Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, April 15, 2013

Teacher menangis ke tadi?





Pagi Ahad, hujan renyai. 

Hati terasa berbunga-bunga sebab harapnya tak perlulah kot nak berucap di perhimpunan pagi sebab hujan, so row-call cancelled lah kononnya. 

Tapi harapan hanya tinggal harapan semata. Perhimpunan pagi dibuat di dewan terbuka.

Teet! Kena cakap jugak. -_-

Sedikit kecewa, tapi sedikit gembira sebab boleh cuba atasi perasaan takut berhadapan dengan audiens i.e student kecik-kecik.

Perhimpunan pagi ni berbeza dari minggu yang sebelumnya. Satu, of course lah sebab aku kena bercakap kan. Second, sebab pagi ni setelah nyanyian lagu Negaraku, Lagu sekolah dan lagu negeri, Lagu Warisan Jasa Bonda dimainkan.

Yang buat aku nganga tu, semua murid and guru fasih. Sebijik-sebijik. Sayu aku dengar. Aku tak ikut nyanyi sebab langsung tak tahu lirik kan. 

Well, selepas penyampaian hadiah kecemerlangan budak darjah 6 dalam test UBB 1, aku dijemput untuk berucap.

Mak aii, dengar saja adik pengerusi majlis tu cakap," Dijemput Cikgu Farina Natasha untuk memberi sedikit ucapan", terus tangan dan kaki aku gigil pelik. Woha!!

Tapi still cover, berjalan dengan gaya catwalk ala model sikit, mata pandang ke depan, dagu angkat, bibir senyum. Cover kau! Macam konfiden gilerr je nak cakap. Padahal hati rasa dupdapdupdap macam nak terkeluar je dari thoracic cavity.

Aku mulakan dengan salam, dan bertanya khabar. Sebab hari hujan kan, so kena tanya khabar dorang. (kaitan..? )

So, sebelum aku mulakan ucapan, aku bacakan sebuah sajak untuk ibu sambil diiringi muzik Kiss the rain-Yiruma yang aku dah setup awal-awal dekat fon Xperia E Dual aku ni. 

Terima kasih ibu
Bertahun-tahun ibu mengasuhku
Bertahun-tahun pula aku tidak berterima kasih
Aku telah lupa akan jasa ibu
Aku telah lupa semua dosaku pada ibu
Ku tahu ibu
Tanganmu tak pernah lepas mengharapkan untukku
Dalam setiap doa yang kau panjatkan
Ku tahu ibu
Senyummu selalu menyapa dalam setiap kata cinta yang keluar dari lisanmu
Ku tahu ibu
Mata hatimu selalu terjaga dalam setiap derapku
Ibu,
9 bulan engkau berjuang mengandungkanku
lalu engkau bertarung nyawa melahirkanku
Perjuanganmu sungguh berat ibu
Maafkan aku ibu
Aku tak pernah berterima kasih atas jasamu
Andai aku bisa ibu
Kanku balas segenap cinta dan kasihmu
Andai aku mampu ibu
Akanku persembahkan sekerang kilauanmu
Sehangat dakapanmu
Setulus kasihmu
Dan sebening nasihatmu
Ibu,
Maafkan anakmu yang banyak berdosa ini
Aku akan berterima kasih padamu
Atas segala jasamu yang takkan bisa
Ku balas sampai kapan pun
Terima kasih ibu.

Habis saja sajak ni aku baca, aku dapat satu tepukan gemuruh. Terharu. Waa! 
Terharu sebab aku mampu jugak bersajak dan terharu sebab dapat satu tepukan. Sebelum bagi ucapan tadi, aku bayang mungkin lepas bersajak aku dapat kulit pisang telur busuk or selipar jepun putus mungkin.

Dan yang paling aku tak sangka, bila aku masuk mengajar ke kelas, student aku tanya, teacher, tadi time baca sajak tu, teacher nanges ke?
Aku senyum je, dan soal dia semula, awak rasa?

Dan aku nampak perubahan dekat budak-budak kelas aku. Dorang lagi tumpu dalam kelas selepas aku bagi ucapan tu. Sebab aku pesan dekat dorang, jangan main-main bila datang sekolah if you want to express rasa thankful tu dekat ibu.

Rasa sangat puas hati bila dapat buat sesuatu yang aku rasa kononnya aku tak mampu. Aku boleh, cuma rasa takut dan malas tu menghalangi. 

Mula-mula takut, tapi aku start fikir, 
bila lagi nak belajar? 
Bila lagi aku nak takut?
 Bila lagi kau nak perform? 

Soalan tu semua buat aku jadi berani. Berani nak cuba.
Dan yang paling best, bila ada support. 360 degree you! Kau hado? 


"Certainly we created man to struggle" QS: 90: 4

Ayat dari Dia yang buat aku selalu rasa kuat. Memang Allah ciptakan kita untuk berusaha. 

Bukan duk rileks goyang kaki tetiba WOW! Kau jadi kaya, kau jadi haibat!

Tu angan-angan namanya bro!

Bila lawan, rasa puas hati tu menyerap masuk dalam diri. Keyakinan diri bertambah. 

Tapi untuk jadi kuat macam ni, tak semudah ABC, even ABC pun susah kot bagi budak 5 tahun.

Alhamdulillah, aku puas hati. Mungkin bagi orang lain, perkara tu biasa, tapi bagi aku, tu bukan perkara biasa.

Dapat melakukan sesuatu yang aku rasa impossible untuk aku buat, tu dah jadi satu kepuasan bagi aku. Bukan untuk orang lain pun, untuk diri sendiri jugak. ^_^

So, macam itulah hari Ahad aku berlalu. Dengan pelbagai warna dan ragam. 
Walaupun hari mendung, tapi aku rasa macam dalam hati aku ada pelangi. Ceria!

Sebelum aku terlupa, infinity terima kasih aku ucapkan untuk someone yang suggest untuk aku bersajak. Yang ajar aku, yang give motivation dekat aku.

Thanks soo much!!

May Allah bless.. ^_^

p/s: 9 days to go!! _prektikumode_

3 comments:

Faris Imadi said...

Terbaikkkkkk! !!! Also terharu :-) keep it up....

wardatulhumayra said...

:) insyaAllah.. mohon doanya pak! :p

Faris Imadi said...

Doanya sentiasa dong...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~