Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, April 13, 2013

Takut



Takut, kalau tak dilawan, takkan hilang.

Macam aku takut nak drive kereta. Bertahun lesen kereta tak direnew, sebab bila abah mintak aku drive kereta, boleh bagi alasan lesen kereta mati, tak boleh nak drive.

Padahal realitinya aku takut. Tiap kali drive, mesti tangan gigil, badan jadi seram sejuk. Fobia mungkin. Takut yang tak boleh dikawal. I'm scared to the death you! Takut nak matii!! Eh?

Tapi aku face takut tu, masa prektikum, drive ke sekolah. Alhamdulillah, rasa cuak tu makin kurang.
Boleh je pun drive. Alasan takut tu buat aku tak boleh nak all out.

Nanti aku kena jadi cikgu. Tak lama dah, dalam 2 tahun lagi. Tapi aku takut tiap kali nak start mengajar dalam kelas. Aku takut penerimaan budak-budak. Aku takut aku kaku. Aku takut aku tak mampu nak cakap dan buat budak-budak tak faham pengajaran aku.

Aku face jugak takut aku. Aku masuk kelas, buat muka selamba. Order budak-budak suruh buat tu, buat ni. Sediakan ABM, aktiviti bagi seronok waktu pembelajaran. Alhamdulillah, mereka okey je.

Siap tanya lagi, "Teacher Natasha bila nak masuk kelas kami lagi?"

Aku hanya mampu senyum. Hati berbunga-bunga. Boleh je pun ngajar. Dan aku makin ada keyakinan diri untuk jadi cikgu.

Aku takut bola. Sebab tu dari kecik tiap kali cikgu suruh aku main bola jaring / bola baling sekalipun, aku akan elak. Aku cakap aku tak reti. Tak pun aku lari dari bola. Aku takut bola tu hentam kepala aku.
Seriyus fobiaa membunuh!

Tapi masa dekat sekolah, cikgu senior mintak tolong kami train netball. Aku laju-laju mengeleng cakap saya tak reti cikgu. Tapi semua praktikum-mate aku angguk, so aku ikut je lah. Mungkin mereka boleh train, aku duk tepi padang jadi pom-pom girl je la. Tu sangkaan aku. Tapi lain pulak jadinya.

2 orang praktikum-mate aku injured sebab salah sambut bola. So, aku kena sising seluar masuk padang. Lempar-lempar bola dengan budak-budak. Eh, boleh pulak aku tangkap bola kemas-kemas. Dulu aku selalu lari dari bola. Mungkin sebab dulu aku perasan aku kecik dari bola kot. So, sekarang jadi cikgu, jangan malukan diri depan budak.

Boleh je pun aku main bola jaring. Cuma gerak kaki tu normal lah kan. Aku bukannya pro pun. Budak-budak pun sama besar je ngan aku. Budak darjah 6. Siap ada yang lagi tinggi dari aku. -_-"
Naseblah, cikgunye kiyut sangat. Haha.

And, the good news is, aku dah tak takut bola. ^_^

Banyak perkara yang dapat aku overcome bila aku face perasaan takut tu.
Dan esok, aku nak bg talk masa perhimpunan pagi. Aku takut. Cuak. Ada someone yang selalu support 360 aku. Katanya, gain your confidence in front of mirror. Practice. So, awak boleh cakap dengan baik nanti.

Bagi talk dekat budak-budak dalam 10 minit je macam tu. Aku takut, cuak. Tapi aku tahu, kalau aku tak face perasaan takut ni, sampai bila aku nak duduk dekat belakang dan kagumi orang yang bercakap. Kenapa bukan aku yang berdiri di situ, dan orang dapat manfaat dari apa yang aku kongsikan.

Aku memang bermasalah dalam verbal communication. Bolok woks orang kelate cakap. Tapi aku gagahkan diri jugak nak bercakap. Kena sediakan point. Susun dengan elok. Supaya nanti takdelah boloks ngat kan.

Hope esok boleh buat yang terbaik. Kalau tak terbaik pun, at least, aku mampu nak hadapi perasaan takut tu. Tu dah cukup nak buat aku berasa puas.

Takut, fobia, cuak. Kalau dilayan makin teruk. Face it! So you'll be the winner. Bukan untuk orang lain pun. Untuk diri sendiri jugak.

Macam masalah jugak, kalau we run from it, memang tak dapat lah nak solve. 

Sit, think properly, find a way and strategy then solve it one by one. Then the problem will disappeared. But then, the other problem come. Hey! Life without problem is boring. Be positive dude!..


May Allah bless..  ^_^

mood: prektikum, 10 days more. Tak sabar nak habis! >_<!!

3 comments:

Faris Imadi said...

Gudluck awak....always try try n try to face it k, in shaa Allah its gonna be okie ;-)

wardatulhumayra said...

tenkiu..^_^ insyaAllah. Kena face jugak dalam senang atau susah..
He will always help me to overcome it..
kan DIA dekat skmo..

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (50:16)

Faris Imadi said...

In shaa Allah awak mampu....mlm ni berlatih sungguh2, bt the max preparation n also berlatih dpn cermin yup dlu...tgk cmne gaya kite dpn org nnti...semoga dprmdhkn segala urusan k esok n gudluck ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~