Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, April 15, 2013

Teacher menangis ke tadi?





Pagi Ahad, hujan renyai. 

Hati terasa berbunga-bunga sebab harapnya tak perlulah kot nak berucap di perhimpunan pagi sebab hujan, so row-call cancelled lah kononnya. 

Tapi harapan hanya tinggal harapan semata. Perhimpunan pagi dibuat di dewan terbuka.

Teet! Kena cakap jugak. -_-

Sedikit kecewa, tapi sedikit gembira sebab boleh cuba atasi perasaan takut berhadapan dengan audiens i.e student kecik-kecik.

Perhimpunan pagi ni berbeza dari minggu yang sebelumnya. Satu, of course lah sebab aku kena bercakap kan. Second, sebab pagi ni setelah nyanyian lagu Negaraku, Lagu sekolah dan lagu negeri, Lagu Warisan Jasa Bonda dimainkan.

Yang buat aku nganga tu, semua murid and guru fasih. Sebijik-sebijik. Sayu aku dengar. Aku tak ikut nyanyi sebab langsung tak tahu lirik kan. 

Well, selepas penyampaian hadiah kecemerlangan budak darjah 6 dalam test UBB 1, aku dijemput untuk berucap.

Mak aii, dengar saja adik pengerusi majlis tu cakap," Dijemput Cikgu Farina Natasha untuk memberi sedikit ucapan", terus tangan dan kaki aku gigil pelik. Woha!!

Tapi still cover, berjalan dengan gaya catwalk ala model sikit, mata pandang ke depan, dagu angkat, bibir senyum. Cover kau! Macam konfiden gilerr je nak cakap. Padahal hati rasa dupdapdupdap macam nak terkeluar je dari thoracic cavity.

Aku mulakan dengan salam, dan bertanya khabar. Sebab hari hujan kan, so kena tanya khabar dorang. (kaitan..? )

So, sebelum aku mulakan ucapan, aku bacakan sebuah sajak untuk ibu sambil diiringi muzik Kiss the rain-Yiruma yang aku dah setup awal-awal dekat fon Xperia E Dual aku ni. 

Terima kasih ibu
Bertahun-tahun ibu mengasuhku
Bertahun-tahun pula aku tidak berterima kasih
Aku telah lupa akan jasa ibu
Aku telah lupa semua dosaku pada ibu
Ku tahu ibu
Tanganmu tak pernah lepas mengharapkan untukku
Dalam setiap doa yang kau panjatkan
Ku tahu ibu
Senyummu selalu menyapa dalam setiap kata cinta yang keluar dari lisanmu
Ku tahu ibu
Mata hatimu selalu terjaga dalam setiap derapku
Ibu,
9 bulan engkau berjuang mengandungkanku
lalu engkau bertarung nyawa melahirkanku
Perjuanganmu sungguh berat ibu
Maafkan aku ibu
Aku tak pernah berterima kasih atas jasamu
Andai aku bisa ibu
Kanku balas segenap cinta dan kasihmu
Andai aku mampu ibu
Akanku persembahkan sekerang kilauanmu
Sehangat dakapanmu
Setulus kasihmu
Dan sebening nasihatmu
Ibu,
Maafkan anakmu yang banyak berdosa ini
Aku akan berterima kasih padamu
Atas segala jasamu yang takkan bisa
Ku balas sampai kapan pun
Terima kasih ibu.

Habis saja sajak ni aku baca, aku dapat satu tepukan gemuruh. Terharu. Waa! 
Terharu sebab aku mampu jugak bersajak dan terharu sebab dapat satu tepukan. Sebelum bagi ucapan tadi, aku bayang mungkin lepas bersajak aku dapat kulit pisang telur busuk or selipar jepun putus mungkin.

Dan yang paling aku tak sangka, bila aku masuk mengajar ke kelas, student aku tanya, teacher, tadi time baca sajak tu, teacher nanges ke?
Aku senyum je, dan soal dia semula, awak rasa?

Dan aku nampak perubahan dekat budak-budak kelas aku. Dorang lagi tumpu dalam kelas selepas aku bagi ucapan tu. Sebab aku pesan dekat dorang, jangan main-main bila datang sekolah if you want to express rasa thankful tu dekat ibu.

Rasa sangat puas hati bila dapat buat sesuatu yang aku rasa kononnya aku tak mampu. Aku boleh, cuma rasa takut dan malas tu menghalangi. 

Mula-mula takut, tapi aku start fikir, 
bila lagi nak belajar? 
Bila lagi aku nak takut?
 Bila lagi kau nak perform? 

Soalan tu semua buat aku jadi berani. Berani nak cuba.
Dan yang paling best, bila ada support. 360 degree you! Kau hado? 


"Certainly we created man to struggle" QS: 90: 4

Ayat dari Dia yang buat aku selalu rasa kuat. Memang Allah ciptakan kita untuk berusaha. 

Bukan duk rileks goyang kaki tetiba WOW! Kau jadi kaya, kau jadi haibat!

Tu angan-angan namanya bro!

Bila lawan, rasa puas hati tu menyerap masuk dalam diri. Keyakinan diri bertambah. 

Tapi untuk jadi kuat macam ni, tak semudah ABC, even ABC pun susah kot bagi budak 5 tahun.

Alhamdulillah, aku puas hati. Mungkin bagi orang lain, perkara tu biasa, tapi bagi aku, tu bukan perkara biasa.

Dapat melakukan sesuatu yang aku rasa impossible untuk aku buat, tu dah jadi satu kepuasan bagi aku. Bukan untuk orang lain pun, untuk diri sendiri jugak. ^_^

So, macam itulah hari Ahad aku berlalu. Dengan pelbagai warna dan ragam. 
Walaupun hari mendung, tapi aku rasa macam dalam hati aku ada pelangi. Ceria!

Sebelum aku terlupa, infinity terima kasih aku ucapkan untuk someone yang suggest untuk aku bersajak. Yang ajar aku, yang give motivation dekat aku.

Thanks soo much!!

May Allah bless.. ^_^

p/s: 9 days to go!! _prektikumode_

Saturday, April 13, 2013

Takut



Takut, kalau tak dilawan, takkan hilang.

Macam aku takut nak drive kereta. Bertahun lesen kereta tak direnew, sebab bila abah mintak aku drive kereta, boleh bagi alasan lesen kereta mati, tak boleh nak drive.

Padahal realitinya aku takut. Tiap kali drive, mesti tangan gigil, badan jadi seram sejuk. Fobia mungkin. Takut yang tak boleh dikawal. I'm scared to the death you! Takut nak matii!! Eh?

Tapi aku face takut tu, masa prektikum, drive ke sekolah. Alhamdulillah, rasa cuak tu makin kurang.
Boleh je pun drive. Alasan takut tu buat aku tak boleh nak all out.

Nanti aku kena jadi cikgu. Tak lama dah, dalam 2 tahun lagi. Tapi aku takut tiap kali nak start mengajar dalam kelas. Aku takut penerimaan budak-budak. Aku takut aku kaku. Aku takut aku tak mampu nak cakap dan buat budak-budak tak faham pengajaran aku.

Aku face jugak takut aku. Aku masuk kelas, buat muka selamba. Order budak-budak suruh buat tu, buat ni. Sediakan ABM, aktiviti bagi seronok waktu pembelajaran. Alhamdulillah, mereka okey je.

Siap tanya lagi, "Teacher Natasha bila nak masuk kelas kami lagi?"

Aku hanya mampu senyum. Hati berbunga-bunga. Boleh je pun ngajar. Dan aku makin ada keyakinan diri untuk jadi cikgu.

Aku takut bola. Sebab tu dari kecik tiap kali cikgu suruh aku main bola jaring / bola baling sekalipun, aku akan elak. Aku cakap aku tak reti. Tak pun aku lari dari bola. Aku takut bola tu hentam kepala aku.
Seriyus fobiaa membunuh!

Tapi masa dekat sekolah, cikgu senior mintak tolong kami train netball. Aku laju-laju mengeleng cakap saya tak reti cikgu. Tapi semua praktikum-mate aku angguk, so aku ikut je lah. Mungkin mereka boleh train, aku duk tepi padang jadi pom-pom girl je la. Tu sangkaan aku. Tapi lain pulak jadinya.

2 orang praktikum-mate aku injured sebab salah sambut bola. So, aku kena sising seluar masuk padang. Lempar-lempar bola dengan budak-budak. Eh, boleh pulak aku tangkap bola kemas-kemas. Dulu aku selalu lari dari bola. Mungkin sebab dulu aku perasan aku kecik dari bola kot. So, sekarang jadi cikgu, jangan malukan diri depan budak.

Boleh je pun aku main bola jaring. Cuma gerak kaki tu normal lah kan. Aku bukannya pro pun. Budak-budak pun sama besar je ngan aku. Budak darjah 6. Siap ada yang lagi tinggi dari aku. -_-"
Naseblah, cikgunye kiyut sangat. Haha.

And, the good news is, aku dah tak takut bola. ^_^

Banyak perkara yang dapat aku overcome bila aku face perasaan takut tu.
Dan esok, aku nak bg talk masa perhimpunan pagi. Aku takut. Cuak. Ada someone yang selalu support 360 aku. Katanya, gain your confidence in front of mirror. Practice. So, awak boleh cakap dengan baik nanti.

Bagi talk dekat budak-budak dalam 10 minit je macam tu. Aku takut, cuak. Tapi aku tahu, kalau aku tak face perasaan takut ni, sampai bila aku nak duduk dekat belakang dan kagumi orang yang bercakap. Kenapa bukan aku yang berdiri di situ, dan orang dapat manfaat dari apa yang aku kongsikan.

Aku memang bermasalah dalam verbal communication. Bolok woks orang kelate cakap. Tapi aku gagahkan diri jugak nak bercakap. Kena sediakan point. Susun dengan elok. Supaya nanti takdelah boloks ngat kan.

Hope esok boleh buat yang terbaik. Kalau tak terbaik pun, at least, aku mampu nak hadapi perasaan takut tu. Tu dah cukup nak buat aku berasa puas.

Takut, fobia, cuak. Kalau dilayan makin teruk. Face it! So you'll be the winner. Bukan untuk orang lain pun. Untuk diri sendiri jugak.

Macam masalah jugak, kalau we run from it, memang tak dapat lah nak solve. 

Sit, think properly, find a way and strategy then solve it one by one. Then the problem will disappeared. But then, the other problem come. Hey! Life without problem is boring. Be positive dude!..


May Allah bless..  ^_^

mood: prektikum, 10 days more. Tak sabar nak habis! >_<!!

Friday, April 5, 2013

Weirdo feeling.

Tajuk macam pelik. Weirdo. Weird. Pelik. Ganjil.

Well, a little bit perkongsian mengenai perasan pelik nih.  Mesti ade antara korang tak berapa nak faham dengan perasaan pelik ni kan. Well, saya takde idea sebenarnya nak tulis. Tapi point tu ada cuma tak terluah, but.. I'll try, because of you and you and youuuu!

Yang dimaksudkan mengenai perasaan pelik ni adalah perasaan chenta. Ewahh! Sebut chenta terus berbunga-bunga hati. Mata jadi bling-bling semacam je. Macam awkward bila berbicara soal cinta mencintai.


Ok, sekarang saya bukan nak sentuh cinta yang high level tu that is cinta Allah and Rasul. But, cinta between 2 people with different chromosome order, between XX and XY. Not between XX and XX or XY and XY. Tu terpesong namanya. Kena laknat t.

Terlintas nak menulis tentang weirdo feeling ni because of one of my friend , kita namakan dia sebagai K, did ask this thing to me. Well, beliau macam tak dapat nak differentiate between cinta dan suka. Most people will think that it would bring same  meaning right? But it's not. For me lah, in the real context.

Lagipun, K request me to write this point in this blog, so I just did. Hoho.. So disebabkan blog ni dah banyak sawang sesawang dengan idea yang selalu stuck kes laziness and lack of point to share, so cadangan tu diterima dengan jayanya.

Okeh, saya bercakap melalui pengalaman saya yang lepas, well, saya pernah jugaklah terlibat dengan chenta-lah sangat tu. Hmm, honestly I regret because took that decision tanpa fikir jauh, tapi pengalaman tu yang buat saya lebih berhati-hati. Tapi takde lah sampai tahap chenta, sekadar suka kuasa dua kot. Tinggi sikit level dari orang lain. Cinta ni special kat Mr Right je. Ewah, macam pelik cakap pasal perasaan cintan-cintun tuh. Ugh!

Bercakap tentang perasaan yang quite complicated ni memang agak komplikated lah jugak sebenarnye. Sulit untuk diberitahu, dan sulit untuk di bicarakan dengan jelas.

Tapi, based on my understanding, perasaan cinta ni hadir selepas minat. Sebelum kita start minat tu, mesti kena kenal dulu then sebelum kenal mesti ada rasa suka dahulu. Panjang gituu step diaa. Oke, simplified: Suka > Kenal > Minat > Cinta

K did ask me," Tasha, camne nak tahu kita suka or minat kat orang tu? Padahal kat orang lain pun kita cakap suka jugak."

Aha, nih nak cakap, biasa kita cakap,

"Weh aku suka la ko. Aku suka style ko cakap, style ko layan kawan-kawan, semua nampak perfect lah."

"Ko suka aku? Aku pun suka ko jugak, jom kapel "

-..-

Dialog budak tak matang. Pui!

Bukan begitu hoih. Suka tak sama dengan minat cinta dan what else yang pelik tu. Perasaan tu tak mudah datang sebab perasaan tu special untuk sorang je. Suka ni mainstream. Terlalu umum. Sama jugak dengan kita suka kucing, suka Ferarri, DSLR...eh? Suka ni tak pelik pun penyakitnya. Biasa je, so ni bukan weirdo feeling tuh.

Minat pulak? Macam kita minat Robin Van Persie (RVP) ensem contohnye. Habis hensem dia, hilang lah minat tu. Tak pun kita minat Messi sebab score banyak. Habis terer dia tu, tah kelaut lah minat tu.
So tu bukan chenta. Dan biasanya bila kita minat kat orang ni, we will be inspired by them. Terrasaa macam nak ikut gitu gaya dia.

For example, kita minat orang pakai tudung labuh, tutup aurat semua. So dengan tak sengaja, kita pun turut pakai macam tu jugak if we are women. Tapi kalau kau tu tudung pun memang haram untuk dipakai, so jangan ngengade nak pakai jugak macam perempuan. Kena laknat t, Nabi tak mengaku umat tu.

Other example, kita minat Kogheaa. So gaya penampilan semuaa nak tiruu je. Haish. Ambik yang baik sudah, yang buruk letak jauh-jauh. Jangan lupa kita ni islam, bukan sekadar nama, tapi pengertian dan pemahaman and also gaya hidup.

Letak jauh-jauh soal minat. Now proceed kepada weirdo feeling nih, i.e. chenta. Ewaaahh.. kemainn.
Cinta ni satu perasaan yang pelik yang buat someone yang fall in love tu akan teringat dekat his/ her partner. Rasa nak take care, nak sembang, sharing and do everything for him/ her tanpa sebarang balasan. Habis honest lah kau.

Rasa tu macam tak boleh nak cerita.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sebab blur... :p

Haha,  and normally perasaan tu datang lepas kita kenal, suka and minat dekat dia. Ye lah, mudah je nak jatuh cinta tanpa kenal dulu kan. Cinta pandang pertama orang kata.

Ceh! Cinta padeaaa gitu..

Bagi saya, tu bukan cinta, tapi suka. Lepas suka dan kenal dengan perangai, then perasaan tu akan terbit secara perlahan-lahan sampai membuak-buak tak tertahan.

Haaa, ni yang nak cakap, bila dah sampai tahap parah tu, barulah akan datang virus-virus angau tahap petala kelapan.

Nak buat pape asyik ternampak muka dia ja, nak makan nampak dia, nak tidur nampak dia, even nak solat pun asyik ternampakk je. Ni memang dah kes parah. Perlu ubat dengan segera.
Bila dah sampai tahap tu, sila ambik wuduk and solat. Duduk diam-diam muahasabah diri. Kenapa rasa tu datang.

But if you already married itsokay laarh.. Lagi sweet maaa. Siap dapat pahalaa  berganda-ganda lagi tuu..
Untung kuasa sejutaa!

Ni saya specify to unmarried people.
Okeh, continue..

First, you need to analyse the person that you like or angau2 tu tepat tak dengan kriteria  yang Rasulullah dah sebut dalam hadis that is,

Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Do istikharah is the perfect way. Ask him, did he/her is my right partner? Sebab Allah tu our Creator, He knew us well 'coz He create us...

Then, kalau rasa hati tu straight ja, tenang je dengan dia. So, terus propose guna orang tengah or nak lagi mantop, sendiri propose.
Terus mintak nombor parents, p ngorat ayah diaa dulu.

Sebab hubungan yang diredhai adalah hubungan yang mendapat restu daripada ibu bapa.
Perasaan chenta ni tak hadir dengan mudah. Kalau yang kate mudah tu, sah-sah laa dia dari jenis buaya tembaga kelas atasan. Ewah!

Tapi dalam memilih calon, pastikan agama nombor satu,

Al Hasan bin Ali rahimahullah pernah berkata pada seorang laki-laki : “Kawinkanlah puterimu dengan laki-laki yang bertakwa sebab jika laki-laki itu mencintainya maka dia akan memuliakannya, dan jika tidak menyukainya maka dia tidak akan mendzaliminya.”

Orang yang faham agama dengan orang yang tak faham agama ni lain. Berbeza. 
Tapi sikap, perangai, akhlak tu pun kena ambil kira. Raikan perbezaan, selarikan persamaan. 

Bila dah sampai masa, insyaAllah segalanya dipermudahkan. Believe me, tak rugi pun bersabar. ^_^
Yang penting, pastikan 10 muwasofat tarbiyyah dalam membina Individu Muslim tu dipenuhi.. Mantapkan diri untuk sebuah baitulmuslim yang Osem! 
Oyeeahh!!

Selamat berchenta thru halal way! hoho..

May Allah Bless~

p/s: entri jiwo2 kali nih.. hiks..moga bermanfaat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~