Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, February 28, 2013

Divide and conquer

Kuasai diri dan fikiran. Demi dia untuk DIA.

Kadang dia buntu dengan diri sendiri.

Nak buat keputusan selalu je antara dua.

Antara kehendak dengan obligation. Dia jadi konfius. Susah sangat nak pilih.

Pertembungan antara dua rasa yang berbeza ni buat jiwa dia kadang rasa macam nak pecah.

Rasa tu. Rasa yang macam kena paksa buat, kena tolak diri laju-laju.

You need to do this and this, not that and that. Yada-yada..

Rasa dipaksa.


Awal-awal tu memanglah rasa macam berat, macam malas, macam basolayang!

Tapi once dah hadapi, dapat buat keputusan yang betul, terus jiwa rasa macam tenang semacam..sejuuuk je.

Berat sebab macam-macam perkara dok beban dalam fikiran.

Plus, dengan hasutan makhluk bertanduk yang taknak tunduk dekat Nabi Adam tu lagi.

Memanglah kan, pertarungan yang hebat dalam jiwa dan fikiran.


Kadang kena jugak korbankan perkara yang kita suka demi perkara yang baik.

Ikhlas ke tak, yang tu nombor dua, first buat dulu, and ikhlas tu akan datang dengan merangkak atau menyusur. (err, da macam ular pulak..)

Terpaksa or rela, tu perkara yang tak perlu lah nak fikir sangat.

Yang penting perkara yang nak dibuat tu Allah redha.


Bila pening antara dua keputusan, selalu je dia tanya pendapat kawan-kawan.

Ada yang sokong, dengan muka berseri-seri.

Ada yang bantah, siap dengan reason 2km lagi. Wahai!

Lepas tu, dia akan mula nak bermuhasabah. Divide and conquer.

Mana yang Allah suka, mana yang bermanfaat untuk hari esok.



Bahagi antara pro and contra tu.

Tengok mana yang lagi berat mana yang bagus. Dan kebiasaannya, bila jalan yang dipilih tu jalan yang DIA suka, hati jadi straight and tenang je.

Yang penting, bila nak buat baik, nak capai redha DIA demi akhirat dia, jangan fikir dua kali.

Bila dah fikir dua kali tu, mesti akan ada You-Know-Who yang hasut.
* * *

Situasi: Belanja kawan

Sood: Jap lagi nak belanja Sameon ayam Kepsi laa. Lama dah dia tak makan tu.

You-Know-Who: Ehh, bukanke sem ni banyak menda kan nak bayar? Dengan buku lagi, henset baru lagi yang ko nak beli tu. Ingat Xperia E tu murah ke? Nanti ikat perut ko nak makan.

Sood: Ehm, ye jugak kan. Tapi lama dah dia mengidam tu.. Ish, kena belanja jugak ni...

You-Know-Who: Alaaa, belanja guna elaun sem depan la. Sem ni banyak duit nak pakai

Sood: Ye jugak kan. Sem depan lah. Postpone2.. hoho

Then, sem depan dan depan dialog yang sama berlaku.

How if Sood terus buat dan tak fikir. Mesti dah kenyang perut buntal si Sameon tu kan? >_<!

* * *

Yang penting tak kira berat or ringan, bila dah lalu jalan ni, jangan rasa lemah.
Terus rasa qowiy jiddan-jiddan gituh! (qowiy=kuat) hoho!

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195) 

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (At-Taubah: 41) 

aha! That's it!!

Believe, He plans better..

 Nak dapat yang manis, mesti kena dapat yang pahit dulu. Macam ubat. Kan?




2 comments:

Faris Imadi said...

Bile pertembungan antara kehendak n keperluan, maka bermuhasabah lah trlebih dahulu sebelum buat sesuatu keputusan,in shaa Allah disitu ad keberkatannya.... :-)

wardatulhumayra said...

aiwah ustaz... betul tu.!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~