Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Wednesday, December 18, 2013

Snow Love?


Terkezut den. Sepraise gituh. Tetiba nampak muka hubby dekat page "Aku doakan moga dirimu bahagia hingga ke akhir hayatmu :')" . 

Dahla tengah pegang snowball bentuk love. Sweet angatt haihhh! Hee..

Terharuuu! Tau dah zaujah dye tak dapat maen snow, dibuatnye snow love tu. Ghasa macam mata masuk habuk kes terharu lelebih. Hee~ 

Saja buat jeles kan? Teringin nak main snow yang gebu-gebu putih tuuu. Takpe, ada rezeki tahun depan Jordan Aku Datang!! hoho

p/s: 226 days to go before August 2014. Estimate time left before he return to Malaysia. 

Lamaaaanyaaaa......... 
Masa sila berlalu cepat-cepat! >_<!

Meladeni Al-Fateh

Cuti yang masih berbaki beberapa hari lagi agak rugi kalau dibiarkan berlalu begitu sahaja. So, disebabkan stok-stok buku yang dibeli tapi tak dibaca lagi agak berlambak, masa yang lapang ni dimanfaatkan dengan membaca. 

Tetiba ghasa macam agak kiasu di situ, Bosan, bace buku. Agak nampak nerd. But, who cares? Yang penting dapat kutip and belajar something.

On top list to read, buku Muhammad Al-Fateh tulisan Abdul Latip Talib. Nampak buku ni dekat . Mydin Mall masa dalam misi nak habiskan baucer buku.


Nampak je buku best, terus grab tanpa sempat nak fikir dua kali. Well, saya memang agak gila buku. 

So, jangan pelik bila g kedai buku sengih sorang-sorang. Tu tanda dah jatuh cinta la tu. Jatuh cinta ngan buku. Hee~

Berbalik kepada buku Muhammad Al-Fateh ni, tergerak nak beli sebab nak tau macam mana Sultan Murad II didik Sultan Muhammad jadi pemimpin yang baik. Inspirasi nak didik diri and bakal FarisNatasha Jr. 

Tentang sejarah Kerajaan Uthamaniah, siri-siri serangan ke atas Kota Konstantinople and banyak lagi info tentang sejarah bagaimana boleh runtuhnya Kota Konstantinople yang berada di bawah pemerintahan Maharaja Kostantine pada masa tu. 

Saya baru berada di separuh pembacaan. Banyak lagi nak kena gali. Dan insyaAllah mungkin akan letakkan sedikit coretan nota-nota yang sempat dikutip dari buku ni.

Tak bosan meladeni kisah Al-Fateh ni. Pak Talib coretkan sejarah dalam bentuk penceritaan. So rasa macam kita ditarik masuk ke zaman tu. Rasa macam tengah berada dalam zaman tu jugak.

InsyaAllah, nak sambung lagi pembacaan. Banyak ibrah yang perlu dikutip..

May Allah Ease...
InsyaAllah.. ^_^ ~

Tuesday, December 17, 2013

Lepaking?

When I scroll at Fb wall, I found this,


A post by Sir Azhan Hadi, my previous English teacher during secondary school. So, lepas ni kalau nak buat ayat, I really like to lepaks at home like sloth, it's acceptable.

Woha!! Can't believe lepaks is now English word even thought its origin from Malays word, lepa? 

Pulut lepa ade lah. Lepak is lepak laa..
Maybe language professor in Oxford didn't do meticulous research about 'lepak' word. hik!


Random thought

17 Disember 2013

Akhir tahun. Tengah bulan. Separuh cuti sem.
Ada 13 hari lagi sebelum tahun 2013 berakhir.
That's mean I still have 13 days before my school start.
13 days at home I feel nothing. Cuti kali ni tak berapa nak produktif mana. Sekadar tidur, bangun, kemas rumah, makan, tengok tv, and do some housekeeping. Practicing to be a better wife while her husband was away. Hiks!

But, actually I've task to be done. I need to read sirah and do some shortnotes. Well, I'll do it later. Sebab sirah tu agak panjang (ofcourse!) dan bahasa dia boleh buat mata tutup 2 3 kali, and also I need to read it on-the-screen. Ngadap skrin laptop ni lama-lama, rasanya nanti power spectacles ni pun naik t.

Maybe I didn't plan well for this holiday, so it think each day that pass away is too long. When seeing my husband post his picture while playing with snow, I feel I little bit jealous. If I had some money...

If and only if.. 

Kalaulah ade pintu doremon, kan best cenggitu.

So, disebabkan separuh cuti dah burn gitu aje, so I think that the rest of this holiday, I'll do something better. 

Like, doing some reading and do a short notes and also find a topic for my action research next year, and ouh! nak kemaskan buku rph sikit. Tambah warna-warni. Because that book might be useful during my interview next year. 

Harap sangat kena interview awal-awal, so I can further my plan for holidays. Tudeaa, kemain rancang nak bercuti je.. Padahal tahun depan banyak lagi perkara yang nak kena face.

- praktikum fasa 3
- reception day (maybe end of July or early August)
- internship
- thesis (action research)
- viva

Aku rasa macam takde masa, walhal masa tu banyak je terluang. Rasa takda masa sebab masa tu tak digunakan dengan sebaiknya. 

Mungkin when I started to write and remind about this thing, I 'll keep tract on what I'm doing.

I wanna be the best, but if there's no action to be the best, so ''I wanna be the best" will just burn out like that, like ashes.
So, walk your words.

I don't want to talk or write more, 'coz I afraid if I cannot fulfill everything that I promised myself to do this and that.

I am the person like that. Afraid of my own words and my own wrongdoings.'

So, that's all.
Random thought..



Monday, December 16, 2013

On second decision..



Satu. Dua.

Ramai yang nak jadi satu. Tak ramai yang pilih nak jadi yang kedua. Tak kiralah, kedudukan dalam kelas, ranking pelajar terbaik, kecemerlangan dalam hidup. Ramai nak jadi yang pertama. Ramai yang pilih nombor satu instead of nombor dua kan?

But yes, tak dinafikan. Banyak perkara jugak yang kita nak dua. Contohnya, berdua. #eh

Tapi kat sini, antara pilihan pertama dan kedua, just my opinion. 

Bila kita nak buat baik. 
Mula-mula fikir dulu," Okay! Rini aku nak buat baik. Yosh!"
Tapi bila kita tangguh jap perkara baik yang kita nak buat tu, terus dengan tak sengaja kta ter'cancel' niat kita yang suci murni tu. 

Contoh paling dekat, pengalaman saya sendiri. Hari Ahad dekat Kg. Raja biasanya ada pasar malam. Besar jugaklah pasarnya sampai boleh la nak buat kaki ni lenguh. 

Takde pape pun yang special sangat dengan pasar malam ni. Tapi kat situ, ada sepasang suami isteri. Both of them OKU. Cacat penglihatan. Tapi ada bakat. Pakcik tu pandai main alat muzik macam  piano kecik gitu. 
Lagunya macam-macam. Terhibur jugak orang yang datang dekat pasar malam ni. 

Masa tu saya tengok dorang, terasa nak hulur sikit sumbangan. Tapi silapnya saya berfikir untuk buat baik. First thought nak sedekah, tapi second thought saya block. Macam ada suara dalam minda, haisyh, kekgi orang fikir aku ni baik pulak. Tak payahlah bagi.

Dan pengakhirannya? Anda agak saya bagi tak?

Yes, tak bagi pun. Rugi bukan?

Kalaulah saya tak fikir masa nak buat kebaikan. Sebab, bila kita teragak-agak nak buat baik, mesti yang bertanduk dua tu terus alert. "Okey, aku tak boleh biarkan anak Adam ni buat baik." Sebab makhluk yang ego yang dicipta dari api tu dah janji dia akan sesatkan anak Adam.


“(Iblis berkata:) “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus. "(Al-Araf: 16)
Nampak tak permainan dia?

So, bila kita terasa je nak buat baik. Terus buat. Jangan fikir dua kali. Jangan tangguh. Sebab, bila je kita tangguh or kita berfikir-fikir. Syaitan ni dengan takde tangguh dah. Terus cucuk-cucuk kita supaya jangan buat. Nak fight tu mungkin kita menang, or mungkin kita terikut. 

So, jangan tangguh ea?

Btw, kalau rasa nak buat perkara yang tak elok. Keadaan dia vice versa pulak ea.

^_^

May Allah Bless.. 

Monday, December 9, 2013

Enam Bulan Tiga Hari

Bismillah..

Alhamdulillah..

Dah genap setengah tahun saya jadi isteri dia. Sepanjang enam bulan dua hari ni, macam-macam cerita yang dapat kami kongsi bersama.

Suka-duka. Pahit manis masam masin lemau semuaa adaa. Cakap je. Hee

Tapi part yang paling best ialah bab taaruf. Yes, kawan dah lama, tapi sekadar berkawan biasa tanpa kenal betul-betul peribadi. Lepas akad baru kami betul-betul berchenta.

First time keluar dating lepas nikah, jejalan dekat Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu. Kami keluar jalan sama-sama dan pegang tangan sambil buat muka tak bersalah.

Waktu tu, rasa semua yang ada kat pantai pandang kami. Pelik kot. Budak kecik, sorang pakai kopiah, sorang tudung labuh. Dating berdua lak tu, pegang tangan siapp. Mesti dorang tak jangka weolls da kawen. Tu yang terus angkat tangan atas sikit, tunjuk inai ngan cincin. hiks..

Segan lak rasanya dating gini. Hee.. Tapi takpa. Dah halal, semua boleh.

Tapi walaupun dah setengah tahun, 3 bulan je masa dating kitorang. 3 bulan lagi dating kot Skype, LINE, WhatsApp, Google+, Facebook, Twitter, Blog.

Tudea! Semua media sosial nak conquer. Mujur ade teknologi. Mendekatkan walau jauh berbenua-benuaaaa.

Bila jauh-jauh ni memang sangat-sangat menguji. Tapi ujian tu manis sebenarnya. Boleh rindu-rindu. Boleh buat pahala sambil sweet2 kot jauh. hee.. Jangan jadikan ujian tu beban, tapi positif jadi nikmat. :)

Dan alhamdulillah jugak, dah siap video Solemnization. Akad nikah kami. 6 Jun haritu. 
Dah setengah tahun ropenye saya bergelar isteri orang. Dah naik pangkat dari cik kepada Puan. Ehem, Puan Natasha. ihik.

Kepada yang menunggu lamaaa sangat-sangat gambar kami tu, mintak maaf atas keterlewatan. 
Enjoice video yang biasa-biasa je ni.. ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~