit ni hilang. Tapikan, bila kita dah sihat, kita tak perlu dah susah-susah nak telan ubat pahit yang menyeksakan tu, Dan nikmat sihat iu sungguh menyenangkan. Dan membahagiakan bukan?

Sama jugak bila face masalah. Sakit. Pahit. Susah. Berat. 

Yes, perkara yang tak best tu memang buat kita seksa jiwa dan raga. Tapi perkara yang berat tu la yang lebih mematangkan kita. Supaya kita jadi lebih rasional bila berdepan dengan masalah. 

Dan, normalnya, bila kita dapat perkara yang susah dahulu, kita akan terasa nikmat bila kita senang. 

Tapi, jika kita rasa senang dari awal, hidup ni takde ujian pun, agak-agak hidup kita tu ada warna warni tak?

Nak mudah, kita bagi analogi warna dekat lukisan. Kalau lukisan tu guna satu warna je. Dalam kes ni contohnya warna biru pekat. Agak-agaknya, lukisan tu menarik ke tidak? Okey, sendiri fikir, taknak hurai panjang. 

Susah tu sebenarnya nikmat, nikmat dan ujian yang Allah bagi kat kita supaya kita sentiasa ingat Dia. Sebab bila kita susah kita secara automatik akan cari yang kita sayang. Kita semua sayang Allah kan? Dan kita tahu Dia sayang kita. Tu sebab kita cari Dia bila masalah datang.


Macam berkenan dengan kuot Albert Einstein ni. Kita tak boleh nak selesai masalah dengan cara yang sama masalah tu datang. Kita kena lebih kreatif dan faham masalah tu kan?

Kalau sekarang ni kita rasa hujan tu masalah. Sebenarnya cara kita yang bermasalah, sebab hujan tuk rahmat. 

Kalau kita fikir hidup susah itu masalah, kita akan susah selamanya sebab susah tu sebenarnya nikmat, untuk kita makin dekat dengan Dia dan dapat pahala bersabar.

Kalau kita rasa berjauhan dengan pasangan tu masalah, mungkin kita yang salah sebab tu sebenarnya ujian kepada sebuah kesetiaan dan ubat bagi menguatkan lagi kepercayaan dalam diri masing-masing.

Sebenarnya, semuanya bermula dari kita. Tentang bagaimana kita berfikir. Bagaimana kita mencerna sesuatu permasalahan.

Yes, bukan mudah nak create minda dan jiwa positif. Tapi tak mustahil.
Jika positif yang kita fikirkan, insyaAllah perkara yang positif akan datang pada diri kita,

Just be strong. Moga jiwa-jiwa tu makin kuat.
Moga hati itu makin berhati- hati.

Dan jadi seorang homosapiens yang berjiwa dan berminda positif dan ceria.

p/s: esok majlis kakak, harapnye esok ada sunshine. ;)

May Allah Ease.. ^_^~

Wednesday, October 16, 2013

Raya korban dan Berkorban

Assalamualaikum.. 

Lama sudah saya tak menjenguk blog ni.. Da makin banyak lalang n sawang2 timbul. Kesibukan yang kadang xdpt nk dielakkan tu agak mengekang masa bersama blog. Ewah.


Hari ni 15 oktober 2013 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434h. Raya aidiladha a.k.a korban. Bila cakap je pasal raye korban ni,mesti semuaa dok ingat lembu,kamben unta untuk dikorban.


Yep! Tu memang betul dah. Buat korban untuk disedekahkan kpd org yg memerlukan.


Tapi kalau orang yang tak berkemampuan tu macam mana ek?
Haa, sebab tu la kita kena faham betul-betul pengertian korban tu.
Berkorban kt sini bukan sekadar tumbang lembu kamben unte je, tp berkorban perkara yang kita sayang, yang kita suka.


Jom kita ladeni kembali kisah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim tika Allah perintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih Nabi Ismail. Walau sangat sayang dekat anakandanya. but still Nabi Ibrahim a.s follow what He said him to do. Tu orang cakap pengorbanan. Nak tengok tahap keimanan kita tu tahap mana bila kita korbankan sesuatu kerana Allah.


Nak capai tahap keimanan Nabi Ibrahim tu, wahaii.. bukan calang-calang orang laa bole dapat. Saya? Haih, jauh lagi ke arah tu, tapi insyaAllah in journey with my handsome heart hubby, Mr. Faris.

Bila terkeluar tentang dia, terus teringat. Kami pun berkorban sebenarnya. Berkorban demi nak kejar cita-cita. Nak kutip ilmu Allah. Dia di Bumi Urdun, dan saya masih kekal di bumi Tanah Melayu.

Berjauhan dari 17 September 2013 - Ogos 2014 bukan satu tempoh yang sekejap. Namun teknologi mendekatkan kami. 

Kalau tak, masakan boleh every second and everytime kami boleh tengok muka, boleh dengar suara. Namun keadaan masih tidak serupa dengan bila bersemuka. 
Haih, tu ujian. Ujian dalam menguji setakat mana kami mampu berkorban untuk berjauhan sementara.

So, di untuk Aidiladha kali ini, of course kami masih beraya bersama walaupun berjauhan. Takpa, fizikal jauh, tapi hati dekat sangat-sangat. InsyaAllah.

Jadi, sempena Aidiladha kali ini, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Pengorbanan tu sebenarnya satu kemanisan bila kita hayati betul. 



Tak caya?

Orang cakap betul-betul tahu.... haish.. ^_^ ~

Monday, September 23, 2013

Happy Birthday Dear Faris Imadi !! ♥

Dear Hubby ♥ ,

Saengil chukha hamnida!!

A very special day for you !!

23 September 1991.

Hari ni ada seorang baby boy lahir ke dunia. Comel. Mata kecik-kecik, kulit putih, muka bulat. Haih, comel betul budak kecik tu. Tu masa dia kecik, comel sangat, sampai rasa nak cubit2 sampai nanges. haha.

Mula-mula dia tengok dunia, dia tak tahu pun perjalanan hidup dia Allah dah atur begitu indah.
Dia tak tahu pun yang dia akan jadi seorang hafiz quran, satu-satunya anak teruna kepada umi ayah. Permata dalam keluarga.

Akan belajar di SM Imtiaz Dungun. Kemudian sambung di Darul Quran, JAKIM dan seterusnya ke Universiti Yarmouk, Jordan.

Dan semestinya dia jugak tak pernah terfikir akan berkahwin di usia muda. 22 tahun sudah bergelar suami kepada Farina Natasha Hafizi..hee

Ya, hari ni September 23, 2013. Hari lahir dia. Cukup 22 tahun. Umur kami dah serupa! Cuma berbeza 5 bulan 19 hari. Tak beza sangat pun. Pada umur semuda ni, kami da bergelar suami isteri. Alhamdulillah. Tak pernah terbayang dek fikiran dolu-dolu. ^_^~

Teringat kisah dia masa kecik-kecik dulu. Umi cakap dia nakal sangat. Sampai dapat gelaran Ustaz nakal. Kesnya suka sangat kacau orang. Tapi siapa sangka panggilan ustaz nakal tu jadi satu doa sampai sekarang

Alhamdulillah dia dah jadi ustaz. Ustaz Faris Imadi. Imam muda Surau Hj Wan Latif tu. Banggo den bortingkek-tingkek ngan husbeng ai nih! Hee

Nak cakap pasal nakal masa dia kecik-kecik dulu, cerita dia memang tak  habis la.
Bila start buka meja kopi sembang tentang sekolah menengah dulu-dulu, mula la macam-macam cerita keluar. Cerita tentang zaman sekolah dulu-dulu. Tentang dia, tentang saya. Haha. 

Bila bercerita tu kadang rasa macam tak caya. Macam tak caya yang insan yang tengah duk layan sembang tu budak satu sekolah dulu.

Tapi memang dulu tak pernah terserempak dia dulu. Seminggu sebelum kawen je baru kami jumpa depan-depan.

Tapi sepanjang perkenalan kami dan sepanjang yang saya kenal dia, memang rasa sangat-sangat beruntung dianugerahkan seorang suami yang sangat caring and understanding dan sangat-sangat menjaga isterinya ni. Thanks awak.. ^_^

Sejak kawen ni, seriyus rasa sangat-sangat terjaga. Ikhtilat terutamanya, makin terjaga.

Teringat ada kata-kata daripada seorang rakan di MukaBuku,” Choosing a husband is like make a decision between hell or heaven”. Mulanya aku rasa quote tu macam agak over, tapi bila difikirkan kembali, ada benarnya. Sebab syurga bagi seorang isteri terletak di bawah tanggungjawab suami.

Selama 22 tahun ni, dah macam-macam kisah dia lalui. Ada yang manis,  ada yang pahit. Ada antara kisah corak warna warni hidup ni yang dia taknak pun lalui, but still, he need to face it.
Dan dalam tempoh 22 tahun ni, dia berjaya jadi anak yang sangat taat dekat umi dan ayah. 

Setakat ni, Alhamdulillah, semua kehendak umi dan ayah dia turuti. Dan balasannya, semua urusan hidup dia, Allah permudahkan.

Tapi bukan setiap masa hidup ni nak smooth. Macam jalan raya jugak, mungkin perjalanan kita bermula dengan ‘jalan tinggi’ (baca: highway), jalan smooth, clear. Nak drag racing pun best.
Tapi untuk sampai ke destinasi yang dituju, kita akan jumpa jalan yang berlopak-lopak, kadang dipenuhi dengan periuk api (baca: tahi lembu) ihik!, kadang tu jumpa jalan yang langsung tak bertar, kadang berbukit bukau, kadang rata, kadang bengkang-bengkok, kadang tu lurus je. 

Aneka macam, aneka ragam.

Analogi kehidupan. Serupa macam jalan kat Malaysia. Hee

So, untuk awak.. hari ni dah cukup 22 tahun dah awak dekat atas dunia ni. Macam-macam masalah dah awak hadapi. Dah macam-macam peristiwa pahit manis dah awak lalui. Hidup tak selalunya manis. Ujian dan cabaran yang kita dapat tu bukan saje-saje je Allah bagi dekat kita. Tu tanda Dia sayang and nak bagi hati dan jiwa kita kuat. Ingat, Dia tak bagi ujian yang kita tak mampu nak hadapi. Dia tahu kita mampu dan dia nak uji tahap kesabaran kita tahap keimanan. Kan Allah ada berfirman,

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS. Al-Ankabut: 2-3)

So, if there’s any problem… be strong k?

You plan, I plan, we plan, BUT He plan better than us. ^_^

Dan semoga pertambahan iman dan amal awak melangkaui pertambahan usia.  InsyaAllah, saya sentiasa ada di sini untuk awak. Kita support antara satu sama lain. Ingat matlamat hidup kita. Ingat apa yang kita nak capai. Dan sentiasa ingat apa yang kita nak berikan untuk our mujahid mujahidah nanti..

I always be there for you.

Selamat Hari Lahir Muhammad Faris Imadi bin Rusli

Sincerely..
Farina Natasha Hafizi
Bukit Keluang, Besut, 
Terengganu, Malaysia

Sunday, August 18, 2013

Raya Sini Sana..

***
ehem..
Assalamualaikum wbt,
Tetiba ghasa segan-segan gusi nak menulis dekat blog sendiri. Lama bebenor dah eden tak menjenguknye.

Hari ni dah masuk 11 Syawal 1434H. Aura Aidilfitri tu masih terasa bak matahari menyinar di tengah hari. Panaih bak hang!

So, belum terlambat lagi rasanya bagi kami *ehem, berkami dah skarang hui* untuk meng'wish'
 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434 H buat semuaaaaaa!!



Tapi dalam kegembiraan kita menyambut perayaan fitrah ni, jangan lupa bagi saudara-saudara seagama kita di Mesir sana. Pilu hati bila usha Facebook mengenai update Mesir. Jom sama-sama kita berdoa sejenak, sambil menembak Qunut Nazilah buat Al-Sisi laknatullah!

* * *
Aidilfitri pada kali ini sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Sebab tahun ni saya beraya di 2 buah rumah. Sekarang dah ada dua keluarga, so kena pandai nak divide and conquer lah. Kena rumah mana sesi pagi, mana sesi petang. Dan of course kena raikan rumah umiayah dekat Jln Hj Wan Latif memandangkan hubby jadi Imam Aidilfitri pagi ni.

First time solat raya jauh-jauh dari mamabah, and first time jugak solat raya dengan umi ayah berimamkan suami terchenta.. ewah! Lain ghasanya..

Btw, nak kabo sket, time solat raya tu, entah kenapa ghasa nak senyum je panjang-panjang sam[ai telinga, sebab bila nampak imam kat bawah tu, macam tak caya tu suami aku jadi imam! Tak pernah terbayang dek fikiran. Alhamdulillah, syukur sangat!! Kadang aura bangga tu datang bertingkek-tingkek!

Jalan Sakan

Mujur rumah kitorang dekat, 3 minit drive terus sampai. Disebabkan sesi pagi dah dekat rumah umiayah, petang giliran rumah mamabah la pulak.

Memang raya pertama ni masa banyak di habiskan atas kereta. Berjalan tanpa henti bak hang! Boleh dikatakan hampir semua rumah sedara mara kami redah. Lepas keluarga umiayah, keluarga mamabah pulak.

Mungkin kelebihan rumah dekat-dekat, dalam sehari dah boleh raya untuk dua-dua belah keluarga. So, raya pertama sampai raya ketiga memang dengan family sahaja.

Kenduri

Dah jadi kebiasaan masyarakat kita, asal cuti je mesti ada kenduri, asal kenduri je mesti cuti. Memang dapur tak berasap lah musim cuti gini memandangkan dapat kad jemputan kawen sebeban.

Dan rumah mamabah pun tak ketinggalan nak berkenduri simple2 jugak.
Alhamdulillah, I've got new brother-in-law.

Raya keempat. SaifulNadia ni pun buat simple-simple macam FarisNatasha jugak majlisnya.
2 in 1.
Tunang 10 minit, akad nikah sekali lafaz.
Hebakk sungguh abang ipor kiter..



Belah Umiayah pun ada jugak. Kenduri sepupu and anak sepupu. So berkenduri-kendara laa sepanjang masa raya ni.

Barakallahulakuma wa baroka alaih ila Jannah..!!
Moga bahagia hingga ke sOrga hendakknya..
Amin2..

Ziarah

Kali ni sempat ziarah raya ke K. Terengganu. Kebetulan abang ipar ajak beraya kat rumah dia, so alang-alang dah datang, kami terus golek tayar kereta tuju sahabat Imtiaz,  Qiqah and Sh.Humairah and rumah Afifah Otheman.

Ada lagi rumah lain tak sempat nak singgah. Sebab kami bertolak agak lambat, dan sampai KT pun dah lewat petang.

InsyaAllah ada peluang bole la nak teruskan lagi ziarah memandangkan ada driver peribadi terchenta dekat sebelah. Hee.. Raya kan sebulan. ;-)

Dulu lain, sekarang lain.

Aha, memang lain betul raya kali ni. Sebab dulu dapat duit raya lagi bila mintak dengan mak sedara, tapi sekarang bila mintak merayu-rayu sambil melutut mengalir air mata darah sekalipun memang tak dapat la duit raya.

Kes kat pangkal nama dah ada title Puan. Ewah! Puan Natasha mana boleh mintak duit raya dah.
Sekarang dah jadi isteri orang.
Isteri Faris Imadi Rusli.
Terketor-ketor tangan taip perkataan isteri.
Ghasa macam tengah taip entri ni dalam mimpi je. hee.
But, that's reality. Sweet romantic reality that I heart it till heaven..


Dulu ada satu family, sekarang dah ada dua family besar. Dan tahun ni raya ada Ayah Abah and Umi Mama.

Dan ada orang baru dekat sebelah yang selalu jadi penasihat peribadi merangkap Imam muda hensem jettak fizikal rohani dan jasmaninya.. InsyaAllah!

Hensem jiwanya, maka hensemlah peribadinya. Ehem!

Alhamdulillah, begitulah sedikit sebanyak mengenai Aidilfitri 1434H.
Perbezaannya banyak, kenangannya juga banyak.

Ada yang manis, ada yang pahit,
tapi yang pahit tu adalah penawar untuk kita menghargai manisnya nanti.

Macam ubat, pahitnya sekejap, manisnya berkekalan..
InsyaAllah..

May Allah Bless Everything, for you, me and everyone.

We're all related in one Aqidah.

Keep pray for our brother and sister in Egypt, Syria, Palestin and all over the world.

Sunday, June 16, 2013

Expect the unexpected

Macam tak caya,
But I have to believe..
Rasa macam mimpi, tapi memang ni adalah realiti.
Rasa macam baru semalam dok pikio, sapo aih bakal hubby aii.
Sekali hari ni dah ada dok kat sebelah. Tapi bukan frequently dok kat sebelah la.
Sebab kami tak boleh serumah / bersekedudukan.
Kami nikah khitbah, and adelah perjanjian tak rasmi gitu. Kena jaga elok-elok sebab saya still ada setahun setengah lagi dekat IPG terchenta. Dan dia ada 3 tahun lagi dekat sana. So selepas habis maktab tahun depan, insyaAllah kalau dimurahkan rezeki, I'll be in Jordan. EnshaAllah.
Waaa!! Macam tak caya ada jugak peluang ke sana. Dolu-dolu ada jugak berangan nak ambik medik and belajar belah sana. Tapi takde rezeki time tu.
Lagipun saya tak ambik medik kan. Tak jadilah Doc Natasha, tapi jadi Tcer Natasha. :-)
Alhamdulillah, He plan  better than me..  ^_^

Surprise!!

Ramai yang terkejut bila kamiorang post announcement kawen dekat group Bumi Anbiya', Classmates sc, IPGKSM, grup DQ. Sebenarnya kami sendiri pun terkejut kami kawen. Haha, macam tipu je kami terkejut, tapi seriyusly tak pernah pun terfikir nak kawen seawal ni. Hohoi..
Perancangan last minute betuk, hasil perbincangan antara parents kedua-dua pihak memikirkan yang terbaik untuk kami. Hee.

Lagipun tak ramai yang tahu kami berhubungan secara serius. Ye lah, kami bermula sebagai kawan biasa je dulu. Tyme kawan berkawan dulu takde lah pulak terfikir," Mungkin ini bakal imamku" (hikhikhik...-_-").
Ramai pulak yang bertanya;
macam mana boleh kenal?
Macam mana boleh tersangkut?
Korang kapel since zaman sekolah ea?
Ni cop masa zaman sekolah lagi ke macam mana ek?

Tergelak je bila dorang tanya menda tu semua..
Tapi of course lah memang bagi kejutan kat dorang. Kejutan besar-besaran kot. Sebab tak pernah nampak pun kami ni berhubungan secara serius di Facebook khususnya. Dan kalau kami contact secara terbuka sikit pun, dekat Google +. Kat situ takde orang pun. Kami-kami je. Hee

Hari ni dah masuk hari kesepuluh saya bertukar status dari bujang --> berkahwin, dari panggilan Cik ke Puan.
And also, hari ni pun hari pertama kuliah. Sampai kat kelas classmate memang panggil Puan Natasha. Oke fine.. Rasa sangat matang di situ. Hohoiii!!
Rasa segan-segan kucen lagi. Sedang biasakan diri lagi kot. hee..

Also, ramai yang bertanya kisah kami.
How we met?
How we plan for marriage?
How we pujuk our parents supaya izinkan kami kawen muda..
and so on..
I will update about it soon.
As soon as possible..

Sebab Asus K53E putih ni dah ada dekat tangan saya. Pinjam yang Inche Hubby jap, sebab Acer Aspire 4736-G tu rosak motherboard. And I think I supposely to buy new laptop kot.
Kalau Asus putih ni besar sangat nak bawak..
Tak larat den. Rasa macam workout je bila bawak laptop ni g kelas. Tapi memang makhluk ini sangat membantu lah sebenarnya.

Oke, lamaaa kot ambil masa nak siapkan satu entri. Mood tu nak tak nak je datang. Idea tak flow. Memang membebankan kadang bila idea tak flow tapi nak jugak update. Bila update masa idea tengah stuck, mood tak dak, penulisan pun jadi macam petak 4 segi. Takdak makna gituh. Tak suka menulis dengan paksa. Takde jiwa gituh. Bila menulis dengan rasa, aura dia tu lain. Tu yang saya rasa lah, orang len tataw. hee..tapi sekarang ni mood menulis sedang membuak-buak sangat.. That's why mungkin boleh siapkan 2 entri dalam satu malam. heee... lagipun umi dok tanya-tanya dah bila nak update blog... sori lambat umi! ^_^

Dah banyak merapu ni, oke bai..
Next entri will be publish as soon as possible.. ^_^

Till then..
May Allah bless.. <3 p="">

Friday, May 17, 2013

Hiatus

Terhenti seketika.

Nak sangat menulis dekat sini.

Idea ada.
Warna warni kehidupan banyak yang nak dicoretkan.
Tapi terpaksa ditahan buat seketika waktu.
Bukan sengaja.
Tapi Acer Aspire 4736-G saya rosak.
Yes, rosak teruk kali ni. Masuk ICU siap.
Dah la rosak masa minggu terakhir praktikum
Minggu yang memang laptop adalah sangat penting untuk cari bahan bantu mengajar.

Tapi alhamdulillah, rumah dekat.
Angkut PC dari rumah.
Jadi masalah untuk abah.
Dia tak dapat online untuk tahu update tentang PRU13 yang menjelang.
So, guna dan setelkan kerja cepat-cepat supaya abah dapat semula PC kesayangan.

Ni pun update guna laptop rumet tersayang.
Jasamu dikenang sampai ke sorga abadi rumet.. <3 p="">Laptop ni banyak tolong saya untuk download nota-nota ekzam
Oh ye, sekarang saya dalam fatrah ekzam.
Kan, banyak cerita untuk diluah.
Tapi tersekat.
Lepas ni dapat Asus putih dari benua sana.
Update akan lebih laju.
InsyaAllah.
Tak sabar!!

#Eh..

Ni cuma update random.
Nak lepaskan rindu yang membuak dekat blog.
Seriyus rindu nak menulis.
Penyakit apakah ini?
Writhophobia?
hiks.. pandai je reka..

Till then..

Senyum.. ^_^

Monday, April 15, 2013

Teacher menangis ke tadi?





Pagi Ahad, hujan renyai. 

Hati terasa berbunga-bunga sebab harapnya tak perlulah kot nak berucap di perhimpunan pagi sebab hujan, so row-call cancelled lah kononnya. 

Tapi harapan hanya tinggal harapan semata. Perhimpunan pagi dibuat di dewan terbuka.

Teet! Kena cakap jugak. -_-

Sedikit kecewa, tapi sedikit gembira sebab boleh cuba atasi perasaan takut berhadapan dengan audiens i.e student kecik-kecik.

Perhimpunan pagi ni berbeza dari minggu yang sebelumnya. Satu, of course lah sebab aku kena bercakap kan. Second, sebab pagi ni setelah nyanyian lagu Negaraku, Lagu sekolah dan lagu negeri, Lagu Warisan Jasa Bonda dimainkan.

Yang buat aku nganga tu, semua murid and guru fasih. Sebijik-sebijik. Sayu aku dengar. Aku tak ikut nyanyi sebab langsung tak tahu lirik kan. 

Well, selepas penyampaian hadiah kecemerlangan budak darjah 6 dalam test UBB 1, aku dijemput untuk berucap.

Mak aii, dengar saja adik pengerusi majlis tu cakap," Dijemput Cikgu Farina Natasha untuk memberi sedikit ucapan", terus tangan dan kaki aku gigil pelik. Woha!!

Tapi still cover, berjalan dengan gaya catwalk ala model sikit, mata pandang ke depan, dagu angkat, bibir senyum. Cover kau! Macam konfiden gilerr je nak cakap. Padahal hati rasa dupdapdupdap macam nak terkeluar je dari thoracic cavity.

Aku mulakan dengan salam, dan bertanya khabar. Sebab hari hujan kan, so kena tanya khabar dorang. (kaitan..? )

So, sebelum aku mulakan ucapan, aku bacakan sebuah sajak untuk ibu sambil diiringi muzik Kiss the rain-Yiruma yang aku dah setup awal-awal dekat fon Xperia E Dual aku ni. 

Terima kasih ibu
Bertahun-tahun ibu mengasuhku
Bertahun-tahun pula aku tidak berterima kasih
Aku telah lupa akan jasa ibu
Aku telah lupa semua dosaku pada ibu
Ku tahu ibu
Tanganmu tak pernah lepas mengharapkan untukku
Dalam setiap doa yang kau panjatkan
Ku tahu ibu
Senyummu selalu menyapa dalam setiap kata cinta yang keluar dari lisanmu
Ku tahu ibu
Mata hatimu selalu terjaga dalam setiap derapku
Ibu,
9 bulan engkau berjuang mengandungkanku
lalu engkau bertarung nyawa melahirkanku
Perjuanganmu sungguh berat ibu
Maafkan aku ibu
Aku tak pernah berterima kasih atas jasamu
Andai aku bisa ibu
Kanku balas segenap cinta dan kasihmu
Andai aku mampu ibu
Akanku persembahkan sekerang kilauanmu
Sehangat dakapanmu
Setulus kasihmu
Dan sebening nasihatmu
Ibu,
Maafkan anakmu yang banyak berdosa ini
Aku akan berterima kasih padamu
Atas segala jasamu yang takkan bisa
Ku balas sampai kapan pun
Terima kasih ibu.

Habis saja sajak ni aku baca, aku dapat satu tepukan gemuruh. Terharu. Waa! 
Terharu sebab aku mampu jugak bersajak dan terharu sebab dapat satu tepukan. Sebelum bagi ucapan tadi, aku bayang mungkin lepas bersajak aku dapat kulit pisang telur busuk or selipar jepun putus mungkin.

Dan yang paling aku tak sangka, bila aku masuk mengajar ke kelas, student aku tanya, teacher, tadi time baca sajak tu, teacher nanges ke?
Aku senyum je, dan soal dia semula, awak rasa?

Dan aku nampak perubahan dekat budak-budak kelas aku. Dorang lagi tumpu dalam kelas selepas aku bagi ucapan tu. Sebab aku pesan dekat dorang, jangan main-main bila datang sekolah if you want to express rasa thankful tu dekat ibu.

Rasa sangat puas hati bila dapat buat sesuatu yang aku rasa kononnya aku tak mampu. Aku boleh, cuma rasa takut dan malas tu menghalangi. 

Mula-mula takut, tapi aku start fikir, 
bila lagi nak belajar? 
Bila lagi aku nak takut?
 Bila lagi kau nak perform? 

Soalan tu semua buat aku jadi berani. Berani nak cuba.
Dan yang paling best, bila ada support. 360 degree you! Kau hado? 


"Certainly we created man to struggle" QS: 90: 4

Ayat dari Dia yang buat aku selalu rasa kuat. Memang Allah ciptakan kita untuk berusaha. 

Bukan duk rileks goyang kaki tetiba WOW! Kau jadi kaya, kau jadi haibat!

Tu angan-angan namanya bro!

Bila lawan, rasa puas hati tu menyerap masuk dalam diri. Keyakinan diri bertambah. 

Tapi untuk jadi kuat macam ni, tak semudah ABC, even ABC pun susah kot bagi budak 5 tahun.

Alhamdulillah, aku puas hati. Mungkin bagi orang lain, perkara tu biasa, tapi bagi aku, tu bukan perkara biasa.

Dapat melakukan sesuatu yang aku rasa impossible untuk aku buat, tu dah jadi satu kepuasan bagi aku. Bukan untuk orang lain pun, untuk diri sendiri jugak. ^_^

So, macam itulah hari Ahad aku berlalu. Dengan pelbagai warna dan ragam. 
Walaupun hari mendung, tapi aku rasa macam dalam hati aku ada pelangi. Ceria!

Sebelum aku terlupa, infinity terima kasih aku ucapkan untuk someone yang suggest untuk aku bersajak. Yang ajar aku, yang give motivation dekat aku.

Thanks soo much!!

May Allah bless.. ^_^

p/s: 9 days to go!! _prektikumode_

Saturday, April 13, 2013

Takut



Takut, kalau tak dilawan, takkan hilang.

Macam aku takut nak drive kereta. Bertahun lesen kereta tak direnew, sebab bila abah mintak aku drive kereta, boleh bagi alasan lesen kereta mati, tak boleh nak drive.

Padahal realitinya aku takut. Tiap kali drive, mesti tangan gigil, badan jadi seram sejuk. Fobia mungkin. Takut yang tak boleh dikawal. I'm scared to the death you! Takut nak matii!! Eh?

Tapi aku face takut tu, masa prektikum, drive ke sekolah. Alhamdulillah, rasa cuak tu makin kurang.
Boleh je pun drive. Alasan takut tu buat aku tak boleh nak all out.

Nanti aku kena jadi cikgu. Tak lama dah, dalam 2 tahun lagi. Tapi aku takut tiap kali nak start mengajar dalam kelas. Aku takut penerimaan budak-budak. Aku takut aku kaku. Aku takut aku tak mampu nak cakap dan buat budak-budak tak faham pengajaran aku.

Aku face jugak takut aku. Aku masuk kelas, buat muka selamba. Order budak-budak suruh buat tu, buat ni. Sediakan ABM, aktiviti bagi seronok waktu pembelajaran. Alhamdulillah, mereka okey je.

Siap tanya lagi, "Teacher Natasha bila nak masuk kelas kami lagi?"

Aku hanya mampu senyum. Hati berbunga-bunga. Boleh je pun ngajar. Dan aku makin ada keyakinan diri untuk jadi cikgu.

Aku takut bola. Sebab tu dari kecik tiap kali cikgu suruh aku main bola jaring / bola baling sekalipun, aku akan elak. Aku cakap aku tak reti. Tak pun aku lari dari bola. Aku takut bola tu hentam kepala aku.
Seriyus fobiaa membunuh!

Tapi masa dekat sekolah, cikgu senior mintak tolong kami train netball. Aku laju-laju mengeleng cakap saya tak reti cikgu. Tapi semua praktikum-mate aku angguk, so aku ikut je lah. Mungkin mereka boleh train, aku duk tepi padang jadi pom-pom girl je la. Tu sangkaan aku. Tapi lain pulak jadinya.

2 orang praktikum-mate aku injured sebab salah sambut bola. So, aku kena sising seluar masuk padang. Lempar-lempar bola dengan budak-budak. Eh, boleh pulak aku tangkap bola kemas-kemas. Dulu aku selalu lari dari bola. Mungkin sebab dulu aku perasan aku kecik dari bola kot. So, sekarang jadi cikgu, jangan malukan diri depan budak.

Boleh je pun aku main bola jaring. Cuma gerak kaki tu normal lah kan. Aku bukannya pro pun. Budak-budak pun sama besar je ngan aku. Budak darjah 6. Siap ada yang lagi tinggi dari aku. -_-"
Naseblah, cikgunye kiyut sangat. Haha.

And, the good news is, aku dah tak takut bola. ^_^

Banyak perkara yang dapat aku overcome bila aku face perasaan takut tu.
Dan esok, aku nak bg talk masa perhimpunan pagi. Aku takut. Cuak. Ada someone yang selalu support 360 aku. Katanya, gain your confidence in front of mirror. Practice. So, awak boleh cakap dengan baik nanti.

Bagi talk dekat budak-budak dalam 10 minit je macam tu. Aku takut, cuak. Tapi aku tahu, kalau aku tak face perasaan takut ni, sampai bila aku nak duduk dekat belakang dan kagumi orang yang bercakap. Kenapa bukan aku yang berdiri di situ, dan orang dapat manfaat dari apa yang aku kongsikan.

Aku memang bermasalah dalam verbal communication. Bolok woks orang kelate cakap. Tapi aku gagahkan diri jugak nak bercakap. Kena sediakan point. Susun dengan elok. Supaya nanti takdelah boloks ngat kan.

Hope esok boleh buat yang terbaik. Kalau tak terbaik pun, at least, aku mampu nak hadapi perasaan takut tu. Tu dah cukup nak buat aku berasa puas.

Takut, fobia, cuak. Kalau dilayan makin teruk. Face it! So you'll be the winner. Bukan untuk orang lain pun. Untuk diri sendiri jugak.

Macam masalah jugak, kalau we run from it, memang tak dapat lah nak solve. 

Sit, think properly, find a way and strategy then solve it one by one. Then the problem will disappeared. But then, the other problem come. Hey! Life without problem is boring. Be positive dude!..


May Allah bless..  ^_^

mood: prektikum, 10 days more. Tak sabar nak habis! >_<!!

Friday, April 5, 2013

Weirdo feeling.

Tajuk macam pelik. Weirdo. Weird. Pelik. Ganjil.

Well, a little bit perkongsian mengenai perasan pelik nih.  Mesti ade antara korang tak berapa nak faham dengan perasaan pelik ni kan. Well, saya takde idea sebenarnya nak tulis. Tapi point tu ada cuma tak terluah, but.. I'll try, because of you and you and youuuu!

Yang dimaksudkan mengenai perasaan pelik ni adalah perasaan chenta. Ewahh! Sebut chenta terus berbunga-bunga hati. Mata jadi bling-bling semacam je. Macam awkward bila berbicara soal cinta mencintai.


Ok, sekarang saya bukan nak sentuh cinta yang high level tu that is cinta Allah and Rasul. But, cinta between 2 people with different chromosome order, between XX and XY. Not between XX and XX or XY and XY. Tu terpesong namanya. Kena laknat t.

Terlintas nak menulis tentang weirdo feeling ni because of one of my friend , kita namakan dia sebagai K, did ask this thing to me. Well, beliau macam tak dapat nak differentiate between cinta dan suka. Most people will think that it would bring same  meaning right? But it's not. For me lah, in the real context.

Lagipun, K request me to write this point in this blog, so I just did. Hoho.. So disebabkan blog ni dah banyak sawang sesawang dengan idea yang selalu stuck kes laziness and lack of point to share, so cadangan tu diterima dengan jayanya.

Okeh, saya bercakap melalui pengalaman saya yang lepas, well, saya pernah jugaklah terlibat dengan chenta-lah sangat tu. Hmm, honestly I regret because took that decision tanpa fikir jauh, tapi pengalaman tu yang buat saya lebih berhati-hati. Tapi takde lah sampai tahap chenta, sekadar suka kuasa dua kot. Tinggi sikit level dari orang lain. Cinta ni special kat Mr Right je. Ewah, macam pelik cakap pasal perasaan cintan-cintun tuh. Ugh!

Bercakap tentang perasaan yang quite complicated ni memang agak komplikated lah jugak sebenarnye. Sulit untuk diberitahu, dan sulit untuk di bicarakan dengan jelas.

Tapi, based on my understanding, perasaan cinta ni hadir selepas minat. Sebelum kita start minat tu, mesti kena kenal dulu then sebelum kenal mesti ada rasa suka dahulu. Panjang gituu step diaa. Oke, simplified: Suka > Kenal > Minat > Cinta

K did ask me," Tasha, camne nak tahu kita suka or minat kat orang tu? Padahal kat orang lain pun kita cakap suka jugak."

Aha, nih nak cakap, biasa kita cakap,

"Weh aku suka la ko. Aku suka style ko cakap, style ko layan kawan-kawan, semua nampak perfect lah."

"Ko suka aku? Aku pun suka ko jugak, jom kapel "

-..-

Dialog budak tak matang. Pui!

Bukan begitu hoih. Suka tak sama dengan minat cinta dan what else yang pelik tu. Perasaan tu tak mudah datang sebab perasaan tu special untuk sorang je. Suka ni mainstream. Terlalu umum. Sama jugak dengan kita suka kucing, suka Ferarri, DSLR...eh? Suka ni tak pelik pun penyakitnya. Biasa je, so ni bukan weirdo feeling tuh.

Minat pulak? Macam kita minat Robin Van Persie (RVP) ensem contohnye. Habis hensem dia, hilang lah minat tu. Tak pun kita minat Messi sebab score banyak. Habis terer dia tu, tah kelaut lah minat tu.
So tu bukan chenta. Dan biasanya bila kita minat kat orang ni, we will be inspired by them. Terrasaa macam nak ikut gitu gaya dia.

For example, kita minat orang pakai tudung labuh, tutup aurat semua. So dengan tak sengaja, kita pun turut pakai macam tu jugak if we are women. Tapi kalau kau tu tudung pun memang haram untuk dipakai, so jangan ngengade nak pakai jugak macam perempuan. Kena laknat t, Nabi tak mengaku umat tu.

Other example, kita minat Kogheaa. So gaya penampilan semuaa nak tiruu je. Haish. Ambik yang baik sudah, yang buruk letak jauh-jauh. Jangan lupa kita ni islam, bukan sekadar nama, tapi pengertian dan pemahaman and also gaya hidup.

Letak jauh-jauh soal minat. Now proceed kepada weirdo feeling nih, i.e. chenta. Ewaaahh.. kemainn.
Cinta ni satu perasaan yang pelik yang buat someone yang fall in love tu akan teringat dekat his/ her partner. Rasa nak take care, nak sembang, sharing and do everything for him/ her tanpa sebarang balasan. Habis honest lah kau.

Rasa tu macam tak boleh nak cerita.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sebab blur... :p

Haha,  and normally perasaan tu datang lepas kita kenal, suka and minat dekat dia. Ye lah, mudah je nak jatuh cinta tanpa kenal dulu kan. Cinta pandang pertama orang kata.

Ceh! Cinta padeaaa gitu..

Bagi saya, tu bukan cinta, tapi suka. Lepas suka dan kenal dengan perangai, then perasaan tu akan terbit secara perlahan-lahan sampai membuak-buak tak tertahan.

Haaa, ni yang nak cakap, bila dah sampai tahap parah tu, barulah akan datang virus-virus angau tahap petala kelapan.

Nak buat pape asyik ternampak muka dia ja, nak makan nampak dia, nak tidur nampak dia, even nak solat pun asyik ternampakk je. Ni memang dah kes parah. Perlu ubat dengan segera.
Bila dah sampai tahap tu, sila ambik wuduk and solat. Duduk diam-diam muahasabah diri. Kenapa rasa tu datang.

But if you already married itsokay laarh.. Lagi sweet maaa. Siap dapat pahalaa  berganda-ganda lagi tuu..
Untung kuasa sejutaa!

Ni saya specify to unmarried people.
Okeh, continue..

First, you need to analyse the person that you like or angau2 tu tepat tak dengan kriteria  yang Rasulullah dah sebut dalam hadis that is,

Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Do istikharah is the perfect way. Ask him, did he/her is my right partner? Sebab Allah tu our Creator, He knew us well 'coz He create us...

Then, kalau rasa hati tu straight ja, tenang je dengan dia. So, terus propose guna orang tengah or nak lagi mantop, sendiri propose.
Terus mintak nombor parents, p ngorat ayah diaa dulu.

Sebab hubungan yang diredhai adalah hubungan yang mendapat restu daripada ibu bapa.
Perasaan chenta ni tak hadir dengan mudah. Kalau yang kate mudah tu, sah-sah laa dia dari jenis buaya tembaga kelas atasan. Ewah!

Tapi dalam memilih calon, pastikan agama nombor satu,

Al Hasan bin Ali rahimahullah pernah berkata pada seorang laki-laki : “Kawinkanlah puterimu dengan laki-laki yang bertakwa sebab jika laki-laki itu mencintainya maka dia akan memuliakannya, dan jika tidak menyukainya maka dia tidak akan mendzaliminya.”

Orang yang faham agama dengan orang yang tak faham agama ni lain. Berbeza. 
Tapi sikap, perangai, akhlak tu pun kena ambil kira. Raikan perbezaan, selarikan persamaan. 

Bila dah sampai masa, insyaAllah segalanya dipermudahkan. Believe me, tak rugi pun bersabar. ^_^
Yang penting, pastikan 10 muwasofat tarbiyyah dalam membina Individu Muslim tu dipenuhi.. Mantapkan diri untuk sebuah baitulmuslim yang Osem! 
Oyeeahh!!

Selamat berchenta thru halal way! hoho..

May Allah Bless~

p/s: entri jiwo2 kali nih.. hiks..moga bermanfaat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~