Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Wednesday, November 20, 2013

Masalah itu nikmat

8:16 am (waktu Malaysia), Jerteh, Terengganu


2- 3 hari dah macam ni.
Sama je keadaan. Tak berubah pun.
Memang dah resmi hujung tahun.
Lagipun memang musim dia.
Monsun timur laut.

Hujan lebat tak henti-henti. Jarang-jarang nampak sang mentari. Dah la suhu sekarang ni agak sejuk.

Check dekat skrin henset, 24 darjah Celcius. Sejuk lah tu kalau nak compare dengan suhu biasa-biasa. Bungkus dalam selimut pun sedap masa ni. Tapi bungkus-bungkus ni buat badan n otak jadi lemau. Rasa macam malfunction je gitu.

Tapi bila keadaan hujan macam ni, ada perkara yang menghiburkan kita. Dan kita hanya dapat bila musim monsun ni je. 

Bila kita nampak matahari selepas sekian lama. 

Betul tak masa tu kita akan rasa macam relief giler. Rasa macam, Yes! arini dapat jemur baju, dapat gi pantai, dapat jalan-jalan tanpa pakai payung. Dan kurang basah.

Eh?

Bila kita relate dengan life kan, hujan ni macam suatu masalah la contohnya, dan matahari serta pelangi tu adalah rasa relief bila masalah dapat diselesaikan dengan bijaksana. Tu analoginya.

Dan rasa sepanjang kita melalui fasa kehujanan tu adalah rasa bagaimana kita ditenggelami masalah.

Jika kita tak pandai nak manage diri, tak pandai nak UP- kan intrinsic motivation dalam diri. Mungkin kita boleh lemas. Boleh rebah.

Sama analogi macam ubat jugak. Ubat tu resminya pahit. Nak telan pun seksa. Tapi kena telan jugak, sebab nak bagi beban penyakit ni hilang. Tapikan, bila kita dah sihat, kita tak perlu dah susah-susah nak telan ubat pahit yang menyeksakan tu, Dan nikmat sihat iu sungguh menyenangkan. Dan membahagiakan bukan?

Sama jugak bila face masalah. Sakit. Pahit. Susah. Berat. 

Yes, perkara yang tak best tu memang buat kita seksa jiwa dan raga. Tapi perkara yang berat tu la yang lebih mematangkan kita. Supaya kita jadi lebih rasional bila berdepan dengan masalah. 

Dan, normalnya, bila kita dapat perkara yang susah dahulu, kita akan terasa nikmat bila kita senang. 

Tapi, jika kita rasa senang dari awal, hidup ni takde ujian pun, agak-agak hidup kita tu ada warna warni tak?

Nak mudah, kita bagi analogi warna dekat lukisan. Kalau lukisan tu guna satu warna je. Dalam kes ni contohnya warna biru pekat. Agak-agaknya, lukisan tu menarik ke tidak? Okey, sendiri fikir, taknak hurai panjang. 

Susah tu sebenarnya nikmat, nikmat dan ujian yang Allah bagi kat kita supaya kita sentiasa ingat Dia. Sebab bila kita susah kita secara automatik akan cari yang kita sayang. Kita semua sayang Allah kan? Dan kita tahu Dia sayang kita. Tu sebab kita cari Dia bila masalah datang.


Macam berkenan dengan kuot Albert Einstein ni. Kita tak boleh nak selesai masalah dengan cara yang sama masalah tu datang. Kita kena lebih kreatif dan faham masalah tu kan?

Kalau sekarang ni kita rasa hujan tu masalah. Sebenarnya cara kita yang bermasalah, sebab hujan tuk rahmat. 

Kalau kita fikir hidup susah itu masalah, kita akan susah selamanya sebab susah tu sebenarnya nikmat, untuk kita makin dekat dengan Dia dan dapat pahala bersabar.

Kalau kita rasa berjauhan dengan pasangan tu masalah, mungkin kita yang salah sebab tu sebenarnya ujian kepada sebuah kesetiaan dan ubat bagi menguatkan lagi kepercayaan dalam diri masing-masing.

Sebenarnya, semuanya bermula dari kita. Tentang bagaimana kita berfikir. Bagaimana kita mencerna sesuatu permasalahan.

Yes, bukan mudah nak create minda dan jiwa positif. Tapi tak mustahil.
Jika positif yang kita fikirkan, insyaAllah perkara yang positif akan datang pada diri kita,

Just be strong. Moga jiwa-jiwa tu makin kuat.
Moga hati itu makin berhati- hati.

Dan jadi seorang homosapiens yang berjiwa dan berminda positif dan ceria.

p/s: esok majlis kakak, harapnye esok ada sunshine. ;)

May Allah Ease.. ^_^~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~