Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Friday, March 15, 2013

Zombie!


Untuk seminggu dua ni, dia terasa dirinya mulai transform kepada zombie a.k.a mayat hidup. Mana taknya, dalam seminggu cuma dapat melelapkan masa sekitar 10 jam sahaja.

 Tugasan kerja kursus yang mulai beratur menunggu giliran untuk dihantar, lab report yang masih terbengkalai dengan pengiraan yang entah ke mana, PCK yang masih belum setel dan juga dengan kuiz yang onthespot.

 Tu tak campur lagi dengan kursus KOAM hujung minggu itu. Masa rehat hujung minggu pun turut sama disebat.
Nak cakap kononnya betapa sibuklah dia itu. Padahal ada homosapiens lain yang lagi sibuk kalau nak dibandingkan dengan dia. 

Tapi baginya, tugasan ni dah cukup nak buat dia turn into zombie-like-human. Rasa macam masa tu sangat tak cukup. Cuma rasa tak cukup, padahal cukup je kalau pandai nak manage. Masalah dia yang itulah. Management.

Pengurusan bukan setakat pengurusan untuk masa, tapi work management, time management, relationship management. Semua berterabur. Entah. 

Kadang dia pun buntu dengan diri sendiri. Miserable kot.

Tak tahu kenapa virus kemalasan tu terlalu menusuk diri. Sampai dia mulai bosan dengan diri sendiri.

 Bosan dengan kemalasan dan ketidakproduktiviti diri. Yang peliknya, takde pulak usaha nak upgrade. Banyak sudah kuot-kuot penuh bermakna ditampal dekat dinding.

 Di baca sekali lalu dengan mata separa kuyu dan badan separa bermaya. Konon bersemangat, terus duduk di depan laptop, bukak folder kijoskoloh. Bukak semua tugasan-tugasan yang perlu dibuat. 


2 3 patah menaip, cari bahan semua. Inspiration tu datang..perlahan-lahan. Kemudian mata layu, layu dan tertutup. 

Eh? Tersedar sebab kaki dan tangan semua rasa macam paresthesia gituh.
Bangun. Wuduk. Tajdid niat. Bukak tafsir secara random.
Terbukak muka surat 594. 

"Verily We have created man into toil and struggle" (90:4)

Eh! Ye lahh!! 
Kena kuat lawan nafsu kemalasan nih!

Kena jadi rajin untuk rajin,
Malas untuk jadi malas.

Ganbatte kudasai!!

Till then..

May Allah Bless.. ~

p/s: random update

6 comments:

Farah Izzati said...

ehee...malas itu sntiasa ada..huuu..
semoga berjaya mnyiapkan smua tugasan..kalu da overload tu, minx kawan2 dri ipg len share report..n edit2..he he..

wardatulhumayra said...

Itulaaa..xleh larii kot dr mls..moge mls nk jd mls tu menjadi laaa..hehe..Amin..ble kna push nk hntr tu..adrenaline rush akn wat jd rajen plek..

ezzahsyahirah said...

makan budakkk..grr

wardatulhumayra said...

rawwrrrrr...budak larii...

Faris Imadi said...

Huh bznyeee...ok semngat3 siapkan sume ni,chaiyyok2...take it relax n cool gtuh..hehe semoga Allah prmudhkn segala2nye ;-)

wardatulhumayra said...

yup2,, tgh rilek n cool sesangat la nih..tu yg bhy sbnrnye..kna keluar dr comfort zone tu..

tenkiu2 ats tasji3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~