Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, September 23, 2013

Happy Birthday Dear Faris Imadi !! ♥

Dear Hubby ♥ ,

Saengil chukha hamnida!!

A very special day for you !!

23 September 1991.

Hari ni ada seorang baby boy lahir ke dunia. Comel. Mata kecik-kecik, kulit putih, muka bulat. Haih, comel betul budak kecik tu. Tu masa dia kecik, comel sangat, sampai rasa nak cubit2 sampai nanges. haha.

Mula-mula dia tengok dunia, dia tak tahu pun perjalanan hidup dia Allah dah atur begitu indah.
Dia tak tahu pun yang dia akan jadi seorang hafiz quran, satu-satunya anak teruna kepada umi ayah. Permata dalam keluarga.

Akan belajar di SM Imtiaz Dungun. Kemudian sambung di Darul Quran, JAKIM dan seterusnya ke Universiti Yarmouk, Jordan.

Dan semestinya dia jugak tak pernah terfikir akan berkahwin di usia muda. 22 tahun sudah bergelar suami kepada Farina Natasha Hafizi..hee

Ya, hari ni September 23, 2013. Hari lahir dia. Cukup 22 tahun. Umur kami dah serupa! Cuma berbeza 5 bulan 19 hari. Tak beza sangat pun. Pada umur semuda ni, kami da bergelar suami isteri. Alhamdulillah. Tak pernah terbayang dek fikiran dolu-dolu. ^_^~

Teringat kisah dia masa kecik-kecik dulu. Umi cakap dia nakal sangat. Sampai dapat gelaran Ustaz nakal. Kesnya suka sangat kacau orang. Tapi siapa sangka panggilan ustaz nakal tu jadi satu doa sampai sekarang

Alhamdulillah dia dah jadi ustaz. Ustaz Faris Imadi. Imam muda Surau Hj Wan Latif tu. Banggo den bortingkek-tingkek ngan husbeng ai nih! Hee

Nak cakap pasal nakal masa dia kecik-kecik dulu, cerita dia memang tak  habis la.
Bila start buka meja kopi sembang tentang sekolah menengah dulu-dulu, mula la macam-macam cerita keluar. Cerita tentang zaman sekolah dulu-dulu. Tentang dia, tentang saya. Haha. 

Bila bercerita tu kadang rasa macam tak caya. Macam tak caya yang insan yang tengah duk layan sembang tu budak satu sekolah dulu.

Tapi memang dulu tak pernah terserempak dia dulu. Seminggu sebelum kawen je baru kami jumpa depan-depan.

Tapi sepanjang perkenalan kami dan sepanjang yang saya kenal dia, memang rasa sangat-sangat beruntung dianugerahkan seorang suami yang sangat caring and understanding dan sangat-sangat menjaga isterinya ni. Thanks awak.. ^_^

Sejak kawen ni, seriyus rasa sangat-sangat terjaga. Ikhtilat terutamanya, makin terjaga.

Teringat ada kata-kata daripada seorang rakan di MukaBuku,” Choosing a husband is like make a decision between hell or heaven”. Mulanya aku rasa quote tu macam agak over, tapi bila difikirkan kembali, ada benarnya. Sebab syurga bagi seorang isteri terletak di bawah tanggungjawab suami.

Selama 22 tahun ni, dah macam-macam kisah dia lalui. Ada yang manis,  ada yang pahit. Ada antara kisah corak warna warni hidup ni yang dia taknak pun lalui, but still, he need to face it.
Dan dalam tempoh 22 tahun ni, dia berjaya jadi anak yang sangat taat dekat umi dan ayah. 

Setakat ni, Alhamdulillah, semua kehendak umi dan ayah dia turuti. Dan balasannya, semua urusan hidup dia, Allah permudahkan.

Tapi bukan setiap masa hidup ni nak smooth. Macam jalan raya jugak, mungkin perjalanan kita bermula dengan ‘jalan tinggi’ (baca: highway), jalan smooth, clear. Nak drag racing pun best.
Tapi untuk sampai ke destinasi yang dituju, kita akan jumpa jalan yang berlopak-lopak, kadang dipenuhi dengan periuk api (baca: tahi lembu) ihik!, kadang tu jumpa jalan yang langsung tak bertar, kadang berbukit bukau, kadang rata, kadang bengkang-bengkok, kadang tu lurus je. 

Aneka macam, aneka ragam.

Analogi kehidupan. Serupa macam jalan kat Malaysia. Hee

So, untuk awak.. hari ni dah cukup 22 tahun dah awak dekat atas dunia ni. Macam-macam masalah dah awak hadapi. Dah macam-macam peristiwa pahit manis dah awak lalui. Hidup tak selalunya manis. Ujian dan cabaran yang kita dapat tu bukan saje-saje je Allah bagi dekat kita. Tu tanda Dia sayang and nak bagi hati dan jiwa kita kuat. Ingat, Dia tak bagi ujian yang kita tak mampu nak hadapi. Dia tahu kita mampu dan dia nak uji tahap kesabaran kita tahap keimanan. Kan Allah ada berfirman,

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS. Al-Ankabut: 2-3)

So, if there’s any problem… be strong k?

You plan, I plan, we plan, BUT He plan better than us. ^_^

Dan semoga pertambahan iman dan amal awak melangkaui pertambahan usia.  InsyaAllah, saya sentiasa ada di sini untuk awak. Kita support antara satu sama lain. Ingat matlamat hidup kita. Ingat apa yang kita nak capai. Dan sentiasa ingat apa yang kita nak berikan untuk our mujahid mujahidah nanti..

I always be there for you.

Selamat Hari Lahir Muhammad Faris Imadi bin Rusli

Sincerely..
Farina Natasha Hafizi
Bukit Keluang, Besut, 
Terengganu, Malaysia

5 comments:

Faris Imadi said...

syukran sayang for everythng, thanks to Allah jgk sbb anugerahkan abg seorang istri yg sgt baik mcm syg..i'm very proud with u dear..thanks ... <3 <3 <3

wardatulhumayra said...

same2 abg...xde pape pn no kalo nk compare ngan ur sacrifice for our future dear..everything just for you syg... <3

nurul said...

tasyaaaa...sweetttt sgttt....semoga kaliannn bhgiaa smpai syurgaa....besttnyaaa da kawen..!! hihihikkk..:D

nurul said...

tasyaaaa.....sweeetttt sgttt kalian....tahniahhhh skalii lagii...hehee...semoge kalian bahagia smpaii syurgaaaa....bestnyaaa..!!

wardatulhumayra said...

Heee...amin2.. InsyaAllah.. U too.. AWok pn moge cepatlaaa kawen.. Bestt tahu.. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~