Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Sunday, August 18, 2013

Raya Sini Sana..

***
ehem..
Assalamualaikum wbt,
Tetiba ghasa segan-segan gusi nak menulis dekat blog sendiri. Lama bebenor dah eden tak menjenguknye.

Hari ni dah masuk 11 Syawal 1434H. Aura Aidilfitri tu masih terasa bak matahari menyinar di tengah hari. Panaih bak hang!

So, belum terlambat lagi rasanya bagi kami *ehem, berkami dah skarang hui* untuk meng'wish'
 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434 H buat semuaaaaaa!!



Tapi dalam kegembiraan kita menyambut perayaan fitrah ni, jangan lupa bagi saudara-saudara seagama kita di Mesir sana. Pilu hati bila usha Facebook mengenai update Mesir. Jom sama-sama kita berdoa sejenak, sambil menembak Qunut Nazilah buat Al-Sisi laknatullah!

* * *
Aidilfitri pada kali ini sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Sebab tahun ni saya beraya di 2 buah rumah. Sekarang dah ada dua keluarga, so kena pandai nak divide and conquer lah. Kena rumah mana sesi pagi, mana sesi petang. Dan of course kena raikan rumah umiayah dekat Jln Hj Wan Latif memandangkan hubby jadi Imam Aidilfitri pagi ni.

First time solat raya jauh-jauh dari mamabah, and first time jugak solat raya dengan umi ayah berimamkan suami terchenta.. ewah! Lain ghasanya..

Btw, nak kabo sket, time solat raya tu, entah kenapa ghasa nak senyum je panjang-panjang sam[ai telinga, sebab bila nampak imam kat bawah tu, macam tak caya tu suami aku jadi imam! Tak pernah terbayang dek fikiran. Alhamdulillah, syukur sangat!! Kadang aura bangga tu datang bertingkek-tingkek!

Jalan Sakan

Mujur rumah kitorang dekat, 3 minit drive terus sampai. Disebabkan sesi pagi dah dekat rumah umiayah, petang giliran rumah mamabah la pulak.

Memang raya pertama ni masa banyak di habiskan atas kereta. Berjalan tanpa henti bak hang! Boleh dikatakan hampir semua rumah sedara mara kami redah. Lepas keluarga umiayah, keluarga mamabah pulak.

Mungkin kelebihan rumah dekat-dekat, dalam sehari dah boleh raya untuk dua-dua belah keluarga. So, raya pertama sampai raya ketiga memang dengan family sahaja.

Kenduri

Dah jadi kebiasaan masyarakat kita, asal cuti je mesti ada kenduri, asal kenduri je mesti cuti. Memang dapur tak berasap lah musim cuti gini memandangkan dapat kad jemputan kawen sebeban.

Dan rumah mamabah pun tak ketinggalan nak berkenduri simple2 jugak.
Alhamdulillah, I've got new brother-in-law.

Raya keempat. SaifulNadia ni pun buat simple-simple macam FarisNatasha jugak majlisnya.
2 in 1.
Tunang 10 minit, akad nikah sekali lafaz.
Hebakk sungguh abang ipor kiter..



Belah Umiayah pun ada jugak. Kenduri sepupu and anak sepupu. So berkenduri-kendara laa sepanjang masa raya ni.

Barakallahulakuma wa baroka alaih ila Jannah..!!
Moga bahagia hingga ke sOrga hendakknya..
Amin2..

Ziarah

Kali ni sempat ziarah raya ke K. Terengganu. Kebetulan abang ipar ajak beraya kat rumah dia, so alang-alang dah datang, kami terus golek tayar kereta tuju sahabat Imtiaz,  Qiqah and Sh.Humairah and rumah Afifah Otheman.

Ada lagi rumah lain tak sempat nak singgah. Sebab kami bertolak agak lambat, dan sampai KT pun dah lewat petang.

InsyaAllah ada peluang bole la nak teruskan lagi ziarah memandangkan ada driver peribadi terchenta dekat sebelah. Hee.. Raya kan sebulan. ;-)

Dulu lain, sekarang lain.

Aha, memang lain betul raya kali ni. Sebab dulu dapat duit raya lagi bila mintak dengan mak sedara, tapi sekarang bila mintak merayu-rayu sambil melutut mengalir air mata darah sekalipun memang tak dapat la duit raya.

Kes kat pangkal nama dah ada title Puan. Ewah! Puan Natasha mana boleh mintak duit raya dah.
Sekarang dah jadi isteri orang.
Isteri Faris Imadi Rusli.
Terketor-ketor tangan taip perkataan isteri.
Ghasa macam tengah taip entri ni dalam mimpi je. hee.
But, that's reality. Sweet romantic reality that I heart it till heaven..


Dulu ada satu family, sekarang dah ada dua family besar. Dan tahun ni raya ada Ayah Abah and Umi Mama.

Dan ada orang baru dekat sebelah yang selalu jadi penasihat peribadi merangkap Imam muda hensem jettak fizikal rohani dan jasmaninya.. InsyaAllah!

Hensem jiwanya, maka hensemlah peribadinya. Ehem!

Alhamdulillah, begitulah sedikit sebanyak mengenai Aidilfitri 1434H.
Perbezaannya banyak, kenangannya juga banyak.

Ada yang manis, ada yang pahit,
tapi yang pahit tu adalah penawar untuk kita menghargai manisnya nanti.

Macam ubat, pahitnya sekejap, manisnya berkekalan..
InsyaAllah..

May Allah Bless Everything, for you, me and everyone.

We're all related in one Aqidah.

Keep pray for our brother and sister in Egypt, Syria, Palestin and all over the world.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~